Memaparkan catatan dengan label coach wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label coach wanita. Papar semua catatan

Ahad, 12 Julai 2020

Fungsi Teamix Herbalife

"Coach, boleh tak kalau saya nak ambik teamix je untuk turun berat dengan Herbalife ni?"

Ramai yang tanya saya ni sebab menganggap Teamix Herbalife ni bakar lemak. Betul ke macam yang korang bayangkan tu? So dalam post ni, saya akan ceritakan fungsi Teamix Herbalife k. 



TENTANG TEAMIX HERBALIFE


Teamix segera yang lazat dan berkalori rendah. Membantu anda agar sentiasa bertenaga dan segar semasa anda menguruskan berat badan anda. 

Kalau nak tahu, teamix Herbalife ni antara top selling products. Ramai sangat yang suka minum teamix ni, selain dari Formula 1 shake. Selalunya, bila client saya beli Formula 1 shake, mesti beli Teamix Herbalife ni skali. Bukan sebab 2 produk ni mesti ada untuk kurus dengan effective, tapi sebab kesan teamix pada badan pun best dan menyegarkan. Kalau nak turun berat, dengan hanya guna Formula 1 shake je pun boleh kurus, yang penting dengan ikut mealplan, guideline dan coaching yang betul. Nak tambah teamix/produk lain atau tak, tu bergantung pada preference individu. 😉


Teamix Herbalife ni ada yang 50g dan 100g. Bezanya of course pada berat dan boleh la pilih ikut budget. Yang bestnya guna Herbalife dengan SuriKurus coaching ni, anda boleh pilih ikut budget, tapi dalam masa yang sama tetap boleh kurus dengan efektif. Mudah dan tanpa berlapar pulak tu! 

Teamix ada 3 perisa ; Original, Peach dan Honey Ginger.

Perisa mana paling berkesan? SEMUA berkesan. Yang penting adalah dengan penggunaan dan mealplan yang betul. Sebab tu penting sangat untuk beli produk Herbalife dari Coach. Sebab yang akan susun mealplan, guideline dan coaching ni adalah Coach. 

Ni la produk Herbalife yang saya guna setiap hari. Tu teamix kat sebelah shake. 

FUNGSI TEAMIX HERBALIFE


1. Dapatkan peningkatan tenaga.
2. Nikmati kebaikan teh hijau. 
3. MEnguruskan berat badan anda. 
4. RENDAH kalori dan karbohidrat. 
5. Boleh dihidang sejuk ataupun panas, membantu anda kekal bertenaga semasa anda menguruskan berat badan. 
6. Alternatif hebat kepada soda atau kopi, mahupun air manis lain. 


Q & A TENTANG TEAMIX


Q :  Perlu ke teamix ni untuk kurus?
A : Bukan kemestian. Keberkesanan kurus dengan berkesan menggunakan Herbalife bukan bergantung pada berapa banyak produk yang anda ada, tapi bergantung pada MEALPLAN, GUIDELINE dan COACHING yang betul. Perlu tak? Ikut la budget anda. 😊

Q : Boleh tak kalau nak ambik teamix je untuk turun berat? 
A : Teamix Herbalife bukan teh kurus. Bukan ubat kurus. Untuk turun berat, tetap berbalik kepada pemakanan seimbang dan betul. Penggunaan teamix je tanpa mealplan dan guideline yang betul tetap tidak membantu turunkan berat badan yang sihat. 

Q : Macam mana cara guna Teamix yang betul dan berkesan?
A : Tentang cara guna produk, coach akan sediakan guideline dan mealplan yang betul mengikut keperluan anda bila dah mula journey Herbalife anda nanti. Kalau dah ada coach, atau dah beli Herbalife, boleh rujuk pada Coach/seller Herbalife yang anda beli produk tersebut.
Kalau belum ada coach dan baru nak cuba, boleh dapatkan dari saya. (Whatsapp 0193709753). 

========================================================================

OK guys, itu serba sedikit fungsi produk Herbalife. Tentang tips dan guideline detail, saya akan berikan dalam sesi coaching rapi Elite Coaching, exclusive untuk yang membeli dari saya. 




View this post on Instagram

July is our FLAT BELLY MONTH! 😍 Coachees dah xsabar utk Elite Coaching sepanjang bulan ni. Saya pun excited nak tengok coachees dapat perut kempis 🤩 ==================================== HERBALIFE SURIKURUS ONLINE COACHING 100% Online Coaching Mudah Berkesan . ✔️ Turun Berat 5-50kg ✔️ Group Coaching Wanita sahaja ✔️ Mealplan Puasa makan sedap & kenyang ✔️ Coaching Group yang supportive ✔️ Grocery List & Snack Ideas ✔️ Kelas Kurus Online ✔️ Food Diary Checking, HomeWork ✔️ Recognitions and Reward ✔️ 100% ONLINE & EFFECTIVE 💯 turun berat bagi yg ikut guideline . . TENTANG PROGRAM KAMI ❌ Kurus Tanpa stress ❌ Tak wajib masak/eat clean ❌ Tak wajib bersenam ❌ Kurus Tanpa Berlapar 🍚 Boleh makan NASI setiap hari ✔️ Boleh makan masakan Melayu . . Start Now 📲0193709753 30 DAYS TRIAL AVAILABLE. ⚫️ Herbalife Coach ⚫️ ONLINE Weight Loss Coaching, MUDAH & BERKESAN #TeamSuriKurus #ProgramKurus30Hari #CoachKurusOnline #HerbalifeMalaysia #HerbalifeCoachMalaysia
A post shared by COACH KURUS ONLINE | HERBALIFE (@fatinsyaibrahim_hlf) on



PROGRAM KURUS 30 HARI 
100% ONLINE, MUDAH & BERKESAN

WHATSAPP : 0193709753 

019 370 9753 
019 370 9753
019 370 9753



Selasa, 10 Mac 2020

Pengalaman 3H2M di Taman Negara Pahang, Malaysia.



Bismillah.

Alkisahnya, 6-8 March yang lepas, saya dengan kawan-kawan pergi ke Taman Negara Pahang. Plan tu tetiba je, waktu rasa nak keluar dari rutin harian biasa. Rasa nak back to nature, kebetulan waktu scroll Twitter, ada article pasal Taman Negara, terus tanya my travel buddies waktu tu,
"Nak pergi Taman Negara tak? Jom pegi nak?"

Nak kata last minute tu, takde la last minute sangat. Tapi boleh la. HAHAH. Nak jugak tu. So dalam post ni saya nak share review tentang pengalaman saya ke Taman Negara Pahang from A to Z, since ramai yang tanya. So saya share sini terus, semoga bermanfaat dan membantu korang yang ada plan nak ke Taman Negara tu.

So bila memasing kata nak, saya terus book. Saya book pakej dan bilik berasingan dari agent. Pakej Taman Negara tu boleh kata Pakej DIY. Book untuk tour guide dan service, bilik book sendiri. Saya akan detailkan kos keseluruhan kat bawah skali ye.



Taman Negara, Hutan Tertua di Malaysia dan di dunia


Serba sedikit tentang Taman Negara, Taman Negara Malaysia ni berusia 130++ juta tahun. Dan salah satu hutan tertua di dunia. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikan Taman Negara ni sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia. Ada pelbagai species haiwan dan tumbuhan, pelbagai kaum orang Asli jugak yang tinggal dalam Taman Negara. Taman Negara ni terletak dalam daerah Jerantut Pahang.

Untuk sampai ke Taman Negara ni, boleh pergi melalui naik bot dari Sungai Tembeling, atau naik kereta/kenderaan darat. Bas pun ada, cuma saya tak pasti macam mana. Kalau naik kereta, kat highway tu exit Temerloh, pastu ke Jerantut. Dan jangan risau, senang je nak sampai ke Taman Negara sebab signboard merata-rata. Hehe. Nak guna waze pun ok. Perjalanan dari Bandar Jerantut ke Taman Negara tu ambik masa lebih kurang 1 jam. Haaa yang ni mencabar sikit. Jalan dia tu, berbukit bukit, kalau tak tahan, mabuk jugak la 😂. So kalau jenis tak tahan mabuk macam naik Cameron tu, boleh la makan ubat tahan mabuk siap-siap.

Hari Pertama: Arrival, Night Walk 


Kami pergi berempat, 2 bertolak dari KL, 2 bertolak dari Paka, Terengganu. Both groups ni drive ke Taman Negara. Saya dan Mira bertolak dari Paka, perjalanan ambik masa dalam 4jam lebih camtu untuk sampai ke Taman Negara. Saya bertolak 8.30am, sampai dalam jam 1.30pm.


Ada tempat parking khas kat area perkampungan sebelah Taman Negara ni. Saya park kereta kat sini. Ada bayaran, RM10 utk 1 hari. So total parking hari tu RM20. 

Saya check in di Mutiara Taman Negara. Mutiara Taman Negara ni satu-satunya hotel/tempat penginapan yang ada dalam kawasan Taman Negara. Lain-lain tu di area perkampungan sebelah Taman Negara, yg dipisahkan oleh sungai Hulu Tembeling je. 



So untuk sampai ke Mutiara Taman Negara tu, kena naik bot kat jeti ni. Nampak tak atap banyak-banyak kat seberang sungai tu? Haa tu la Mutiara Taman Negara. Untuk naik bot ke Taman Negara tu, RM1/way. Kat area jeti ni jugak ada beberapa restoren terapung. Jangan risau, banyak je pilihan makanan & kedai runcit kat area kampung ni. 

Dah sampai Taman Negara, tak sah kalau tak ambik gambar kat sini kan. HEHE

Ni waktu check in kat Mutiara Taman Negara. Staff bagi air asam jawa sejuk & kain basah. Memang perlu sangat. Berpeluh gak nak jalan dari tempat parking nak sampai ke bilik!


Untuk view bilik, boleh tengok link ni untuk video room tour : 

Aktiviti kat Taman Negara mula malam. So sepanjang waktu sampai tu, aktiviti sendiri. Saya ambik peluang buatkan permit terus, since kaunter buat permit masuk Taman Negara kat dalam kawasan Mutiara Taman Negara ni jugak.


yang penting produk Herbalife tetap ada dibawak bersama k! 

Night Walk 


Aktivity night walk kat dalam trek hutan bermula jam 8.45pm camtu. Kami meet up dengan guide (Din) kat Lobby hotel je. Everything went well alhamdulillah. Boleh kenal haiwan, boleh kenal jenis tumbuhan waktu malam, boleh experience masuk hutan waktu malam camtu, walaupun sejujurnya nervous jugak takut la tiber ular lalu kat kaki ke, ada haiwan lompat kat atas kepala ke kan. Saya suka nature, tapi still takut (or geli?) haiwan 😆

Ulat gonggok terbesar di Malaysia. dalam gambar ni tak nampak besar sangat, tapi memang besar k! 

Night walk ni dalam 45minit camtu je. so ni la dia my chalet mate utk 3h2m sepanjang kat Taman Negara. 

HARI KEDUA : Lawatan ke Perkampungan Orang Asli, Boat Shooting & Jungle Trekking. 


Sepatutnya pagi tu bermula dengan jungle trekking & naik canopy walk, tapi sebab pagi tu hujan lebat, guide kitorang tukar plan. Pergi ke perkampungan orang asli & boat shooting waktu pagi, petang tu baru jungle trekking naik ke Bukit Terisek & tengok kat canopy walk. Tapi takde rezeki pulak nak naik ke Canopy walk tu. Canopy walk ditutup atas faktor safety, sebab hujan lebat hari tu. Sedih la jugak snanye, sebab dah datang jauh-jauh, takde rezeki nak naik canopy walk. Tapi Din ada bagitau, kalau esoknya tak hujan, boleh je naik. 

Lawatan ke Perkampungan Orang Asli & Boat Shooting


Waktu ni tengah tunggu bot sampai. 

 pagi-pagi naik bot bermandi hujan, kena pulak simbah dengan air sungai waktu kat atas bot. Sejuk sampai menggigil tapi fun!

First stop naik boat ni, tour guide kami, Din bawak ke perkampungan orang Asli dulu. Kat sana belajar cara hidupkan api manual guna buluh, menyumpit, dengar kisah dan salasilah orang asli. Boleh la bawak makanan ringan ke, hadiah simple-simple untuk anak-anak orang asli ni.

Lepas lawatan ke kampung orang Asli ni, tour guide bawak untuk activity boat shooting. Memang basah kat atas bot je sampai tertelan air. Dah takpayah mandi sungai dah 😂

Lepas bot shooting, mintak boatman drop ke restoren terapung untuk lunch. Aktiviti jungle trekking sambung waktu petang pulak. Anggaran makanan dalam RM10-15 sorg, bergantung pada order masing-masing.



Ni makanan yang kami order untuk 4 orang. ikan sweet sour tu ada 3 ekor.  Total RM88. 

Jungle Trekking ke Bukit Terisek


Lepas dah rehat dan solat zohor lepas lunch tu, aktiviti bersambung ke Jungle Trekking pulak. Should be sekali dgn Canopy Walk, tapi Canopy walk pulak tutup. Tapiii jungle trekking tu memang semput jugak la! Make sure bawak choc untuk energy, dan air kosong untuk body hydration k. 

Kat puncak Bukit Terisek skali dengan tour guide. Belakang tu background beberapa gunung, tak pasti termasuk Gunung Tahan ke tak. 

On the way turun dari Bukit Terisek ke bilik, Din bawak ke tempat Canopy Walk. Tak dapat naik, dapat tengok dari luar pun jadi la. Sob sob. 

Entrance Canopy Walk. Kalau pintu ni berkunci, maksudnya tutup la tu.  Kalau buka, ada staff Perhilitan yang jaga kaunter kat bawah khemah untuk tiket. 

Singgah kejap je kat Canopy Walk ni. Lepas tu terus turun & guide hantar ke bilik terus. Oh ye, tour guide memang pick up & hantar terus ke area bilik ye. Rasa selamat la jugak sebab monyet banyak. like BANYAK SANGAT! Maka berakhirlah activity pakej yang kami ambik tu. Malam tu aktiviti sendiri, esoknya waktu hari ketiga pun aktiviti sendiri. 


HARI KETIGA : Aktiviti sendiri, naik Canopy Walk!


Hari ketiga ni dah aktiviti sendiri. Since malam semalamnya dan pagi hari ketiga ni tak hujan, maka kami terus ke Canopy Walk sebaik sahaja lepas breakfast. Alhamdulillah ada rezeki jugak naik canopy walk ni! Rasa tak lengkap pergi ke Taman Negara tapi tak naik Canopy Walk. 
Tiket masuk ke Canopy Walk : RM5 per person. 

Kat Canopy Walk exit. Air dalam botol tu Teamix + Herbalife Aloe tau.

Canopy Walk Taman Negara, checked. 

Dah selesai semua, turun ke bilik dan bersiap untuk checkout. 


Maka berakhirlah short getaway kami. One of best memories created. Memasing keluar perangai gila-gila eh HAHAHA. 

Kos Keseluruhan Ke Taman Negara Pahang


So cost saya dan kawan-kawan ke Taman Negara Pahang baru-baru ni:
Bilik book di Mutiara Taman Negara, through Agoda (termasuk breakfast and dinner for 4 person) : RM1481.40
Pakej tour guide (pakej DIY sebab exclude bilik) : RM160/pax.

Total cost per pax : RM530.

Cost ni tidak termasuk permit masuk ke Taman Negara dan permit camera.
Permit masuk ke Taman Negara : RM1 per person
Permit camera (tak kisah camera biasa atau phone) : RM5 per camera.
Makan sendiri. Waktu lunch je sebab breakfast & dinner dah kat hotel.

Kos lain-lain
Parking : RM10 sehari.
Bot dari jeti perkampungan ke Taman Negara : RM1 sehala.


Tentang Pakej Tour Guide, saya ambik pakej 3Hari 2malam dengan TamanNegara4u . Boleh klik link ni : http://www.tamannegara4u.com

Atau boleh contact agent terus, En Joe 0175223518.

Kat sana nanti ada tour guide yang bertugas untuk bawak korang. Boleh request Din (guide yang bawak kitorang hari tu), sempoi je tak kekok, sangat membantu. Guide pick up dan drop kat depan bilik terus. 10 years experience guide orang masuk Taman Negara.


TIPS KE TAMAN NEGARA UNTUK YANG PERTAMA KALI


Kat Taman Negara ada banyak aktiviti sebenarnya. Tapi yang paling asas macam apa yang kitorg buat. Dah ok sangat untuk yang memang nak bercuti sambil nak menikmati alam semulajadi. Ada yang lagi mencabar untuk yang suka nak masuk gua, stay kat gua, etc.

1. Survey apa anda nak.

2. Perjalanan dari simpang nak masuk ke Taman Negara tu ambik masa lebih kurang 1 jam. Jalan dia pulak berbukit macam nak pegi Cameron, cuma takde la berpusing-pusing macam tu. Cuma kalau ada yang tak tahan, mungkin mabuk. Macam saya 😂. So kalau jenis yang tak tahan mabuk jalan camtu, boleh la makan ubat tahan mabuk.

3. Makanan banyak kat sana, so tak perlu risau.

4. Kalau stay kat Mutiara Taman Negara, monyet banyak sangat. So elakkan bawak makanan sambil jalan menuju ke bilik. Kalau tak, memang kenduri la monyet tu datang ramai-ramai nak rebut makanan. Elakkan feed haiwan dengan makanan korang tau.

5. Pastikan bawak cash cukup. Takde mesin atm kat sana.


Rasanya tu je la tips untuk first timer. Lain-lain tu macam biasa la travel memana pun. Hehe.


========================================================================

Ok done share tentang trip Taman Negara Pahang baru-baru ni.

For more pictures, boleh tengok kat album Facebook saya ni:
https://www.facebook.com/fatin.syahirah.142/media_set?set=a.3111896135499273&type=3


Yang paling best, keinginan nak pergi ke Taman Negara ni dari zaman sekolah lagi. Akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke sana dalam tahun 2020 ni 😍

Personally sebagai rakyat Malaysia, rasa macam sayang pulak kalau tak pergi sana, hutan tertua. Pelancong luar negara punya appreciate hutan kita, kita seharusnya kena lagi appreciate! Hehe

Akhir kata, kalau nak pergi Taman Negara, boleh cari kat TamanNegara4u ni. 

Kalau nak kurus dengan Herbalife SuriKurus coaching, 100% ONLINE, MUDAH DAN BERKESAN, boleh whatsapp saya terus di 0193709753 k! 


ENJOY YOUR TRIP!!

Sabtu, 25 Januari 2020

Pakej Harga Terkini dan Senarai Harga Produk Herbalife 2020

Sekejap je dah masuk tahun 2020, tak perasan pun.

Ramai yang hubungi saya di 0193709753 dan tanya tentang harga terkini produk Herbalife,  so kat post ni saya akan share tentang harga terkini produk Herbalife Malaysia.




View this post on Instagram

Tips nak guna Herbalife dengan berkesan -- dapatkan dari kami 😍. We deliver products & results!! ====================================== KURUS 30 HARI SURIKURUS ONLINE COACHING 📲0193709753 ✔️ Turun Berat 5-50kg ✔️ Group Coaching Wanita sahaja ✔️ Mealplan PERSONALIZE MUDAH ✔️ Coaching Group yang supportive ✔️ Kelas Kurus Online ✔️ Food Diary Checking, HomeWork ✔️ Recognitions and Reward ✔️ 100% ONLINE & EFFECTIVE 💯 turun berat bagi yg ikut guideline . . TENTANG PROGRAM KAMI ❌ Kurus Tanpa stress ❌ Tak wajib masak/eat clean ❌ Tak wajib bersenam ❌ Kurus Tanpa Berlapar 🍚 Boleh makan NASI setiap hari ✔️ Boleh makan masakan Melayu . . Start Now 📲0193709753 30 DAYS TRIAL AVAILABLE. ⚫️ Herbalife Coach ⚫️ ONLINE Weight Loss Coaching, MUDAH & BERKESAN #TeamSuriKurus #ProgramKurus30Hari #CoachKurusOnline #HerbalifeMalaysia #herbalifecoachmalaysia
A post shared by COACH KURUS ONLINE | HERBALIFE (@fatinsyaibrahim_hlf) on


Untuk yang belum kenal, saya Fatin, merupakan Herbalife Independent Distributor, atau Coach Herbalife sejak tahun 2012. Saya bukan je Coach orang untuk kurus dengan menggunakan produk Herbalife, malah saya sendiri pun menggunakan produk Herbalife setiap hari, dah nak masuk 8 tahun ni 😍

So, kat bawah ni saya share tentang harga produk Herbalife Original, official dari HQ Herbalife.


SENARAI HARGA PRODUK HERBALIFE, SEMENANJUNG MALAYSIA


Senarai harga produk Herbalife Semenanjung Malaysia


Senarai harga produk Herbalife Semenanjung Malaysia

SENARAI HARGA PRODUK HERBALIFE SABAH DAN SARAWAK


Senarai Harga Produk Herbalife Sabah Sarawak

Senarai Harga Produk Herbalife Sabah Sarawak


PERLU KE GUNA SEMUA PRODUK HERBALIFE UNTUK HASIL YANG BERKESAN?


Keberkesanan produk Herbalife bukan lah bergantung kepada berapa banyak produk yang anda guna, tapi bergantung pada guideline dan mealplan yang betul, mengikut keperluan badan masing-masing. Guideline dan mealplan ni akan diberikan oleh Herbalife Coach yang anda dapatkan produk Herbalife tersebut. Secara asasnya, dari siapa anda dapatkan produk Herbalife, anda berhak untuk dapatkan service dan coaching tentang produk Herbalife skali. Make sure dapatkan produk Herbalife dari Coach ya. Sekiranyan anda masih belum mempunyai Coach, dan berminat untuk menggunakan produk Herbalife, boleh whatsapp 0193709753. 

Nak tahu tak, anda tetap boleh turun berat & dapat hasil yang berkesan walaupun hanya dengan menggunakan Formula 1 Herbalife sahaja? Dan pembelian & penggunaan produk Herbalife selain Formula 1 tu bergantung pada keperluan dan budget anda. So basically, anda tak semestinya perlukan semua produk Herbalife untuk dapatkan hasil yang effective! 


Tentang pakej dan produk Herbalife mana yang paling sesuai dengan anda, boleh bincang dengan Coach dan saya akan suggest mengikut keperluan dan kesesuaian anda 😊


READY UNTUK MULAKAN HERBALIFE JOURNEY ANDA?


WHATSAPP  0193709753

Klik sini tentang Cara mulakan produk Herbalife:

Klik sini tentang Produk Kurus 30 Hari :

Klik sini tentang Produk Herbalife Murah : 

Klik sini tentang Senarai Produk Herbalife : 



View this post on Instagram

Baru je masuk tahun baru, lagi 4 bulan nak Raya pulak. Kalau teringin nak kurus sebelum Raya & nak kurus dalam 2020 ni, elok la mula sekarang berbanding nak tunggu bulan puasa baru nak kurus. Bila mula sekarang, lebih realistik nak turun berat & kekalkan penurunan, sbb habit makan sihat terbentuk sbelum Raya. So kita pun lebih mudah nak manage berat & nafsu makan wakt Raya. Takde lagi insiden gemuk balik lepas Raya 😍 . Lagipun baik plan awal-awal kalau nak kurus, takut nanti takde baju Raya sbb tak sempat nak alter baju 😂 ====================================== KURUS 30 HARI SURIKURUS ONLINE COACHING 📲0193709753 ✔️ Turun Berat 5-50kg ✔️ Group Coaching Wanita sahaja ✔️ Mealplan PERSONALIZE MUDAH ✔️ Coaching Group yang supportive ✔️ Kelas Kurus Online ✔️ Food Diary Checking, HomeWork ✔️ Recognitions and Reward ✔️ 100% ONLINE & EFFECTIVE 💯 turun berat bagi yg ikut guideline . . TENTANG PROGRAM KAMI ❌ Kurus Tanpa stress ❌ Tak wajib masak/eat clean ❌ Tak wajib bersenam ❌ Kurus Tanpa Berlapar 🍚 Boleh makan NASI setiap hari ✔️ Boleh makan masakan Melayu . . Start Now 📲0193709753 30 DAYS TRIAL AVAILABLE. ⚫️ Herbalife Coach ⚫️ ONLINE Weight Loss Coaching, MUDAH & BERKESAN #TeamSuriKurus #ProgramKurus30Hari #CoachKurusOnline #HerbalifeMalaysia #herbalifecoachmalaysia
A post shared by COACH KURUS ONLINE | HERBALIFE (@fatinsyaibrahim_hlf) on

Rabu, 1 Januari 2020

Tips Kurus Tanpa Berlapar dan Tanpa Eat Clean

Bila nak diet untuk turun berat, ramai yang beranggapan kena berlapar, tak boleh makan nasi untuk kurus, dan banyak lagi mitos-mitos yang sebenarnya tidak membantu penurunan berat yang sihat.

Sebenarnya, kunci utama penurunan berat badan yang sihat adalah dengan pemakanan seimbang mengikut keperluan badan setiap individu. Dengan ini, anda sebenarnya tidak perlu berlapar untuk kurus. Senang je nak kurus tanpa berlapar, especially dengan bantuan produk Herbalife 😍

Tips Kurus Tanpa Berlapar 


1. Mulakan hari anda dengan sarapan seimbang. 


Tahukah anda, abaikan sarapan adalah antara punca kenaikan berat badan? So pantang paling utama apabila nak kurus adalah jangan abaikan sarapan pagi. Mulakan hari anda dengan sarapan yg sihat dan seimbang. 

Sarapan sihat dan seimbang kat sini bermaksud makanan yang mengandungi cukup nutrisi dalam 1 hidangan. Saya dan ramai clients memilih Herbalife shake sebagai sarapan sihat. Bayangkan dalam 1 hidangan Herbalife shake bernilai 100kcal sahaja dan dalam masa yang sama mengandungi cukup nutrisi seimbang, ada 10g protein, 5g fibre, berserta macronutrients dan micronutrients lain lagi! 😱

Dengan pengambilan nutrisi seimbang waktu pagi, secara tak langsung bantu anda lebih kenyang & lebih mudah untuk kawal nafsu makan tu! 




2. Pastikan anda minum air yang cukup setiap hari 


Semua tahu tentang kepentingan minum air kosong yang cukup setiap hari. Tapi dalam masa yang sama masih ramai lagi yang kurang minum air secukupnya dalam sehari. 

Berapa banyak air yang cukup tu? 3L sudah memadai untuk maintain healthy body. 

Air kosong yang cukup setiap hari tidak menyebabkan kerosakan buah pinggang, bahkan pengambilan air kosong yang kurang & berlebihan air  manis antara punca masalah-masalah lain pada badan. Dalam masa yang sama, kena tahu bahawa air kosong tidak boleh padam kalori makanan kita! Jangan pulak jadikan air kosong sebagai lesen untuk makan banyak melebihi keperluan badan. Hehe

Pengambilan makanan yang seimbang setiap hari & air yang cukup adalah kunci utama penurunan berat yang sihat & tanpa berlapar. 




3. Makan dalam portion yang betul dalam setiap hidangan. 


Kunci kejayaan penurunan berat badan yang sihat adalah makan dalam kalori & saiz hidangan yang betul setiap hari. Pastikan nutrisi harian cukup dan seimbang, Don't eat less, EAT RIGHT. Makan kurang tanpa ambil berat tentang keseimbangan nutrisi tidak menjadikan penurunan berat lebih baik. Bahkan anda lagi cepat lapar, cenderung to lose muscles & kenaikan semula berat lebih mudah berlaku. Pastikan makan dengan seimbang ya! 😉


4. Kurangkan pengambilan jajan, makanan/minuman manis, process foods. 


Makanan-makanan sebegini bukan sahaja tinggi kalori, malah tidak bernutrisi & tidak memberi manfaat pada badan. Antara tips pemilihan makanan, pilih lah makanan yang bernutrisi, mengenyangkan dan membantu fat burning. Bila pilih makanan yang bernutrisi, secara automatiknya membuat kita rasa kenyang lebih lama. Maka, anda tidak perlu berlapar/berpuasa untuk kurus! 


========================================================================

Sekian antara tips utama turun berat badan dengan sihat & tanpa berlapar. 
Ingat ya, berlapar dan tahan lapar tidak membantu penurunan berat yang sihat. 

DON'T EAT LESS, EAT RIGHT. 







Share lagi skali reason saya guna Herbalife, sbb ada yg tanya, "dah kurus, kenapa guna Herbalife lagi?" Hehe. . Pendek katanya -- MUDAH, SIHAT & JIMAT. Nak tahu tak, perbelanjaan makan bulanan saya lebih jimat bila guna Herbalife berbanding waktu tak guna Herbalife dulu? Dah la jimat, auto pilot boleh dapat balanced nutrition tanpa perlu work hard pulak tu. Nak manage berat pun lebih mudah 😍 . Alhamdulillah thank you Herbalife! Entering my 8th year consuming Herbalife products in a few days more, insyaAllah 🤩 JOIN US & start your Herbalife SURIKURUS journey today! ====================================== KURUS 30 HARI SURIKURUS ONLINE COACHING 📲0193709753 ✔️ Turun Berat 5-50kg ✔️ Group Coaching Wanita sahaja ✔️ Mealplan PERSONALIZE MUDAH ✔️ Coaching Group yang supportive ✔️ Kelas Kurus Online ✔️ Food Diary Checking, HomeWork ✔️ Recognitions and Reward ✔️ 100% ONLINE & EFFECTIVE 💯 turun berat bagi yg ikut guideline . . TENTANG PROGRAM KAMI ❌ Kurus Tanpa stress ❌ Tak wajib masak/eat clean ❌ Tak wajib bersenam ❌ Kurus Tanpa Berlapar 🍚 Boleh makan NASI setiap hari ✔️ Boleh makan masakan Melayu . . Start Now 📲0193709753 30 DAYS TRIAL AVAILABLE. ⚫️ Herbalife Coach ⚫️ ONLINE Weight Loss Coaching, MUDAH & BERKESAN #TeamSuriKurus #ProgramKurus30Hari #CoachKurusOnline #HerbalifeMalaysia #HerbalifeCoachMalaysia
A post shared by HERBALIFE COACH KURUS (@fatinsyaibrahim_hlf) on


IG : @fatinsyaibrahim_hlf


WHATSAPP : 0193709753


Ahad, 2 Disember 2018

Siapa Perlukan Nutrisi Seimbang?

Bismillah. 

Lately ramai yang contact saya bertanyakan perihal siapa yang boleh menggunakan produk Herbalife? Adakah hanya khusus untuk mereka yang nak turun berat sahaja? Adakah sesiapa sahaja yang menggunakan produk Herbalife akan jadi makin kurus?
Ok meh saya cerita serba sikit berkenaan Herbalife dan siapa je yang boleh guna Herbalife ni?


Adakah Herbalife Ubat Kurus?



Formula 1 Herbalife

Ok perkara paling asas yang anda perlu tahu adalah Herbalife ni bukan ubat kurus. Tapi Herbalife adalah makanan nutrisi. Dan Herbalife shake ni kan adalah makanan yang mana seimbang dari segi kandungan nutrisinya -- seimbang dari segi proteinnya, karbo, lemak sihat, fibre, termasuk vitamin & mineral. So Herbalife sama je macam makanan lain, bezanya dalam Herbalife shake ni berbaloi pada setiap kalorinya. Sihat, seimbang, jimat & kenyang.


Ok kita ambil ni sebagai contoh sarapan harian kita. Nasi lemak vs Herbalife shake. Harga yang hampir sama, tapi jauh berbeza kualitinya. Kualiti yang dimaksudkan ni adalah kandungan nutrisi yang terkandung dalam kedua makanan ni, sedangkan harga hampir sama! Kalori pun sangat jauh bezanya dengan Herbalife shake yang mana sangat rendah, tapi mengenyangkan atas sebab padat dengan nutrisi tu. :)

Setiap hidangan kita, tak kira lah sama ada sarapan ke, lunch ke, dinner ke, semua perlu seimbang. Dan Herbalife ni tawarkan program untuk anda turun berat dengan sihat, seimbang tanpa perlu kurangkan keperluan nutrisi tau.
Makanan yang tinggi nutrisi & seimbang ni membantu kita bukan je untuk turun berat, tapi jugak kenyang lebih lama & bertenaga tau!



Siapa yang Boleh Menggunakan Produk Herbalife?


Konsep Herbalife ni adalah nutrisi selular, bermaksud dalam 1 hidangan shake tu, kita bekalkan nutrisi untuk sel dalam badan kita. Haa gitu lah kaedahnya. Kenapa penting & perlunya nutrisi selular ni?

Nutrisi Selular Herbalife

Kalau anda tengok gambarajah ni, kepentingan nutrisi selular ni bukan je untuk turun berat, tapi sebenarnya untuk tubuh badan kita secara menyeluruh, termasuk untuk kesihatan usus, jantung, kesihatan lelaki, kesihatan wanita, dan lain-lain. Lagipun, bukan orang yang nak turun berat je perlukan nutrisi harian ni, malah setiap individu pun perlukan nutrisi untuk sel badan kita. Sebab tu kita kena amalkan gaya hidup & pemakanan sihat ni. Sebab memang keperluan untuk badan kita.

Cuma, realiti dan gaya hidup kita sekarang susah nak dapat makanan seimbang tu. Biasanya hidangan yang kita mudah dapat ni tinggi karbo, tinggi kalori, tinggi gula. Pendek kata, kurang menyihatkan, kan? So, itulah fungsi Herbalife ni, memudahkan kita untuk dapatkan nutrisi seimbang setiap hari, tak kira lah anda nak turun berat ke, maintain berat ke, sarapan sihat je ke. Secara ringkasnya, Herbalife bukan hanya terhad untuk yang nak turun berat sahaja. :)


Kalau Herbalife untuk Semua & Bukan Ubat Kurus, Bagaimana Herbalife Membantu untuk Diet Jaga Makan dan Manage Berat?


Haaa atas sebab ni lah anda perlu dapatkan produk Herbalife melalui Coach/Pengedar Sah Herbalife, bukan hanya sembarangan beli Herbalife dari mana-mana. Sebab, setiap orang mempunyai keperluan & mealplan berbeza bergantung pada individu.

Ada yang turun berat sambil bersenam
Ada yang nak turun berat sambil menyusu tanpa efek susu
Ada yang nak turun berat tapi tak sempat nak masak pun, so nak makan apa untuk pastikan seimbang?
Ada yang tak perlu turun berat pun, tapi nak kena turunkan lemak/perut buncit/kecikkan peha
Ada yang turun berat tapi tak sempat bersenam pun
Dan macam-macam lagi kategori dan keadaan individu tu.

Dalam perbezaan ni, so macam mana nak pastikan semua boleh turun berat tanpa berlapar & dengan sihat?
Ini lah pentingnya ada Coach Herbalife tu.
Coach juga yang akan menjawab semua pertanyaan anda, ubah mealplan sekiranya tak sesuai, sehinggalah anda boleh ikut mealplan. Tugas anda hanyalah dengan buat yang terbaik & dengar nasihat Coach. Semudah tu je! :)

Jangan pula keliru, coaching Herbalife tidak berbayar. Anda dapat percuma dengan pembelian produk tu. So, dari siapa anda dapatkan produk Herbalife, dari situlah juga anda akan dapat coaching & guideline. Kita tak boleh nak samaratakan semua orang punya mealplan, sebab setiap dari kita pun tak sama, kan? So, make sure anda mula Herbalife dari Coach ya! :)


Ini pula saya sendiri. Saya maintain berat yang sama, tapi dalam gambar ni lemak saya mencanak naik hasil dari makan banyak kuih raya. Lemak naik, menjadikan perut buncit, muka pun terus jadi petak! Sejujurnya saya langsung tak selesa. Ye lah kan, saya kan Coach. Mestilah saya sendiri pun kena walk the talk. Saya coach anda untuk turun berat, saya sendiri pun kenalah pastikan berada at my best shape.

So, saya ikut mealplan turun lemak, saya turun 2KG lemak dan perut pun kempis balik. Dagu pun start runcing semula, maka saya pun lagi confident nak bergambar. HAHAH tu aje yang penting kannnnnn. :P

Okey so siapa pun anda, dari mana pun anda, anda boleh mulakan program dengan Herbalife ni! I'm happy to be your Coach!


PROGRAM KURUS 30 HARI
COACH FATIN
Whatsapp: 0193709753