Sabtu, 30 Januari 2010

tolong! tolong! asrama saya berasap!!



ecece.
kolej kediaman yang saya duduki bukan berasap kerana kebakaran ya kawan-kawan,
tetapi adalah disebabkan fogging nak membunuh manusia nyamuk yang semakin mengaktifkan diri mereka secara berleluasa dengan menghisap darah-darah manusia yang enak lagi sedap nyam nyam gituuu.
dan disebabkan nyamuk-nyamuk ini boleh mengakibatkan denggi, chikungunya, dan lain-lain kepada manusia, dengan yang demikian, fogging untuk menghalau manusia dan nyamuk dari biik masing-masing telah dijalankan. dan misi utamanya adalah untuk membunuh nyamuk-nyamuk tersebut secara berjemaah gituuu.

waktu tu, dah lah aku ngan anna ni penat dan busuk baru balik dari bola jaring dan dengan niat nak naik laju-laju sebab nak mandi untuk menghiangkan bau-bau yangg tidak menyenangkan. tetapi malangnya, niat tersebut terus terbantut akibat fogging ini lah. grrr.
lalu kami kena lah menunggu di luar sementara pegawai-pegawai dari hospital tu semua menjalankan misi mereka menembak nyamuk-nyamuk tersebut.


ini keadaannya ya kawan-kawan.

dan ini lagi.

fuh.
sosak napas aku time ni. rasa macam dah nak pengsan tunggu anak raja sambut sajo. ahaha(effect nya haruslah melebih-lebih ya agar lebih dramatik gituu)


baiklah, sekarang ni, mari kita lihat apa itu fogging?

fogging ni secara logiknya, macam kau sembur ridsect kat dalam rumah untuk bunuh nyamuk-nyamuk semua, cuma bezanya, ridsect guna spray dalam tin dan fogging kau guna mesin macam ala-ala nak bunuh musuh guna machine gun tapi yang ni kau guna mesin yang ada chemicals yang merbahaya. dan bezanya dengan ridsect jugak, bahan-bahan kimia yang terdapat dalam benda alah fogging ni ha.

waktu dulu-dulu, masa form 5 kan, setiap kali ada fogging, belum pun sempat asap-asap fogging tu hilang, yet masih tebal lagi tu, aku ngan roommate-roommate aku sekalian dah berlari-lari tak sabar nak masuk bilik. lagipun, sebab taknak berebut shower nanti. terus dengan bangga aku kebal weh. lari-lari maraton gituu masuk dalam asrama. last-last keluar pergi prep lambat jugak. llalalala

dan sekarang, baru lah aku tau rupa-rupanya bahaya ya kawan-kawan.
jangan tiru aksi sedemikian.
kenapa?

dalam benda alah fogging tu, dia guna pyrethrum atau pyrethrins sebagai bahan untuk buat nyamuk-nyamuk tersebut rasa seperti jerebu gituu lalu pengsan dan mati. ye la.. asyik manusia sajo yang rasa jerebu, bagi la chance kat nyamuk jugak kan. benda alah tu bukan guna untuk bunuh nyamuk semata-mata, tapi jugak untuk bunuh serangga-serangga lain jugak.

kenapa benda alah ni bahaya?

sebabnya, benda alah ni boleh bagi effect kat kita-kita manusia ni kan..
1) gatal-gatal.
2) kulit macam terbakar gitu
3) macam mencucuk-cucuk kulit
4) sakit kepala
5) kejang-kejang
6) muka merah-merah
7) asma
8) bersin
9) mual-mual

haa.. yang tu semua effectnya macam yang light-light sajo lah kan.

tapi jangan tidak tahu.
benda alah tu jugak boleh sebabkan effect yang sangat serius ok.
1) autism
2) parkinson
3) cacat kepada baby yang lahir tu. ni macam bahaya kepada ibu-ibu mengandung lah kan.
4) tekanan
5) kanser payu dara
6) penyakit hati
7) penyakit tyroid
8) penyakit hati. yang sakit hati kat orang tu lain ya.
9) kerosakan pada sistem kekebalan tubuh, sistem saraf, dan endokrin.

see...
sangat bahaya ok.
mungkin sebab kita hanya didedahkan tentang bahaya nya nyamuk, tetapi tidak pula didedahkan mengenai bahaya nya benda alah tu, sebab itu sebahagian daripada kita ni hanya memandang ringan dan tidak menutup mulut dan hidung sewaktu fogging dijalankan. mungkin effect nya tidak sekarang, tapi untuk masa akan datang, siapa tahu.
sebab itu kita kena berjaga-jaga.
bukankah mengelakkan itu lebih baik daripada menyembuhkan. :)

andai ada yang tersilap, aku mintak sorry.
tolong betulkan saya.

pesanansikit : banyak nya kerja nak kena siapkan. :(

Jumaat, 29 Januari 2010

rumahku syurgaku..

kenapa saya suka rumah saya?

sebab kat rumah saya ada ibu saya yang tercinta.

kenapa saya suka rumah saya?

sebab kat rumah saya ada tokki saya yang sayangkan saya dan boleh saya bodek-bodek. :P

kenapa saya suka rumah saya?

sebab kat rumah saya ada adik saya yang selalu kacau saya dan dengan itu, boleh la saya gedik-gedik rengek-rengek jerit-jerit kuat-kuat, "ibu!!!!tengok adik ni!!!" lalalala
*abang saya juga berada di asrama ye kawan-kawan*. tapi kalau tiga-tiga kami ada kat rumah, mesti semua berebut nak cerita itu ini kat ibu dalam masa serentak. pastu, kalau ibu dah macam keliru nak dengar yang mana satu, salah sorang daripada kami akan cakap, "ibu ni dengar ke tak? ni yang lain kali malas nak cerita ni. potpetpotpetpotpet." nasib ibu lah dapat anak macam kami. :P


kenapa saya suka rumah saya?

sebab bila kat rumah saya, saya makan free je. tak payah guna duit sendiri. bila terigin nak makan itu ini, cakap kat ibu, ibu pun suruh cari barang nak masak, pastu dapatla makan itu ini yang diidamkan. kalau tak sempat, ibu pun cakap, tak pe lahh.. balik lain kali baru buat..

kenapa saya suka rumah saya?

walaupun bila berada di rumah, saya juga asyik nak bergaduh merajuk dengan ibu, tapi saya tetap suka rumah saya. sebab rumah saya beesssttt.


mukaddimahnya tak boleh blaa ya kawan-kawan. 

kepada anna, wajiblah anda jeles laju-laju sekarang sebab aku ada kat rumah. aku boleh makan tempe kat sana ada tempe tak weh? lalala

sebab tu, waktu entry mogok nak balik rumah dulu kala aku suruh sila percaya. sebabnya, kata mogok dah tak nak balik rumah, tapi tup tup sekarang aku ada kat rumah dah.
ok, sila scroll ke bawah dan cari entry-entry kat bawah nun, aku balik rumah sebab ada hal ya. (sedaya upaya nak cover macho) :P

punya la sejuk gila dalam bas semalam, adalah salah aku sendiri sebab tidaklah aku membawa sweater atau memakai stoking. padahnya, aku terpaksa tahan untuk ke tandas. 5jam aku tahan ok. tak sanggup nak turun sorang-sorang. dan sepanjang perjalanan juga, aku sedaya upaya tidak tidur sebab takut terlajak bas ke kuantan. kang siapa pulak yangnak amnik aku kat sana kan. 

untuk awak, terima kasih, ya! :)

dan yang penting, terima kasih kat anna, kak zee, fert, arep sebab hantar aku naik bas dan bawak-bawak beg aku yang memang berat pun. baju kotor je semua. ye lah.. kata kat asrama tak ada air. nyampassss.
*tiba-tiba feeling macam buat dedication kat radio ngan ucapan selamat hari raya gituu* lalalala

excited ok nak balik rumah.
time ni makan-makan sebelum naik bas dulu.
lepas je snap gambar ni, anna terus TERcakap aku comel ok.
ahaha.
wey, kiranya sebelum ni dalam hati kau dah penuh puji aku la heh??
tapi jangan risau weh, dalam hati aku pun sama. lalala
ahaha. lawaks and comel. 






sebelum balik, haruslah bermanja-manju dengan anna. 
ok tidak. 
haruslah snap-snap gambar guna henfon aku sebab nanti aku dah balik, nak guna fon siapa kan?
fon aku kan cantik bila ambik gambar. *cantik la sangat*
dan lampu kedai baru ni sangat mencantikkan gambar gituu.
itulah sebab utamanya.


ish. mana bas ni.
lambat betul.


dan pagi tadi setelah hampir 6jam bersengkang mata, 
pukul3 sampai lah ke rumahku syurgaku.

tiada wajah happy sampai rumah yo.
sangatlah selebet waktu itu.



pesananringkas : mesej banyak sangat semalam sampai dalam mimpi pun mesej lagi. macam-macam!



Rabu, 27 Januari 2010

kenapa saya ada blog?

ok.
cuba re-read soalan di atas, kemudian baru jawab supaya jawapan anda tidak terpesong, sekaligus dapat mengelakkan anda daripada menjawab hal-hal yang tidak berkaitan dengan soalan.

ceaaa..

ok ok.
meh dekat-dekat sikit aku nak jawab kenapa aku ada blog ni.

ceritanya bermula begini.
lepas SPM dulu kala, waktu tu tahun 2008. aku masuk kelas intensif english (dah masuk kelas pun, still tunggang terbalik tergagap gagap belajar english. boleh? ok. abaikan perkara itu.)
aku lupa dah nama pensyarah yang ajar aku tu. pensyarah ok. jangan main-main. aku masuk kelas english dekat uitm dungun ketika itu. dan ada lah waktu satu kelas ni, dia suruh kitorang buat blog, so, aku ni, nak ke tak nak ke, kena lah creat account jugak kan. aku pun create lah account konon-konon waktu tu ersemangat lah nak blog, padahal, balik rumah terus lupa nak bukak. password pun semua lupa bagai. itu tandanya memang aku tak guna langsung lah. setakat ada account sajo. kalau orang tanya, eh kau ada blog tak? at least boleh la jugak aku cakap eh adaaa.. padahal, waktu tu jugak dalam hati, kuih apa nak tulis apa nak merepek apa macam mana nak guna benda alah blog itu?

aku start macam nak aktif blog ni waktu dah dekat hujung tahun 2009, sebab duduk kat sini dah bosan sangat tak tahu nak buat apa kan.( bukan nak study, sebab tu result sem lepas macam entah apa-apa). lagipun, aku tengok roommate aku si zaty tu buat blog, tengok dia tulis blog hari-hari, lepas tu aku pun baca blog orang lain dalam hati, eh macam best la pulak tulis blog ni. terus aku pergi dekat blogger, lepas tu aku tekan dekat forgot your password? untuk dapatkan password lah kan. dan mulai saat tu aku pun berblog lah. tapi idok le aktip pun. kalau kau tengok dekat older posts aku yang dulu-dulu, tak banyak pun aku update. sebabnya, aku sangkakan tidurku lena sampai ke pagi, rupanya terjaga di tengah malam. alaa.. maksudnya, semangat berblog aku waktu tu macam hangat-hangat taik ayam gituu. tak lama lepas aku start blog, aku delete akaun aku. tak tau kenapa. rasa macam malas. lagipun, time tu kan dah dekat nak exam.

lepas je final exam, aku undelete balik. sebabnya, aku bosan tak tau nak buat apa. lagipun, aku fikir, nanti kat rumah kang bosan tak ada kerja nak buat. sekarang ni at least ada lah hobi baru. ececece. dan sejak aku undelete semula akaun aku hari tu, aku masih kekal berblogging sampai saat ni yang kau duk ngendap blog aku ni, sampai saat ni lah.   :P

ok.
itu baru mukadimmah ye kawan-kawan. yakni, baru sejarah permulaan blog dalam hidup saya.

sebab aku berblog?

1. suka-suka sajo. sejak dah tak ada orang nak kat aku ni, kiranya kat blog ni lah kalau aku nak cerita pun. tapi bertapis lah kan. idok le aku nak cerita semua. nehi nehi. kat blog ni, kalau aku sakit hati ke, aku happy ke, aku frust ke, aku pun menaip lah kat blog ni. walaupun aku rasa aku hanya tulis sikit, tapi aku rasa macam lepas perasaan tu. macam boleh lapangkan dada aku dengan apa yang aku rasa. blog ni macam agak membantu.  macam yang pernah aku cakap sebelum ni lah kan, sedikit lapang.

2. at least, bila aku dah tua nanti, blog ni boleh la ingatkan aku tentang perkara-perkara yang berlaku dalam hidup aku waktu muda-mudi duu kala. lepas tu, boleh lah tunjuk kat anak cucu cicit. mesti dorang bangga dengan aku nanti. ceaaa. statement tak boleh blaa gituu.

3. lepas tu apa heh? bila dah ada nuffnang ni lagi la rasa macam nak blog-blog lagi. eceh.

4. bila aku dah tulis blog ni, dan bila boleh terjah blog orang dan orang terjah blog aku, suka suki lah jugak hati aku ni. boleh komen-komen kan. bila aku nampak kat dashboard 1comment need to be approved, terus lah aku lompat-lompat yea yea ada orang komen. biasala jakun sebelum ni tak ada orang komen kan. lalala

aku rasa tu je lah kot.
tapi aku rasa ada lagi. malangnya dah lupa pulak. tapi tak apa. at least yang betul-betul penting tu, aku dah tulis dah la kan. :)



pesananikhlaskepadayangmembaca : terima kasih kerana sudi baca blog saya walaupun saya tau kadang kadang just drop kat cbox sajo, tapi saya tetap berterima kasih. :')


dah kekurangan gambar sebab sekarang macam malu nak berdepan camera.
ececece.


pesananpenting : jangan lupa tengok entry tudung!! tudung!!



penat oh!

walaupun semalam tidak dapat tidur,
tapi saya bersyukur sebab dapat tamatkan kelas hari ini tanpa sebarang pontengan sebab terlajak tidur ke hapa.
syabbaas fatin!
ceaaa.. tak boleh blaa gituu..
tapi tak apa lah. semangat untuk diri sendiri ok. kalau diri sendiri tak bagi semangat untuk diri sendiri, maka siapa lagi?

test tadi....
sekarang ni kena berserah sajo..
aku dah berusaha, dah buat yang sebaik mungkin,
kiranya apa-apa markah yang bakal aku terima nanti, aku kena redha lah, sebab hasil yang aku dapat tu menunjukkan usaha aku yang tak seberapa gitu kan.
kata last minit, maka haruslah terima seadanya..
banyak lagi test to go.
isnin ni genetics. aduyai. banyak lagi tak baca. esok balik yey! ( dalam kata nak test pun haruslah sempat balik ye walaupun baca pun macam tak sempat nanti mula lah penat kalah atlet maraton ke hapa. terus makan ke mana tido ke mana berangan ke mana. balik rumah esok malam kena bawak notes banyak-banyak ni. padahal, macam la sempat nak baca semua pun. tapi takpe. dulu masa sekolah rendah, aku selalu bawk buku banyak-banyak dalam beg. tak ikut jadual. sebab kawan aku kata, kalau bawak buku banyak-banyak, nanti ilmu serap masuk dalam badan. aku yang malas pada waktu itu pun terus ha ye ke. terus tiap-tiap hari pergi sekolah bawak buku banyak-banyak sebab nak pndai punya pasal. tapi tak pandai-pandai pun. time UPSR pun berbincang  meniru dengan budak meja sebelah jugak. jangan main-main, aku meniru depan pengawas ok. pengawas sporting habis tak rampas kertas aku, tapi senyum menggalakkan aku untuk terus berbincang  meniru lagi. haa.. eh, aku balik rumah esok malam sebab hal penting ye. kalau tak, aku balik time raya cina nanti sajo. )



moral of the story pada hari ini, kita janganlah membuat kerja pada saat-saat akhir kerana akan memudaratkan diri sendiri iaitu penat. (mesti cikgu BM aku vangga baca ayat aku, tak lupa ajaran cikgu-cikgu BM dulu-dulu. ceaa..)


pesananringkas : walau apa pun dugaannya, hati harus kuat. mesti kuat.   :')



ok lah.
(abaikan lilin yang pecah itu)



ish. tak suka betul!

fatin, cuba tengok jam sekarang ni pukul berapa?


dah pukul 4.13.

habis tu yang kau belum tido lagi kenapa?
esok kan nak test.

tak boleh tidoo...
:'(


grrr.
tak suka betul.
mata mengantuk.
otak pun penat nak fikir macam-macam. apatah lagi nak study, sudah tak termampu.
tapi sekarang aku still tak tido lagi sebab?
sebab tak boleh tido.
dah lama ok aku tak alami masalah tak boleh tido ni.
bila dah jadi macam ni, adalah aku yang menjadi seorang yang terkebil-kebil memandang roommate-roommateku dengan jeles sekali. dorang tidur dengan nyenyak krooh kroooh aku pula tip tip mata terkebil-kebil. dalam hati cepat la tido cepat la tido. tapi tak tido jugak.
tolong tolong.



tak suka lah macam ni! (sambil hentak-hentak kaki)



pesananringkas : kosong.



tengok sab ngan pura ada planner macam best pulak.
rasa macam nak beli jugak lah macam ni.



happy birthday diana!


ini kawan saya.
saya kenal dia sejak tahun 2003 lagi, dan kami kekal bersubahat. eh typing error. kami kekal bersahabat sampai sekarang dan saya berharap agar persahabatan kami kekal hingga akhir hayat. :')
waktu awal perkenalan, saya sangkakan dia maryam(alaa.. yang berlakon jadi cacat dalam drama yang agak femes masa tahun 2002/2003 duluu.. aku dah lupa tajuk.) tapi rupanya nama dia diana.
dia duduk kemaman. setiap kali pulang bercuti, kalau saya tak sempat balik rumah saya atau nak beli tiket murah sikit waktu kesempitan wang, saya beli tiket bas ke kemaman, singgah rumah dia, nanti ibu atau ayah atau angah datang ambik. kami jumpa dekat mrsm mersing, lepas tu jumpa lagi dekat mrsm jasin. walaupun sekarang dah berjarak jauh, tapi kami tetap berhubung menggunakan teknologi yang ada sekarang agar persahabatan kami tidak putus di tengah jalan. ceaa.

na, mu ingat dop time kita kacau abang aku tu? (mati la kalau abang aku tau ni) lepas tu mu dop bagi aku bagitau ibu aku, tapi sorry na, aku kabo doh ke ibu aku. ahaha

na, mu ingat dop kes mase form1 ke form2 dulu mase kite study same kat kelas zuhal1 pastu tiba-tiba ada senior sergah dari tingkat atas? ahahaha

na, mu ingat dop mase main basketball dulu-dulu sampai sanggup berebut court nge budok laki?

na, mu ingat dop blaa.. blaa.. blaa..
(ahh. mu ingat sendiri ah.)

akhir kata,

selamat hari lahir untuk Nur Diana bt. Omar.
dah 20 tahun wey.
make sure call aku sepanjang 1 minggu ni.
sorry aku lambat wish, dop wish sharp on 12, aku lupa sebab cuak esok test. padahal, aku ingat doh beberapa hari before tarikh ni.
adioh aku bagi mase mu mari umoh aku ekg ah. maknenye, wajib mari umoh aku la. lame doh mu dop mari umoh aku. aku  doh umoh mu ari tu. ni mu kene balas balik. tido umoh aku eh. dop payoh gedik-gedik nok segan nge adik, abang aku eh. pang kang. macam dop bese plop.

semoga panjang umur.
semoga muroh rezeki.
semoga dapat capai segala impian dan cita-cita.
semoga bahagia sokmo.
semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat.
:')


na, mu jangan kawin awal ngat eh. ekgi aku adop kawan.
:'(

ahahahaha.




saya sayang kawan saya.
:')








ini lah diana omar.
single lagi, tapi ada yang sedang menunggu.
nama dia?
jeng jeng jeng



pesananuntukdiana : u're one of my best friends. thank you for everything. :')


saya sayang calculus.

saya sayang calculus.
konon-konon macam bodek gitu,
dengan harapan time jawab test esok, tiba-tiba jawapan appear dengan magicnya. boleh?


oh esok adalah test calculus.
cuak gila.
kali ni kena buat betul-betul.

jangan lupa doakan saya supaya dapat jawab soalan esok dengan jayanya.
pleaseeee..

:')



grrr.
tiba-tiba rasa macam tension gila sebab quiz tadi hancusss.




pesanandarifatin : mood adalah terumbang-ambing sebab banyak masalah negara yang peru difikirkan. ok. saya tidak boleh emosional. kena jadi professional.


ok ok.
dah dah. aku nak kena study ni.




hati kena kuat.
kena jugak.








Isnin, 25 Januari 2010

untuk wan sharmeeaiza.





wan,
macam mana kau tahu hati aku sedang tidak aman?
:')






















T__T



cepatlah khamis.
nak balik rumah.

saya Sempoi!

fuhh.
walaupun baru nak masuk dua hari tak update, rasa macam omaigod, amanya tak update.
dah bersawang agaknya blog aku.
bukan apaa.. 
dua tiga hari ni rasa macam bz kalahkan menteri gituu.. pang!


ok fineee.. 
nak kata aku gelabah kan..
memang pun.. lalala


ok kawan-kawan.
hari ni kita belajar sama-sama mengenai darah..
haaa..
semua dah tau masing-masing darah jenis apa? 
aku tau aku punya... lalalala..(ecece.. mentang-mentang la tadi waktu lab test jenis darah)
walaupun dulu waktu matrik dah buat lab macam ni, tapi aku tetap excited nak test darah jenis apa tadi.
bunyi je macam berani, tapi penakut masa sab nak cucuk jari aku keluarkan darah. sampai kak  zee pun pegang supaya aku tak larikan jari. hilang macho beb. sampai arep pun kata, "fatin, kau dah hilang macho dah. hahaha"
cis! 
sebab aku dah hilang macho tadi, jadi kita skip lah cerita pasal apa yang berlaku kat lab tadi ya kawan-kawan.


haa...
meh sini meh.
sebelum ni kan, aku just ada baca pasal personaliti ikut bulan kelahiran sajo, tak tahu pulak ada jugak ikut jenis darah kan. 
memang lah belum tentu betul dan aku sendiri pun tak percaya.
cuma untuk suka-suka sajo. kalau ada yang macam nak sama dengan personaliti sendiri tu, kira nasib lah kan. kebetulan sajo.




DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.


People with blood type O people are outgoing, energetic and social. They are the most flexible of the blood types. They easily start up projects but often have trouble following through because they give up easily. They are flighty and not too dependable. O types always say what's on their mind. They value the opinion of others and like to be the center of attention. Also, people with O blood are extremely self-confident.


Type O, the most "average" blood type, is considered the best type in Japan.







DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.






People with blood type A have a deep-rooted strength that helps them stay calm in a crisis when everyone else is panicking. However, they tend to avoid confrontation, and feel very uncomfortable around people. A types are shy and sometimes withdrawn. They seek harmony and are very polite, but all the same feel that they never really fit in with others. A types are very responsible. If there is a job to be done, they prefer to take care of it themselves. These people crave success and are perfectionists. They are also very creative, and the most artistic of all the blood types, most likely because of their sensitivity.


People with blood type A are also likely to be considered classic "type A's": stressed and conscientious. In anime, people like Hotohori are type A's.





DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial.

Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.





People with blood type B are the most practical of the blood groups. They are specialists in what they do. When they start a project, they spend extra time understanding and trying to follow directions than others might. When they are doing something, all of their attention is focused on it. They tend to stick to a goal and follow it through to the end, even if it seems impossible. They tend to be less than cooperative, as they like to follow their own rules and their own ideas. They are individualists. B type people pay attention to their thoughts a little more than their feelings, and therefore can sometimes seem cold and serious.


People with blood type B are often considered more relaxed, freewheeling, and unconventional than other types, although not necessarily to an unacceptable degree. In anime, the genki, off-the-wall types are type B, along with any kind of well-intended character who's ruled by their impulses.




DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.





People with blood type AB are hard to categorize. They can have characteristics on both ends of the spectrum at the same time. For instance, they are both shy and outgoing. They easily switch from one opposite to another. AB people are trustworthy and responsible, but can't handle it when too much is asked of them. They don't mind doing favors or helping out, as long as its on their own conditions. People with this blood type are interested in art and metaphysics.


AB is considered the worst blood type. In predictability-loving Japan, they're loose cannons. They also like to set their own conditions and reserve the right to drop out when things don't meet their expectations. They're known to be sensitive and considerate—at times—but it just isn't enough to balance out the flaws in this blood type. For a while, some companies tried dividing their employees into work groups based on blood type, and no one wanted to work with the AB group. Anime villains are likely to be type AB.




haa,,
kawan-kawan punya darah jenis apa?
hehe.
aku punya mana boleh bagitau.
macam ni. macam ni.
cuba teka, siapa dapat jawab, dapat hadiah.
siapa nak hadiah sila lah jawab laju-laju. ehehe


oh. gambar masa dekat lab tadi adalah tiada sebabnya aku tak bawak telefon bimbit sebab tak ada bateri malas nak charge. ala. bukan guna sangat pun, sebab tu tak charge. itu sebabnya ya.




tiba-tiba tak tau nak tulis apa dah.





suka lah gambar ni.
rasa macam artis yang kena snap senyap-senyap oleh papamamarazzi semua.
ahaha




pesananuntukanna : tahniah weh dah pandai smash walaupun belum dapat balas dendam. niat kena jaga weh. tak boleh derhaka dengan sifu. ingat tu!






dah lama tak berlagak.
ni baru sikit ni. dah nampak macam pro.
belum main betul-betul lagi.
ish, tak payah cerita lah, nanti tak sanggup nak terima pujian banyak sangat, takut nanti ter-riak pulak. lalala




pesananbiasa : kosong dan gundah.




oh hati.
kuatlah.











Sabtu, 23 Januari 2010

kau diam sikit jangan kacau aku tido boleh tak?? *bisik halus sambil muka bengis*

sekarang ni konon-konon aku tengah marah ok.
memang marah pun. tapi tadi je la.
lepas tu aku sambung tido balik.
mana boleh wey orang kacau time aku nak qada' tido.

tadi time aku tengah best syok-syok baik baik punya tido tiba-tiba dengar pung pang pung pang pung pang pinggan pecah periuk berlaga orang gaduh. ok pentipu di situ. dinasihatkan jangan percaya. tapi untuk efek yang lebih berkesan, boleh percaya. :p
time aku tido tadi, tiba-tiba dengar bunyi macam apa heh?
pontianak yang nak mengilai menangis tapi tak jadi? tapi tadi yang gaduh bukan pontianak.
macam mana aku nak describe macam mana eh?
ok tadi ada lebih dari sorang budak perempuan bergaduh. ye lah kan. takkan nak bergaduh sorang-sorang pulak kan. itu dah gilo namanya. takpun dah tahap tekanan yang melampau tu.
kau paham-paham sendiri lah kan bila budak perempuan bergaduh. ok lebih spesifik. gaduh mulut gituu..
perit ok telinga aku. aku tengah sedap-sedap tidu, boleh terjaga, dan orang lain pun semua nak ke tingkap tengok show korang, bangga la tu sebab dapat tarik perhatian ramai orang eh?
tolong la wey.
kalau kau nak gaduh, gaduh la betul-betul, kasi flying kick satu ke, back-side kick satu ke, lagi apa heh?
aku tak tau la korang tu senior ke batch kitorang kan.
tapi tolong jadi matured sikit boleh tak?
tak payah kau nak gaduh perang-perang mulut kat atas tangga.
lepas tu tak payah nak bising-bising potpoepotpet macam tu. malu wey. malu.
aku tumpang malu sebab aku ni pun perempuan jugak.
cuba bawak berbincang kat dalam bilik ke apa. tapi tak payah nak end up perang-perang mulut macam tu.
kalau nak gaduh sangat, gaduh betul-betul, jangan tegur sampai kau grad pun tak pe. aku tak kisah
tapi jangan kacau ketenteraman orang lain boleh?
nasib baik tangga port korang gaduh tadi jauh dari blok budak laki, kalau dekat mau nya dorang pun boo sekali sampai kecoh satu uni ni. mak cik guard pulak ke mana entah perginya. dating eh.

aku tak tau lah diorang gaduh pasal apa .
aku pergi menjenguk pun tengok diorang gaduh time part nak habis dah pun.
time tu aku nak je jerit, "diam la bodoh!!!"
tapi aku ni kan mamai lagi baru bangun tido dengan niat nak sambung tido balik.
so, aku sound dalam hati je lah kan, dengan niat kalau diorang bising lagi sekali, baru aku sound. dorang takut dengan niat aku, terus diam tak terkata. ahahaha

ok ok.
menurut sumber, ada yang dengar diorang gaduh-gaduh pastu jerit-jerit pasal facebook.
aku pun malas lah nak ambik tau kan.
dah kata tengah menyampah.
kau, kalau kau rasa facebook tu mengacaubilaukan kau, buat boyfren kau boleh jadi curang ke hape, opsss.
kau delete lah terus. tak payah nak ada laman sosial ni semua. kan dah memudaratkan. (ceh. macam aku tak ada. ok kes aku lain)
lepas tu, kalau tadi korang gaduh sebab laki,
useless la wey. tak ada pekdah pun. yilek. bukan suami kau lagi pun.
macam lah dia akan stay dengan kau. kalau sekarang dia dah boleh macam nak melayan, depan-depan tak tau lah macam mana kan. lainlah kalau kau dah mandrem dia, bagi nasik kangkang ke apa suruh dia ikut semua kehendak kau kan. puih. geli ah! dosa wey. baik taubat cepat-cepat.
daripada kau gaduh perempuan yang menggatal dengan laki kau, baik kau pegi serang laki kau tanya bincang elok-elok. tak pun kau pergi jumpa dua-dua sekali gus.
baju takkan kotor kalau tak ada yang mengotorkan, baby!
ini tak. konon-konon jerit-jerit gitu boleh release tension lah? boleh blah!
sekarang serius aku betul-betul marah dan menyampah.
ni semua gara-gara kacau aku tidur tadi.


alang-alang dah gadu, baik bertumbuk je terus.
aku sanggup jadi pengadil.
lepas tu, aku hempuk dua-dua.












ok ok.
tak boleh tak boleh.
kita perempuan, kita kena jaga tatasusila dan ciri-ciri sebagai seorang perempuan yang bakal menjadi isteri dan ibu nanti.



hah. kalau kau rasa kau kuat sangat, baik kau join macam dorang ni.
ada jugak jasa kau terhadap negara.
bukan nak gaduh-gadu perang mulut macam tadi.


pesananmenyampah : entry ini khas untuk manusia-manusia yang bajet kuat tadi. menyampah. tak suka duduk kat tempat yang dikelilingi orang-orang yang bajet samseng tapi haprak pun tarak.

lagi memalukan sebab korang ni perempuan melayu.


bodoh.


Jumaat, 22 Januari 2010

dulu-dulu, aku selalu dengar,
kalau orang sayang kita lebih dari kita sayang dia, beruntunglah badan,
sebab insyaAllah, kita akan disayangi sepenuh hati. pasangan nak curang belakang kau pun, dia akan fikir dua tiga empat kuasa dua kali dulu sebab katanya dah sayangkan kau.
lepas tu, semua orang pun cakap,
eh kalau macam tu aku nak boipren yang sayang aku lebih dari aku sayang dia lah.
aku nak gepren aku sayang aku lebih dari aku sayang dia lah. dan aku pun sama lah kan.
habis tu, kalau semua orang pun nak pasangan masing-masing lebih sayang kau dari kau sayang pasangan kau, dan pasangan kau pun harapkan perkara yang sama, siapa nak sayang siapa lebih wey??
haa. kau orang bercakar la mintak pasangan kau lebih sayang kau lebih. boleh plak sampai macam tu kan. lalala

bagi aku,
tak kisah la siapa yang nak sayang siapa lebih.
sebab sendiri mau fikir la kan.
tapi, sebab aku ni perempuan melayu terakhir yang lembut lagi ayu gituu.. eh eh silap silap.
sebab aku ni perempuan yang memang tamak kasih sayang gitu, makanya aku nak la jugak orang sayang aku lebih sikit. hihi
ok fine.
sebenarnya, bagi aku,
tak kisah lah siapa sayang siapa lebih pun,
asalkan kau jujur, kau ikhlas, kau setia, lagi apa lagi. dan sewaktu dengannya,
insyaAllah hubungan kau kekal.
memang la even kau kawin pun, tak semestinya kau akan kekal dengan dia kan. ini kan pua time bercouple couple-an.
boleh jadi cerai berai prom pom pom gitu kan. tapi mintak dijauhkan sangan-sangat la tang benda yang tak elok tu semua. for sure la nak kekal sampai akhir hayat gituu.
sebabnya, kita ni hanya merancang dan yang menentukan itu, ajal dan jodoh itu,
Allah yang Esa yang tentukan.
kita tak tau apa yang bakal jadi depan-depan nanti,
mana tau kot-kot nanti aku kawin dengan anak raja ke, opss. silap lagi. tapi, mana la tau kan.
bagi aku, yang penting, kita hanya mampu berdoa dan mampu usahakan yang terbaik.
boleh jadi sesuatu yang kau benci itu, sebenarnya yang terbaik buat kau dan jugak sebaliknya.


tak boleh jugak kalau kau sayang pasangan kau lebih-lebih,
buatnya dia tak hargai sayang kau, pastu pijak sayang yang kau simpan tu lumat-lumat prap prap macam mana?

ish.
dah lah.
aku malas nak bebel pasal ni.
aku tak paham dan rumit.
lagipun, tak masuk exam pun. ahahaha




gambar ni agak-agak berkaitan tak?
tak kisah lah berkaitan ke tak.
tapi sebab aku ni perempuan dan hormon kadang-kadang terlebih,
memang agak emo di situu.
lalala



pesanansikitsajo : jangan tanya kenapa aku macam emo. sebab hati aku pun kadang-kadang tergundah, inikan pula sekarang ni aku agak bergundah dalam blog. ololololo.

Khamis, 21 Januari 2010

lawak ah!

aku ingatkan berapa kerat je nama Fatin Syahirah dalam dunia ni.
rupanya ramai wey.
ok ok.
cuba kita sebut nama FATIN SYAHIRAH betul-betul.
sedap rupanya nama aku. nama itu.
patut la ramai orang nama Fatin Syahirah.
memang sesuai beno le dengan tuan dia nama Fatin Syahirah.
sopan. lemah lembut. berbudi bahasa. cantik. opss. terlebih pulak dah.
ok fineee.. bukan aku. tapi Fatin Syahirah lain.
tapi still Fatin Syahirah.

eh. apa aku merepek ni.
dah malam-malam buta ni memang macam nak merepek tak nak merepek gituu..

kadang-kadang best jugak ada traffic live tu.
lawak oh.
lawak bila kita tengok orang sampai blog kita sebab carian google atau yang sewaktu dengannya menggeletek lubang hidung rasa geli pipi sampai nak gelak guling-guling gituuu.

agak-agak Fatin Syahirah mana yang kau cari lepas tu nasib kau la salah jumpa blog aku. kuikuikui

ok fineee la kan.
at least aku punya tak ada rekod yang orang cari benda yang mengarut-ngarut gituu kan.
tapi rasa nak gelak lagi bila tengok kat anna punya traffic.


seee... ahaha.
kau jumpa cerita kau tak??
salah tempat wey!!
sebelum-sebelum ni banyak lagi tau.
banyak yang sampai dari carian google dan yang sewaktu dengannya pasal tang tu sajo.
sian anna. takpe takpe. teruskan lagi usaha anda naikkan traffic anna.
lagipun, anna tu single lagi tu. haaaa...




tiba-tiba rasa nak gelak lagi.
haruslah sedar bahawa insan-insan bernama Fatin Syahirah ni hot sebenarnya.
awwww






pesanandarihati : kosong.






kerna saya Fatin Syahirah, aku buat post ini.
lalalala



saya tidak faham.

peliknya manusia
peliknya dunia
sampai kadang-kadang aku tak faham apa yang berlaku di sekeliling.
serius aku tak faham

atau
aku yang pelik heh?


serius saya tidak faham.
boleh awak terangkan kepada saya?





haih.



Rabu, 20 Januari 2010

150 juta, oh!

1, 2, 3, 4

untuk kali ke seratus lima puluh juta
mereka tanyakan kau soalan yang sama
hey kenapa kau masih lagi mahukan dia
apa kau buta apa kau pura-pura suka
di seratus lima puluh juta kali itu
di depan semua engkau tarik tangan aku
yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
sambil ketawa engkau bilang satu persatu

dia mungkin bengis seperti singa
tapi dia nangis tonton cerita korea
dia mungkin keras bila bersuara
tapi dia jelas jujur apa adanya
aku lagi kenal dia

dan lebih seratus lima puluh juta kali
aku pesan padamu apa yang bakal jadi
engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
kau sangat manis aku ini pula dawai besi
di setiap seratus lima puluh jutanya
aku pun dalam hati semacam tak percaya
apa kau lihat pada aku jujurkan saja
terus kau cubit dagu aku sambil berkata

sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau salahnya saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua
saya kenal sayang saya

buat apa dicerita
bahagia kita rasa
biar tak dipercaya
peduli orang kata
baju ronyok tak apa
asal pakai selesa
berkilau tak bermakna
kalau hati tak ada

aku lebih bengis dari sang naga
tapi bisa nangis semata demi senja
suaraku keras tak berbahasa
kerna aku rimas gedik mengada-ngada
aku mudah baran tidak semena
mana boleh tahan angin cemburu buta
dan aku sengaja tunjuk keras kepala
aku punya manja kau saja boleh rasa

rahsia kita berdua


lagu baru fynnjamal.
i loyke!


ini fynnjamal.
sumber gambar : facebook. hehe
boleh dengar lagu ini di 150juta.



kelas hari ini. yilek!

berita jam 12.
eceh. tak apa, bajet cerita macam hot news gituu. 
bila lagi nak syiok sendiri. eh eh. bukan syok sendiri, tapi yakin diri. eheh

pagi tadi aku punya lah sedaya upaya bangun walaupun sakit perut rasa macam tak nak pergi kelas,
tapi dikuatkan semangat untuk pergi kelas. sedaya upaya tak nak skip kelas sem ni.
harapan dan semangat sem ni tuu.. ko jangan main-main.
walaupun macam dah agak lambat nak pergi kelas, lagi 5minit gituu.
nasib baik sama-sama sampai serentak dengan lecturer. 
oh. pagi tadi dimulakan dengan klas calculus.
lecturer macam dah bersemangat nak ajar, tiba-tiba, pintu terbuka ada student lewat sampai. 
lecturer potpepotpetpotpet lalalalala,
last last Puan M cakap, " ok. awak belajar sendiri lah semua ni. minggu depan test." dan Puan M terus keluar.
seee. lecturer merajuk wey. ok bukan merajuk. dia laksanakan apa yang dia pernah cakap dulu.

sem 2 ni, saya tak suka orang datang lambat. sem 1 saya kasi can lagi. tapi kali ni dah tak. kalau awak nak tengok mood saya tiba-tiba macam tak nak ajar, awak datang lah lambat tengok macam mana.

seee... lepas tu semua macam terpinga-pinga gituu.
omaigod omaigod.
macam mana nak belajar ni, minggu depan test. matik la. matik la. 
tapi perasaan itu macam sekejap sajo dan ramai-ramai terus keluar isi perut. 
perut aku yang memang dah sakit ni, mana boleh duduk lama-lama kat tempat sejuk. kang lagi sakit, macam mana? lepas tu, zuuuuppp aku pun join orang ain keluar, turut mengisi perut. eceh.
makanya, konklusi yang dapat dibuat mengenai kuliah pertama hari ini, kuliah dibatalkan secara mengejut eh eh wow gituu.

ok ok.
oleh kerana kuliah tak ada, harus lah balik bilik dulu sekejap.
perut pun sakit.
see. betapa gigihnya aku, sampai time sakit perut pun, aku pergi kelas tau.
balik bilik sekejap, haruslah tidur sekejap rehatkan diri gitu kan.
time tidur sekejap boleh pulak mimpi kelas kimia cancel.
tidur tak bolehlahnak tidur lama-lama, sekadar take a nap sajo lah kan.
siap-siap pergi kuliah kimia, dah sampai suku jalan, kelas cancel weyy!!
mimpi = kelas cancel
realiti = kelas cancel.

mimpi=realiti
tapi tadi je lah kan.

dan lecture english petang ni TURUT CANCEL.

sekarang memang lah hoyeh hoyeh kelas tak ada, tambah lak perut tak best kan.
tapi nanti jenuh lah nak mengganti kelas. haiyyyo!






Puan M dah keluar time ni, tapi still mengharap Puan M patah balik bagi lecture.
Puan M, kami mintak maaf. :(


pesanansesak : saya rasa sesak dengan perasaan yang saya rasa sejak kebelakangan ini.





Selasa, 19 Januari 2010

kenapa?




i know that i shouldn't have wait for all those things.
but now, i am still waiting macam orang tak betul gituu. eceh. haruslah sedikit dramatik.
haih.


ok. aku tau tak baik mengeluh.
tapi ni jugak aku buat since semalam.
komeng aa. komeng aaaa.


haih.







hati tergundah dan digundahkan.
oh hati.
tenanglah. nyamanlah. kuatlah.


T__T

Isnin, 18 Januari 2010

tudung! tudung!

kita ulang tajuk entry lagi.
tudung! tudung!
promosi ni.
mari! mari woi!

tudung baru dan fresh lagi baik punyaaaaa..

makin hari makin banyak design tudung yang keluar ok.
yang boom kebaboom gitu kan.
ada yang suka pakai tudung ekin, ada yang pakai tudung syria, shawl, selendang dan lain-lain lagi kan.
aku tak nak cakap banyak.
lagipun kebanyakannya aku pakai tudung biasa macam tudung ikan haruan. eh bukan bukan. salah salah. cubit pipi sebab salah cakap.
ok, tudung bawal.
kat bawah ada tudung bawal design dan jenis agak baru punyaa.
kualiti kain?
jangan risau, aku ni jenis agak cerewet dalam bab-bab memilih baju ke.. kain ke.. tudung ke.. lebih-lebih lagi tudung kan.. kang kalau tak jadi berbentuk cantik-cantik, kau jugak yang tension kan. kang tak pasal-pasal tudung tu yang dimakihamunnya. huh. jadinya, insyaAllah, kainnya aku pilih memuaskan hati.



tudung tali kasut.
RM50
warna : cream, sesuai dipakai dengan baju apa sahaja.
#1

sold out



ini coraknya..



kenapa nama tudung ni tali kasut?
sebab, cara dia sulam kat belakang tudung ni macam ikat tali kasut.
see? unik dan cantik.



RM25.00
warna : cream, juga boleh dipadankan dengan mana-mana baju.
bunga pink, nampak fresh dan sweet feeewwwiittt gitu.
#2


simple yet sweet.



lupa nama. tapi ini latest punya.
kualiti kain baik punyaa. dan batu-batu manik kat tepi dia cantik ngelip-ngelip. nanti kau pergi jalan-jalan sampai orang silau walla walla tengok kau.
RM50.00
warna : medium grey. sesuai pakai dengan mana-mana baju jugak.
jangan lupa, batu-batu manik kat tepi tudung tu warna warni.
#3

sold out


trust me, cantik.


untuk penghantaran pos, RM5.00 dikenakan.
boleh hubungi saya di farah_aquarius90@yahoo.co.uk
sila tinggalkan nama dan juga no. telefon. itu yang penting. :)
dan juga, alamat dan tudung yang tersuka.

terima kasih.