Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 31 Oktober 2010

if u smell, what the rock is cooking.

ok sekarang cuba kira hari ni sahaja dah berapa entry yang up. ok tak perlu sebab takkan masuk dalam soalan math suruh kau kira-kira. haha

tadi beli suratkhabar, terbaca pasal WWF. lantas, teringat zaman kecik-kecik comel-comel dulu suka tengok wwf kat tv3. siap boleh tiru aksi smackdown tak jadi. tapi yang penting, the rock i tetap vote u. dan tak lupa stone cold. ha yang tu je aku ingat stakat ni. konon-konon punya lah berebut chanel nak tengok wwf, tapi last-last end up tengok wwf jugak sebab sebenarnya memang tak ada nak berebut dengan siapa pun. kata adik beradik lelaki. tentu lah dorang tengok wwf.(imaginasi kena lebih sebab kadang-kadang dapat merangsang otak. yang positif sahaja) padahal kena tipu je, dorang gaduh-gaduh hanyalah lakonan semata-mata. haha. punya lah aku beria tanya wehh siapa jahat siapa baik? tapi jangan risau, the rock sentiasa baik di hati ai. wakawaka.

bercakap pasal the rock, sampai sekarang pun teringat the rock. (??)
bagi aku, dalam ramai-ramai artis wwf ni dulu, the rock lah yang paling hengsengg. bagi aku lah. mungkin sebab keupayaan dia mengangkat kening sebelah yang dapat tiru ziana zain menyebabkan the rock disukai ramai. tapi sayangnya the rock tak lama dalam arena wwf, lalu terjun ke bidang lakonan. dan sekarang aku rasa dia dah guna commercial name the rock dah. kan? entah, aku pun tak ambik tau. haha

ok sudahlah. sekian sahaja entry tidak bermanfaat dari saya.
nanti nanti aku menyemak lagi sebab paham-paham sendiri lah. errrr.

nak upload gambar, tapi line ni lambat sangat sampaikan siput vavi pun lagi laju.

ishhh.

buang masa.

bilamana negara 4 musim sedang berwinter, kau jangan ingat malaysia tak ada musim sejuk. tapi musim sejuk sini tak ada lah salji yang teringin bangattt nak main since kecik-kecik dulu. tapi tu lah kan, spm hari tu tak nak belajar betul-betul, kan dah tak de nak pergi belajar kat tempat orang. sudah, abaikan pasal tu. haja di hati memang tak nak sentuh belog lebih-lebih lagi esok malam dah mula paper. kemudian diikuti pula pada 3 hb dan seterusnya, sekarang rasanya dah mula tension nak exam (ke??).

cuaca redupredup sejuk, adakah disebabkan kemenangan red warrior semalam? choii. sekarang memang dah nak masuk musim tengkujuh lah! tapi serius mood rasa macam nak tidoooo je, tak nak bangunbangun pun.
tapi pasal red warrior menang semalam, ramai yang cakap. bagus lah kelantan menang, maka tak ada lah rusuhan yang berlaku. errrr. apa komen orang-orang kelantan? sila sila. haha

tak tau nak update pasal apa, tapi rasa nak update jugak sebab at least apa yang terbeban dalam hati ni terkeluar. errr. bosan kottt ngadap notes yang sama. ok tak. tapi ya.
seee, dah macam tak betul dah aku rasa. ishhh.

ke aku perlu tido lagi ni sebenarnya? (kau ingat dah habis baca semua, dah penuh ilmu di dada ke apa??)
ok, cancel tak jadi tido. nak makan pun serba salah. nak buat apa-apa pun rasa serba salah, ini tengah online pun rasa serba salah, dalam kepala hotak asyik ingat exam exam exammmm je. apakah simptom yang aku alami sekarang anybody tell me!!










ayuh tension bersama kerana jerawat sudah berani meliar. 
demmm. 



Sabtu, 30 Oktober 2010

cecah lantai sikit pun jadi laaa.

seperti yang sedia maklum, mood sekarang adalah di ambang mood exam exam exam. dalam kepala hotak cuma ada pasal exam, jadual exam, macam mana nanti nak jawab exam, dan exam exam yang lain. bosan betul asyik dengar perkataan exam je. tapi nak buat macam mana, tak bole nak lari dari exam ini semua. (tapi masih sempat nak online bagai kan. heyy. blog adalah salah satu cara di mana kalau kau tension boleh lah membebel di sini. errr. maksud aku, di blog masing-masing)

dan disebabkan lusa dah start paper, maka semakin rajin lah ke library bagi mengelakkan aktiviti tidur di dalam bilik akibat angin yang bertiup kencang lalu menyejukkan suasana di dalam bilik lalu kau akan rasa seperti diulit mimpi lalu terawang-awang mimpi kahwin dengan anak raja. ok dah stop mengarut.
tadi pergi library ada dua tujuan yang sebenar;
1. belajar
2. hari ni ada konvoi superbikers ala-ala charity ride ke seluruh malaysia agaknya. aku pun tak dengar ucapan yang diberi, aku just keluar library semata mengambil gambar bersama, errr motor besarrr. dan kak pojiah latip pun ada sekali. tengok je lah berita.
dalam sekitar kampus umk hanyalah motor-motor vip.
dan sekitar kawasan kolej bukan vip tapi tetap besorrr. 

lagi.
umk merupakan antara uni yang.. unik.
itu dewan kami. yerrr. open airrrr. 

cepat naik sebelum aku tinggal. 
perggghh. best kott. tiba-tiba sekarang rasa nak kumpul duit nak beli superbike, taknak pakai kereta.
tapi, lesen motor tak ambik. errr.
tapi sekali pandang, smart jugak aku naik ER6N ni. 
dua kali pandang, memang tak dapat disangkal lagi. memang smart. 




tak ambik banyak gambar pun. 
yang penting, gambar utama yang tadi, lah. 
awek cunsmart bawak ER6N. haha
3 gambar last tu time dorang nak gerak pergi tempat lain dah. 

tapi pendek kata, macam best lah tengok dorang konvoi ramai-ramai. lepas tu time nak gerak balik tu, masing-masing macam tak boleh pegi je kan, moto masing-masing smart kottt. tapi still, er6n pilihan hati walaupun naked dan tak tonggek, tapi kira ok lah sebab nampak kecik dan ada lah jugak konfiden nak bawak. kaki cecah bumi sikit pun jadi lahhh. 

so, kepada siapa-siapa bakal jodoh ai, hantaran sebuah superbike pun tak pe lah.. ai terima.. haha.


ok sudah lah. sambung study. 
jangan lupa doakan aku dapat jawab exam dengan baik. :')

dan, kawan-kawan juga, selamat menjawab exam dan semoga kita sama-sama berjaya!

gambate!


Khamis, 28 Oktober 2010

antara perkara yang aku paling taknak dan sangat-sangat berharap agar dijauhkan bilamana tibanya waktu nak exam adalah; sakit.
aku ada cerita dulu dalam entry lepas(entry mana pun ak tak ingat dah) which was aku kata keadaan badan aku not really good.
dan sekarang, aku rasa benda yang sama.
hmmm. aku tiada mampu untuk menghalang. dan andai ini salah satu dari Allah untuk menguji, aku terima dengan redha. apa pun yang berlaku, akan ada hikmah yang terselindung di sebaliknya.
dan apa yang penting, doa aku moga dikuatkan dan ditabahkan hati dalam mengharungi segala dugaan mendatang. :')


ok tu je.
bassya!

doa tibanya exam.

dan disebabkan ada orang menembusi blog ini dengan keyword doa untuk menghadapi peperiksaan yang sememangnya sekarang ni semua demam exam exam exam. lepas tu kena study study study. (bunyi macam sistem keselamatan dan pertahanan blog ni dah kuat sangat siap nak tembus-tembus bagai) haha

sudah, sudah.
jangan gelak banyak-banyak sangat, nanti banyak ilmu yang terkeluar. simpan.


- Doa memulakan ulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًاMaksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.” 

4. Atau:اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

doa dikredit kepada, facebook

dan, yang penting juga, belajar, belajar jugak, tapi penting juga untuk kita jaga kesihatan, jaga pemakanan. semoga kita dapat jawab exam dengan baik dan tenang. :)
happy exam! 



Rabu, 27 Oktober 2010

final exam lagi.

minggu depan dah start exam week.
tapi kami di sini tiada study week. sadis tak?
maknanya, seminggu sebelum exam week adalah study-week-anggap-sendiri. maka, kalau ada lecturer yang perasan akan ketidak-hadiran saya ke kelas, maka bukan salah saya sepenuhnya. ini study week saya yaw!
haha.

semalam tidur awal gila like a baby. dah lah tidur pun comel macam baby, waktu tido pun nak sama macam baby. hajat di hati nak bangun awal, study study study. tapi di pertengahan jalan pertiduran, tiba-tiba termimpikan hantu, dan lari dari hantu. well, kau faham kan bilamana kadang-kadang mimpi sahaja bisa buat kita penat. maksud aku, kita itu aku.
well, kau faham kan, relationnya, mimpi takut, boleh buat kita jadi penat. lepas tu, bila terjaga, nasib baik ada roommate yang still berjaga, maka boleh la aku bersambung tidur dalam keadaan ok ada orang rupanya dan tadi adalah mimpi. maka boleh lah sambung tido dalam keadaan berteman. maunya kalau waktu terjaga tu tak ada orang, means semua dah tido, mau nya aku fikir macam-macam. well, penakut macam aku memang perangai macam tu. comel kan? sebijik macam baby. *tiba-tiba*
haha

ok, sudahlah, hari ni kena qada' study sampai lebam.

bassyaa!

hai dunia.

ok tak. jom study.

Isnin, 25 Oktober 2010






"Allah itu Maha Pemalu lagi Maha Mulia, dan merasa malu menolak, ketika seseorang mengangkat tangannya ke langit dan mengembalikannya dalam keadaan kosong dan kecewa" (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Tirmidzi)


Allah sentiasa ada bersama. usah mudah berputus asa, 
berusaha, bertawakallah. 

ayuh study!
:')

Ahad, 24 Oktober 2010

maaf, blog.
kau akan diabaikan buat sementara waktu. lebih-lebih lagi tika perut tak berapa nak mengizinkan.
diikuti pula dengan final exam yang bakal menjengah.

ok dah.


hi people!

Jumaat, 22 Oktober 2010

tisu coklat.

tisu coklat yang dinyatakan di sini bukanlah tisu berperisa coklat ataupun beli tisu satu percuma coklat satu. bukan, bukan.
dan entry ini tiada dimaksudkan apa-apa dan ditujukan hanya kepada yang terlibat.(macam lah yang terlibat baca). :P

masing-masing ada hygiene habit yang tersendiri. mula dari cara basuh tangan, hinggalah time waktu cebok berak sekalipun. hari tu, bila classmate aku cerita pasal tisu coklat ini, aku terfikir, ewww ada ke orang pengotor macam tu kat dunia ni. tapi bila fikir-fikir balik ada je, sebab ada je yang berak je dalam toilet walaupun pada ketika tu tak ada air, tapi aku tau lah kau lap guna tisu je, tapi stilll, kau ingat aku masuk toilet yang kau dah masuk tu semata-mata nak tengok taik kau ke? atau, nak suruh aku tengok cebisan taik kau? isshhh.

tisu coklat ibarat cerita kawan aku, kiranya di sini aku ringkaskan seringkasringkasnya lah. kang ada yang tak lalu nak makan.
dia masuk toilet, tengok dekat singki, ada tisu tercalit coklat. kau fikirlah apa. aku pun tak sanggup. tapi kau fikir je lah positif. atau nanti terbayang-bayang sewaktu tengah makan nasik berlaukkan ayam
tapi tadi, apa lah malang nasib aku, atau mungkin sebab aku ni je yang terlebih fikir terbayang-bayang cerita kawan aku tuh, masuk toilet pagi tadi, nak ambik wuduk dekat singki, nampak ada tisu coklat yang hampir sama.

choiiiii.
sumpah aku tak guna dah singki tu lepas ni.

Khamis, 21 Oktober 2010

tahukan anda? : pokok dan angin

ok, kita bersama lagi dalam segmen tahukah anda?

tahukah anda, pokok yang terdapat di hutan piutan, diadakan undang-undang larangan terhadap penebangan hutan secara berleluasa, bukan sahaja bertindak sebagai tadahan hujan, seterusnya mengelakkan hakisan tanah berpunca daripada air, malahan juga, bertindak sebagai penghadang angin yang kuat yang bisa juga menyebabkan hakisan tanah. kiranya di sini, angin juga merupakan antara faktor yang menyebabkan berlakunya hakisan tanah.
dan, pokok-pokok itu merupakan penghadang semula jadi yang tidak memerlukan kos yang tinggi, seperti pembinaan dinding bagi menghadang angin kuat yang bisa menghakis tanah itu.

aku kan tak tau sangat pasal ni, bila dah belajar terus terfikir, aah la. betul tu.

ok adik-adik, take note sekarang! :P



ehemehem : see, bukan semua yang kita tak suka itu tiada faedahnya. maksud dalam kes aku ni, bukan bermakna aku tak pilih jurusan ni, maknanya aku takkan minat. dan sekarang, seriously, minat tu kian bercampah. dan kalau aku tak tiba-tiba terjerumus dalam jurusan ni, aku takkan tau serba sedikit pasal semula jadi semua. kan?
terima kasih, Allah. :')
well, macam biasa lah, dah nak final, baru sedar diri kena belajar belajar belajar. kalau tak, asyik tido tido tido. konon-konon dalam tido pun still belajar lah sebab mimpi apa yang belajar dalam dalam kelas sebelum ni.

ishh.
ok, sekarang dah tak tau nak cakap pasal apa sebab rasa macam otak tepu semacam.
dah la semalam checksemula jadual exam, ada dua berita. baik dan buruk.
berita baik : jadual dilambatkan 1 hari.
berita buruk tapi baik sebab rasa boleh balik awal : jadual diawalkan sehari.

tang berita buruk tu, bila dah jadual untuk paper akhir tu awal satu hari, kau kena paham-paham lah kompom-kompom gap antara paper tak jauh mana. so, kau agak sekarang, sempat tak kalau nak study yang nak kena banyak baca? cuba bagitau aku sekarang! (ok, sekarang dah mula... errr. blurrrrr.) haha


pesananpenaja : sekarang akan banyak entry yang bosan pasal exam exam exam. tujuan aku, nak drag kau tension bersamakuuu.... haha.

Rabu, 20 Oktober 2010

library.

waktu dah dekat nak final, library merupakan antara tampat yang ada ramai pengunjung. dan macam normal bila kita tengok telinga masing bersumbat sambil kepala menunduk mengadak buku. ada jugak yang merenung ke depan. menghafal dan cuba memahami butir-butir perkataan dalam notes, barangkali?


oh, demm. aku lupa bawak masuk earfon dalam librar\y, dan untuk melangkah keluar semata-mata untuk mengambil earfon adalah seperti beratnya kakikuuu.

dan sekarang adakah aku patut berterima kasih kepada jejaka di belakangku atas sumbangannya menyanyikan lagu, ikut rentak lagu yang didengari melalui sumbatan telinganya?

nampak nya tidak lama lagi aku rasa aku akan keluar library ambil earfon jugak.
atau, dengan pilihan lain,
aku toleh lalu berkata, angkat vontot lalu cabut earfon di telinganya. haha

cakap je, tapi tak berani nak buat pun. :P

Isnin, 18 Oktober 2010

sanakhudu by tariq jabir.

entah betul entah tak lah ejaan nama dia. yangg penting sekarang ni, kita fokus pasal lagu dia.



Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum

Bisilaahil haqqil battari 
Sanu harriru ardhal ahraari
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree

Bisilaahil haqqil battari 
Sanu harriru ardhal ahraari
Wanu`eedul tuhraa ilal qudsi
Min Ba`didh-dhuli wadhal `aree

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum

Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them 
Fil ardhi Baraakeenun Taghli

Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them 
Fil ardhi Baraakeenun Taghli

Sana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum

Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them 
Fil ardhi Baraakeenun Taghli

Lan Nardha Bijuz-in Muhtallin
Lan Natruka Shibral-lildh-dhulli
Satamourul ardhu Wa tahriquhum
The Earth will burst in flames and burn them 
Fil ardhi Baraakeenun Taghli

ana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum

ana'khoodu Ma`arikana Ma`ahum 
Wa sanam dhiJi moo`an Narda`uhum
Wa nu`eedul haqqal mug-tasaba
Wa bi kullil quwwati Nad-fa`uhum 

English Translation

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out

By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, & the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)
& We’ll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)
& We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn’t pure under non Muslim leadership)
After our weakness & our humiliation

By the weapon of truth (meaning that they are the people who have the right, & the right will always go back to its owners one day, no matter how long wrong lasts)
& We’ll free the land of the frees (meaning that their dignity always made them free)
& We'll return the pureness of Islam to Al-Quds (meaning it wasn’t pure under non Muslim leadership)
After our weakness & our humiliation

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out

We'll never accept a slain part of our lands 
& We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
The Earth will burst in flames and burn them 
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain & rights taken)

We'll never accept a slain part of our lands 
& We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
The Earth will burst in flames and burn them 
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain & rights taken)

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out

We'll never accept a slain part of our lands 
& We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
The Earth will burst in flames and burn them 
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain & rights taken)

We'll never accept a slain part of our lands 
& We'll never leave out a bit of our land for them to humiliate us with.
The Earth will burst in flames and burn them 
In Earth there is volcanoes that are boiling (he's pointing to how much Muslims have in their hearts from having their lands slain & rights taken)

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out

We'll take our fights with them
& We'll go as groups to stop them
& We'll return our slain rights (territories)
& With all force we'll push them out




aku dengar lagu ni dulu, satu perkataan pun tak faham. tapi aku tau lah ni nasyid. gila kau sembarangan nak suka-suka dengar lagu zaman sekarang ni. banyak lagu yang memang bertujuan untuk menyesatkan. ishh.
walaupun tak faham, tapi still rasa nak dengar jugak sebab melodi dia best. lagu dia semacam menaikkan semangat. sampai sekarang pun lagu ni jadi alarm (sebab bunyi dia kuat, so agak-agak bila alarm berbunyi boleh la jugak bangun.). :P

dulu selalu terfikir nak cari lirik dan maksud lagu ni sekali, tapi tiap kali nak cari tu, bila online je, terus terlupa. bila online je, on fb, bila online je, on bla bla bla, dah tak tau nak letak online apa. haha
tapi, tiba-tiba semalam terasa macam nak cari lirik lagu ni. gara-gara nak tenangkan hati daripada terus cuak nak kuiz, dan mintak-mintak apa yang aku baca nota semalam masuk dalam kepala hotak, terus dengar lagu ni sambil ber-study. sebab tiba-tiba mengantuk waktu ber-study, terus idea datang supaya apa kata kalau tengok lirik lagu ni, boleh bajet pandai nyanyi lagu arab skali. tinggg!

ok sudah lah. malas nak cakap tulis panjang-panjang. sila dengar dahulu, kalau suka klik like. haha


pesananringkas : terima kasih kepada siapa-siapa ang mem-follow belog bosan ini. aku ingatkan memang tak ada orang nak follow, sebab bajet aku je rasa aku yang boleh baca blog aku. terima kasih. :')

Sabtu, 16 Oktober 2010

7 tahun penjara sahaja kah?

bila difikir-fikirkan, jadi lawyer atau hakim bukanlah tugasan yang mudah. hukuman orang, bagaikan terletak pada kita, pada emosi kita. hinggakan, nyawa orang, bagai kita yang tentukan. payah, payah.

setelah berita tentang pembunuhan allahyarhamah sosilawati dan tiga mangsa yang lain tersebar dan mendapat tumpuan, akhirnya berita tentang hukuman terhadap pesalah pula yang ditunggu-tunggu. semua orang tahu, semua orang maklum mngenai kekejaman yang tertimpa ke ata mangsa.

aku ini manusia yang buta akta. tidak tahu apa yang termaktub di dalam akta, juga hukuman yang sepatutnya terjatuhkan terhadap pesalah mengikut kesalahan masing-masing. tapi kau tahu kan, manusia kini semakin liar, semakin kejam, sedangkan haiwan pula tahu mengenang budi. apa hukuman penjara 7tahun setimpalkah dengan kesalahan yang dianggap tidak berperikemanusiaan itu, waima mereka yang bersalah itu bukan mastermind, tetapi hanya diupah sahaja?

kiranya begitu, ramai lagi manusia-manusia lain yang tiada sifat kemanusiaan dan liar, sanggup menerima upahan untuk tindakan yang sama jika sekiranya hanya dihukum dengan hukuman yang sedemikian yang dianggap tidak setimpal. kan? tidak, mungkin. sistem pertahanan malaysia kan, kukuh. duhh~.

lihat sini, kiranya dengan hanya ucapan maaf, sudah mampu melembutkan hati hakim nampaknya. rasanya, bersorak gembira lah para peng-kejam yang melakukan kekejaman, lepas ni dengan hanya memohon maaf, sudah boleh mengurangkan hukuman, sudahnya, makin ramai yang berani melakukan perkara yang sama. peguam yang terlibat pun sama, maka kaya lah dia kerana berjaya mengurangkan hukuman pesalah. kan? haih. nyawa manusia kini, bukan hanya bagai berda di tangan manusia, ditentukan hayatnya oleh manusia sendiri, malah juga boleh dibeli.

dunia oh dunia. semakin menakutkan. haih.

:)

kadang-kadang..
bila kita dapat apa yang tidak seiring dengan hati kita, kita mengeluh.. tanpa kita sedari, mungkin ada sinar untuk kita pada masa hadapan, yang mana kita takkan pernah tahu bila dan di mana akan hadirnya rezeki untuk kita..

aku ditawarkan masuk ke uni yang aku belajar sekarang ni dan menerima untuk sambung belajar kat uni ni adalah tanpa kerelaan hati. tanpa mengetahui hala tuju yang sebenarnya sekiranya aku pilih hala tuju yang aku sendiri pun kabur. bayangkanlah, kau apply nak masuk tempat lain, tapi alih-alih dapat kat tempat lain yag mana kau sendiri pun tak pernah akan kewujudan uni ni sebelum ni. ok, umk adalah uni baru yang ditubuhkan di negeri kelantan. waktu nak buat decision nak masuk sini, macam-macam perasaan bercampur baur.. sama ada nak masuk msu ke, nak masuk umk. nak ikut kata orang lain ke, nak ikut hati sendiri.. nak jaga hati orang lain ke, nak jaga hati sendiri.. belajar untuk orang lain ke, belajar untuk diri sendiri.. susah kan bila kita rasa terhutang budi dengan orang lain, kemudian kita kena nak fikirkan keputusan yang bakal kita ambil ni akan jaga hati orang tu ke tak. susah kan? tapi tu lah, sampai bila kau nak kena fikir macam tu. sampai bila kau nak kena ikut orang lain sedangkan hati kau tak pernah ada bersama keputusan yang kau ambil demi menjaga hati orang lain. sampai bila? kerana apa yang mereka yang terbaik untuk kita itu, tak semestinya memang terbaik untuk kita. Allah Maha Tahu. berdoalah dan sentiasa mengharapkan petunjukNya.

banyak konflik diri yang melanda sebenarnya bilamana kita baru hendak mulakan langkah sendiri. lebih-lebih lagi apabila terdengarkan khabar angin itu dan ini mengenai institusi yang kau sedang duduki sekarang, apa kau fikir hati takkan pernah goyah? bukan sememangnya mudah untuk aku terus berdiri atas pendirian yang teguh bila hadirnya angin yang bisa menggoyangkan, tahu? itu masih belum masuk dengan cabaran, dugaan lain lagi. pendek kata, hati kena kuat. lagi melemahkan semangat bilamana melihatkan ramai kawan-kawan yang pergi ke negara orang untuk melanjutkan pelajaran. dapat bayangkan tak macam mana perasaannya? cemburu mengisi ruang hati, kita kena redha, itu rezeki mereka, kita harus turut bergembira. mungkin esok lusa pula rezeki kita, mana tahu?

sejak kebelakangan ni, ramai penceramah undangan dijemput supaya kami-kami pelajar umk lebih dapat gambaran tentang skop kerja pada masa hadapan. dan rata-rata yang dijemput merupakan usahawan yang berjaya. dan sejak itu, baru lah terdetik dalam hati, ohh ini ke itu ke.. pendek kata, serius aku bersemangat balik, sebab dah nampak sikit-sikit apa yang ada. dah minat sikit-sikit kursus yang sedang aku pelajari. dan ya, bukan semudahnya untuk kita berjaya, kan? dan sebab tu, jangan sesekali berputus asa, bukan masanya untuk kita toleh ke belakang, pandang ke depan, semoga hari-hari yang bakal ditempuhi akan menjadi lebih baik dari hari-hari suram yang sebelumnya. :')

pesananpenaja :
maaf, ya. entry ni sebenarnya more kepada diri sendiri. supaya lebih ingat agar kejayaan boleh digapai dengan usaha, dan kegagalan bisa dicapai dengan berputus asa..
bassyyya!





Allah ada. :')

twitter.

aku ni nama je ada akaun twitter. tapi tak pernah nak faham macam mana nak guna. kalau setakat update pasal diri sendiri tu, aku rasa lulus lagi lah kot. tapi tangg yang nak kena letak tanda @ kat depan tu, aku dah start macam tak faham dah. ok, boleh boo sekarang.

malas lah nak faham-faham dulu, sebab final dah dekat, tak masuk pun dalam final tang macam mana nak guna twitter bagai. ngeh ngeh ngeh.

sudah lah. nak study.

ok bye.

Jumaat, 15 Oktober 2010

INNORACE apa tengo-tengok??

seperti yng tercatat pada entry yan sebelum ini, telah kukatakan bahawa minggu ini ibaratnya macam tungang terbalik sampai tak kenal mana kepala katil mana kaki katil. ok, tipu. 
cadangnya nak publish pasal entry ni beberapa hari yang lalu, tapi tu lah, asal ngadap laptop je, ada keje, asal ada keje je nak ngadap laptop. haaa, kaedahnya akan jadi bila kau akan nak siapkan kerja kau bila mana tiap kali nak siapkan kerja, kau nak ngadap laptop online main game. haih, fatin, celiklah mata sedarlah final dah sipi-sipi sahaja lagi. hohh. 

sabtu lepas, 9 oktober 2010, telah berlangsungnya sebuah acara yang melibatkan IPTA lain, agak-agak yang nak join, ke larian innovasi yang diadakan kat uni aku. kot-kot kalau ada yang tak tau pasal ni, aku no komen lah ye. tapi, ini adalah antara event yang best gilak yang pernah aku join.
sebut je larian, aku dah fikir, ishh ni macam merentas desa ke apa. nak-nak 10 0ktober tu ada nike run dekat klcc, so, dalam hemataku ni, tak dapat pergi nike run, pergi innorace ni pun jadi lah. serius rasa macam melepas gila tak dapat pergi nike run. best kottt aku tengok kawan aku pergi. nasib baik jauh, dan nasib baik kadar kepontengan aku ke kelas untuk hari ahad dah cecah limit. ibaratnya, kalau kau tengok lampu tu, dah nyala merah-merah dah sebagai warning, kau nak ponteng ke nak kena bar exam? kau gilaa kalau aku sanggup nak kena bar exam?? simpang malaikat 44. 

sehari sebelum acara bermula, taklimat diberikan kepada para peserta. rupa-rupanya larian inovasi ni berupa explorace, kena jawab soalan mencabar minda serius wa cakap sama lu. di setiap checkpoint yang disediakan. soalan yang kau rasa sakit hati pun ada jugak, tapi best lah sebab mencabar minda. checkpoint pertama adalah kau kena buat produk kau sendiri dengan mnggunakan semua barang-barang yang diberikan. kiranya, ni nak menguji kekreativitian masing-masing. oh ya. innorace ni bukan individu, ya. tetapi berkumpulan, 1 kumpulan 5 orang. kiranya, kau boleh nak feeling-feeling masuk amazing race asia. haha

kau jangan main-main, nazmizan sprinter negara pun ada datang wokkk. orang kampung aku datang melawat.   
dan, antara institusi yang terlibat yang turut menyertai larian ni selain tuan rumah adalah, UNIMAP, MASTERSKILLS, IPKB, UITM pahang, dan apa lagi eh, aku pun lupa dah. tapi pelajar-pelajar sekolah pun ada. 

awal pagi sebelum start semua. baru nak berkumpul.
ya, saya tau saya kelihatan skema. 

nama kumpulan : apa tengok-tengok
nombor kumpulan : 061 daripada ratusan kumpulan.

dan gambar waktu race tu tak sempat nak keluarkan kamera pun, sebab soalan mencabar sangat. (padahal, lepas checkpoint pertama pun dah lambat, haa kau, sampai pun lambat lah. nasib baik sempat smapai sebelum masa penamat.)

sungguhpun kumpulan kami merupakan antara kumpulan yang terkebelakang, namun di atas kecerdasan dan kepintara nmasing-masing, dapat lah kami memperoleh hadiah saguhati, iaitu merupakan antara 40pasukan terbaik. vangga tau.

tapi memang best kott kalau dapat top 10, duit weh, dapat duit. 
pemenang pertama dapat rm1000, kedua rm900, ketiga rm800, dan seterusnya kau kira lah sendiri.





ok dah.



Khamis, 14 Oktober 2010

selepas mengharungi pelbagai tugasan, assignments yang tertunggak lalu dikehendaki dalam minggu ni, presentations, dan sebagainya fuhhhh, memang me me me menguji susunan masa dalam kehidupan. hohh, bunyi macam tak tertanggung dah. nak nak pulak final pulak memang dah sipi sipi je dah nak sampai, study week tak ada sebab dah ditarik waktu berjimba cuti raya 2minggu hari tu, terus rasa seperti macam mana ni nak study weyyy, presentations pun ada lagi, assignments lagi. okk, cukup cukup.

makin dekat waktu nak final terutamanya, macam biasa lah mood dan kadar perembesan hormon masing-masing juga pelbagai, sampai kau kena faham yang sekarang mood semua adalah tidak sestabil mana, tension nak final ni, kena study cover banyak chapter. mula lah rasa macam huaahhh apa dah jadi dengan hidup aku sekarang, masalah kunjung tiba tanpa sebarang hint. ishhh. sebenarnya, bila kita rasa peritnya hidup dan masalah dan datang tu, at last bila kita dah berjaya melepasi dugaan-dugaan tu semua, baru lah kita akan rasa indahnya hidup, dan kau akan mula menghargai diri sendiri. dan jugak, bukankah pengalaman tu guru terbaik dalam kehidupan? (sila rasa bersemangat dan motivated sekarang!) haha

bagi aku, hidup zaman sekarang ni(bunyi macam hidup dari zaman dulu-dulu), kau tak boleh nak berlembut sangat hati dan perasaannya kalau kau tak mampu untuk manghadapi sakitnya hati bila kau kecewa akan sesuatu disebabkan orang-orang sekeliling kau. ya, kita kena jaga hati orang-orang sekeliling kita, kawan-kawan kita, tapi maksud aku tu tak ada lah sampai kau nak kena jaga hati membuta tuli atau macam lembu dicucuk hidung.

kita sebagai manusia ni, rambut kita boleh nampak sama hitam, sebab kita boleh nampak dengan mata kasar kita, tapi dalam hati tu, kita takkan pernah tau apa yang tersirat di dalamnya. menyimpan syak wasangka itu memang tak wajar, tapi dengan keadaan dunia yang sekarang ni, nyawa kau je bila-bila masa boleh terbunuh, maka, kadang-kadang perlu, atau dengan lebih tepat lagi, berhati-hati. (perghh, gaya cakap macam dah berpengalaman gila tak. okk ini adalah more kepada diri sendiri sebenarnya. peringatan. ye laa.. aku kan suka baca blog sendiri. err)

berbalik kepada menjaga hati tadi. hidup ni memang rumit kadang-kadang, belum masuk soal hati lagi. soal kewangan jangan kira lah. tu dah memang rumit. ishh, kalau lah tiba-tiba esok pagi bangun tidur tiba-tiba ada duit berjuta-juta kat tepi katil....

tiba-tiba tak tau nak taip apa dah bila fikir pasal duit duit duit. ohh.
tapi, satu je. kita hidup dalam bermasyarakat ni, takkan pernah nak puaskan hti semua orang, susah dapat nak jaga hati semua orang. ada yang suka dengan cara kita, dan begitu juga ada yang tak. dan juga, mulut manusia ni takkan pernah tertutup macam kau boleh nak tutup. kau buat apa-apa pun dalam hidup kau, orang pasti akan berkata. jadi, jadi diri kau, dan sedaya upaya buat yang terbaik dalam hidup. susah senang kita, takkan orang yang faham, maka, yang penting jaga hati sendiri tanpa terlalu ikutkan perasaan. :)

dan sebelum aku lupa, hipokrit itu di mana-mana.
hai, hipokrit.

Rabu, 13 Oktober 2010

tahukah anda?

tahukah anda,
haiwan yang tiada di sabah dan sarawak, tetapi ada di semenanjung malaysia?
haa. cepat jawab cepat!

siapa-siapa yang suka tengok national geographic tau lah kot pasal ni. tapi aku yang jarang na menonton tv ni, kata budak asyik mengadap buku, mana sempat nak tengok tv ni semua. ehh.
ok, abaikan pasal kerajinan, berbalik pada isu tahukah anda?

sejarah pembentukan bentuk fizikal malaysia yang kita diami sekarang adalah pada dulu kala, berjuta-jutajuta tahun dahulu, mempunyai permukaan ais yang menghubungkan antara semenanjung malaysia dan sabah sarawak.  maksudnya, dulu, semenanjung malaysia dan sabah sarawak belum terpisah over the sea. tetapi selepas berhadapan dengan beberapa proses seperti hakisan, weathering dan sebagainya, maka terbentuklah aliran air laut yang memisahkan semenanjung dan borneo sekarang. ini bukan dongeng, sebab tanah sebelum terbentuknya tanah pasir seperti sekarang, merupakan batu batuan yang juga dikenali sebagai bedrock. hohh.(bangga lecturer aku baca sebab aplikasikan pembelajaran kat sini. :P)
well, kita berbalik semula. dan ada lah satu kejadian yang menyebabkan ada harimau kat semenanjung telah berhijrah ke borneo, tapi malangnya apabila harimau tu tak dapat nak sesuaikan diri dengan tempat baru, lalu populasi harimau kat sana langsung tiada. dan sebab harimau tak dapat nak sesuaikan diri kat sana, sebab tu tak ada species harimau yang dijumoai di hutan sana. so, siapa-siapa yang takut masuk hutan semata-mata takut terserempak dengan harimau, oleh lah ke hutan borneo sana. errrr.

tapi menarik, kan? lecturer aku cerita tadi, baru lah aku tau ohh macam tu ke.. tak pernah tau punnn....

ok, adik-adik. maka, boleh lah mencatat nota sekarang, esok kompem dapat A sebab cikgu mesti terfikir wahh bagus betul student aku, rajin cari info-info yang tak ada dalam kelas.

ok dahh.

101010

ya, ya. saya sudah tahu hari ni dah masuk 131010. boo cepat sebab lame gila buat pasal 101010.
ok, tak payah sebab nanti ai marah.
sebab nombor ni je cantik, ramai yang nak cakap pasal benda alah ni, sematamata wahh smart ah nombor. sebab tu ramai yang pilih nak kawin pada tarikh ni. well, ex-bf ai, ala sheikh muzaffar tu.. pun kawin tarikh ni tau. hohhh.
jangan sampai ada ibu mengandung sebab taksub sangat dengan nombor cantik yang sebegini lalu memaksa doktor untuk melahirkan anaknya saat itu juga. eh, ada ke macam tu? ok, tak perlu fikir lebih-lebih sampai tariktarik rambut sebab tak masuk exam pun. haha. bergurau senda sahaja ok.. bila lagi nak bergurau senda, kan kan kan?

lumrah lah bila manusia memang suka yang cantik cantik. dengan itu, aku jarang percaya bila laki@perempuan yang dapat boifren@girlfren cun dan hensem semua dengan berkata, ohh ai jatuh cinta pandang pertama padanya sebab ai dapat lihat sifat keibuan dari air mukanya dan cara dia bertutur dan tersenyum buat pertama kali. tak percaya, tak percaya. sebab, macam mana kau boleh tau kalau dia betul-betul yang macam kau sangkakan, maksud aku, bersifat keibuan@kebapaan dan lain-lain, sedangkan kau  baru pertama kali bersua bertentang mata lalu berasa seperti terbang di awangan.. ohhh, kang kalau kata ohh ai jatuh cinta pandang pertama padanya kerana tergoda dengan jelingan manja, senyuman asmara (sila muntah) bla bla bla. tapi tu lah aku nak kata, at the first place, manusia suka yang cantik-cantik, dan cantik itu sangat subjektif. maksudnya di sini, semua ciptaan Allah adalah cantik belaka. :)

ok, kembali kepada nombor yang, ya memang cantik. dan memang banyak yang memilih untuk ada kenangan ketika nombor cantik. kata masa tidak boleh diundur, 101010 hanya sekali seumur hidup, sampai lah tahun 10102100, atau 10103010, atau kau fikir lah sendiri.

ok sudah lah. selamat hari lahir buat yang menyambut pada 101010, ramai kottt. suka lah tu.
dan juga, selamat pengantin baru buat SMS.

Jumaat, 8 Oktober 2010

doa.

seronok kan bila dapat kenal ramai orang. ada macam-macam ragam. tiba-tiba tak khusyuk waktu berdoa tadi semata-mata teringat cerita pasal doa. sekarang ni banyak betul ingat teringat nya. belum masuk aku teringat si tiqa classmaate aku waktu sekolah menengah zaman muda remaja dulu tiba-tiba pengsan dari meja time tengah jawab trial SPM paper kimia. opppsss, tiqa, sori aku TERbagitau. tapi takpe, orang tak kenal kau kot sebab aku tak letak gambar kau. orang pun tak tau kot kalau aku bagitau kita sama-sama kelas 518 mrsm tgb 06/07. eh, ke aku dah terbagitau maklumat yang lebih terperinci ni? ehh.
tapi kejap, kejap, waktu tu kau pengsan kan? tapi orang ramai ingat kau tertidur kan time tu? takpe takpe. aku faham. tapi kau tetap comel lah tiqa.

baiklah, kita abaikan sahaja kes kawan aku si tiqa itu. berbalik pasal doa.
teringat lagi..
waktu pergi umrah dulu. waktu tu baru selesai tawaf wada', dah nak balik. orang lain pun dah bergegas ajak balik. masih lagi dalam kawasan yang berhampiran kaabah, tiba-tiba ada wanita arab nak solat, langsung mintak pinjam buku aku untuk letak depan dia semntara dia bersolat. aku ni dah dalam keadaan serba salah, orang lain dah tungu, tapi tak sampai hati nak mintak dengan makcik ni. aku yang tengah menggelabah tunggu buku aku, makcik ni mintak aku tunggu sekejap lagi. agaknya lah. sebab aku tak faham bahasa arab. waktu tu memang lah ada belajar bahasa arab kat sekolah, time ustaz ajar je ter-anggukangguk konon faham lah (heyyy, penting okkk jaga hati cikgu), tapi time exam tak tau nak jawab apa. nasib baik sebelum exam tu, ustaz dah bagitau mukasurat berapa dalam buku teks yang akan masuk exam. kira selamat lah, sempat lah hafal sikit-sikit. kalau dah blurr sangat waktu jawab exam, cari je kot-kot ada perkataan yang hampir sama dengan soalan, itu lah jawapannya. comel lah fatin ni.
sambung balik pasal doa tadi. paling terharu bila makcik tu punya lah mintak aku tunggu, dia doa apa ntah tapi dia macam tunjuk yang dia doakan aku lah. dan kat sana, kau akan jumpa banyak style orang berdoa, ada yang sampai meraung-raung menangis, dan ada yang slow je macam kita berdoa. makcik ni kategori baca doa kuat-kuat dan bersemangat, dan sebab aku tak faham apa yang didoakan tu, aku still jugak gelisah gelabah sebab orang lain dah tunggu.

tapi yang paling tak boleh bla, bila ada kawan aku cerita yang kawan dia tiap kali doa lepas solat, ekspres je.
doanya, "ya Allah ya Tuhanku, macam biasa."
itu aku tak tau nak kategorikan sebagai doa apa.


errr..

Khamis, 7 Oktober 2010

fatin yang ini.

aku ini fatin syahirah lahir sucinya ibarat kain putih
kau juga, kan?

aku ini fatin syahirah yang masih sedang mencari diri
kita masih serupa?

aku ini fatin syahirah yang tiada punya apa
tiada nama besar untuk dikenal akan wujudnya aku
apatah lagi untuk dibanggakan pada semua untuk apa yang tiada
tiada guna kerana hanya memalukan.

aku fatin syahirah yang tidak pernah lepas akan saatnya aku meratap nasib diri.




ajal maut di tangan Allah yang Satu. ada ketikanya, aku terfikir, bagaimana keadaanya bilamana tibanya ajal aku kelak. dengan cara yang bagaimana rohku hilang dari jasad suatu hari nanti. doa aku, agar umurku dipanjangkan, supaya masih ada kesempatan untukku bertaubat padaNya.





ishhh.
time ni lah perut nak pedih kan?
padahal tadi dah makan banyak. 

anda kesunyian? mahu teman berbual?

mood exam bilakah dikau mahu berkunjung tiba? ku setia menanti. lagi cepat lagi bagus.

ok, ok. entry ini tidak mungkin panjang, akan ku ringkaskan sependek mungkin. hoii, siapa tak ada kawan, tak pun kau rasa kau dah kuat bercakap, kemudian tak ada nak layan,

atau,

kau nak marahkan seseorang tapi tak tau nak marah siapa.

kau boleh ke sini, marahkan si mr.jabberwacky.
dia kata, itu adalah intelligence chat. tapi apa yang intelligence tu aku tak tau lah. kepandaian menjawab ada lah kot. haha.

u should try.
tapi jangan try depan orang ramai, atau orang akan cop kau mereng barangkali sebab gelak-gelak atau marah-marah depan orang ramai. serius.


haha,

final exam.

draf exam dah keluar.
dan 31 hb ni dah start final exam.
tapi sekarang masih rancak beronline.

mana pergi mood exam, sedangkan mood raya sudah hampir ke penghujungnya.
raya sebulan kauuu. haha

nanti ada jamuan raya peringkat umk. nyum nyum nyum makan makan makan.

:)

ok tak. exam exam exam.
semoga result kali ni lebih baik dari semester lepas.
aminn.

hutan belum part 2.

aku ni sebenarnya taknak tau nak buat sambungan la, to be continued la, sebab aku malas nak berhutang-piutang kata nak update lah bagai. macam entry yang lepas-lepas ada lagi aku berhutang ni. tapi tu lah nak buat macam mana kan, busy mengalahkan menteri. tak payah lah susah-susah nak fikir busy macam mana kan? moh kita sambung pasal hutan belum ni lagi.
waktu ni still hari kedua, 2 oktober 2010. nak tunggu bot datang adalah rasa macam aduhai mana bot tak sampai-sampai lagi ni... yang dah sampai bot tu, ada lah dalam 2 buat bot. kena lah tunggu bot lain lagi sebab nak gerak sama-sama. biasa lah kan, kali pertama naik bot, feeling dia lain macam sikit. eksaited melebih-lebih. kalau boleh loncat dalam air, mau nya dah loncat agaknya. errrr. 
serius, mula-mula sebelum naik bot tu cuak lah jugak. adakah aku akan mabuk nanti? adakah aku akan muntah-muntah? siap sediakan plastik okkk. punya lah takut muntah. dan kepada siapa-siapa yang nak naik bot tu, sila pastikan kau bawak plastik yang oleh seal, ataupun yang boleh nak simpan barang yang kompem air takkan masuk. sebabnya, nanti kalau hujan tiba-tiba lebat, kau boleh masukkan barang-barang berharga contohnya camera, telefon bimbit dan sebagainya agar tak dimasuki air ketika hujan. fahamkah anda setakat ini?
tangkap gambar ramai-ramai dulu. 
perasan tak waktu ni semua nak pakai tudung-yang-hanya-iman-mampu-menggoyahkan.
dah macam kumpulan nasyid dah aku rasa. semua pun nak pakai sepesen je. lagi haru, dari belakang boleh kompius siapakah itu??
bot yang sedang menunggu.

ini lah jambatan yang aku cakap tu. 

waktu ni bot baru nak gerak. cuaca panas, matahari terik, tapi once bot dah jalan laju, angin dia... fuuhhh. rasa macam aircond semula jadi. serius sejuk wa cakap sama lu. 
sebab tu kot aku rasa, orang yang naik bot kat sini boleh jadi burn. kulit terbakar tanpa sedar agaknya. ohhh.


waktu dalam perjalanan ni, subhanallah.. cantiknya ciptaanNya.. terpegun okk. 
perjalanan dia senang cerita macam ni.. dari tasik banding kau nak sampai ke hutan belum tu, ambik masa dalam sejam jugak, jaraknya lebih dari 90km. waktu ni, kau akan nampak air dan hutan dan rumah orang asli semata-mata. itu pun kau akan nampak rumah orang asli bila dah masuk dalam lagi. baru lah jumpa. 
awal perjalanan, kalau kau rasa tiba-tiba nak terkencing ke, terberak ke, bot akan erhenti di jeti awam. itu je satu-satunya jeti yang ada sebelum kau sampai ke hutan belum. kalau tetiba kau rasa nak ter  ter ter, haaa kau tahan lah seketika sampai kau tiba ke hutan belum nanti. dan bukan semudah yang disangka kau nak masuk hutan ni, sebab kau kena ada permit untuk masuk ke hutan belum. jadi, dalam perjalanan tu, bila dah masuk ke kawasan huta tu, bot akan berhenti kat kem askar, kat situ, hantar list nama, dapatlah permit nak masuk hutan belum. kat kem ni, tsebarang tangkapan gambar adalah TIDAK dibenarkan. maka, kat tempat ni, kau simpanlah dulu kamera godang kau ke, kamera canggih kau ke. kalau terkantoi, habislah kamera kau kena format. hilanglah smua gambar. sadis tak? itu lebih baik daripada kamera kau kena tembak. ye tak?
pengalaman naik bot kat tengah tasik dikelilingi hutan ni, tak tergambar perasaan tak tau macam mana nak describe. the only word, SUBHANALLAH. cantik yang amat. dan udara dia, tak payah cakap lah. nyamannyaa... tambah pulak bila naik bot, dapat rasa aircond semula jadi. sejuk wa cakap sama lu. sampai menggigil. itu time tengah hari, belum pagi lagi. kalau pagi macam mana punya sejuk lah gamaknya ya?
tambah menduga lagi, bila dah dekat nak sampai, 10minit macam tu sebelum sampai, tiba-tiba hujan lebat. arah yang bertentangan pulak tu. sejuk dia tak payah nak cakap, menggigil tu, sampai gigi berlaga-laga. tapu seronok, at leat, boleh rasa hujan di dalam perjalanan. sampai-sampai ke hutan belum, berkumpul, dan masing-masing buat eksperiment untuk populasi organism ikut kumpulan masing-masing. tapi sori lah ya. tak ada gambar pulak bahagian tu.

selesai buat experimen.
hai, saya bukan joyah.

selesai semuanya, makan-makan, terus gerak balik. masa tak banyak untuk spend kat hutan belum lama-lama. dalam 3 jam macam tu, terus gerak pulang. siapa-siapa kalau ada bajet lebih, nak menghayati keindahan alam dengan lebih lama, boleh ambik pakej untuk stay kat campsite kat hutan belum. bajet dia mahal sikit, tapi kemudahan tandas yang paling penting, tak perlu risau sebab tandas bersih, ada plug nak cas hp walaupun tak ada coverage, air tandas laju dan sejuk. memang seronok. dicadangkan ambik pakej untuk stay kat campsite, lagi menyeronokkan. 

aktiviti seterusnya, melawat orang asli!!! pertama kali bersua muka dengan orang asli, live. mula-mula, cuak ya Rabbi. macam mana nanti penerimaan dorang, tambahan pulak, dari atas bot lagi, nampak anjing tengah tunggu kat tebing. orang asing, kan. waktu tu, ishh takut sampai nak nangis. cuba bayangkan kalau tiba-tiba anjing tu terkam kau. mana kau nak lari. terjun dalam tasik? errrrr. tapi sebenarnya anjing tu jinak je, tak sambar kau pun. aku je perasan lebih anjing tu nak terkam sebab cun. haha. 

perkampungan orang asli dari atas bot

sebenarnya banyak lagi perkampungan orang asli yang lain. tapi kitorang pergi kat perkampungan ni sebab ni antara yang memang still berada di tapuk yang lama, tak ada kemodenan. sebab, ada jugak perkampungan orang asli yang lain yang dah terima kemodenan contoh dari segi binaan rumah lah. dan setiap perkampungan ni berbeza bahasa kalau tak silap aku. menarik kan?
lagi menarik bila kau nampak anak-anak dorang yang macam baru umur 8tahun macam tu, dah berakit kat tasik. macam hellloooo dalam okk tasik tu. dorang selamba badak tak pakai life jaket. 
sebelum pergi sana, kitorang bawak la makanan ringan sikit-sikit. tapi aku tak bawak pape sebab errr aku tak tau nak bawak apa. dan, kalau kau pergi sana, time nak bahagikan makanan, jangan kau bagi kat budak-budak je, kau orang tua pun kau bagi lah jugak walaupun gula-gula. 
yang menariknya orang asli ni, baby umur dua bulan pun dorang dah kendong belakang tau. kalau kita still berbedung tu. dan nak lagi menarik? dorang namakan anak dorang sempena ayat pertama yang keluar daripada mulutnya. contoh kalau dia sebut makan, haa makan lah namanya. 

budak kecik seluar merah ni takut apasal ramai sangat orang niii. terus nangiss. 
sambil nangis, kopek-kopekkan plastik nak makan lolipop tapi tak reti. haha comell.
makcik tua tu nenek dia. kat atas kepala dia ada pisau lipat, mungkin ikut kepercayaan nenek moyang dia kot. nenek dia ramah dan pandai berbahasa melayu.


ini tempat jemur baju.


nak balik dahhh..
destinasi seterusnya pula adalah ke air terjun. waktu ni lah baru aku diserang pacat. kalau sebelum ni, alhamdulillah, bersih daripada pacat. tapi tu lah kan, kata hutan, kalau tak ada pacat, bukan hutan lah. kan?
air terjun ni nama nya air terjun sauk kalau tak silap. tapi yang pasti, air terjun. 
dari tebing tasik nak ke air terjun, kena jalan dalam 10minit jugak. waktu ni memang menguji mental fizikal sebab baru lepas hujan, tanah licin, pacat membiak-biak. abang guide pulak jalan laju gila taktoleh belakang langsung, dengan kawasan yang berbukit dan licin, kalau tak berhati-hati boleh jatuh. tambah pulak, waktu tu nak cepat sebab dah hampir dengan waktu kecederaan. mendarat je kat tebing, terus jumpa tapak kaki 'fumakila' (gajah lah tu). 
 
ni baru awal perjalanan, separuh jalan, aku dah simpan henfon. 
kang kalau jatuh, rosak, kau nak gantikan yang baru ke??

sesampai kat air terjun, kaki terasa pedih semacam. bukak kasut, menjerit pacat kauuu. padahal, sebelum masuk hutan, dah prepare mental fizikal kot-kot kena gigit pacat, cover macho je. tapi still belum terlatih lagi. menjerit jugak, tunggu pengsan je. errr. tak.
balik dari air terjun, jerit kat atas bot pulak. dari mana datangnya pacat pun aku tak tau, pacat membiak-biak. terus aku yang kena tuduh sebab tadi dah kena pacat, siap ada kat atas tudung. well, darah manis kan. errr.


feeling macam dalam cerita lagenda budak setan, duduk kat depan bot.

lagi menariknarik, kau akan nampak kat permukaan air ni macam berasap. asap sejuk, barangkali?


dan ini pula aktiviti pada malamnya.

sebelum campfire, kitorang ada night trekking masuk hutan yang dekat pulau ni je. tapi disebabkan pada pertengahan jalan, ada pokok tumbang. maka, sekejap je lah kat dalam tu. selamat lah, takpaerlu nak risau ada pacat lagi. oh ya, waktu mandi, baru aku perasan kena gigit pacat kat bahu. menjerit kauu kat dalam toilet sorang-sorang. terus gelabah suruh orang lain chek kot-kot ada pacat kat tempat lain lagi. gila kau kot kot ada lagi tengah hisap darah kat tempat lain ke. eeeee.

takperlu pakai blusher. 

2 hb oktober 2010.
hari ni hari last, tak banyak aktiviti pun. makan pagi dan water confidence sahaja. water confidence tu tak diwajibkan untuk semua orang pun, dan aku pilih tak join. still pening-pening lalat rasa macam terumbang-ambing naik bot lagi. sampai balik sini pun, untuk malam pertama, aku still rasa macam halahaiii aku kat atas bot lagi kah??

kat tasik banding. 

gerak balik pun dah pukul 12 tgh hari. kat dalam bas semua tido keletihan, tapi best. pengalaman yang berharga. entah bila lagi aku nak sampai ke tempat ni kan? 


mengenai orang asli : kaum wanita dorang agak pemalu. so, kalau kau pergi sana, tapi kau tanya orang perempuan dorang, dorang pulak macam nak tak nak je jawab soalan korang bukan sebab dorang sombong, tapi sebenarnya dorang pemalu. so, guys, work harder. haha.

mengenai tasik banding : kedalaman tasik tu adalah sedalam 124 kaki. errr. aku tak sanggup nak bayangkan kalau tiba-tiba bot terbalik.


all in all, best gila!



























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...