Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 14 Mei 2012

macho.



dah lama tak dengar lagu ni, tetiba tadi time dalam kete dengar lagu ni. addicted ngan lagu ni balik.
sejak dua menjak ni rasa macam bz gila. tak ada lah bz sangat pun sebenarnya, buat-buat bz je pun yang sebetulnya. hiks.
kat tempat praktikal aku sekarang ada buat shutdown kat certain areas yang involved untuk tahun ni.
dari pagi aku dah menyibuk kat plant, lalu muka aku pun dah berani tunjuk belang. dah lama okkk muka tak jadi belang-belang sebab sun burn.
tak pasal-pasal teringat waktu zaman jahiliah konon tomboy habis time sekolah dulu-dulu. dulu kan involved ngan olahraga, pastu time tu seboleh-bolehnya nak berjemur tengah panas. dah la tak pakai sun block ke apa ke. dulu memang macho habis lah tu konon.
tak suka jaga muka, tak pakai sun block, seboleh-bolehnya nak berjemur di bawah terik mentari supaya burnt. siap aku sanggup jemur tangan sendiri okk. tu pasal tengok tangan itam, muka cerah sikit. rasa nak lempang diri sendiri bila teringat diri yang bajet macho dulu. pehhh.



sejak-sejak dah jarang ambik gambar sekarang ni, 
gambar ni je yang paling cantik yang aku ada. haha. 




Khamis, 3 Mei 2012

picture of the day. ke?

picture of the day. 
perhaps? 

ni namanya suam-suam kuku nak update. kalau dah namanya nak update, tapi malas tak guna jugak. zzzz

hari ni gua gangster sikit. 
perkataan dah lama yang tak sebut pun, tersebut balik. 
lalu sekarang termalu sendiri. 
ketahuilah, marah adalah memenatkan dan tidak menguntungkan. 
buat sakit hati sendiri je. 
it's been quite a time aku tak marah-marah. sangat lama dah kot aku tak marah. tapi sebab petang tadi, itu lah aku rasa marah paling teruk sebab tak boleh nak lepas betul-betul. sampai sakit kepala duk tahan marah. 
kesian telinga-telinga yang kena dengar aku pot pet tak habis-habis. 
somehow, benda tu memang patut aku marah pun. cuma nak control tu payah sebab banyak faktor. 
i hate all the negativity yang appear dalam diri. sebab most of the time sekarang, since aku ada dreams that i believe boleh achieve, optimist is my best friend now. 

ah, mata mengantuk pulak. 
marah sila reda dalam mimpi.

malam ni cuba mimpi suwit sikit, biar lupa yang pahit tadi. hiks. 
:P


pssssst : rasa macam nak pegi hiking lah. tapi mestilah nanti-nanti. aku kena achieve something dulu, then pergi hiking ke, diving ke, as the reward. insyaAllah. 

psssst psssst : day by day, my why herbalife become stronger. sabar je la ngan orang tadi. tak pasal-pasal tadi nak marah sangat aku terfikir, 'kiranya membunuh itu halal'. nauzubillah. (scary tak marah aku? wahahahaah) lepas marah reda last-last malu sendiri. 

psssst psssst psssst : bersihkan hati! 

gua tido dulu, der. 

Rabu, 2 Mei 2012

kejar

cadangnya aku mahu tido awal malam ni. malam semalam tido lambat, lalu pagi tadi dah sampai ofis aku ke tandas macam biasa. dan macam biasa juga akan tengok cermin untuk perasan sendiri. lalu terperasan ahhh mata sembap. mesti orang ingat aku nangis. wahahaha.

namun, niat untuk tido awal hanya tinggal niat. kerana cubaan gagal.
kupusing kanan, kupusing kiri. tapi hampa. mata tak lelap, lalu kembali lah aku ke alam cyber. ewah.

macam biasa, on facebook. lalu terbaca status member kena kejar dek anjing. bukan lah aku ni kejam sangat nak gelakkan dorang kena kejar. tapi sebab aku tak leh nak bayangkan muka masing-masing kecut time kena kejar anjing lalu berlari pecut, itu yang aku kurang sampai nak imagine. lalu hanya ter-----gelak. (nampak tak dash tu banyak. tu tandanya tak sengaja nak tergelak). bukan apa, aku macam was-was macam mana dorang pecut, sebab sorang tu time naik bukit bauk je, mesti pancit padahal belum sampai level satu tapi drama dia terbaik. lalu apabila nak imagine dia berlari bersungguh, aku... (tak sampai hati nak sambung ayat) :P
tapi lepas kena kejar tu, main badminton tetap main.

sebab dah gelak banyak ni, yang ngantuk tadi pun dah hilang.

lalu sekarang, ayuh baca buku sampai tertido.


pssst : insyaAllah saya akan adakan booth di pantai teluk gadong, dungun, bersempena family day untuk course  admin science uitm dungun. untuk orang-orang dungun dan yang berdekatan yang berminat nak buat wellness evauation, jemput hadir! :)


ini sorang daripada mangsa tadi.
*tumpang lalu tini* :P