Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 27 Oktober 2011

age and size


"Act your age, not your shoe size." -Uptown Girls

:P

amazing; sungha jung



he's amazing. like seriously.
aku baru je tau pasal sungha jung. once tengok his videos, terus fall in love. fall in love kata kauuu~

secara basicnya, aku ni bukanlah minat sangat tang mamat mamat korea ni. minat pun ada la sikit-sikit. tengok drama, hero macam hengseng sikit ke, sweet sikit ke, cair lah skejap. lepas tu lupa. tak ada lah minat beria. light light je. mungkin sebab aku ni cepat bosan. tak ada nak minat lama-lama unless for certain things. ada lah yang aku minat betul-betul. cuma tak ada lah fanatik habis. macam mana nak cakap eh?

kita pendekkan saja cerita, sungha jung ni terer habis.

kenapa budak-budak zaman sekarang semua terer-terer ni???? aaaaaaaaaaaaaa.
maka, lepas ni aku akan lebih kerap ke bilik tini for guitar lesson. walaupunnnnnn jari kakuu. :P



pssst : to tell or not to tell?

psssst psssst : #untung laaaaaaa

backspace

it's been awhile i'm not updating this blog. walaupun macam ade-haku-kesah-kalau-kau-tak-update-pun? tp still, aku rasa macam janggal pulak bila tinggal belog ni lama-lama. (lama ke?) tak kisah la mana-mana pun, tapi belog persis terapi pada aku. bila aku down, aku cari belog. bila aku boring, aku cari belog. bila aku nak cari rezeki, pun aku cari belog. thus tak patut kalau aku nak tinggalkan terus. no, never. 

even sebelum sebelum ni, aku ada lah jugak hati nak update. tapi setiap kali taip sikit, backspace balik. taip sikit, backspace lagi. dan begitulh seterusnya yada yada boring. 

anggap sahaja lah ini permulaan kepada kerajinan yang jitu. tapi biar aku sedut udara rumah sepuasnya dulu walaupun takkan pernah puas pun. hiks. yeah, sekarang saya adalah berada di rumah. aku plan tak balik rumah pun sebenarnya sebab next week pun balik lagi for raya haji n midterm break. but then ibu asked me to come home nak tak nak balik lah. tak sampai hati untuk taknak balik tu. though time ibu aku cakap tak balik la apa da, even time dah dalam bas nak sampai rumah dah pun i still acted like aku kat hostel yada yada. lepas tu ibu terkezut haku tiba-tiba sampai rumah. well, sweet tak ai? :P

dan rasanya setakat ini sahaja coretan saya untuk kali ini. sudah tiba agaknya masanya untuk saya pergi beradu. agaknya lah. kang kalau tak mampu nak lelap, boleh lah belek notes seimbas dua. dan kemudian mungkinlah mata akan terkelip lalu sedar-sedar dari kelipan tadi lalu kepelikan, 'aik, dah pagi?' :P


psssst : apa yang berlaku sekarang macam sukar untuk dipercaya. banyak manipulasi kekdahnya. 

psssst pssst : hope for a better tomorrow. :)

pssst psssst pssst : 1st day off consuming Yoli pH alkalete. let's see what it will be going, if there's any positive improvement occur. as in aku bukan orang yang senang senang nak consume any health suplement products, sebab utama, takut gemuk. sebab kalau lepas-lepas, everytime aku makan any vitamins, nafsu makan membuaks buaksss. tapi since keadaan sekarang needs me to consume these health products thingy, so aku try. wish me luck. (luck which refers to agar aku tak hangat-hangat taik ayam. :P)


Sabtu, 22 Oktober 2011

#random

lately macam banyak perkara yang berlaku. either kau suka ke, tak ke, yang berlaku tetap berlaku. even nak luahkan macam mana pun taktau. life been macam tunggang terbalik with no reasons lately. errrrr.

aku nak cerita banyak benda.
pasal menang naturethon.
pasal panjat gunung angsi.
pasal jumpa ustaz lukman.
pasal gunung stong which dah lamaaaa dah semester lepas tapi rasa macam nak tunjuk jugak sebab berjaya pegang kelawar even yang dah mati.
pasal hidup aku.
pasal banyak benda, walaupun yang listed above pun macam bosan. hiks.

i wanna write more, but the my heart isn't here with me. i just dun feel me deep inside. rasa macam lose something and rasa macam serba tak kena since that day. no, it's not bunga-bunga cintan punya pasai. :P

pssst : aku perlukan nasihat yang berunsurkan keagamaan yang boleh membawa keinsafan dan lebih ingat pada Maha Pencipta.

psssst psssst : rasa bersalah. kenapa lah tadi terlebih berani. T___T


Rabu, 19 Oktober 2011

mahu

saya mengantuk,
dan saya mahu tidur.

saya lapar, ingin makan,
tapi saya mahu kurus.

saya pokai, dan saya masudkannya,
dan searang saya mahu uwang.

zzzzz.

psssst : ini lah kaedahnya nak update tapi taknak. errr, macam mana tu?

Ahad, 16 Oktober 2011

lupa

aku tak suka time aku lupa. sebab bila lupa rasa macam loser sangat apa benda kecik macam tu pun tak boleh nak ingat ke? mungkin lah sebab aku banyak ingat benda lain sampai yang tu pun terabai. sampai keterlupaan. lagi satu kalau perangai aku time lupa tertinggal barang ke apa, aku rasa dalam ramai-ramai adik beradik ke, kawan-kawan ke, perangai aku yang macam mintak penendang. sebab aku cepat gelabah. yes, that's the word. tapi aku rasa sekarang ni dah macam kurang sikit kalau nak compare dengan masa-masa dulu.

dan sekarang antara perkara yang aku tidak gemar berlaku.

hari ni sepatutnya aku puasa ke tak?
aku komfius sebelum tido semalam aku ada niat nak puasa ke cancel?



psssst : harap sindrom ni berkurang segera.

Sabtu, 15 Oktober 2011

quotes of the day.




Don’t worry about hard times, because most of the lessons we have in life come from changes and mistakes

Atas kasih sayang Allah jua kita bertemu dengannya dan atas limpahan kasih-Nya jua kita dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.


pssssst : banyak kisah dapat kehidupan ni sebenarnya. 

pssssst pssssst : semalam tengok cerita bini-biniku gangster. ada certain part yang dorang konon nak buat lawak, tapi tak faham. ke kitorang tak berapa nak laju nak faham lawak dorang? kecuali part lawak sam laa. nasib tak tengo kat wayang. kalau tak, burn macam tu je duit kann. hiks

Jumaat, 14 Oktober 2011

14 oktober

dia cantik
dia kuat semangat
dia baik
dia yang over risau time saya sakit yang sedikit
dia kerja keras
dia selalu tak kasi saya drive laju-laju
kami selalu gaduh, tapi baik balik. ya, sebab saya keras kepala. :P
dia selalu nasihatkan saya itu ini, walaupun banyak antaranya yang saya tak dengar. saya kan selagi orang kata jangan, selagi itu saya buat. :P
dia insan terlama yang saya pernah jumpa, sebab tu saya kurang yakin dengan bff segala. sebab apa pun, dia jugak yang bisa tenangkan saya. apa-apa kesusahan yang saya ada, dia juga yang best.
saya suka aktiviti lasak, sukan. tapi tiap kali saya nak join, dia mesti tak bagi. tapi saya pergi jugak. lepas tu injured, lepas tu sakit-sakit. lepas tu dia mesti kata, haaa, itu lah tak dengar cakap orang. *told ya, saya bukan jenis yang mendengar kata sangat pun :P*


saya nak list banyak-banyak pun, rasanya tak termampu kot. tak termampu nak list satu hal, tak termampu nak bersabar dengan wifi yang menyakitkan hati ini. itu yang macam menduga dan sememangnya mengundang makian. serius. tapi yang paling tak mampu, nak menahan sebak tu yang paling tak mampu.


SELAMAT HARI LAHIR KE-56, IBU.

you're the best forever.
you're the toughest.
cepat balik, cepat sihat. kami mahu makan masakan ibu. :)

i'm not the best daughter, banyak buat masalah, banyak buat ibu susah hati. tapi trust me, my love for u sampai mati. I LOVE U.

cinta sampai hujung nyawa. :')


psssst : i just couldn't write more or else paham-paham lah sendiri. hati baby memang macam ni. :P

pssst psssst : mintak jasa-jasa dan hati ikhlas siapa-siapa yang terbacakan ini, doakan ibu cepat sihat. i just need that miracle sebab she deserve that miracle. she deserve to live happily at this age. please. :') and siapa-siapa yang suka berSMS, sms ibu at this number 0199627178, wish ibu selamat hari lahir and a bit of semangatv eh. dan jangan lupa bagitau anda kawan saya, kang ibu du pk pk siapa kangg. :) thanks people.

pssst pssst pssst : she might not read this post sebab she's not at home pun for almost this 1 week. undergo treatment for cancer.

YA ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Penyembuh akan tiap-tiap sesuatu. hanya padaMu aku berharap.

Rabu, 12 Oktober 2011

left untold.

most of the things in my left, kadang, nothing special to share with anyone pun. thus, sekarang aku lebih prefer to keep it myself walaupun kadang-kadang payah jugak la. lagi-lagi kalau time period, rasa macam tak ada tempat nak mengadu. kenapa time period? sebab time period kan tak boleh nak smayang, otometik rasa macam tak dekat sangat ngan Tuhan. mind set kot sebab time sujud tu rase saat yang paling hampir dengan Nya. tapi sepatutnya tak boleh la macam tu kan. sepatutnya tiap saat pun akan rasa dekat ngan Allah. hum.

aku tak tau macam mana nak describe perasaan aku sekarang.

BERCAMPUR ADUK.

dan sekarang, aku rasa macam nak balik rumah. no matter how pun. tolonglah bersabar, seminggu je lagi.

psssst : blank.

Selasa, 11 Oktober 2011

angka lima

sejak sejak naturethon dapat nombor 5 ni, asyik fikir pasal lima perkara je. tak kira lah 5 perkara ke, 5 benda ke, 5 waktu ke. asalkan 5. tapi jangan lah sampai aku ni jadi pilihan ke-5 untuk dijadikan isteri. gilo ke apo. tang tu mesti lah nak jadi yang the first and the last choice ever. so far tak ada lah sanggup nak dimadukan or hidup bermadu ni. (calon pun tak ada, ini kan pulak nak fikir pasal madu madu. ape cer?)

walaupun time naturethon tu aim nak dapat nombor 1, tapi apakan daya. tak cukup kemampuan di situ. badan tak jaga, fitness hampeh, lalu cepat lah penat. lalu aim dapat nombor satu hanya lah tinggal mimpi dan anganan. tapi at least i've tried my best. dah half way sepatutnya aku dah nak stop lari, tapi tak boleh. aku pinjam semangat ibu. aku fikir, kalau ibu yang sakit even dah sampai stage 4 pun, still boleh masak untuk kitorang, still berkeras nak ambik tempahan orang nak bahulu. so kenapa aku yang sihat boleh buat kerja berat, tak ada penyakit ni tak boleh kuat semangat? atuk saudara aku dah tua okk, joging non stop pagi pagi. tiap kali join marathon, he's still among the top ten winners. padahal winners lain mostly muda belia, tapi dia yang tergolong dalam golongan emas pun boleh menang? yang penting, semangat perlu kuat. i adore my mum's punya spirit a lot. walaupun dah banyak sangat dugaan dan keperitan yang dilalui, ibu still teguh berdiri. so, all in all, sepanjang naturethon tu, walaupun hanya lah 6km je pun, tapi bagi aku 6km tu dah macam nak mintak nyawa punya lah penatttt. aku slow jog dari awal sampai lah dah dekat dengan garisan penamat tu, aku jalan sikit. dan aku harap semangat yang aku ada waktu bersukan boleh digunapakai jugak waktu aku belajar supaya aku boleh score better this sem. hopefully. amiiin.

oh, ya. kita sambung semula pada angka lima. lately, aku asyik terfikirkan;

dalam 5 tahun akan datang, apa yang aku ada dan capai?

pssst : maaf kepada emails yang tidak ter-reply. contact lens akan berjalan seperti biasa mulai minggu depan. :)

picture of the day


dah lama tak letak gambar sendiri. sendiri yang lebih bermaksud ke arah, sendiri tangkap, sendiri rasa lawa. HAHA. larikssss. *joking*

lapar sebenarnya ni walaupun baru je makan. tapi makan tadi rasa macam tak makan pape. rasa macam itu hanya baru sedikit cuma. nak kata tak baca bismillah, dah baca bismillah siap-siap sebelum makan. dah tu macam mana ni?
aku rasa aku ada perangai buruk lantak la (ai, baru sedar ke?) :P . jenis once da makan, lepas tu susah nak berhenti makan. lagi-lagi kat depan mata still ada makanan. walaupun dah habis makan, mulut asyik kata dah kenyang dah kenyang, tapi tangan still boleh ambik lagi makanan. mulut still boleh kunyang, perut still ada ruang kosong. tapi itu lah. mood buruk lantak ni bermusim jugak.

sebab ni jugak la aku tak simpan stok megi. kalau tak, dalam masa satu minggu tu, satu bungkus megi yang ada 5paket aku boleh habiskan. makan megi adalah tidak bagus ye kawan-kawan. walaupun cepat dimasak, namun ia cepat mematikan kesihatan. (nasihat orang pandai la, tapi sendiri nak amalkan tu macam payahhhhhh je. :P)

baiklah, sekarang saya harus menyimpan tenaga, perut kian lapar. segalanya mungkin terganggu. atau mungkin juga boleh mendatangkan gaduh kalau orang cari pasal time lapar-lapar ini. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

psssst : saya homesick. dan saya ingin pulang.

psssst psssst : sata pokai, dan saya ingin wang.

kerinduan.












saya rindu ibu saya.




psssst : anyone ada apa-apa komen pasal score A x?

Isnin, 10 Oktober 2011

ironlady

kena renjatan elektrik bukanlah seindah yang disangka. dulu time kecik pernah lah terkena 1kali. itu pun time kat hotel, nak iron baju tapi pasang plug tangan basah. pandai kan, dah tau tangan basah, tapi nak pasang plug. konon macam kebal lah tu. tapi dulu punya tak ada lah sakit sangat, just rasa macam bintik bintik tak sejajar. errr, macam kalau bersentuh dengan orang rasa sakit, bersentuh dengan pintu rasa sakit. rasa macam ada renjatan gitu. tapi light light punya je lah.

dan tadi, setelah sekian lama berhati-hati, time iron baju maka terkena lagi sekali lalu baju terbengkalai sebegitu. aku baru nak pakai baju kurung hari ni, terkena renjatan yang macam tadi sakit okkkkkkkkkkkkkkkkkk membantutkan mood untuk berbaju kurung. tapi aku rasa macam lepas ni aku sambung iron baju balik jeeeee. tapi serius, untuk kamu-kamu, para wanita cantiks, sila lah berjaga-jaga kiranya wayar iron anda sudah menjadi macam ni;

dek kerana dulu macam kedekut nak beli iron baru, lalu hari ini saya terkena habuannya. konon sebelum ni rasa iron ni masih boleh guna lagi bla bla bla. dan tadi tengah syok iron baju, tetiba tangan tersentuh dengan wayar yang 'bogel' itu, lalu tersentak lah aku. maka saya rasa seperti ingin membaling-baling iron itu. grrrrrrrrr (tetiba nak marah iron padahal salah sendiri). nasib tangan tak basah sebab baru lepas mandi.

jap, kenapa asyik terkena letrik ni time iron baju? memang tak boleh iron kah lepas ni????? (wakluu, itu memang alasan pemalas yang taknak iron baju.)



pssssst : tak boleh malas-malas ye fatin. heppp!

pssssst pssst : tensi bila kulit muka dah bertambah 'accessories'. jerawatsssssssss please be nice to me.

Jumaat, 7 Oktober 2011

lima

lima ni tiada kaitan dengan LIMA yang dekat langkawi itu.
lima ini berkaitan dengan nombor lima. ya, 5.
setelah tadi berusaha berlari non stop rasa macam nak muntah pun ditahan, rasa give up nak berhenti pun ditahan, maka tadi naturethon dapat nombor 5.
setelah sekian lama tak berjoging dan berlari, kini buat aku terasa seperti ingin muntah.
muntahkan segala isi makanan yang ada dalam perut.
muntahkan segala luahan yang ada dalam hati serta kotak fikiran.

dan sekarang saya ingin sambung tidur dengan harapan semua yang meresahkan jiwa yang sedang berlaku itu hanya lah mimpi. mimpi yang boleh diputar masa nya.

selamat tidur.
i love my mum and how i hope to be by her side right now.
i'm feeling like crying and it is so hard to pretend like there's nothing happen.



Khamis, 6 Oktober 2011

tenang

kenapa lah wahai jantung berdebar tak tentu hala? 
kenapa lah wahai jangtung berdegup laju melebihi waktu biasa?
bila lah wahai jantung mahu berhenti berdegup laju tak menentu ini lalu lebih menenangkan jiwa?

kenapa entah hari ni tiba-tiba hati macam tak tenang, berdegup nak laju aje. positively ok lah kot darah oksigen cepat sikit sampai kat sel sel yang memerlukan. (??) tapi bila hati tak tenang ni susah sikit kan. nak buat apa pun tak kena. itu tak kena, ini tak kena. nak fokus pun lagi lah tak boleh. gelabah la jugak sikit-sikit. tapi itu lah, selagi boleh control, control lah. tapi nak control tu kadang-kadang di luar kawalan. kadang nak buat ini, tersasul buat itu. kadang nak cakap ini, tersyasyul nak buat itu. see, dah tersasul. 

rimas kadang bila hati tak tenang ni. rimas bila tiba-tiba rasa lapar. rimas bila kadang-kadang mood jadi tak menentu. rimas bila berbelanja ikut hawa nafsu yang akhirnya mengundang poket kekeringan duit. kalau poket kering tak apa lagi, kalau dalam akaun bank pun kering, haaa cane? itu kita fikirkan kemudian tang macam mana nak setelkan masalah. 

tapi aku rasa aku tau kenapa hati tiba-tiba jadi macam ni. 

1. minum nescafe
aku tak tau lah orang lain macam mana. tapi aku yang jenis jarang minum nescafe untuk masa sekarang ni, bila minum nescafe setelah lama tak minum, akan jadi macam ni lah. jantung macam berdebar je. tapi ang paling obvious rasa macam cirit. yang ini serius punya. macam hari tu, aku minum nescafe, 2 hari kemudian macam tu, waktu breakfast kat luar aku minum nescafe lagi. konon nak tahan mata tak nak kasi mengantuk la sebab minggu pertama balik hostel macam tu, aku macam tak boleh nak tidur. mungkin still dalam proses adaptation lagi. dan disebabkan konon itu lah, aku tercirit birit baik punya. lagi baik punya bila time tu aku kat luar cari barang-barang. tapi ada lah sikit nasib baiknya sebab dekat mall, so senang lah kiranya nak cari toilet. cuma malu lah sikit bila tiap kali pergi toilet kena lalu kedai yang sama. tapi seriussss, hazab la jugak. nikmat keluar tu macam hilang macam tu je. 

2. esok joim naturethon
naturethon ni sebenarnya macam marathon la. tapi sebab program ni under UNESCO, so ada kaitan la dengan nature. so perangai aku, bila yang berkait dengan lari-lari ni macam gelabah sikit. (sikit ke?) since sekolah lagi, kalau esoknya ada tournament pape ke, sehari sebelum tu dah start cuak berdebar segala. gelabah nak cuak kan sampai tak lena tidur okk malam tu. cuak dia macam mengalahkan orang nak exam. sampai malam sebelum nak tido letak mind set esok nak baut yang terbaik la apa la. semangat lebihh. tapi time exam tak ada lah sampai cuak macam tu sekali. nampak nau pemalas nak belajar kannn. pemalas nak belajar, lepas tu bila tengok kawan-kawan belajar overseas, terus meroyan sorang-sorang. kesian sungguh. tu laa, dulu tak nak belajar rajin-rajin. zzzz. 
same goes dengan sebab bila tiba-tiba nak berdebar ni lah. sebab esok nak ada merentas desa. kekdahnya, doakan je lah diri ini tidak semput dan dapat membawa diri ini untuk terus berlari biarpun gemuks. gemuk, yes that is. harapnya esok boleh la kurus biarpun sikit. 
dan, harapnya malam ni tak akan menjadi macam malam sebelum malam dulu-dulu lagi, mintak-mintak malam ni boleh tido.



dan semoga segalanya baik-baik saja.


pssst : hope for the plan to flow well. :)

Rabu, 5 Oktober 2011

yang disangka itu indah, rupanya..

berada dalam kondisi yag tiada talian internet kini memang payah. (ayat dah macam nak jawab soalan esei). though belog ini kaedahnya hanya syok sendiri yang lebih membawa maksud sendiri tulis sendiri karang sendiri baca, namun tidak mengapa. masuk bakul angkat sendiri itu perlu kadang kala, nanti diri sendiri rasa tak konfiden pula. namun jangan lah sampai membawa sikap bongkak yang merasa diri itu terlalu cun. (peh, kenapa aku rasa ayat ini seakan-akan melempang diriku sendiri?)

told ya before, at the previous paragraph, tak ada internet tak boleh nak online rasa macam loser pun ada kadang-kadang. aku lah tapi. kalau orang lain aku tak tau. sebab kebanyakan assignment, bila buat mesti nak kena cari source kat certain websites jugak. lagi-lagi jenis aku yang bila tak faham term pape, nak kena search image then baru lebih mudah nak faham. gitu. lalu sekarang, boleh lah menyalahkan wi-fi yang seakan hidup segan mati tak mahu, apabila assignments tidak siap. (wakluu)

sejak tidak mampu untuk ber-online ini, malamku sering tidur awal. baguslah, cukup tidur. tapi apakan daya, siang pun sama bila tak ada kelas, mata seakan me-layu. lalu katil seakan memanggil. lalu tidurlah si puteri di siang hari. (apakah yang sedang direpekkan ini?)

lately, there's so much things to think of, to take care of, etc. cuma  apa yang aku cuba yakinkan sekarang, Allah takkan menguji hambaNya dengan ujian yang tak mampu ditanggung oleh hamba-hambaNya.

dan, sekarang.
setelah laptop ini tiba-tiba mati sendiri untuk kedua kali nya, lalu mood untuk aku ber-karang bercakap seoarang dalam hati adalah kembali pudar. kan senang kalau laptop ni boleh bercakap, apa masalah laptop sebenarnya then senang lah aku nak pegi repair. grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.



maka sekarang adalah lebih baik aku shut down terlebih dahulu sebelum laptop ini off sendiri.

psssst : ini baru berniat nak pakai galaxy tab. belum lagi berniat nak beli laptop baru. (pehh, bunyi macam ada banyak duit. takpe berangan tak perlu bayar. free. :P)

psssst psssst : nak kurus pleaseeee. tapi malam ni pergi makan chimcham yey! (macam mana nak kurus kekdahnya kalau nafsu makan pun macam @#$%^^&***)

Ahad, 2 Oktober 2011

kadang-kadang

kadang-kadang aku tak kisah gemuk ke, kurus ke,
yang penting makan tetap makan
banyak ke sikit ke, asalkan kenyang.
walaupun perut yang comel ini tidak pernah kenyang menerima makanan dalam kuantiti yang sedikit, comel seperti perut itu.
tetapi mesti dalam amaun yang lebih. dan berganda.

namun,
bila dilihat di dalam cermin,
bila baju seluar semakin mengetat,
dan sekarang tibalah masanya aku meroyan mentensi sendiri.

aaaaaa, tolonglah nafsu makan berkurangggggggg.

Sabtu, 1 Oktober 2011

tips la sangat : paip bocor?

sudah lama nampaknya kita tiada bertemu dalam segmen tips la sangat. maka hari ini mari kita berkongsi tips lagi. tips? cara-cara? langkah-langkah? itu semua perkataan seerti ya adik-adik. :P

seeloknya, kalau tak banyak ilmu yang boleh disampaikan pun, at least sikit pun jadi lah, ye tak? maka hari ni lepas baca latest entry c33ram00n pasal paip bocor, terus rasa nak sambung entry yang tersangkut dalam draft. nampak sangat tak berapa nak rajin kann. :P. tapi sebenarnya bukan lah malas mana pun, cuma line wifii susah nak dapat. dan sekarang alang-alang ada kat rumah balik weekend sekejap, lalu rajin tu ada lah sikitttt.

paip bocor, lagi-lagi bila paip yang kita tak boleh nak check tengok satu-satu sama ada bocor ke tak, memang sangat menyakitkan hati. sakit hati tu depends kepada beberapa sebab lah;

1. air slow
air slow lagi-lagi kalau air kat sinki dapur kan. itu aku bengang. macam kat rumah aku sebelum raya. air slow yang amat. hari-hari rasa nak maki. tapi bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. lalu terbiasa dengan air slow. sampai la satu hari ibu ada mintak tolong tukang rumah check tengok paip ada masalah apa. tapi tak ada lah bocor, cuma tersangkit dengan batu ngan pasir-pasir kecik. tapi apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini, air slow yang sememangnya menyakitkan hati lagi-lagi bila time kenduri, dan nak basuh pinggan mangkuk berlambakss.

2. bil air mencanak-canaks naik
ini lah antara yang paling sakit hati kot. kalau aku lah kan, kalau duit yang aku ada dah macam tak tau dah nak buat apa sebab dah banyak sangat tak de lah aku nak kisah sangat kalau tetiba tengok bil naik. tapi mimpi je lah tang duit banyak tak tau nak buat apa tu. zzzzzzz.

so, kalau tiba-tiba air paip kat sinki korang slow ke, apa ke, here's some steps yang boleh detect either ada masalah paip bocor ataupun tidak.

1. kat sinki korang, korang isi air dalam bekas sampai penuh, sampai muncung paip kat sinki tu tenggelam dalam air yang kat dalam bekas tu.
hah, nampak tak?

2. mintak tolong siapa-siapa tutupkan paip utama yang ada sekali ngan meter air tuh. ala, yang biasanya ada kat luar rumah tu kan. tapi dalam masa yang sama kau stay kat paip sinki yang kau tadah air dalam bekas tu.

3. time ni penentu. time dah tutup paip utama, kau perhati betul-betul sama ada air yang dalam bekas yang terisi air sampai penuh tu macam mana. macam mana tu bermaksud sucked up ke tak. kalau air dalam bekas tu ter-sucked up masuk dalam paip tu, means paip ada bocor somewhere kat dalam tanah ke apa. tak tau lah kat mana, tapi itu tanda nya ada kebocoran paip la. 

4. takkan ini pun nak aku suruh kot? repair lah. :P *joking*

maka dengan ini, kau tak kisah lah lelaki ke perempuan, nanti mana tau kot-kot bila tau macam mana nak detect paip bocor ni tiba-tiba jadi menantu @ calon menantu pilihan ke? lariksss. :P

yang pakai baju pepel tu pilihan.*tetiba*

psssst : lagi 3 jam, nanti dah kena naik bas. aaaaa, tanak balik, boleh?
pssssst psssst : tak faham dengan sikap orang-orang kaya yang fikir dorang boleh beli jiwa kita dengan wang ringgit. yang nak sentap tak tentu pasal bila kita tak ikut rentak dorang. boring~