Ahad, 23 Julai 2017

Percutian Pendek ke Pulau Perhentian


Bismillah.

Nama je anak jati Terengganu, tapi sepanjang 27 tahun hidup (kantoi umur), ni kali ke-dua jejak ke Pulau dalam Terengganu. Meaning ni pulau ke-dua la kan? HAHAH. Pulau pertama yang aku pergi tahun lepas, tu pun Pulau Kapas, pun last minute plan ikut jiran. Sama lah jugak waktu pergi ke Pulau Perhentian ni juga, punn last minute. Dah lah last minute, tapi jugak idea menerjah tiba-tiba pulak tu. Tapi tu lah kan, biasanya waktu plan awal-awal, selalunya tak jadi pulak, ye tak? Hehe

Nama pun last minute, waktu nak book pakej tak search review pun. Lepas book baru search review, itu pun sebelum pergi sana. Adoi. Memang first time sungguh, dan saya belajar lah dari pengalaman ni, so untuk next trip, I better prepare do some review more. Gituuu.

Snanye Pulau Perhentian ni ada 2 bahagian -- Pulau Perhentian Kecil & Pulau Perhentian Besar.

Map Pulau Perhentian. Sumber: Google

So, nak stay kat mana? Nak pilih untuk stay kat Pulau Perhentian Kecil ke Besar? 

Personally, bagi saya mana-mana pun boleh. Bergantung pada pakej yang korang amik. Snanye bergantung pada korang jugak. Kami stay kat Flora Bay Resort yang bertempat di Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar. Boleh refer peta kat atas ye untuk dapat gambaran jelas. Dan sebab ni percutian bajet je, so ktorg amik pakej bilik kipas je. Hehe














Bilik yang kami stay di Flora Bay Resort
 Pulau Perhentian Besar ni malam-malam tenang je. Takde aktiviti pun. Kalau yang berkeluarga & anak-anak kecik yang sukakan ketenangan, boleh la stay kat Perhentian Besar. Kat Pulau Perhentian Kecil ada tempat kalau korang bercadang nak stay dalam khemah, specifically kat Long Beach. Malam-malam pun meriah ada aktiviti malam. Cuma saya tak tau lah apa aktivitinya sebab tak pernah pergi pun hahah. Kat Perhentian Kecil tu ada Kg Nelayan. Satu-satunya perkampungan yang ada sekolah, masjid, makanan pun lebih murah. Pun ada je stay kt Kg Nelayan tu, boleh search Sealife Inn.

Tapi apa-apa pun, mana-mana Pulau pun bolehhh sebab bukan kita stay kat chalet all the time pun. Hehe. Lagipun ada teksi bot yang kita boleh ke mana-mana yang kita nak pergi. Cuma bezanya kos teksi bot dari lokasi ke lokasi je lahh. Tapi jangan risau, tak mahal & tak jauh beza pun kos nya. Prepare duit je. Hehe

Aktiviti Wajib di Pulau Perhentian

1. Snorkelling
Ni yang memang sah-sah wajib la kann. Seriousss cantik sangat corals, ikan, the view, laut SEMUA cantik lawa masyaAllah! Kami pergi hari ke-dua as stated dalam itinerary pakej. 

Ikut pakej, kami patutnya pergi ke 5 points. Tapi rombakan last minute by boatman tu, dia bawak kami pergi ke Pulau Rawa, Pulau Tokong Burung & Pulau Serenggeh sebab join trip foreigner dari German ke 3 pulau tu. Boleh kata rezeki kami la kot, sebab kalau ikut pakej ke 3 pulau tu sendiri kos pun lebih dari apa yang kami bayar. Tak ada rezeki nak tengok penyu & shark. Next time insyaAllah.






Ni je antara gambar yang ada waktu snorkelling. Ni pun tumpang kamera orang lain hahah. So antara preparation lain yang korang mesti bawa adalah kamera yg memang boleh masuk dalam air/gopro ke. Yang penting bukan phone walaupun korang dah pakai waterproof casing tu. Kalau takde camera tu, pastikan pakej yang korang amik tu memang sediakan kamera skali. Kalau takde pun, boleh tanya chalet/boatman yang buat servis sewa kamera ni.

2. Daki ke Kincir Angin 
Kami ke kincir angin ni waktu 1st day kami sampai. Kami sampai ke Flora Bay tu dah jam 2pm camtu. Rehat & makan jap, jam 4petang, kami naik teksi boat ke Kincir Angin. Kincir angin ni terletak kat kawasan Long Beach. So yang dah stay kat Long Beach tak perlu naik bot.

Dari Flora Bay ni ke Long Beach kos Teksi Bot ni RM15 sehala, so kos pergi & balik RM30. Kadar teksi bot ni naik sekali ganda dari harga siang bermula jam7pm. So, untuk korang yang nak plan perjalanan, boleh balik sebelum jam 7pm. Lagipun agak berisiko nak balik bot malam sebab lampu takde, guna torchlight je. Cuma kalau nak try boleh je hehe.

View dekat Kincir Angin subhanallah cantik sangat!
Nak naik ke kincir angin ni kena daki sikit ala-ala macam jungle trekking. Tapi dah ada laluan pun dan tak penat. Boleh enjoy the view. Jangan lupa bawak air kosong untuk hydration!

3. Jungle Trekking
Saya tak tau kalau kat Perhentian Kecil, track jungle trekking tu kat mana, sebab kami jungle trekking ni kat Perhentian Besar. Laluan Jungle Trekking ni bermula dari Samudera Beach Chalet, dan menembusi ke Perhentian Island Resort. Kami jungle trekking ni waktu hari terakhir kat Perhentian, pagi.

Pantai Perhentian Island Resort 

Jungle Trekking bermula

Sedikit view Perhentian Island Resort
Snanye kat Perhentian Besar ni ada 2 track junggle trekking;
satu yang kami lalu ni.
lagi satu kena lalu kat Fauna Resort. 
So korang boleh pilih nak gi yang mana. hehe 

Waktu sampai kat Perhentian Island Resort ni, kami punya excited terus terjun dalam air sebab cantik. Waktu nak balik baru tau tu private island, hanya untuk guests dorang je. HAHAH wehhh nasib baik tak kena warning kahkah. Padan la cantik semacam, pandai takde batu, macam swimming pool rasa dia. Private Island rupanyaa adoiiii 

4. Kayak
Kami berkayak waktu hari kedua, petang lepas balik dari snorkelling tu. Dan kayak ni free je agen sediakan. Sambil kayak sambil nikmati sunset. sebahagian je la sebab Flora Bay ni membelakangi pemanandangan sunset tu. 

5. Diving 
Yang ni kami tak buat la for sureee. Tapi insyaAllah in the list untuk saya buat in the future. So sementara waktu ni, saya boleh mantapkan skill berenang saya dlu. kantoiii tak reti berenangggg hahah.
  
6. Ke Perkampungan Nelayan
Kg Nelayan ni antara yang kena pegi jugak ni sebab makanan murah sikit berbading kt chalet atau tempat lain. Kami singgah Kg Nelayan ni lepas snorkelling hari ke 2 tu. Singgah makan for sureee, so boleh la dapat lunch RM10 ke bawah.

View dari jeti Kg Nelayan, Perhentian Kecil.

 MAKANAN

Waktu bercuti, antara yang kita concern jugak adalah makanan, kan? Hehe. Makanan kat Pulau Perhentian ni ok je. Cuma harga lebih sikit berbanding tanah besar. So far bagi saya still ok. Boleh dapat hidangan bermula RM10 per hidangan, ada masakan panas. Kami makan kat restoren chalet berbeza, saje nak rasa-rasa. Hehe. 



 Apapun, yang ni paling wajib. Hehe my nutrition & sarapan sihat sejak 2012. Sarapan saya yang mana bukan je amik time kat rumah, tapi waktu raya, waktu travel, waktu puasa, waktu sihat, waktu demam, everytime. Sebab Herbalife ni makanan bernutrisi. Kita pun perlukan makanan sihat setiap hari kan? :)

Ni antara harga makanan kat restoren Flora Bay Resort.
 Dalam pakej kami, ada disediakan sarapan je. Lunch & dinner kami cari makan sendiri. Hehe. Berbaloi bagi saya cari sendiri instead of disediakan sebab boleh cuba kat chalet lain jugak. Tapi terpulang atas masing-masing la kan. :)

Perkhidmatan Bot

Dari Jeti Besut, bot ke Pulau Perhentian ada bila-bila masa. So tak risau sangat untuk ke Perhentian tu. Tapi bot dari Perhentian ke Jeti Besut ada 3 waktu -- 8am, 12 tengah hari & 4 petang. So korang boleh rancang waktu bila nak balik. Check out time chalet kami 11am, so kami balik bot waktu 12 tengah hari tu. :)

Teksi bot macam saya ada bagitau kat atas untuk island hopping.


Alhamdulillah selesai pengalaman pertama saya sempena percutian pendek ke Pulau Perhentian. Kami ke sana dengan pakej dari syarikat Dnamie Leisure & Tour, pakej RM225 untuk 3 hari 2 malam. 
Boleh hubungi Afiq 0197909244. Dapat free tshirt jugak. :)

Personally saya suka Perhentian, insyaAllah ada plan untuk ke sana lagi. Maybe untuk next time saya pergi tak amik pakej, nak try pergi sendiri pulak. Tapi bila tu? Hahah insyaAllah ada kelapangan & diizinkan Allah, sampai lah nanti. 


Ps: InsyaAllah next post saya post berkenaan Tips Ke Pulau Perhentian untuk Newbies macam saya pulak okey. :) 

PROGRAM KURUS 30 HARI
- Turun 3-7KG
- Ada coaching
- Anda #PastiKurus

COACH FATIN
0193709753

 

Tiada ulasan: