Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 27 Februari 2010

ini semua salah hormon.

lately aku rasa macam malas gila nak update blog.
malas gila nak buat kerja pape.

dan lately aku rasa aku cepat nak menyampah gitu.
mood adalah terumbang ambing macam kau naik sampan kat tengah-tengah laut waktu musim tengkujuh dan waktu tu ombak tengah galak bergulung-gulung. even sampan kau terlanggar ombak yang kecik sekalipun, dah rasa macam nak terbalik dah. itu belum terlanggar ombak yang besar lagi, haa kau bayangkanlah sendiri kalau dah terlanggar ombak besar apa jadi.
ini semua salah hormon kan?
tidak mengapa, saya gadis sejati.. ceaaa.. nak jugak.

sebab mood aku terumbang ambing,
sebab hal-hal kecik pun aku rasa macam nak makan orang dah.
sebab perkara kecik pun, aku rasa macam nak tumbuk belasah fire semua bagai. (tu pun dalam ilusi je lah kan. ekeke). tapi serius mood aku pelik ok. aku susah nak jadi macam ni. tapi bila dah jadi, it takes time untuk kembali normal macam biasa tau. kiranya sekarang aku macam tak normal sangat lah kan. dah tu kata mood hormon tak stabil.
-kawan-kawan, sila tahan untuk beberapa ketika ini ok?

aku malas nak cakap banyak.
minggu depan test, aku kena ngadap notes walaupun tadi aku adalah tension sebab 1 hari aku tido. bukan sebab saya kuat tido, tapi sebab mood saya tidak stabil. daripada aku layan mood, baik aku zzzzzz. orang lain tak sakit hati ngan aku, aku tak sakit hati ngan diri sendiri. cess.



pesananringkas : aku tak faham kenapa orang melayu tak senang hati ila tengok bangsa sendiri senang, tambahan lagi yang seIslam. kesian orang melayu kan? lepas tu, bila ada bangsa lain kutuk melayu, tipu melayu, ambil kesempatan ke atas orang melayu, mula lah nak marah-marah mengamuk bagai. dan lagi, aku sangat terkejut bila ada muslim kata Islam ni kolot kerana menutup aurat.
Ya Allah, aku mohon padaMu, Kau tetapkanlah iman dalam dadaku, dalam jiwaku, tunjukkanlah aku ke jalanMu dan janganlah Kau pesongkan aku dari jalanMu. berikanlah aku petunjukMu, peliharakanlah hidupku sampai akhir hayatku.. amin.. :')

pesananringkaslagi : sekarang tengah addict cerita ketika cinta bertasbih dan sountracknya sekali.  :))

salam maulidur rasul :')

ya Rasulullah, aku rindu. 
:')




selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.






dan lagu ini memang sentiasa buat aku mengalir air mata.
syahdu dan rindu.
dan aku rindu saat aku berdepan makam Rasulullah.




Rabu, 24 Februari 2010

cubaan untuk kali ke.. lebih dari dua kali barangkali?




aku ingatkan susah nak pakai shawl semua bagai.
tapi rupanya tak. senang sajo. terutama shawl yang aku pakai ni
anna, aku pinjam kau punya eh. ehehe

saje je nak menunjuk, aku dah pakai shawl sekarang. 
lalalala
tapi, lepas ni mungkinkah aku akan pakai secara konsisten gituu?
macam harapan tinggal mimpi sajo.
aku adalah tidak reti nak belit kemas-kemas dan haruslah rasa tidak selesa untuk beberapa ketika.


shawl ni cantik, kan?
anna beli online dekat sini.
cantik-cantik wey.


pesananringkas : setelah sekian lama mencari lagu bu de bu ai. since form 5 ok.. dan, akhirnya jumpa jua.. terima kasih sebab tolong download. :')


Selasa, 23 Februari 2010

bila dah lama tak berbelog, inilah jadinya........

hidup adalah seperti tidak terurus sejak kebelakangan ini.
kena uruskan itu ini, siapkan proposal dalam kadar yang segera dan seterusnya kena hantar kepada pihak atasan nun.
lepas tu, apa hal pulak semua urusan nak kena guna surat ni?? ok, fine lah kan sebab nanti kalau ada apa-apa hal, boleh rujuk kat surat itu sajo.
grr.

urat dalam kepala haruslah berputar belit sekarang sebab banyak sangat nak kena fikir sampai macam dah kejang nak blogging. ok, pentipu di situ. padahal malas yang amat. next week adalah test chemistry, hoyeh hoyeh. adalah harus gembira gembiru gitu kan. wakluuu.
haruslah gigihkan diri belajar kan, walaupun sekarang macam tengah kurangkan kegigihan merehatkan badan dengan menidurkan diri dengan harapan otak tidak letih. boleh macam tu??
kita bolehkan sahaja sebab sebenarnya tidur itu perlu, bukan?
kang kalau kau ngantuk, pastu kau study tapi kau tak paham satu habuk pun even huruf m pun kau nampak huruf w, sampai kekdahnya kau baca perkataan macam pun jadi wacaw, apa cerita kan?
kang tak pasal-pasal lain pulak kau faham. tak ke naya..
ok, sebenarnya itu hanyalah sekadar menydapkan hati supaya tidak menyesal bila tidur.

pernah kau tidur lama-lama, lepas tu bila bangun kau rasa adoi menyesalnya aku tidur sampai tak study. lepas tu mula lah rasa macam apa heh. rasa macam nak tumbuk diri sendiri gayanya sebab dah menyesal sangat tidur. jangan aniaya diri sendiri ya kawan-kawan, kerana badan anda juga memerlukan rehat. ceaaa.

ok, aku malas nak bebel panjang-panjang sebab banyak lagi kerja terbengkalai yang aku kena selesaikan. ceh.


hish. kenapa entry ni banyak pasal tido heh?


pesananringkas : saya adalah keliru dan bukan senang untuk mempercaya.

Ahad, 21 Februari 2010

sungguh seronok bila berada di rumah, terutama ketika cuti.
tak perlu nak fikir pasal kelas.
tak payah nak fikir pasal bangun awal.
tak ada lah nak fikir nak makan kat mana, nak siap-siap pergi makan.
semua itu melecehkan.

tapi kesenangan itu hanya sekejap.
jangan harap nak lama-lama.
sebab sekarang aku dah habis cuti pun.
maka, terpaksalah bangun awal.
arrange masa semula.
fikir itu ini.

dan tahniah sebab hari ini aku adalah bangun lambat lalu ter-tidakpergi kelas pagi tadi.
huah.



pesananringkas : penat balik semalam masih belum habis, masih terasa. rasa macam nak tidur 24/7 taknak bangun-bangun.

pesananringkaslagi : saya adalah homesick dan agak tension di sini sebab tadi ada orang kata, 'fatin, kau dah gemuk sikit, pipi dah naik.'
grrrrr.

Sabtu, 20 Februari 2010

ibu, setakat ni balik cuti kat rumah kali ni, tak ada chance pun nak bangun lewat sampai tengah hari.

antara salah satu sebab aku suka cuti sebab boleh angun lewat bila kat rumah.
*memang saham jatuh habis ni*
ahh.. tak kisah lah saham jatuh ke tak. asalkan tidur aku ter-qada' dan di-qada-kan secukupnya mahupun lebih. itu adalah wajib.

malam semalam sebelum aku tidur, ibu dah pesan awal-awal.
ibu : acik, tidurlah cepat. esok nak kena bangun awal.
aku : ala.. sepanjang cuti ni tak pernah pun bangun lambat.. mana boleh macam ni.. bila dah balik sana nanti dah tak cukup tidur semula dah.. nak jugak bangun lambat..
ibu : amboi amboiii...

aku adalah dipaksakan untuk tidur awal sebab pagi tadi sepatutnya ibu nak pergi berurut. aku kan driver ibu yang bertauliah.
nasib baik pagi tadi takjadi pergi sebab tukang urutnya ada hal.
ibu kejut aku berkali-kali pun aku kata alaaa... lima minit.. alaa.. nanti lah.. nak tidur lagi sikit je..

serius time cuti ni aku bangun awal sajo.
tak ada nak bangun lambat-lambat macam tadi. memang puas hati aku qada tidur. ahahaa
sepanjang minggu ni memang jarang aku melekat kat rumah.
ada sajo programnya. dah tu kena bangun awal sajo. lepas subuh dah tak boleh tidur dah. grrr. 
dan sekarang, aku macam tak boleh tidur, sebab baju-baju barang-barang semua belum pack.
nasib baik esok ayah aku dengan rela hati nak hantar. padahal dipaksakan sebab tiket bas dah habis. boleh gerak lambat-lambat sikit tak payah nak rush rush kejar bas untuk hari esok yey!

gambar adalah tidak berkaitan.
cuma aku suka gambar ni.
hihi

pesananringkas : beritahu saya apa perasaan bila anda bila sudah punya pengganti. kadangkadang aku teringin. tapi serik buat masa ini.




alkisah 4 feb hingga 5 feb. Setiu Agro Resort 2.

hari tu aku cerita pasal jungle tracking kan?
ini sambungan dia.
tiba-tiba aku macam tak ada idea nak tulis apa, macam mana.
kiranya, aku tunjuk gambar-gambar je lah sampai kau muntah, barangkali? ahaha

aktiviti sambungan lepas makan tengah hari, yakni lepas jungle tracking,
adalah water confidence, rafting dan diakhiri dengan flying.
semua aktiviti tu merupakan pengalaman yang agak pertama dalam hidup aku.
kecuali tang water confidence tu mungkin tidaklah kan.
jom kita layan gambar.
zaaaassssss!


time ni tengah tunggu mr. jungle datang.
hari tu kitorang pakai 1 baju dan 1 seluar untuk semua aktiviti pada hari tersebut. busuk tu tak payah kata lah kan. memang busuk. setiap kali orang datang dekat ngan aku, aku jauhkan diri dari dorang. takpun kalau aku malas nak gerak, aku suh dorang yang jauhkan diri dari aku.
'weh, kau jauh sikit dari aku. aku sedang busuk. aku tak selesa.'



time ni semua orang kena bersedia pakai life jacket semua. cari aku kat mana cepat!



time ni dah kat atas pondok air dia. tunggu turn kau kena tolak dalam air tanpa sedar sajo.



anna sebelm ditolak ke dalam air. 
gelak guling-guling tengok muka cuak kau, anna! ahaha



ahahaha.
tak tau nak explain apa. hanya gelak yang kedengaran.







ini semua gaya dan ragam budak-budak kelas aku bila ditolak ke dalam air. 
lawak, ok.
gambar aku adalah disorokkan. mana boleh gelakkan tokey blog ni wey.


kena bentuk bulatan ni.


time ni mr. jungle dah suruh semua naik ke tebing.
kemudian. semua kena berenang ke tebing seberang. tapi by pairs lah kan. 


aku ngan anna.
tengok kaki kami. mahal ok. 


yang ini pula untuk axtiviti rafting.
ada tiga group. 
time ni setiap group bertungkus lumus ambil kelengkapan semua dan kelam kabut nak siapkan cepat-cepat.
adalah tercabar bila nengok group lain siap dulu ok.










dah siap dah. fuhh.
kau ingat senang nak buat 1 benda alah ni?
susah woo.


time ni nak tunggu si mr. jungle tu kata start. kitorang kena drift, ok.
aku suka part drift-drift ni. ahaha






kau jangan main-main.
sungguhpun aru first time, aku terer siap bleh tukar tepat ngan orang sebelah ok.
lenguh tangan oh.
walaupun pada ketika itu aku tak ada suara sakit tekak, aku tetap turut sama join dorang jerit,
1, 2 kayuh!
kiri kayuh! kanan kayuh!
group aku menang ok. walaupun telah disabotaj oleh mr. jungle, kami tetap menang.
dia pusing rakit kitorang ok. memang kejam di situ.
tapi dah kata group terer, macam mana pun tetap menang.
ada siapa-siapa nak challenge kami ke?? :P



dan ini yang terakhir, semestinya flying fox.


dengar taklimat ringkas sikit-sikit.




tali aku terpusing pulak. 
kalau tak, dah nampak gambar depan dah. grr.

dan pada malamnya hanyalah bbq sajo.
tak ada gambar pada waktu malam, bateri kamera sudah habis.



ok, itu sahaja lah.
ada banyak lagi gambar sebenarnya. tapi tak larat lah nak letak banyak-banyak. padahal malas. kuikuikui




esok dah balik kolej..
wuaaaa. tak nak balik boleh?
aku nalk tidur sahaja kat rumah.


pesananringkas : kosong. 


Jumaat, 19 Februari 2010

bila mata enggan melelap..

dah lama tak jadi macam ni.
mata mengantuk, badan letih, tapi tak boleh lelap.

bila dah jadi macam ni,
jiwa mulalah nak mengacau, tak tenteram.

noktah di situ.
aku tiada idea untuk meluahkan.
tiada juga keinginan untuk mencari idea.

aku rindu aku yang sedang bangun,

dan betapa aku berharap timeline kejatuhan aku, boleh aku delete.


T____T



Khamis, 18 Februari 2010

baru sampai rumah dan sangatlah letih gituu.
padahal dalam kereta aku tidur sajo. apa kau fikir duduk sajo-sajo dalam kereta tak letih?
letih vontot ai ok.



pesananringkas : malam nanti bila aku dah tak letih sangat, barulah aku pergi jalan-jalan ronda-ronda kat blog orang lain. sekaran haruslah aku landing-landing dahulu. :P

pesananringkas : tidak faham.


oh sekarang juga aku tension sebab setiap hari makan nasik dan haruslah paling koman pun 2 pinggan. paling tak koman agak-agak berapa pinggan??

Selasa, 16 Februari 2010

alkisah 4 feb hingga 5 feb. Setiu Agro Resort 1.

haa..
untuk langkah pertama sebelum aku start membebel sikit-sikit, adalah dipersilakan kawan-kawan untuk mengkorek balik entry aku yang lepas. ada aku cerita pasal birthday seprais yang ditundakan sebab ada aktiviti. 

walaupun agak lambat sebab baru sekarang aku nak cerita, tapi aku tetap nak cerita jugak.
bukan sengaja lambat, tapi badan sakit-sakit oh. lepas tu, banyak pulak kkerja nak kena settle, lepas tu, gambar-gambar ni pun aku dapat lambat la jugak kan, sebab tu niat macam terbantut sikit, terus kata dalam hati, tak apa lah, nanti kat rumah baru buat entry pasal ni.

aku adalah sangat excited untuk pergi aktiviti-aktiviti macam ni sebabnya :
1. aku suka aktiviti yang macam lasak-lasak ni, tapi tak pernah berpeluang nak pergi. ingat lagi dulu, bila kawan aku, diana, dapat pergi PLKN, aku jeles ok sebab aku tak dapat. grrr

2. ini adalah kali pertama aku pergi untuk join aktiviti macam ni. kesian aku kan. dulu, masa pergi program HIMPUN, kali pertama jugak. tapi tak apa lah kan, at least, still ada pengalaman. macam pengalaman aku first time pergi kenduri kahwin tanpa ibu. tiba-tiba rasa macam dah patut kahwin dewasa. oh no. hampir terlupa aku dah umur 20 tahun. tapi kenapa aku rasa macam baru umur 17tahun eh? ok ok fineee. jangan pang saya, kasi la saya chance nak feeling-feeling muda.  :P

ok ok.
ayuh kita sambung ceritera cinta cerita pasal ekspidisi ni. ceaa. macam gempak gila bila sebut ekspidisi. tapi memang gempak pun. kuikuikui

kitorang gerak pergi Setiu Agro Resort malam pukul8 lebih gituu.
memang lapar gila sampai perut pun bunyi-bunyi tau sebab petang tu ada bola jaring, malam tu dah gerak, tapi tak sempat makan pun tau. nasib baik budak-budak kelas aku ni semua bawak bekal. aku adalah harus mencilok mereka punya makanan sebab bila dah nampak makanan mereka, tiba-tiba nampak biskut tiger aku tak menyelerakan. boleh? tapi waktu on the pergi Setiu, pakcik bas berhenti makan dekat satu tempat makan yang bertempat di Jerteh. tapi aku lupa nama tempat makan tu apa, tapi banyak gerai-gerai makanan meriah wow wow gituu.. aku minum air sajo. tidaklah sanggup aku makan makanan berat pada waktu malam. kang kalau aku gemuk macam mana?

layan gambar sajo lah.
tiba-tiba aku tak tau nak bebel apa sebab banyak lagi gambar yang aku nak hidangkan ni, boleh jadi sampai termuntah?

ini dia tempat makan yang aku cakap tadi.
ini wajah baru masuk 20 tahun. ececece. sempat lagi.

sebab sampai pun dah malam dalam pukul11 lebih gitu, kiranya dah tak sempat nak bergambar dekat pintu masuk setiu agro resort tu. sampai-sampai, terus bahagi-bahagi bilik, lepak-lepak dalam bilik gituu. esoknya, terus bersiap-siap untuk aktiviti esok. aktiviti kitorang dalam satu hari sajo sebab tu macam penat sikit kot nak habiskan semua aktiviti yang ditetapkan dalam satu hari sajo.




waktu ni semua macam excited bersemangat lebih.
dan fresh sajo udaranya di situ. 
dan juga, pemandangan kat situ juga menarik. :)

sebelum start aktiviti pertama, jungle tracking, kitorang diberi taklimat oleh en. conductor, mr. jungle.
setelah potpetpotpetpotpet dengar dia bagi takimat, maka bermulalah jungle tracking kami.
aku lupa apa nama hutan yang kitorang masuk ni, tapi hutan ni jugak diberi gelaran hutan ayah pin. 

ini adalah laluan/halangan pertama.
aku perempuan first yang merentasi titi ni ok. vangga ni. :P





ini nama dia gua karipap.
cuba tengok betul-betul gambar tu, tengok batu tu macam karipap kan?
ok mungkin dalam gambar ni tak nampak sangat, tapi kalau tengok live memang macam karipap.
dan sebenarnya, dekat gu karipap ni ada akar yang meliar tapi membentuk litar fomula 1. tapi gambarnya tak ada pulak.



ini dekat tengah-tengah hutan.
tempat ni temat campsite. 
rehat sebentar, tapi bukanlah bersama kitkat, tapi bersama pacat-pacat ya kawan-kawan.


ok. kau nampak tak yang mr. jungle menyelit kat tepi pokok tu?
dia memang suka mengejutkan orang ok.
tiba-tiba kau tengah menghayati keindahan alam, dah lah nak kena cuak fikir pasal eh pacat ada lompat kat baju aku tak?, tiba-tiba dengar suara konon-konon tak tau datang dari arah mana. memang terkejut ok.
ada kawan aku sampai menjerit yang memang nampak hantu betul-betul.


yang ini aku tak tau pokok apa,
tapi pokok ni dah tua. memang tinggi.


ada siapa-siapa sua pergi fish spa?
haa..
kau jangan main-main, kat dalam hutan ni pun ada tau. free punyaa.

ini aku dah lupa apa nama pokok ni.
tapi katanya, pokok ni menyala bercahay pada waktu malam.


kau nampak tak lubang kat pokok ni?
katanya, beruang tinggal dalam tu.
kalau aku tak silap lah kan.


kau ingat senang nak jalan hutan ni?
siap ada curam, licin semua.
ramai lah jugak yang jatuh.


nampak tak cendawan kat ranting pokok tu?
cendawan tu sangat berguna kepada kauum wanita untuk menubati sakit-sakit orang perempuan seperti keputihan dan sebagainya.


ini pula gua air mineral.
air mineral pure baik punya tau.
nikmaat gilaa ok. airnya sejuk dan lagi nikmat dari air mineral spritzer. dan kedudukan gua ni jugak sangat unik tau. air dia mengalir atas kepada tanah.


time ni best ok.
lepas keluar guam mineral, jumpa sungai ni.
dan haruslah disimbahkan dengan air ni.


yey dah keluar hutan!



sementara tunggu waktu makan.
makanan kat tempat tu jugak sedap yummy yummy gitu.
dan banyak jugak lebih. apa lagi, haruslah makan bertambah berpinggan pinggan. 

kitorang berada dalam hutan tu dalam 2jam lebih jugak.
sangat mencabar. lebih-lebih lagi aku yang tak pernah masuk hutan ni semua. tapi aku suka dan seronok.
pacat jangan dikira. bertimbun-timbun. kau dah pakai stoking tbal, tinggi-tinggi pun, pacat still boleh tembus masuk hisap darah kau. tapi aku bernasib baik lah kan pacat tak hisap darah aku. setakat menumpang dalam kasut aku sajo.

sepanjang laluan jungle tracking tu, kitorang lalu 4 bijik gua.
yang aku ingat, gua karipap, gua kura-kura (yang ni memang sebijik macam kura-kura, tapi versi batu lah kan), gua air mineral dan lagi satu aku lupa nama gua tu. 


dengan aktiviti ni, aku boleh lihat betapa indah dan uniknya ciptaan Allah.
dan aktiviti ni jugak boleh memupuk semangat kerjasama anatara ahli kelas aku.

kalau kau nak buat aktiviti kat sana, memang seronok. memang best. tak rugi lah.


ni baru jungle tracking. 
belum aktiviti lain lagi.
haruslah aku sambung lain kali ya. ngee




pesananringkas : blog ini akan berdiam selama tiga hari, mungkin.


pesananringkaslagi : cuaca sekarang sangat terik, harus banyak minum air masak supaya air dalam badan tidak dehydrated.