Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 31 Disember 2009

early wish.

SELAMAT DATANG TAHUN 2010,
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2009.

gelabah-gelabah nak wish awak sebab nanti aku nak pegi kem!!
first time ok.  :)


aku tak tau kem ni pasal apa.
tapi kata dorang, kem ni melibatkan uni lain jugak.
ini juga first time.
even since sekolah rendah dulu sampai la sekarang aku tak pernah berpeluang nak pegi kem yang nak kena campur-campur dengan orang tak kenal ni.
dulu kalau pernah pun, kem dengan budak kelas dan juga budak batch.
itu sahaja.

dan sekarang saya excited.
minggu ni tak jadi balik rumah.
minggu depan insyaAllah baru balik rumah.

ibu, acik mintak maaf tak dapat balik rumah.
minggu depan ok?


untuk roommate, kawan-kawan atau yang bakal menjadi mangsa,
maaf aku terpaksa pinjam telekung plus quran plus pape barang-barang aku yang tertinggal kat rumah.
aku pinjam dulu tau.

ikhlaskan hati memberi pinjaman kepada aku.
ehehehe.

tadi sudah dapat access kad.
dah daftar wifi.
dah hantar laporan SIEP.

fuhh.
dah boleh lepas satu nafas.
tinggal lagi satu.
rabu depan kena present laporan yang hantar tadi.
tu yang gigil sikit. ahaha



 

dah dah.
aku nak mandi.
nak kemas-kemas baju. lalalalala.

cakapdalamhati : macam jakun gila(huuu..kg. com) sebab sebelum ni tak pernah nak join hal-hal macam ni.  hihhihi


pesananmaafuntukblogsaya : maaf sayang. aku tak sempat nak buat sinopsis tahun 2009. nanti lepas balik ni aku baru buat ok????


belog : ok ok.. tak ape..

haaa... macam tu laa.. :))
awwww

Ya Allah.

ini keadaan pada waktu itu :


ibu, adik ngan aku naik satu kereta dengan makcik aku. tapi lupa dah destinasinya ke mana..




dan budak ni anak makcik aku. perangai dia, kalau luar kereta, dia akan gedik gila ngan kau, lepas tu mintak kau dukung semua, asyik nak melekat dengan kau je.. tapi masuk je dalam kereta nak pergi mana-mana, kompom nangis dah tak nak dengan kau. sambil nangis, dia akan sebut ma.. ma.. abah.. abah.. macam lah makpak dia tinggal jauh, padahal tengah drive, aku pun dalam kereta yang sama.. rasa nak paaang je.. ahahaha. boleh?
ok ok.
sambung balik cerita asal.
time on the way nak pergi mana ntah, aku lupa, budak ni nangis-nangis sebab nak dengan makpak dia, padahal dah duk depan ngan mak dia dah. aku yang duk belakang ni saja je lah nak main-main dengan dia, usik-usik manja gituu kan.. tu yang dia nangis, dia takut aku nak dukung dia, tapi dalam masa yang sama dia nak main cak cak dengan aku. gedik ok. tapi aku layann sajo.. kata penyayang.. kui kui kui
sebab dia nak main cak cak dengan aku, pak dia yang tak pernah pernah nak pegang dia time drive, dukung dia time drive sambil cium cium budak tu macam dah takkan berjumpa dah bagai.. pak dia pegang dia time drive bawak maksudnya bawak budak tu kat seat driver lah kan.. supaya senang nak main-main cak cak dengan aku sebab aku ni duduk seat belakang driver.. tapi seperti yang dinyatakan di atas, sambil pak dia pegang dia, cium cium budak tu macam dah takkan jumpa lagi dah.. time drive ok. time drive.
aku dah rasa macam tak sedap hati lah kan. tapi aku diamkan sahaja.
rupanya ibu pun rasa macam tak sedap hati jugak. ibu bisik kat aku,
ibu : rasa macam tak sedap hati lah..

aku nak tenangkan ibu lagi.. aku pun macam ingatkan lah pakcik aku ni kan.. dia kan tengah drive.. tak elok lah drive macam tu.. dah tu kat highway yang simpang siur pulak.. makcik aku ni pulak.. diam je.. dia tengok je.. aku tak sedap hati.. aku pegang ibu dan baca surah pape untuk tenangkan ibu kan..

lepas tu ada lah selekoh ni yang dekat dengan sungai..
time lalu kat selekoh  tu aku tengok ramai gila kereta yang berhenti. kereta polis pun banyak. lepas tu nampak dorang nangis-nangis meraung-raung family dorang apa ntah.. aku pelik. tapi aku diamkan je.. aku bagi instruction kat pakcik aku lalu kat jalan tu sebab dia tak biasa..
waktu lalu kat selekoh tu, tiba-tiba air terus naik.. memang kompomkompom panik lah kan. tapi time tu air naik sikit-sikit je. aku cakap lah kat pakcik aku, patah balik cepat-cepat..
bila pakcik aku u-turn nak patah balik je, air dah betul-betul naik (yang macam tsunami gitu lah).. terus aku ngan ibu dah ada dalam air dah..
masa tu cuak ok. ibu dah jerit-jerit kat aku. mana orang lain. mana orang lain. serius aku tak tau.
aku peluk ibu kuat-kuat.
makin lama, air makin naik dan kami makin tenggelam. ibu dah macam redha gila. ibu kata, 'Dia dah turunkan bah'..gitu lah kan apa yang aku ingat..
aku dah redha gila.. aku peluk ibu kuat-kuat.. ibu waktu tu panik gila. panik yang amat sangat.
aku dah menucap dalam hati takut pape berlaku..
dalam hati aku, aku doa..

' Ya Allah.. kalau hayat aku berakhir di sini, jangan lah kau pisahkan jasadku daripada jasad ibuku.. biar aku mati bersama ibuku supaya ibu akan rasa lebih tenang di akhir hayatnya..'

air waktu tu jangan cakap lah kan.. laju gila.. aku doa dan doa je.. aku peluk ibu kuat-kuat.. aku pejam lah mata sebab dah tak boleh bukak mata dalam air.. air dah laju pulak tu kan. dalam hati jugak, aku kata aku taknak mati lagi... aku banyak dosa.. aku takut..

bukak je mata..
aku ada dalam bilik.
aku mimpi wey. sumpah mimpi tadi macam betul.
aku dah gila cuak.
takut kalau betul berlaku macam tu.
nauzubillah.

mimpi tadi ada pape maksud ke?... *cuak*

bangun je terus call ibu. tapi tak ceritalah kan.. cakap sekejap je.. mamai-mamai bangun tido lagi kan..


Ya Allah, kau panjangkanlah umur kami agar kami berkesempatan untuk bertaubat padaMu..
matikan lah kami dalam iman.. amin..
:')




serius takut.
sekarang mata dah segar, boleh siapkan laporan SIEP sampai habis.
tadi lepas isyak terus tido. bangun pukul 10 tadi sebab mimpi takut tadi..




penerangan gambar : ini time kitorang duduk paling depan time subjek genetics hari tu. ehehehe


notasehabisringkas : tinggal lagi 23jam 31 minit nak masuk 20taun!
uhh. taknak umur mula dengan pangkal 2. nak sentiasa pangkal 1 je boleh?

ok fine...age is just a number.





Ya Allah.. berikanlah aku petunjuk dan hidayahMu dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan...
:')

Rabu, 30 Disember 2009

wajib. mesti.





tajuk entri kali ini memang tak boleh bla kan?
ini lah jadinya bila otak dah penat nak fikir, buat laporan SIEP yang masih dalam proses, mata pun ala-ala dah kuyu gituuu..
sampai tajuk entry pun dah tak tau nak letak tajuk apa. boleh?
mesti boleh ok. mesti. ahahaha

SIEP belum siap,
tapi boleh pulak nak bertenggek kat blog ni apa hal kan?
sukahatiaku ok.sukahatiaku. huah huah huah.

tiba-tiba rasa macam..
eeee...bestnya kalau jadi budak kecik balik..
tak payah nak fikir banyak-banyak.
tak payah ada masalah.
makan tido main makan tido main. cukup.

kalau waktu kecik-kecik dulu, macam dah vtak sabar-sabar nak besar cepat-cepat. serius wey.
dulu-dulu selalu fikir..

bestnya jadi orang besar... boleh ada duit sendiri.. boleh kerja.. boleh kawin.. eh eh. silap pulak. ahahaa

tapi bila dah besar sikit.. rupanya tak best seperti yangg disangkakan..
banyak wey kena fikir.. lepas tu banyak jugak yang lupa.. boleh?
haih. macam dah start nak mengarut dah..
dah agak mengantuk tau.
serius penat.
ye laa... kat rumah rehat-rehat goyang kaki sajo.. nak pegi mana-mana pun, naik kereta..
tapi kat sini jalan kaki sajo..
nak kena jalan laju-laju pulak tu.. lagi la capek mak ni wey..
yelaa.. kena la jalan laju-laju.. kelas start pukul9pagi, pukul 8.55 baru nak gerak.. tu pun kalau sempat siap..
kalau tak, pukul9 lari-lari laju-laju kalah si polan..sape heh pelari pecut negara sekarang???
whatever ok. whatever.
aku dah tak ambik tau pasal tu semua.
stamina aku pun dah yilek zero kosong dah. sampai jalan laju sikit pun dah rasa macam nak pengsan 10 hari. hahaha

tak pe stamina.. kau tak nak kerja baik-baik ngan aku ye.. siap kau.





bila tengok minah ni pakai inai..teringat masa kecik-kecik dulu arwah nenek aku suka pakaikan aku inai.
biasanya, aku akan pakai inai siang-siang, tak boleh pakai malam-malam time nak tido..sebab dulu-dulu aku tido ganas. kang kalau pakai malam-malam nak tido, inai ke mana jari ke mana tangan ke mana.
oleh hal yang demikian, aku pakai la siang-siang hari..
masa kecik-kecik dulu pakai inai, ada pantang larangnya..
arwah nenek aku cakap, time pakai inai yang masa nak tunggu nak kering tu kan.. tak boleh tengok ayam ke.. jumpa ayam ke.. kalau tak, kan.. inai tu tak ada warna nanti..
mana boleh tak ada warna kan.. mesti lah nak merah-merah gitu.. nanti boleh menunjuk ngan jiran, makcik-makcik..

eh.. inai kita merah terang.. lagi terang dari awk punya.. kita punya cantik.. lalalalala


ok ok. sambung cerita balik.
kan tak boleh jumpa tengok ayam, kan..
aku pun sedaya upaya lah tak nak jumpa ayam, kan..
sampai sanggup tak keluar rumah main ngan kawan-kawan, ko.. takut jumpa ayam punya pasal..
lepas tu kalau dengar ayam berkokok pun aku dah gelabah-gelabah dah.. sampai sorok tangan yang berinai tu kat dalam baju ke.. kat belakang ke.. padahal baru dengar ayam..  huah huah huah.

haih. nak tulis panjang-panjang pulak..
tak boleh tak boleh.

kesian mata, dah mengantuk..

alaa... lagi sikit je.sikiiiittt jee..

sepanjang malam buat report yang masih dalam proses..
sampai dah blurr sekejap.

lalu..
adegan-adegan seperti ini akan selalunya berlaku berikutan komplikasi yang dialami..















apa pandang-pandang??













ok. alasan sampingan.
padahal, baru nak try webcam sendiri. ahahahaha



selamat malam.




pesanan : maaf. post entah apa-apa yang banyak ke laut. ini lah jadinya bila dah jarang tengok laut. cakap pun asyik ke laut je.






Isnin, 28 Disember 2009

semester baru.

semester baru.
azam baru.
fatin baru.
heh.


ok ok.

semester baru dah kena start rajin rajin.
kena serius serius.
tak boleh main-main.
tak boleh malas-malas sangat.
lagi apa?

ko jangan main-main.
kelas genetics tadi ak ngan dua orang lagi bodyguard anna ngan zaty duduk depan sekali. depan lecturer ok.
(sorry korang.. aku asyik salah tuliss sajoo) ahahaha

gambar tadi tak ada.
ada dalam henfon fert. belum ambik lagi..









ini muka pergi kelas.
dan gambar paling bawah teman zaty beli charger batery.



pesanan ringkas : jangan tegur muka yang semakin melebar. dagu yang semakin nak melebar. keadaan yang selekeh. sila salahkan tudung yang tidak menjadi.


notamemperingatkan : tadi fert tegur muka aku dah macam makin berisi. siap ko fert aku diet betul-betul. nasib baik kek ko tadi sedaaaap baik punyaaa..
ok. aku admit lagi. chocolate cake fert kasi tadi sedap! dia buat sendiri ok. sendiri buat. fert, macam mana pun, aku nak resipi tu!





peringatan : sentiasa doakan aku ok!  :')

itu diaaaa



sekarang tiba-tiba mood berbelog semakin menurun.
kenapa heh?
bila mood rajin datang, jari rasa malas nak menari.
bila mood tekun hadir, otak rasa macam blur sekejap. haha. boleh?

ok ok.
serius serius.

semalam letih..
setel perlahan-lahan benda-benda yang masih belum selesai.

report kad matrik hilang   selesai
dah dapat kad matrik baru pun tau. cuma access kad je belum dapat.
access kad ni macam ada kod no kita sendiri untuk kegunaan pinjam-pinjam buku dan sebagainya.
maksudnya kitorang ada dua kad lah. nak kata canggih, kat tempat lain guna kad matrik sajo dah boleh lepas kalu nak pinjam-pinjam buku. tapi kitorang kena ada dua kad. maknanya tak canggih la heh??  huahuahua
semalam kena isi borang laporan dulu, kena ambik kat pejabat keselamatan. punya lah aku ngan 2 orang lagi bodyguard anna ngan zaty  ulang alik cari pejabat keselamatan tak jumpa-jumpa. patut la tak jumpa, dorang dah nak pindah pejabat baru. kiranya pejabat yang aku pegi semalam pejabat lama tapi dalam proses angkat-angkat punggah-punggah barang lah. nampak sangat tak pernah ambik tau. ahahaha
sampai pejabat keselamatan, terus bagitau pakcik guard kata nak mintak borang laporan tu...

aku : pakcik, saya nak mintak borang buat laporan kad matrik hilang..
pakcik : alamak, borang dah habis pulak. nanti pakcik call akak ofis suruh dia hantar.
aku : ok... (still duduk dalam ofis tu taknak keluar sebab nak ambik aircond.)
pakcik : kad matrik awak mana?
aku : kad matrik saya hilang..
pakcik : elelele.. hilang ke tertinggal..?
aku : hilang pakcik.. kena bawak ngan arus banjir hari tu..( tapi dah sengih-sengih.. aku memang tak reti nak menipu. tapi memang betul hilang. aku taktau mana pergi kad matrik aku )
pakcik : elele..padahal lupa bawak tu.. tak payah la nak tipu.. ( time ni aku dah sengih-sengih comel mintak simpati dah )..awak duduk mana?
aku : terengganu
pakcik : terengganu kat mana?
aku : kat paka..
pakcik : hah. kat paka mana ada banjir hari tu.. pakcik dulu dah pernah buat jambatan kat paka nun. mana ada banjir. ( dalam hati aku, pakcik pulak yang tipu saya.)
aku : banjir, pakcik.. tapi kat kawasan rumah orang lain..

pastu akak ofis sampai nak print borqang kasi aku.. ( fuhh.. nasib baik akak bi sampai..)

dia kasi borang, aku isi sampai habis..
untuk laporan tu, aku kena buat karangan lah sikit-sikit macam mana boleh hilang semua kan..
aku dah blurr nak tulis apa..
tang laporan tu, aku tulis macam ni sajo..

Dengan ini saya melaporkan bahawa :-


kehilangan kad matrik sewaktu cuti sem yang bermula pada 16nov sehingga 26 dis 2009.
tempat kehilangan : rumah

lepas tu aku terus hantar kat akak tu..

akak : awak letak alamat rumah awak.. lepas tu awak tambah sikit awak kata awak dah cari tapi tak jumpa.
aku : ok ok

aku ni dah la dah lama tak buat karangan. otak pun dah macam membeku cari cara macam mana nak bina ayat semua. ahaha. boleh?

aku pun tulis je lah..

saya telah mencari di serata tempat, tapi malangnya kad matrik tersebut tetap tidak dijumpai.


aku hantar kat pejabat ict, terus balik. dan tadi dah dapat..
ehehehe..
gua ada kad matrik baruuu... lu ada???? ( ahahaha. berlagak sikit lah..)






alamak.. tadi tak rotate gamba tu pulak..
sebab dah lama tak menulis, tulisan pun macam nak tak nak tulis je..
takpe.. asalkan dah dapat kad baru sudaaaa.....



ambik kunci blik       selesai

kemas-kemas locker, baju, bilik      sudah hmpir selesai ke tahap maksimum.
yang ini, baju aku tak muat nak letak dalam locker. ni pun aku main sumbat-sumbat je baju..


ni keadaan locker aku.
ni belum kemas kemas lagi..
aku just letak baju yang perlu lipat-lipat je dulu..
ni pun aku main campak-campak je sebab aku nak kosongkan beg dulu..
ok cuba ko bayangkan muat ke nak letak baju-baju semua wey.. memang tak muat lah kan..
tapi saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada.. :)


ni keadaan katil yang masih belum berkemas.. just pakaikan cadar sebagai syarat aku nak tido je. bantal pn tak ada lagi tau sebab stor belum bukak. aku tido beralaskan selimut sajo..









ini keadaannya bila stor dah bukak..barang-barang semua campak je dalam bilik dulu..
tapi baju yang dalam beg tu tak lah..
tu semua aku baru nak sangkut-sangkut dalam locker..

tapi bilik aku sekarang dah super cantik wangi dan selesa.  cuma duper je belum.. kata hampir selesai..
bila dah betul-betul selesai baru lah super duper gituuuu...



buat laporan SIEP     dalam proses.
lkena buat laporan untuk 10 hari bekerja ok.
10 hari wey. sepuluh hari.
baru sepuluh hari nak kecoh-kecoh.
mana tak kecoh nya wey..
aku nak kelentong apa dalam laporan aku nanti.. nasib baik hari tu pegi kursus, nanti boleh lah masukkan dalam laporan. ehehe
ok ok. semua akan selesai khamis ni. ( mana taknye.. khamis ni dah nak kena hantar laporan wey!!) huh.

ok. itu sahaja pembikinan saya untuk hari semalam.
(huh. baru boleh lepas satu nafas)


saya, Fatin Syahirah binti Ibrahim melaporkan untuk tv10.

Ahad, 27 Disember 2009

bereskan!

ok.
ini adalah senarai yang perlu diselesaikan hari ini.

ambik kunci bilik, semalam sampai tak sempat nak ambik kunci bilik.
buat kad matrix baru. ( aku tak tau mana kad matrix aku pegi. alasan yang ada dalam kepala otak sekarang ni. mana kad matrix awak?...  kad matrix saya hilang kena kena bawak arus banjir hari tu, cik. ) ahahhahaha
kemas-kemas locker, baju, bilik
buat laporan SIEP. kat rumah aku tengok je tapi tak tulis apa-apa. boleh?


setakat ni aku terfikir untuk setelkan itu sahaja.

ok.

nak mandi.

i love myself.


pertanyaandidalamhati : kenapa lately asyik mimpi ntah pape? ai tak like....











semalam ibu kursus kat sini jugak. sementara tunggu ibu kursus, aku pegi beli-beli barangg dulu. dan aku beli ini shawl. konon-konon nak ubah imej pakai macam ni pulak. tapi hampes sahaja. tak sesuai dengan muka. lawaks juga. lepas tunggu ibu kurus, baru hantar aku.



muka aku memang tak boleh pakai selendang dan sewaktu dengannya agaknya. lawaks. tapii still nak syok sendiri. sukehatikula.









ok. time ni, rumet aku zaty dah terliur aku syok sendiri sorang-sorang, ikut join sekali.
ahahaha

ok dah lah. sakit perut nak pegi toilet!
chiaaaaooooooo




Sabtu, 26 Disember 2009

rindu.

ok.
belum pun 10jam, tapi dah gelabah-gelabah nak homesick.
apa kes?
hilang macho wey.

ok ok.
saya rindu ibu saya.
saya homesick.
saya rindu nak dengar ibu saya bebel-bebel.
saya rindu nak dengar ibu saya marah-marah.
saya rindu nak gaduh-gaduh manja dengan ibu saya.
saya rindu nak dengar ibu saya tanya, "acik, macam mana nak main game ni?" , "acik, kenapa tak boleh nak tekan game ni?" , "acik, cuba tengok ni kenapa tak boleh nak lepas level ni?" blaa...blaa...blaaa..- ko jangan main-main, ibu aku main game kat lappy aku ni haaa...
saya rindu nak dengar ibu cerita-cerita.
saya rindu nak jadi driver ibu saya.
saya rindu nak jeling ibu saya bila kena marah, merajuk.
saya rindu pasal banyak-banyak lagi ok.
rindu sangat-sangat!!!!
erghhhhh.


ok
pagi tadi sebelum gerak datang sini pun, sempat kena bebel marah-marah.
sebab?
ok..salah akuu...aku lambat..aku tak packing sepenuhnya siap-siap awal-awal sebelum datang sini.
hasilnya, aku lupa bawak banyak barang ok.
semua barang yang penting-penting aku lupa bawak.

ini cerita beberapa hari sebelum datang sini.

hari tu ibu marah-marah bebel-bebel kat aku..memang sebab salah aku la kan..
aku bat keje semua tak setel..macam acuh tak acuh.. nak nak bila time ibu pergi kursus hari tu..
balik penat-penat siapa tak marah kalau tengok kerja tak sempurna.
aku ni bukannya apa..
bila dah selalu kena bebel tu, aku baru nak jalankan keje tu...(alasan terbagus ok. terbagus) ahahaha
aku konon-konon merajuk nak ibu pujuk lah kan..
pastu aku saja je la cakap.. tapi dalam hati tak sanggup pun..
aku : eee...tak sabar nya nak balik sana...

ko tau ibu cakap apa?
lagi laa aku kena tahan telinga.. ahahah
lawak comel ok. comel.

lepas tu, pagi tadi sebelum gerak sini kan ku lambat siap..
langsung aku terlupa bawak telekung ngan quran datang sini ko tau..
macam mana boleh lupa ntah..
padahal, aku dah nampak ibu lipatkan telekung semalam..
serius lupa.
dah on the way, baru aku teringat..
aku takut ok nak bagitau ibu..
pastu aku keep it shut tak bagitau ibu.. dalam hati cuak takut kena marah..
dah sampai sini baru aku bagitau ibu sebab tak ada lah kena marah sangat nanti kan.. ahahaha
nak salam peluk peluk cium cium tadi, ibu tanya aku..

ibu : minggu ni balik tak?
aku : balik lah.. nak ambik telekung ngan quran..

ibu pun peluk aku sambil tepuk tepuk belakang aku..
baik punyaa perli..
ibu kata..
haaa... kan dah tak sabar nak balik sini.. sampai lupa bawak telekung ngan quran..

dush dush dush
terasa seperti ditumbuktumbuk dicucuksembilu di dalam hati..
ahahaha

ok.
saya rasa saya kena berhenti sekarang.
saya semakin rindu ibu saya.


pesan ibu :
1) jaga diri baik-baik.. kalau ada orang kasi apa-apa suruh makan, jangan ambik. kalau ada orang marah ke kata apa ke..jangan melawan balik.. jangan sampai orang dendam. bahaya. ini cerita yang ibu dapat masa kat kursus yang buat ibu makin risau aku kat sini.

ada kat satu tempat ni, ada berlaku kat sorang budak perempuan ni. handphone dia kena rampas ngan budak laki ni.. pastu, budak laki tu cakap, kalau ko nak hp ko, ko datang sini. pompuan tu sayangkan hp dia, pegi la kat laki tu..pastu laki tu cakap, kalu ko nak hp ko, ko minum ni sekarang baru aku kasi ko.. pastu pompuan tu had no more options, dia kena minum jugak air kotak yang laki tu kasi.( dia tak tau bahawa air kotak tu dah di-inject dengan dadah yang overdose). bila dah terpekena dadah, terus tak sedar lah kan. dia langsung kena rogol ngan 13 orang jantan-jantan jongos tak guna tersebut sampai pompuan tu sekarang ada kat icu. 


kena rogol ngan 13orang wey. cuba bayangkan.
dunia hari ni sangat kejam.
manusia double triple extra extra kejam.
ibu pesan, apa-apa diam sajo.. takyah ko nak melawan jerit pekik balik.
jaga diri baik-baik.

2) belajar betul-betul.. jangan ngadap lappy sajo...

setakat ni aku ingat tu je.
rindu sudah tidak tertahan ok.
sangat rinduuu ibu.




wey. sudah sudah la..
apa ko sorang je ada ibu ke??

blog aku suka hati aku la wey!

*tiba-tiba emo*

ahahahaha

tiba-tiba.


tiba-tiba aku rasa aku dah tak jadi stalker sangat dah.
ni semua gara-gara mende ni. mende kat atas tu.
selama ni aku tak pernah tau apa fungsi benda kat atas tu wujud.
apa fungsi benda tu wey. tell me. tell meeeee.. ( tapi tu dulu je lah..)
dan sekarang aku dah tau apa fungsinya.
dan sebab aku baru tau fungsi dia. sebab tu aku ambik benda alah tu letak kat blog aku.
konon-konon sebab tak nak blog aku nampak kosong sangat. dan lepas tu jugak baru aku tau fungsinya.

ok ok.
apa kena mengena benda alah tu dengan aku dah tak macam stalker sangat kan.
dulu aku selalu la jugak jengah-jengah stalk stalk jadi silent reader sorang ni kan.
dulu dia satu sekolah dengan aku masa mrsm mersing time form 1 sampai form 3 gituu...
dan aku rapat dengan dia pun masa form 2 sajo. form 1 macam nak kenal-kenal gitu...
lepas tu aku sendiri pun tak tau kenapa balik cuti nak masuk form 3 tiba-tiba macam tak kawan sangat. serius wey aku tak tau kenapa. serius ikhlas jujur dari hati. serius aku tak tau.
lepas tu bila dah renggang aku pun jadi segan malu gituuu.. terus macam diam sunyi sepi sajo..
sebab tu bila aku jumpa blog dia, terus aku baca je lah kan..
macam stalk stalk jadi silent reader yang aku tak kacau hidup dia tapi aku cuma menyibuk nak ambik tau. ehehehe.. kata segannn...
serius aku mintak maaf. mintak maaf sangat-sangat sebab aku sendiri taktau sebab apa.. boleh?
dalam masa yang sama, aku perasan lah kat blog dia ada letak benda alah kat atas tu kan.
tapi stillllll aku tak tau fungsinya..
sebab aku malas nak ambik tau ok. malas.
bila aku dah tau fungsi benda alah tu.. maknanya aku tau lah yang aku dah kantoi selama ni aku ada jugak stalk dia.
aku tau bila aku tengok kat traffic aku ni ha.. dia ada jugak jenguk blog aku.
dan sekarang tiba-tiba tak pasal-pasal aku jadi segan malu malu gituu...

ok ok.

fawani, i'm not ur silent reader anymore.
eh bukan bukan.
i am not ur stalker anymore tapi jadi open reader dah.

ngeeeeeee




ok. ini bukti aku baru tau yang aku dah kantoi bila dia jenguk blog aku.

huah

*tutup muka dengan tangan sambil lari-lari malu-malu*






notalekatdesktop : aku baru je samapi bilik. ok. dah kena start belajar rajin-rajin,



Jumaat, 25 Disember 2009

rampingkan kaki 1

tajuk tak boleh blaa lagik.
tapi betul la kan..
kalau jalan-jalan boleh kuruskan kaki kan kan kan??
ehehehe

ok ok.
hari tu aku ada cakap yang aku turun kl kan?
alaaa... saja jalan-jalan.
duduk rumah tak buat pape..
lagipun dah janji dengan wan hari tu..
lepas tu ingatkan nak pergi rumah nabilah sekali, akak dia nak kawin esok.
esok kan aku dah kena daftar.
aku tak dapat pegi.
ingatkan nak jumpa la at least tunjuk muka,
nanti kalau time aku kawin tak ada orang datang macam mana?
huah
tapi nabilah lak banyak kerja, so aku paham dan tak ada jodoh nak jumpa kan.
lain kali lah tu..

ibu pegi skali..
kata tak ada pape kat rumah..
ibu nak ikut tapi pergi rumah makcik aku lah kan.
journey pada hari tu sangat penat dah meletihkan.
naik bus SANI yang sepatutnya pukul berapa ntah aku lupa, tapi sampai lambat dan kena tunggu setengah jam ke sejam. aku lupa lagi.
pulak tu, aku tersalah bas. sepatutnya aku naik bas P21 tapi aku tersalah nak naik bas P1.
dah lah time tu aku dah baran tunggu bas lambat sampai, lepas tu pakcik tu pulak tak nak cakap baik-baik kata aku salah bas.
pakcik, saya ini perempuan lemah lembut, perempuan melayu terakhir gituu hanya dapat menerima bila orang lain bercakap lemah lembut dengan saya.
bukan macam pakcik hari tu pakcik cakap kasar-kasar dengan saya, saya merajuk tapi pakcik tak pujuk pun.
wuaaaaa. :(
tetiba nak emo apa hal kan.
ahahahah

ok.
dalam bas pulak, aku duduk seat paling belakang, naik pulak bas dua tingkat tu.
sebenarnya, aku tak lah macam nak mabuk-mabuk bas sebelum ni.
tapi mungkin masa berhenti makan kat perhentian tu, ibu paksa aku makan supaya perut tak kosong, lalu aku uwek uwek termuntah masa dalam bas. sebab sebelum ni, aku akan elakkan makan waktu naik bas sebab takut jadi macam tu lah.
baik punyaaa malu ok.
huuuuuu...
dah tu, sampai esok nya pun aku tak hilang mabuk lagi.

dah sampai Putra, naik train hantar ibu pegi rumah makcik aku.
salam-salam semua, baru aku gerak pergi rumah wan pulak.
mana tak letih wey..
sampai-sampai, dah malam.
dan esoknya pergi time square main-main kat cosmo world.
dalam hati dah cuak mintak-mintak bila dah main kat cosmo world nanti, tak ada lah uwek uwek macam semalam kan. sebabnya, time bangun tido aku still rasa macam fenin-fenin gituuu..
nasib baik tak naik genting. kalu tak, lagi parah wey..

tiba-tiba terfikir bila laa aku nak naik genting nih..
ibu tak suka pergi tempat macam tu, sebab tuaku tak pernah naik genting.
*tiba-tiba nak salahkan ibu*.tapi betul la. :D



ok. ni time nak tunggu train dari ukm ke kl sentral.
sampai-sampai ukm, jumpa alip u aku.
terkezut sampai tak sempat lambai ok. ngaaaaa


sampai je time square terus cari tiket wayang.
tengok cerita santau.
cerita agak seram bagi aku tapi ada jugak lawak-lawak.
lepas tu terus cari makan sebab perut dah ketuk-ketuk kata lapar..lapar..
kalu pegi time square, mesti aku buntu nak makan apa.
tak ada foodcourt eh? ke ada tapi aku yang tak pernah explore cari foodcourt?
tak kisah lah kan. terus makan kat wendy's sajo..
makanan dia boleh laaaa..
lepas makan pegi solat, terus tak sabar-sabar nak masuk cosmo.
gaya macam tak pernah masuk. ahahaha
rasa dia macam lain, dulu masuk time kecik legi rasa lain, sekarang lain.
gugup dan ke-excited-an nya yang lain..
masuk-masuk terus beratur main yang pusing-pusing sampai sakit pinggang ko kena tindih ngan orang sebelah tu.
lepas tu main 360 degree tuh.
gila seram main game tu ok.
masa benda alah tu pusing-pusing, aku baik punya jerit dalam hati pun jerit cepat la benti wey.
aku dah tak tahan nak naik benda alah ni.
aku pakai selipar je ok.
dan sebelum naik tu aku tak tau pulak sape-sape yang pakai selipar kena letak selipar kat rak dial. ye laa..kalu selipar tu jatuh ganggu mesin tu gerak pusing-pusing, tak ke akan jadi macam final destination 3.
kang tak pasal-pasal sebab selipar aku, semua orang kebaboom masuk dalam sejarah kang.
mintak selisih wey.
dalam jerit-jerit, wan sempat jerit kat aku.

tin!!!kepit selipar ko kuat-kuat jangan kasih jatuh!!

aku punya la ikut cakap dia jari kaki pun dah rasa macam nak kejang dah.
tapi vangga ok, aku fikir,
uish terer jugak aku dalam panik-panik takut pun selipar tak jatuh. ahahahahaha. sempat lagikkk...
turun je dari benda alah tu,
terus aku rasa macam perut ni macam dah godak-godak,
mulut pun dah rasa pahit-pahit gitu
apa lagi
terus aku lari-lari pegi tandas
uwek uwek muntah lagi wey.
rasa macam nak terkeluar isi perut semua bagai.
hilang macho aku time tu.
kesian wan lepas tu naik roller coaster sorang-sorang tak berteman.
aku serius mintak maaf wey.
aku pun nak naik wey.
tapi serius time tu aku belum stabil.
ko bayangkan turun eskalator pun boleh lagi rasa nak uwek uwek.
seksa ok.
serius aku rasa macam tak seronok gila sebab aku asyik nak uwek uwek je.
sian ko wan,
masuk cosmo macam tak berbaloi main 3 game je. haih.
nanti kita pegi genting pulak.
tapi sebelum tu aku telan pil mabuk dulu ok? ( angan dan cita harus tinggi )
lepas keluar cosmo pegi tengok cerita santau pulak.
sebelum tu beli asam banyak-banyak konon-konon nak cepat hilangkan rasa tak sedap dalam perut ngan tekak ni.
sampai keluar wayang, tangan ngan jans dah kuning sebab air jeruk tumpah atas seluar.
ahahaha

ok ok.
lepas tu terus pegi cari-cari barang shoping-shoping.
kitorang angkut selipar ni jugak.
cantik dan selesa.
beli je terus pakai, saiz pun tak buang lagi sebab takut tertukar dengan wan punya selipar.
kata selipar sama....ahahaaha






bila dah penat jalan-jalan haruslah manjakan kaki di fish spa.
dulu dah pernah pergi kat kedai ni.
makcik tu still ingat aku hokeyy..
sukeeee!!!!

rm5 sajo..

sebab dah lama tak buat, mula-mula rasa geli tahap gaban gituuu..
tapi lama-lama ikan pun sayang kaki aku sampai nak cium kaki aku je keje.
ceaaaa.... ayat taknak keji lagi.. padahal kulit mati berlambak -lambak. ahahahaha
ko tengok tu..ikan ada lah jugak kat kaki aku kan..pastu...


cuba ko tengok yang ni pulak..
bila budak laki tu letak kaki dia dalam air ni, terus ikan-ikan banyak pergi kat dia.
tengok wey. budak tu bolot semua ikan kat situ. tanda nya, bapak banyak kulit mati kau. ahahaha
kat kaki aku pulak, ikan macam dah nak tak nak. sentap ngan ikan-ikan tu wey..

ahaha. boleh?
boleh sajooo...

ok
ni dah nak balik.
tammattt....



notalekatdinding : masuk hari yang aku uwek uwek lepas main game kat cosmo, 3 hari berturut-turut aku muntah. keadaan macam tak sihat sangat.
kalu tak kurus jugak tak tau lah.


wan, sori eh kalu tak fun time keluar hari tu.
lain kali kita plan elok-elok. ehehehe


notaringkas : oh. ibu tak jadi gerak hari ni.
ibu ajak gerak hantar aku awal pagi esok.
so, aku kena tido awal.
mata pun dah asyik nak terpejam ni.
sebab tu entri entah apa-apa kadang-kadang melalut.
badan penat siang tadi basuh kereta.
tiba-tiba rasa seksi bila basuh kereta. lepas ni cakap kat ibu dah tak payah hantar basuh kat kedai. acik basuh.

awwww








serius vodoh tadi terdail no dia time tergopoh gapah nak call ayah.

haih!



arrggghhhh!

sekarang aku dah ngantuk tahap gaban ok.
tapi tak boleh tido.
mata aku dah sangat penat letih. tapi still tak boleh tido jugak.
haih.
macam mana ni wey macam mana???
masalah dan masalah.

dan bila tak boleh tido macam ni,
dan aku baring dan cuba-cuba untuk tido tapi masih tak boleh tido,
maka macam-macam lah yang terkeluar terfikir dalam kepala hotak aku ni.
dan bila fikir macam-macam
dan macam-macam itu yang buat kau tiba-tiba emo rasa nak nangis semua bagai,
apa kau buat?

tadi aku fikir,
daripada aku duk fikir macam ni dan tak boleh tido,
lebih baik aku blog.
dan seperti sekarang, aku di depan lappy
dan lappy di depan aku,
mengadap blog ini. menguruskan jari menekan keyboard.

sebab, sekarang aku rasa,
dengan berbelog,
aku akan rasa sedikit lapang.
sebab apa yang tersumbat tersekat dalam hati aku sedikit terhambur.

hey,
sini aku mahu tanya

apa kau buat bila kau, hati kau sudah mula rasa kuat
tapi
tidak semena-mena goyah sampai hampir jatuh?
tidak semena-mena rasa hati hampir pecah?
tidak semena-mena kau rasa air mata yang kau tahan-tahan hampir terburai jatuh?
tidak semena-mena kau rasa apa semua ni, rimaslah bencilah.

parah ok. parah!!

tiba-tiba aku rasa macam ni.

ok.
ini jujur dari hati.
tiba-tiba aku teringat kenangan lama.
kenangan yang mula-mula datang waktu aku sedang bangun, dan kenangan itu juga yang pergi waktu aku sedang jatuh.
dan kenangan itu jugak yang jatuhkan aku sampai tersungkur.
terima kasih kepada pemberi kenangan. :')
sesungguhnya hal itu takkan terbalas oleh saya.
(kena cover macho wey, tak boleh leleh. ahahaha)
aku cuba untuk lupakan ok.
dan ini juga jujur.
kadang-kadang aku rasa aku berjaya untuk cubaan itu tapi kadang-kadang jugak aku rasa aku loser. aku gagal. tapi aku tetap kena bangun.
aku dah tak stalk. aku dah tak ambik tau.
apa yang penting,
jiwa aku. hati aku. diri aku.
dan sejak kebelakangan ni jugak,
aku kesalkan banyak-banyak perkara.
tapi aku tau kesalan itu takkan membawa sebarang makna selagi aku tak ambil iktibar pengajaran daripada semua yang berlaku.

sekarang aku sedang jatuh. paham?
ah. sangat kompleks. sangat rumit.
ini soal hati.
ini soal diri.
ini soal jiwa.
ini soal fizikal.

sangat pedih bila
mulut kata lain,
tapi hati kata lain

sangat sakit bila
luaran tunjuk lain,
tapi jiwa hati rasa lain

jadi, macam mana?

sangat penat.
penat.


tadi aku baca remaja (dah seminggu beli, baru nak baca sebab dah tak tau nak buat apa).
ada satu artikel ni. dan perenggan ni SALAH SATUNYA sebab buat aku fikir dan fikir.

ini bukan lagi janjiku padanya, sebaliknya ini adalah janjiku pada Tuhan.

jujur dari aku.
itu yang ada dalam hati aku.
maksud aku, kalau selama ni aku pernah janji,
itu yang aku pegang. serius.
tapi sekarang?



i wish i could forget everything like he did.


ok.
sekarang aku dah rasa normal balik.
tak emo-emo nak tangkap leleh dah.
taknak fikir dah.
sebab ada yang lebih penting.

tapi yang lebih penting tu pulak yang berlegar-legar dalam kepala hotak aku sekarang.
apa mau bikin????


ahahahahahahaha.

ok jom layan video aku main pingpong petang-petang.
tengok video yang pendek ni je.
tak boleh tengok video yang panjang-panjang. nanti semua kagum tengok aku main pingpong.
aku bukan apa. takut nanti bongkak pulak. ahahaha

video

oh. meja pingpong ini hadiah hari lahir saya waktu darjah3 ke darjah 4. aku tak berapa ingat the exact year lah kan.
waktu tu kan aku sekolah cina. baru start berjinak-jinak main pingpong.
ayah aku pulak macam support lah jugak aku berjinak-jinak dalam sukan.
lalu aku dapat meja tu waktu bday dulu.
dan kekal sampai sekarang.
meja tu tetap ada dan terjaga tersimpan rapi kat rumah jiran aku.
ni lah kawasan aku main masa kecik-kecik dulu.
sekarang pun aku main kat situ jugak.
petang-petang sanggup drive semata-mata nak bermain-main dengan jiran-jiran lama.
dah macam keluarga, rumah sendiri ok. huah huah huah
bayangkan dari umur 5tahun sampai la aku umur 19 tahun sekarang. huhu

ok.
nak tido dan kena paksa tido jugak.
pagi esok aku nak basuh kereta bakar lemak dalam badan.
pastu, nak buat kek resipi baru nak bawak balik hostel.
pastu petang tu aku yang kena drive. kalau tak cukup tido kang, tak dapat den nak drive 140km/j. ahaha
aku rasa alive bila drive laju-laju ok.
dulu-dulu kalau aku bawak sampai 90km/j puun ibu dah start bersuara,

ibu : eh..lajunye....
aku : laju ape...ibu pu bawak macam ni jugak..
ibu : ibu lain.. ibu takpe..
aku : *diam sahaja*

tapi sekarang sejak ibu sakit hari tu (since aku start cuti lagi)
ibu tak drive sampai la hari ni.
dan dalam tempoh tu jugak, aku yang drive memanjang dan haruslah aku yang menghabiskan minyak kereta. keji di situ.
dan sekarang jugak, even aku bawak sampai 120 140km/j pun,
bila aku dah toleh kiri,
aik. ibu dah tido.

pernah sekali dua je ibu sound,

ibu : lajunya.. nak kejar apa..
aku : tak boleh la bawak pelan-pelan.. mengantuk.. (haruslah ibu paham sebab aku penah dengar ayat yang sama sebelum aku ada lesen dulu kala)
ibu : *diam*
aku : *gelak dalam hati, senyum di bibir*

ibu pun dah tak kuase nak tegur aku yang tak dengar kata.
ni semua pengaruh abang aku jugak.
dia suka bawak laju-laju.
dan haruslah aku ikut.

huah huah huah.

pernah sekali waktu jalan-jalan cuti-cuti dengan makcik aku
dia naik kereta dia dan aku naik kereta aku
balik rumah eskot sama-sama. cuma aku di depan sikit dan makcik aku di belakang sikit.
tapi, dalam perjalanan, aku singgah kedai beli barang ( dalam10-15minit gitu) dan mereka makcik aku meneruskan perjalanan pulang.
tapi aku yang sampai rumah dulu.
bila dah sampai...

aku : aik. mok ni baru sampai ke? kan acik singgah beli barang dulu tadi...
mok ni : kami mengutamakan keselamatan.. ( nada dia baik punya perli )

dush dush dush.
hamek kau kena sebijik. terus aku terdiam tersengih-sengih.

eh eh.
tadi kata nak tido.
dah melencong lebih... ini tak boleh jadi..
ye laa... nak tido lah ni.

zzzzzzzzzz.

Khamis, 24 Disember 2009

sudah bukak puasa!

entry ini khas berkaitan sepupu aku.

PMR punya result keluar hari ni..
tadi dia ambil result.
sebelum tu, serius aku lupa hari ni resultnya keluar hari ni..
dengar radio pagi tadi, baru teringat pasal the come out.
padahal a day before aku dah ingat dah.

ok.
dipendekkan cerita.

tahniah buat sepupu saya,

Nur Farhain Shaleza binti Yusof
atas kejayaan awak dapat 8A.
told ya! awak boleh punyaaaa.... :)





abaikan muka yang seperti disapu minyak masak itu. hihihi



erk. tak tau nak bebel apa dah.
mengantuk dan sangat kenyang baru lepas makan nasik.



ok.
tammat.




Rabu, 23 Disember 2009

puasa

adalah dimaklumkan saya akan berpuasa daripada berbelog untuk beberapa ketika.

ok.

follow saya dan nanti saya akan follow jugak. ngeeeee.






haih.
masih banyak lagi entry yang tengah Q up.


walau apa pun, saya tetap bersyukur dengan apa yang saya ada. ( tiba-tiba jek.. haha )

bosan.

tajuk adalah bosan sebab aku adalah sedang bosan gila vavi.
huh.

duduk kat rumah sorang-sorang.
ibu pergi kursus.
nak tengok tv pun bosan.
dengar lagu pun bosan. semua lagu nak jiwa-jiwa. apa kes?
dah tu dalam folder ada lagu tu je.
ceaaaa...konon-konon geli jiwa-jiwa. ahaha (dipaksa terima. dan wajib.)
tapi siyes dalam lappy ni masih belum ada lagu-lagu yang sesuai dengan telinga aku ni ha..
pakcik jual lappy hari tu pn masukkan lagu rock kapak baik punya aku tak layan..
dan aku sangat malas nak masukkan lagu-lagu lain buat masa ni. malas.
nanti lah baru mintak dengan siapa-siapa.
setakat ni baru download lagu fynn jamal. dan haruslah aku sentiasa layan lagu tu je.

ok ok. sambung cerita semula.
dah bosan sangat sampai tak tau nak tulis apa. boleh?
ahahaha.

agak-agak ada tak yang sedang bosan lebih dari aku??

ok lah.
aku nak kemas-kemas baju. packing-packing lari dari rumah cari pengalaman.
eh eh. tak tak.
packing packing baju hari sabtu ni dah kena daftr nak balik kolej.
cuti dah nak habis wey.
huh. tak tau nak komen apa pasal cuti dah nak habis.
separuh daripada hati suka sebab nanti dah start belajar semula. otak dah tak beku sangat. ceaaaaa....penipuan di situ. ahahahaha
suka sebab? tak tau. at least ada benda yang kena buat. tapi kat sana nanti kompom-kompom hidup pun bosan.
separuh lagi tak suka sebab?..emmm...sebab...boleh saya kata malas? tak boleh tak boleh. sebab..bila kat rumah saya boleh jimat duit poket saya!
ok. dah start melalut dah. sebelum lebih banyak melalut baik aku berhenti di sini.












oleh sebab dah sangat bosan, saya dan adik-adik ini telah ke mesra mall untuk menghilangkan bosan. barang-barang nak balik sana pun dah beli sikit. kira ok lah. mereka jiran saya dan rakan sepermainan saya sampai sekarang. :)

ingin tahu apa rahsia untuk kekal muda?
sentiasa bergaul dengan budak-budak yang lebih muda dari kita. huahuahua.
tujuan? ye...aku nak kata aku awet muda gituuu...






cerita tak best di mesra mall :
waktu tu aku kitorang nak pulangkan kasut lepas main boling. punyalah lama kitorang tunggu akak tu ambik kasut tu ( kalau selipar kitorang tak ada ngan kau, aku dah campak dah kasut tu)..tapi disebabkan selipar setiap pemain yang menyewa kasut diambil sebelah, maka aku terpaksa tunggu macam orang vodoh walaupun aku dah panggil akak tu banyak kali tapi dia buat derk je. waktu itorang tunggu macam orang vodoh macam akak tu, tiba-tiba datang 2 mat saleh ni nak pulangg kasut. kau tau, akak tu berdesup cepat-cepat laju-laju pegi kat mat saleh tu ambik kasut diorang. memang hangin satu badan wey time tu. mulut dah terkumat kamit baca jampi serapah suruh mat saleh tu ngorat aku. eh tak tak. bukan bukan. terkumat kamit memaki hamun mengutuk akak tu. ahahahaha. memang keji. dalam hati. vodoh vodoh vodoh.
lepas lama gila kitorang tunggu, baru aku dapat selipar baru aku balik. menyampassssss.

pesanan buat akak tu : aku menyampass kat kau. apa mat saleh tu ada ngorat kau? atau ko layan aku macam tu sebab kau jeles aku lagi cantek dari kau?? ( adalah harus memuji diri sendiri sebab takkan ada orang nak puji aku ) ahahahahaha


ps : gelak-gelak aku sudah tidak plastik. semua jujur dan ikhlas serta hidup dari hati. :))



jom joget-joget hilangkan bosan sambil kemas baju kemas rumah.


Selasa, 22 Disember 2009

andai.

andai ada rasa sayang,
kenapa perlu dipersiakan

andai hilang rasa sayang,
kenapa perlu masih memberi harapan

andai wujud rasa cinta,
kenapa tidak dijaga

andai janji tidak mungkin tertunai,
kenapa harus mencurah memberi janji palsu

andai hati tidak merasa bahagia,
kenapa harus menipu membohong

andai hati sudah berganti,
kenapa harus tamak haloba memiliki mengikat hati lain?



masih belum puas mereka bahagia plastik kemudian menghancurkan?

huh.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...