Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 1 Oktober 2011

tips la sangat : paip bocor?

sudah lama nampaknya kita tiada bertemu dalam segmen tips la sangat. maka hari ini mari kita berkongsi tips lagi. tips? cara-cara? langkah-langkah? itu semua perkataan seerti ya adik-adik. :P

seeloknya, kalau tak banyak ilmu yang boleh disampaikan pun, at least sikit pun jadi lah, ye tak? maka hari ni lepas baca latest entry c33ram00n pasal paip bocor, terus rasa nak sambung entry yang tersangkut dalam draft. nampak sangat tak berapa nak rajin kann. :P. tapi sebenarnya bukan lah malas mana pun, cuma line wifii susah nak dapat. dan sekarang alang-alang ada kat rumah balik weekend sekejap, lalu rajin tu ada lah sikitttt.

paip bocor, lagi-lagi bila paip yang kita tak boleh nak check tengok satu-satu sama ada bocor ke tak, memang sangat menyakitkan hati. sakit hati tu depends kepada beberapa sebab lah;

1. air slow
air slow lagi-lagi kalau air kat sinki dapur kan. itu aku bengang. macam kat rumah aku sebelum raya. air slow yang amat. hari-hari rasa nak maki. tapi bak kata pepatah, alah bisa, tegal biasa. lalu terbiasa dengan air slow. sampai la satu hari ibu ada mintak tolong tukang rumah check tengok paip ada masalah apa. tapi tak ada lah bocor, cuma tersangkit dengan batu ngan pasir-pasir kecik. tapi apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini, air slow yang sememangnya menyakitkan hati lagi-lagi bila time kenduri, dan nak basuh pinggan mangkuk berlambakss.

2. bil air mencanak-canaks naik
ini lah antara yang paling sakit hati kot. kalau aku lah kan, kalau duit yang aku ada dah macam tak tau dah nak buat apa sebab dah banyak sangat tak de lah aku nak kisah sangat kalau tetiba tengok bil naik. tapi mimpi je lah tang duit banyak tak tau nak buat apa tu. zzzzzzz.

so, kalau tiba-tiba air paip kat sinki korang slow ke, apa ke, here's some steps yang boleh detect either ada masalah paip bocor ataupun tidak.

1. kat sinki korang, korang isi air dalam bekas sampai penuh, sampai muncung paip kat sinki tu tenggelam dalam air yang kat dalam bekas tu.
hah, nampak tak?

2. mintak tolong siapa-siapa tutupkan paip utama yang ada sekali ngan meter air tuh. ala, yang biasanya ada kat luar rumah tu kan. tapi dalam masa yang sama kau stay kat paip sinki yang kau tadah air dalam bekas tu.

3. time ni penentu. time dah tutup paip utama, kau perhati betul-betul sama ada air yang dalam bekas yang terisi air sampai penuh tu macam mana. macam mana tu bermaksud sucked up ke tak. kalau air dalam bekas tu ter-sucked up masuk dalam paip tu, means paip ada bocor somewhere kat dalam tanah ke apa. tak tau lah kat mana, tapi itu tanda nya ada kebocoran paip la. 

4. takkan ini pun nak aku suruh kot? repair lah. :P *joking*

maka dengan ini, kau tak kisah lah lelaki ke perempuan, nanti mana tau kot-kot bila tau macam mana nak detect paip bocor ni tiba-tiba jadi menantu @ calon menantu pilihan ke? lariksss. :P

yang pakai baju pepel tu pilihan.*tetiba*

psssst : lagi 3 jam, nanti dah kena naik bas. aaaaa, tanak balik, boleh?
pssssst psssst : tak faham dengan sikap orang-orang kaya yang fikir dorang boleh beli jiwa kita dengan wang ringgit. yang nak sentap tak tentu pasal bila kita tak ikut rentak dorang. boring~

Tiada ulasan: