Rabu, 3 Julai 2019

Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras, Kuala Nerus, Terengganu

Bismillah.

So 30 June 2019 baru-baru ni saya merasai pengalaman Paragliding buat kali pertama dalam hidup. Waktu mula-mula tu, tak payah kata la. Memang cuak habis! Dia punya cuak tu macam tak boleh bawak bincang. Malam tu dah berdebar-debar sampai tak boleh tidur sangat HAHAH. Waktu sebelum terbang & dah pakai tandem siap-siap tu pulak sampai gigil kaki. HAHAH lawak bila ingat balik.

Sebenarnya saya pun tak pasti apa yang saya nervous sangat. Saya takde lah sorang yang gayat sangat pun. I've experience parasailing, flying fox & zipline. Rasa biasa je. Tapi kali ni nervous betul. Atau sebenarnya excited? I don't know. Tapi the ending dia serious best, sampai rasa macam tak boleh nak move on lagi. Sampai macam tu skali tau 😂

Tandem Paragliding Bukit Maras, Terengganu


Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras



So macam mana saya tahu tentang Open Fly Paragliding ni? Sejujurnya saya pun tak sangka & terkejut ada paragliding kat Terengganu ni? SERIOUSLY?! (baca dalam nada terkejut tapi excited k.)
Being me yang suka sukan lasak, of course saya excited. Saya tahu ni sebab kebetulan ternampak kawan facebook saya share pasal article invitation Open Fun Fly Paragliding tu. Lepas baca & tengok tarikh, saya terus contact organizer untuk booking.

So ni serba sedikit details tentang Tandem Paragliding yang saya pergi hari tu;
Fee: RM150 (saya dengar hari tu ni promotional fee. Normal fee dalam RM200-250 macam tu. untuk confirmation boleh contact organizer). Boleh triplet fly, just incase nak bawak anak fly sama-sama, ada disediakan carrier & tambah RM50.
Fee termasuk: Equipment, fly bersama licensed pilot, action camera. Bagi saya harga dia berbaloi. 
Jarak terbang: Yang ni saya tak pasti, tapi tempoh berapa lama terbang tu dalam sekitar 5-10 minit, bergantung pada cuaca & keadaan angin. Doa la waktu korang pergi tu, berangin elok je, so boleh la fly lagi tinggi & lagi lama. Hehe
Organizer: En Anuar Ngah, 0122956302
FB Page : Bukit Maras Paragliding and Recreational Park (klik untuk direct link ke FB page)

My 1st Paragliding Experience


So pada hari kejadian, saya bertolak 2 jam awal dari rumah dan tiba di Bukit Maras ngam-ngam jam 12 tengah hari. Pagi tu we were informed yang start terbang jam 12 tengah hari sebab keadaan start berangin dan sesuai untuk terbang waktu tu. 

Setibanya di kaki bukit Bukit Maras, kami tunggu ada kenderaan pacuan 4 roda dari team organizer yang akan pick up peserta untuk naik ke puncak bukit. Saya ni nama je orang Terengganu, tapi tu adalah kali pertama saya jejakkan kaki ke Bukit Maras, padahal punya la famous bukit tu among rakyat Ganu. So bila sampai je kat puncak Bukit Maras, terpegun masyaAllah tengok view dari atas. CANTIK & menenangkan. Bayangkan kat atas dunia ni pun kita dah terpegun tengok keindahan ciptaan Ø§Ù„له kat, apatah lagi di syurga. Huhu



Saya pergi hari tu, Ahad. Ahad orang tempatan dah start kerja. So alhamdulillah tak ramai sangat & tak lama sangat tunggu turn. Lagipun ramai pilot yang berpengalaman yang akan bawak korang terbang. 

So sementara menunggu, kita pekena teamix & aloe Herbalife dulu untuk tenaga dan body hydration. 
Dalam kurang dari 20 minit macam tu, tiba lah giliran saya untuk "terbang". Saya guna term terbang je lah ye. korang faham-faham sendiri k 😜



Waktu tunggu tu punya excited tak sabar-sabar nak sampai giliran saya. Tapi bila dah pakai bean bag dia ni, terus nervous sampai lutut gigil 😆



so masa ni dah start prepare. Crew yang bertugas start pegang payung semua. Since Open Fun Fly Paragliding hari tu 1st time dibuat dan ada penyertaan 10 buah negara lain kt Bukit Maras, ramai jugak pihak wartawan & radio datang. So merasa la sis di interview masuk radio RTM Terengganu. Pun boleh la hahah. 

Few minutes later, tiba la masanya yang ditunggu-tunggu, masa untuk terbang! 



Waktu ni kebetulan ada salah sorang team media dari harian metro ke RTM yang record. waktu nak terbang tu la kasut tertanggal sebelah! HAHAHA
"Lari! Lari! Jangan duduk!" dorang akan guide all the way dari nak mula fly tu. so kalau korang yang baru 1st time nak cuba, jangan risau k. It's exciting, trust me!

Saya ada post full version of video sepanjang saya terbang. yang dah edited. tapi tak boleh post kat sini pulak. Boleh refer kat IG Highlight saya ye, saya ada post dalam story highlight. 



"Best tak Paragliding tu? Apa yang best?"


Kalau tanya saya as a 1st timer ni & penggemar sukan lasak, of course best.
Apa yang best?
Perasaan seronok, boleh tengok view cantik yang subhanallah!
Bayangkan dia punya best tu kan. Awal-awal naik tu cuak, nervous semua ada. Bila dah terbang tu rasa taknak turun! Sampai rasa macam nak ambik lesen tau. Boleh la berangan sambil-sambil letak dalam bucket list. insyaAllah suatu hari nanti, i'll make it happen. 

Oh ye. Paragliding activity dekat Bukit Maras ni takde hari-hari. Dengar kata next Open Fly Paragliding Bukit Maras yg dibuka untuk orang awam ada bulan September 2019 pulak. Ni untuk Bukit Maras je la ye. Negeri lain ada je, tak silap saya ada di Kuala Kubu Bharu. Boleh search nanti k. ENJOY & HAVE FUN!! 

For more updates tentang Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras, boleh follow; 


Tapi kalau nak kurus dengan Herbalife, boleh Whatsapp 0193709753. 
Follow Instagram @fatinsyaibrahim_hlf untuk latest update.