Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Sabtu, 30 April 2011

hatimu, hatiku

untuk orang tak ada kakak or even adik perempuan macam aku, having senior as roommate dekat hostel adalah sesuatu yang agak menyeronokkan. tapi depends lah jugak, kalau dah jenis macam tak boleh nak join satu kepala tu tak seronok jugak. jenis yang seronok seronok ni jenis yang macam dah boleh buat macam kawan. alah, kau sendiri pun faham lahhh. :P

it was the first time ever aku dapat senior as roommate waktu zaman pasum, dan lucky me senior tu sempoi boleh gurau and cerita macam-macam. seronok kan? padahal, aku antara yang mempunyai tanggapan yang senior tak best sebab dulu time sekolah ada pengalaman tak enak bersama senior. tak enak yang mana seperti, kau cicah roti dengan air masak pun lagi sedap. errrr.
berbalik pada cerita roommate aku tu, dia senior final year kos law. time tu, jangan kata lah, nak belajar subjekk sains memang dah kurang minat sebab senang sangat terpengaruh tengok dorang buat group discussion kat bilik aku sampai pukul 2,3 pagi macam best. lagi-lagi dengar cerita dorang itu ini, ohh impianku untuk menjadi seorang lawyer semakin bersinar. tapi malang, apabila disuarakan akan hasrat hati itu, ditolak akan suara itu. maka impian itu bermalap kembali. tapi tak apa, aku rasa aku dah start suka balik subjek sains apa. ;)

so, untuk roommate aku kali ni, senior final year jugak. waktu mula-mula dia masuk bilik, rasa macam errr lain lah jugak. tapi lama-lama jadi makin selesa. kau nak tido pandang muka dia, bangun tido pun at first pandang muka dia, tak selesa apa lagi. sebelah katil lagi. lagi pulak akak tu suka bercerita. itu sudah hampir masuk kepala. dan lagi, satu fakulti, senang lah kalau ada soalan simple simple nak tanya, atau time tu aku tengah buat assignment yang perlukan maklumat pasal subjek yang dia dah belajar, macam senang, tapi tak senang jugak sebab kadang-kadang aku tak faham. hehe

bebalik pada akak ni, dia selalu pergi usrah tiap-tiap minggu. minggu terakhir dekat umk, (aku la yang terakhirnya, akak tu stay lagi sebab nak kena siapkan jilid thesis), dia pergi usrah terakhir sebelum grad nanti dah tak ada peluang nak pergi usrah. balik dari usrah, dia cerita cerita. banyak okk dia cerita. tapi syok sebab
even kita tak pergi, tapi dapat jugak info. 

so, for today's topic, hatimu hatiku. bukan lah tajuk dia exactly hatimu hatiku. itu perumpaan je. usrah tu sebenarnya ulaskan dengan lebih detail pasal satu hadis. dan usrah hari tu, aku hadis yang dibaca tu pasal jodoh. dan diringkaskan;

kita kena ikut gerak hati kita. contoh, ada lah sorang mamat ni. hengsengg, charming, bla bla bla. tapi kau rasa macam tak best, tapi kawan-kawan kau asyik duk suruh kau pergi laaa dia hengseng kot, perfect. so, which one kau nak ikut? follow your heart atau your friends? ikut gerak hati kau. memang lah kita akan kata, alaa kalau orang baik, warak etc boleh lah, tapi kita ni takk, mungkin gerak hati kita ni tak betul. 
ok, sekarang ni nak tanya. kita wujud, atas kehendak siapa? atas kuasa siapa? Allah, kan? hati kita ni milik Allah, maka ada link dengan Allah. sebab tu lah. if there's something yang kau rasa tak best ke, tak enak ke, there might be something not right pasal dia, or dia mungkin bukan jodoh kau. mungkin. tapi tak ada lah sampai kena terlalu ikut dengan perasaan. be rasional. selalu berdoa. jangan terlalu ikut dorongan nafsu.
itu lah yang akak tu cerita yang dia dah dengar ustazah tu cakap. wallahualam. 




 last day makan sama-sama. sem depan dah tak jumpa lagi. 
insyaAllah, sem depan just satu bilik dengan

dia ni je. 

ehem, cuba teka yang mana satu akak tu? well, aku macam biasa, selalu nampak paling muda. lalalala~



psssst : anything not right yang i do not know ke? 


italian masquerade full part.

kesinambungan dari entry ini, saje je nak buat suspen. errr, masalahnya, suspen ke? :P

entry ni should be published lama dulu, sepatutnya. ater, gua bz ok time tengah semester tu. field trip itu, assignment ini. padah buat kerja last minit, memang kalut. jadi, adik-adik, sila lah jangan mencontohi kakak kau ini (tak ada lah kakak pun, muka still baby face. :P)
cara aku, senang nak rasa bersalah kalau buat kerja lain dalam masa yang sepatutnya aku siapkan kerja lain. err, faham tak? tak kisah lah macam mana, dipendekkan ayat tadi, hati aku kadang-kadang hati puding, pejal tapi cepat rasa bersalah. (tapi puding pejal sangat ke? errr)



play this video first. jangan risau, ini bukan video luc** dato' sri anwar yang digembar gemburkan itu. koserrr gua nak layan.

amacam bact? dapat tak hint gua yang tadi sebenarnya? cuba pause yang dekat timeline 2:23. ngeeeee. gua malas nak kata apa, welll~

it was one of the sweet moments yang aku lalui sepanjang semester 4. remember i told u in this entry, pasal semester 4 antara semester yang paling banyak kenangan (so, here u go, one of the moments that i'll share with u). lagi banyak kenangan yang aku lalui waktu semester 2, walaupun time semester 2 aku ada kenangan abadi memang first time ever in my life, aku tertumbuk orang time dalam game. opsss, agak-agak ada tak orang nak masuk meminang aku bila aku confess ni?? haih. my bad.

aku cedera dalam game,
aku jatuh time match basketball,
bukan kerana nama.
waima, i'm not looking for this award at all.
sebab aku join those games,
because i love to take part in sports.


serius, aku tak sangka untuk dapat award ni. yeah, ramai kott yang terer. apakah sebab parut yang ada ini, maka parut ini membawa tuah? (maka adik-adik, sila lah tinggalkan parut di mana-mana time bersukan. :P) ok tak. gurau je. ngeee.

errr, tiba-tiba malas nak taip. jom lah kita layan gambar je. sebab kadang-kadang gambar pun boleh bercerita pot pet pot pet, tahu??

u see the parut? itu bukan jerawat ye. itu parut.
aku dah banyak kali pergi jumpa doktor, and dia kata parut tu takkan hilang sepenuhnya, sebab waktu luka kan tercucuk gigi. jadi parut dia macam lain sikit kulit dia even warna almost sama macam kulit biasa.



 serius suka gilaa gambar candid macam ni. :)











thank u so much anna sebab;
kau tau pasal ni sebab tu tanya aku macam-macam sebab dorang suruh untuk butir peribadi aku. 
kau jadi perunding imej, kau kata baju ni nampak sweet la sampai  aku tak jadi nak jual baju ni. 
terima kasih jugak sebab selama 4 semester ni kau kawan dengan aku, aku tau kadang-kadang bila mood swing aku datang, kaedah dia macam nak mintak pelempang, tapi kau tak lempang aku. 
aku injured darah-darah, aku tak sihat muntah-muntah, kau teman aku pergi klinik, etc.
and also, 
terima kasih banyak-banyak zaty sebab selalu jadi tukang urut aku. 
selalu kasi chance aku pau makanan kau.
terima kasih sebab still nak jadik roommate aku even kat jeli nanti.
terima kasih sebab layan je mood aku kadang-kadang swing.
terima kasih sebab jaga aku time aku masuk wad dulu, and teman pergi klinik. etc.

terima kasih kepada kawan-kawan yang lain jugak. :')
eh, sepatutnya entry ni pasal masquerade night je. :P
oh, btw, both zaty and anna are still single. suka lah tu, suka lah tuuuuuuuu. 


terima kasih sebab calonkan aku untuk award ni, dan menang sekali. :')


pssst : tetiba time malam tu aku reti make up okk. make up pun sendiri. vangga. :P

pssst pssst : baru dapat tau kawan time sekolah rendah dulu excident, dia naik motor langgar lori. semoga cepat-cepat sembuh der. kalau tak ada apa-apa halangan, esok gua pergi lawat lu. 
 

ok, sekian sahaja entry banyak gambar daripada biasa dari saya. :)

Jumaat, 29 April 2011

teka tekuk




cuba cari apa yang tersembunyi dalam video ni?
ini bukan prank ke hapa. ini... errr, malu ler nak cakap.

hiksssss.


pssst : karang will continue later. :P

pssst pssst : jawapan dia, sila fokuskan pada minit ke 1:04. lalalallaa

Khamis, 28 April 2011

quotes of the day.


"People don't always change. Sometimes they're just starting to show you who they really are."
                                                                              ihatequotes

dah lama rasanya tak letak quotes. sebab sekarang jarang nak lenguhkan mata depan laptop lepas tu mata rasa macam, errrr senak. whatever u call, sebenarnya malas. itu alasan yang paling tepat. 
these days, sejak demam and so on, balik rumah apatah lagi, rasa ingin selalu bersenang lenang, padahal kena fikir banyak. dan aku harap, lecturers yang sedang tanda paper aku hari tu murah hati dan tak tension dan tengah happy time tanda paper aku. *tetiba* tapi serius gua tengah cuak pasal result untuk semester ni. jangan menurun plis, at least mantain kat takat tu pun jadik laaa, as for aku kena maintainkan result untuk nanti nak letak dalam resume pergi LI. aminn aminn amiiinnn. korang, sila aminkan jugak so that result kali ni tak turun pliss. :(

ok, lebih baik abaikan akan hal itu. atau, nanti makin lama makin tension, makin lama makin makan hati. errr. 
aktiviti seharian kat rumah sekarang, kalau tak tengok tv, online. kalau tak online, tengok movie. kalau tak tengok movie, makan. kalau tak makan, tido. nampak tak consequences dia sekarang? kaedahnya hanyalah makan dan tido. zzzzz 
and also sekarang, misi mencari kerja part time. haih. 



kalau dilihat pada dunia sekarang, apa je yang boleh percaya?
manipulasi di mana-mana. 
waima di kaca television pun, berita pun boleh nak kata nak percaya ke tak nak. 
surat khabar apatah lagi. 
lagi-lagi isu politik. apa sudah tiada masalah lain untuk dibincangkan diselesaikan?
maka apa sudah jadi dengan malaysia kita?
apa sudah jadi dengan rakyat kita?
apa sudah jadi dengan pemimpin kita?
mana keadilan yang sepatutnya dibawa?
mana agama yang sepatutnya dijadikan panduan hidup?
mana sifat pemimpin yang sepatutnya dibawa?
apa sudah tidak dipandang akan hukum Allah yang Esa?



dah lah, 
nak buat resume nak try mintak kerja. 




pssssst : semoga Allah mengampuni dosa-dosaku, terima taubatku.. :')


Rabu, 27 April 2011

demam.

pssst : ini demam yang pertama untuk tahun ini. aku jenis yang susah nak kena demam, tapi bila dah demam, sakit segala urat sendi. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.  T__T

Selasa, 26 April 2011

the first time.

this is about the first time sakit pedih-pedih kat tekak. dah about dekat dua minggu jugak lah. tapi yang dalam tempoh dua minggu tu, just gatal-gatal and rasa macam nak buang kahak je dan lama-lama rasa tekak kering dan pedih. abaikan perasaan 2 minggu yang lepas. tapi, since  2 malam lepas, tekak rasa makin tak selesa. ingatkan tekak pedih sebab nak demam, normal lah. tapi semalam makin menjadi-jadi lah pulak. tak boleh tido sebab batuk macam tak nak kasi tido. errr.

pagi tadi tak larat, dan pagi tadi juga pengalaman baru tercetus; ajar budak darjah 4 tusyen. they came to me and wanna improve their subject. agak kesian ok, sebab ada one of them tak berapa nak fasih baca. kesian, bila fikir in future kalau dia tak berapa fasih lagi, how to survive dalam dunia sekarang, how to have place dalam pekerjaan sekarang? terfikir macam mana dia dekat sekolah and i kept asking kawan-kawan dia macam mana dia dekat sekolah seems dia pun macam jawab tapi tak jawab. errr. i'm not that good, i just wanna help people dengan daya yang aku daya. tapi itu lah, dah kata skill tu ada, time mengajar dia membaca tadi, tergarang, terangkat suara and so on. lagi-lagi bila tekak perit. perittt okkkk. rasa bersalah tu ada jugak, but then aku pergi dapatkan opinion dari kawan-kawan yang nak amik cikgu, yang pernah ajar adik kecik-kecik (well, aku tak pernah ada pengalaman ajar adik kecik sebab my bro just 1year younger than me pun). :P
dan kawan aku kata lah, dengan budak-budak, tak boleh nak slow sangat, kena garang dan tegas sikit, or else dorang pijak kepala kau. tapi kena ada cara yang betul jugak bla bla bla yada yadaa malas nak tulis panjang-panjang kepala pusing. tapi if anyone ada extra opinions on how to handle budak-budak, sila share plis.

ok kita berbalik kepada isu sakit tekak. dah mengajar, tekak makin pedih. ibu suruh minum madu campur perahan air asam limau. lepas minum tu rasa ok lah sikit, tapi lepas tu pedih balik. aku taknak rasa pedih tu, thus aku tido. ni baru bangun tido, makin pedih tekak ni memang tak boleh nak bercakap, nak minum air, makan apatah lagi (adakah ini chance untuk kurus??  :P)
aku pun dengan rasa ingin tahu yang tinggi, lalu ambik head lamp, sebab lampu headlamp warna putih nanti kalau merah boleh la kot nampak merah (bajet doktor boleh tau merah macam mana.), dan surprisingly, rupanya ada ulser di dinding tonsil. and now i'm quite gelabah, sebab berapa lama eh at least menda alah ni nak hilang? esok till weekend aku ada classes okk. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
T_T


pssst : ingatkan kat rumah, tak ada nak catat rekod pergi klinik. tapi kena sabar, bukankah sakit itu pengahapus dosa-dosa kecil?.. :')

pssst pssst : semangat untuk mengajar tiba-tiba ada. ibu advised me, tak pe lah kalau ada yang lemah sikit tu, niat ajar kerana Allah, dan kita nak tolong bangsa kita. kalau bukan kita, siapa lagi. i'm motivated now. :') semoga segala usaha ini diberkatiNya. amiin..

pssst pssssst psssst : aku dah google gambar tonsil jadah itu, tapi tengok semua yang menyeramkan gua. maka sekarang, aku nak sambung gelabah sorang-sorang lagi. bye.

Isnin, 25 April 2011

saiko.




cerita dalam video ni saiko lah jugak kalau aku dalam situation tu. tapi yang pasti lawak okk. aku tak dapat nak imagine kalau dapat roommate such a saiko macam tu. lagi-lagi kalau satu bilik dua orang. aaaaaa, macam mana nak handle, macam mana?

tapi kalau dua-dua saiko, best jugak. boleh gurau-gurau diam. hiks, lariksssssssssss.

nikah.



menarik lah video ni. yang tukang bercakap tu pun macam anwar hadi sikit-sikit, tapi versi orang arab laa (kot?). hiksssss



pssst : tak selesa lah kat tempat yang baru lepas cabut gigi ni. rasa yang tak best. :(

pssst pssst : i don't think to change my single status to any kind of relationship for now, insyaAllah kalau nak tukar status, biar tukar married terus. tapi calon takdeeeeeeee. aaaaaaa

pssst pssst pssst : bengang betul dengan tonton.com.my, dari dulu register, sampai sekarang pun tak boleh nak log in. grrrrrrrrrrrrrrr

kenangan.

sebenarnya, banyakkk yang aku nak tulis, nak coretkan kat sini to make the stories remain as memories. nanti dah beranak pinak, dah tua, even kalau aku dah tak ada. kenangan still ada. :)

sekarang dah start cuti semester. banyak yang nak kena re-arrange. nak nak bila cuti semester ni lama sangat. 4 bulan kot. even cuti time SPM dulu lagi lama, tapi consider lah sikit kalau nak dibandingkan dengan sekarang. kalau dulu, banyak yang tak perlu kena fikir sangat. to compare dengan sekarang, banyak benda nak kena fikir, banyak benda nak kena uruskan. tapi tak pe, aku suka nak kena lalui benda ni semua. lagipun, bukankah bila kita makin dewasa, maka akan jadi makin cantik. errr, ok fine, tak. makin banyak tanggungjawab.

ok, maka kita berbalik pada kenangan. pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. padahal rasa macam baru je daftar masuk uni, tapi tup tup, sekarang dah semester 4. tinggal lagi 2 taun, maka boleh grad. (insyaAllah, mintak-mintak tak ada yang sangkut, grad ikut masa. amiin)
tapi serius, semester 4 antara semester yang paling fun walaupun banyak duit keluar macam airrrrrrrrrr. fuhhh.
belanjawan untuk semester 4 macam jenuh la jugak kena fikir mana nak korek duit. padahal, untuk certain things boleh je jimat duit, tapi kan aku dasar yang suka cari penyakit, nah kau, berapa kali mau kena pergi klinikk daaa...

tak tau lah apa nasib semester ni, aku rasa doctor umk ke, doctor klinik yang dekat tu ke, dah cam kot muka aku ni.

1. jatuh main basketball.
yang nii, memang tak boleh nak lupa, lagi-lagi bila parut kekal ada. memang memori habiss. refer to these entries, fatin cantik1, fatin cantik2, fatin cantik3, fatin cantik4, fatin cantik5, fatin cantik6, dan fatin cantik7. (7 kali kau doakan aku cantik? aminnn... :P)
tapi tak ada lah aku tension sangat dengan luka tu, mungkin parut dia sekarang tak nampak sangat kot. cuba kalau sebelah pipi yang luka? eeeeee. mintak dijauhkan. nauzubillah. cuma sebab luka tu tertembus gigi, jadi parut dia memang takkan hilang. parut dia jadi macam gelembung sikiiiiiit je, jadi macam parut orang yang patah tangan tuu. haa, gituu.

2. mata kena infection
haa, time ni memang aku gelabah like !@#$%. first time okkk kena infection pakai contact lens. sebab time tu dah over limit kot pakai dari pukul 8pagi sebelum pergi kelas, bukak dah pukul1 pagi jugak. gilaa tak. (jangan tiru aksi itu.) nasib baik mata merah je, tak ada gatal-gatal ke apa. tapi stilllllllllllll, mata kotttt. if anything happen kat mata kau, siapa nak jawabbbb. tak pasal-pasal contact lens yang baru je pakai 2 minggu kena buang macam tu je, sebab doktor tu kata, better untuk precautions, takut infections tu datang dari lens tu ke, better buang lens tu, pakai lens baru. tapi make sure, puasakan mata anda dari memakai contact lens untuk seminggu atau lebih.

3. kutu babi
ini pengalaman yang paling best tapi hazab jugak lahhh. tak pernah pernah terfikir nak kena kutu babi time masuk hutan, tup tup tiba-tiba kena. padahal, perkara yang pertama sekali aku fikir sebelum masuk hutan adalah pacat. pacat ye. tapi since dah kena kutu babi, aku dah konfiden dengan diri sendiri yang aku lagi prefer kena pacat daripada kena kutu babi. nak cari satu hal, nak tahan gatal satu hal, nak hadap parut-parut bintik-bintik macam kena chicken pox ni pun berhal-halll.
kalau kena kutu babi yang sekor tu tak pe lagi, ni kalau dah kekdahnya kat perut banyak, kat peha banyak, kat lengan banyak, lagi mana lagi. padahal pakai baju memang sedaya upaya tutup semua takut pacat lompat masuk tu, tup tup kutu babi yang masuk. even dah dua bulan, sampai sekarang still rasa gatal-gatal dia okk. bak kata coursemate aku, 'no wonder monkeys garu-garu perut dorang macam ni (sambil garu perut dia)'

4. injured kaki
yang ini pun satu hal lagi. aku, kalau tang sukan ni, memang nampak macam ta ksayang diri sendiri. asal larat je, bantai join game. kaedahnya feeling olimpik. angan-angan semataa. tak pe, at least, badan keluar peluh sihat dan kuat! :P

setakat ni ini je yang mampu di-list kan. yang lain-lain hal orang perempuan, orang laki apa tau? (tetiba emo.)

next, bajet untuk field trip sem ni pun macam dah tercungap jugak. tapi takpe, serius pengalaman pergi field trip, memang best gila. nak-nak waktu pergi gunung stong hari tu. aaaaaaaaaaaa, tiba-tiba rindu. T_T

later will story pasal gunung stong. siapa-siapa yang sukakan aktiviti lasak, panjat-panjat gunung, love environment, should go ke gunung stong. :)


psssst : alhamdulillah... :)

ke hadapan pelanggan contact lens,

memandangkan sekarang merupakan cuti semester, jaduah peng-pos-an contact lens akan bertukar.

dulu,
1 minggu 1 kali, iaitu penghantaran akan dibuat pada setiap hari rabu.

sekarang, 
penghantaran akan dibuat insyaAllah, 1 kali untuk setiap 2 minggu. 

harap maklum.
terima kasih.


pssst : sila pilih mana cntact lens yang berkena di hati, cantik di mata, di sini, dan sini.

psssst psssst : maaf seribu kali maaf jugak di atas kelewatan penghantaran contact lens untuk kali ini.

Sabtu, 23 April 2011

aduhai bongsu.

dah lama kaedahnya tak jumpa dentist. tapi tadi pergi jugak, padahal aku ni penakut tegar nak jumpa dentist. tapi dah tak tahan sangat, kan. kaedahnya sampai tak sabar nak jumpa dentist tadi.

al-kisah dia, bukan senang ada susunan gigi rapat-rapat. sudahnya gigi bongsu nak tumbuh tak cukup space. macam mana nak tau yang gigi bongsu nak tumbuh tapi tak cukup space?
ada gigi sikiiiiit je, kat blakang skali. biasa nya sebelum gigi bongsu tumbuh, akan rasa sakiiiit sangat sampai boleh demam demam. tapi itu orang cakap lah. yang aku ni tak perasan bila yang gigi ni duk nak tumbuh, sedar sedar dah ada sikit. aku rasa ada dulu sakit sakit sikit, tapi macam boleh tahan lagi. sebab tu macam biar je.
tapi tak lama lepas tu, rasa macam ada gigi berlubang, tapi bukan. lama lagi sikit, ahhh sudah dah rasa sakit ni. agaknya dah memang betul lah ni gigi berlubang.

lalu tadi, memang dengan semangat waja, pergi klinik gigi. check, check , betul lah gigi bongsu tak cukup space. kenapa sakit? sebab gigi tu nak tumbuh, tapi pressure pulak bila tak cukup ruang nak tumbuh. lalu, doctor tu ada bagi 2 choices;

1. nak operate kecik potong gusi sikit then allow gigi tu untuk tumbuh. tapi yang ni kena buat appoinment.
2. cabut gigi geraham yang sebelah dengan gigi bongsu tadi.

aku ni memang dah tak tahan sakit, pilih option nombor 2. pehhh, serius, serius, sakit. sampai sekarang pun sakit lagi. aku baru plan nak pakai braces. bila pakai braces nanti komfem komfem kena buang banyak gigi. tapi kalau dah cabut 1 gigi pun dah sakit macam ni, kena cabut banyak gigi? serius gua taknak. cancelllllllllll plan gua.


sudah lah, gigi denyut-denyut. tadi time dia bagi ubat tahan sakit, aku berlagak cakap dalam hati, 'eh, sakit ke? perlu ke ubat tahan sakit?'

ya, sekarang gua dah tau. memang sakit.






aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
:(



pssst : kalau anda, anda pilih option nombor berapa? patut ke tadi aku pilih opt. 2? aaaaaaaaaaaaaaaa

kenapa saya suka rumah saya?

i wanna write a longer one,
tapi the mood is not here yet.

cuma, alhamdulillah syukur,
sudah sampai di rumah untuk cuti semester yang selama 4 bulan.[memang tempoh terbaik untuk menternak lemak. :P]




bukan kah ini tersangat comel dan comel dan cute dan.... comelssss?

Jumaat, 22 April 2011

bila.

setelah berakhirnya paper subjek industrial ecology petang tadi, maka dengan ucap alhamdulillah penuh syukur, maka berakhirlah semester 4 yang dilihatnya sebagai agak banyak cabarannya, tapi serius wa cakap sama lu, menyeronokkan. cuma part exam adalah part yang tidak pernah seronok. lebih-lebih lagi final exam yang baru lepas ni. haih. (tak nak cakap pasal exam ni dulu. dah buat yang terbaik, walaupun memang lah susah like !@#$%% [hoi fatin, budak medic ngan engineering exam susah tak cakap pape pun.] fine!) <----- ok, itu dipanggil monolog dalaman yang agak down dan frust di situ.

secara keseluruhannya, untuk menghabiskan semester kali ni, banyak duit yang berhabis.

err. nak cerita lagi tapi malas, penat and all that. barang banyak tak kemas lagi. kali ni kena angkut semua barang bawak balik rumah sebab semester depan pindah kampus untuk fakulti kat tempat baruuu wuu wuuu wuu. tapi mata mengantuk. tapi nak belog. tapi otak tersekat kejap. tapi jari pun macam cramp. tapi tapi tapi, eee aku lempang jugak kanggg.

ok bye.


psssst : semoga pemeriksa a.k.a lecturer lembut hati dan bermurah hati waktu marking paper aku. amiiin...

Rabu, 20 April 2011

kacau bilau




Jangan menangis bertenanglah
Peganglah tangan ku dan digenggam erat
Ku melindungi mu dari apa yang datang
Berhentilah menangis
Tubuh kecil bertenaga
Dalam dakapan ku kau tenang dan lena
Pertalian kita takkan terputus
Berhentilah menangis

Kau di hati ku
Kau di hati ku
Hari ini dan selamanya
Kau di hati ku
Walau apa katanya
Kau di hati ku, Selamanya
Mengertilah apa yang kami rasa
Tak berkeyakinan walau apa yang dikatanya
Kami berbeza tapi di hati kami tiada apa yang berbeza

Kau di hati ku
Kau di hati ku
Hari ini dan selamanya
Jangan kau dengar mereka tak tahu
Saling memerlu saling membantu
Di suatu masa tahu
Destinasi tiba kau harus tabah (selama)
Ku tak bersama mu
Bersabarlah
Di suatu masa tahu buktikan bersama

Kau di hati ku
Yakin kau di hati ku
Di sini hari ini dan selamanya

Kau di hati ku (kau tetap di hati ku)
Walau apa katanya
Di sini.. oh.. kau di hati ku selamanya
Selamanya
Bersama mu (ku selalu bersama)
Pandanglah ke bahu mu (x3)
Selama-lamanya.. di sini mu selamanya.



nak update pasal lain actually. pasal moood yang lebih menggembirakan. tapi malangnya, dalam perjalanan mood yang gembira, tiba-tiba di persimpangan jalan, mood sedih tiba. tengah syok syok layan lagu korea ( sekarang dah gilaa korea dahhh. tak kisah lah kalau muka hensem bila angkat tangan fail pun sebab ketiak tu... errr.) tapi entah macam mana sekarang addict nak dengar lagu korea. lagi-lagi bila tengok dorang menarii. fuhh.

konon tengah duk syok dengar lagu (time ni guna gom), lepas tu terfikir, ishhh nak dengar banyak lagu lah. terus klik winamp. tapi pelik bila winamp keluar kat desktop, tapi tak jalan. tak keluar dekat tab kat bawah desktop. lepas tu sistem macam lambat. cursor nak gerak pun lambat. lalu jadi tension, lalu 2 3 kali jugak lah asyik duk shut down laptop lepas tu on balik. (ye, saya memang buta it. reti guna je, tapi tak tau yang lain-lain). lepas tu tanya senior kat chat facebook. aku ni ikut lah dia kata suruh uninstall winamp. tak kisah lah tu, tapi masalahnya sekarang, time aku tengah tanya lepas tu follow instruction dia tu, line wifiiii macam harrrrrr lepas tu bila line dah ok balik, dia dah offline. kekdahnya macam mana tu. instruction separuh jalan.

yang tu tak kisah la bila tak ada winamp pun sebab memang aku jarang pun nak guna winamp. masalahnya sekarang, banyak lagu tak boleh nak play sebab format lagu tu semua dalam winamp kot. haihhh.

pssst : gigi sakittttt. :(

pssst psssst : lusa last paper. fighting!

pssst pssst psssst : mood sekarang memang tengah kacau bilau.


ok bai.

Selasa, 19 April 2011

antara dugaannya, breast cancer..


kita takkan tau apa yang akan berlaku in future, lebih-lebih pasal kesihatan kita. hari ni kita sihat, esok lusa kita tak tau kita ni sihat ke tak. tapi harapnya sihat lah kan. sebab tu kita dari awal kena jaga makan minum, jaga kesihatan. cuma aku ni reti cakap, tapi tang nak amalkan tu fail lah sikit. sikit je kekdahnye? fine, kita(?? --> aku) selagi tak sakit samai tak larat nak bangun, selagi tu tak sedar. cuma time sakit tu ada lah jugak betobat sikit tak nak makan itu ini dah bila dah baik nanti. tak nak buat itu ini dah bila dah sembuh nanti. tapi kekdahnya, aku ni jenis yang errrr. nak cakap macam mana eh? comel kot. (??) bila dah baik, lupa dah tobat sebelum ni. contoh macam, sakit-sakit badan injured lepas sakit. kalau takat sakit time tu je paling lama pun seminggu tu tak apa lah jugak kalau lupa tobat lama pun, tapi ni kalau dari dulu sakit, lpas tu sekarang kalau lasak sikit pun dah sakit macam orang tua tapi still tak sedar diri nak jugak lasak-lasak, kekdahnya macam mana tu? 

mukaddimah macam nak promot ubat. ater, bukan ye. 
i've mentioned before pasal my mum was detected to have cancer. my feeling macam mana? usah ditanya. since that, tergapai-gapai lah jugak cari maklumat itu ini. tanya itu ini. tapi itulah, macam-macam pendapat yang ada. ada yang kata itu, ada yang kata ini. siapa yang nak cancer. sampai keliru nak ikut yang mana. nak sihat punya pasal, berpantang lah apa yang dilarang. and once u've known to have cancer, all u can do just redha and usaha and doa banyak-banyak. 
ada tanya doctor, ada tanya orang yang ikhtiarkan cara traditional, even tanya orang yang sakit cancer tu sendiri. 

bila tanya doctors and doctors-to-be, some said;
1. soalan: ada ke apa-apa pantang and also makanan yang dilarang untuk pesakit cancer?
    jawapan (a): kalau diikutkan tak ada. cuma makan makanan yang berkhasiat.
    jawapan (b): jangan makan tempe,air soya sebab soya yang menyumbang kepada  
                        aestrogen which berkemungkinan hormon tu antara penyebab cancer tu. banyakkan makan 
                        sayur and makanan berkhasiat.
    ada lagi, tapi lupa. 

2. pendapat yang diberi oleh orang yang bukan doctor, maksudnya kat sini umum ye. pesakit, relatives 
    kepada pesakit, orang yang berpengalaman and so on. 
    a) jangan makan makanan manis-manis, like gula-gula ke, chocolate ke, eskem ke, sebab katanya 
        makanan manis boleh aktifkan lagi cell cancer. banyakkan makan sayur hijau sebab sayur hijau pahit. 
        lobak pulak jangan makan terlalu banyak, sebab kolestrol tinggi (dalam kalangan jenis sayur) dan gula  
        tinggi. (sucrose like that. serius gua dah lupa biology. sekarang cuma tinggal biol. :P)*
        haaa, yang ini secara logik nya pun, kita yang sihat ni pun tak elok makan makanan yang manis-manis. 

    b) jangan makan makanan yang beminyak, makan banyak sayur dan buah. 

    c) jangan makan makanan yang berasid dan jangan tension. acid juga boleh nak aktifkan lagi cell tu. and 
        also, bila tension, your body tends to be more acidic than usual.* (anyone yang tau pasal ni? betul ke 
        tidak?)
        kita berbalik semula pada logik akal, (apa guna belajar falsafah ilmu beb kalau tak guna logik akal. 
        tibatiba) especially kepada pesakit kanser, or anyone yang ada pesakit lain, no tension-tension. mental 
        dan semangat kena kuat,(and i know my mum is a strong lady :') ) which means, bukan takat kena usaha 
        melalui makan ubat ke, berpantang ke, tapi also u've to fight by your own jugak. bila semangat lemah, 
        mental tak kuat, how nak lawan? macam mana nak betul kuat. nak fikir boleh, tapi jangan terlalu fikir 
       dan salahkan  takdir. (mungkin aku boleh lah nak cakap be strong and what so ever sebab aku tak kena. 
       tapi anak mana yang nak mak sendiri sakit. ingat anak pun tak affected ke apa? kat sini jugak, everyone 
       in family members kena work together. even now, i'm trying my best tau.)

   d) jangan undergo operation sebab maybe in future, the cell will come back. 
       haaaa. yang ni, aku tak tau. no komen, sebab banyak kemungkinan kat sini. mungkin orang tu tak berapa 
       suka nak pergi hospital. mungkin ada sejarah dengan hospital which made them to assume sedemikian. 
       mungkin ada ahli keluarga yang pernah mengalami peristiwa yang melibatkan pembedahan ke apa. kita 
       tak tau kan. sebab semua ni pun bukan atas kehendak kita. anything will happen. 

setakat ini yang aku ingat, itu lah setakat yang aku tau pasal pendapat dari orang-orang sekeliling. all in all, jaga pemakanan supaya makan makanan yang berkhasiat, kuatkan semangat supaya immunity badan pun kuat naturally. 
dan setakat ni, ibu consume;

1. daun 7 duri.
    tang ni, aku tak tau apa khaisat dia secara khusus. some says, boleh nak ubatkan cancer, ataupun slow 
   down the spread of the cells. maybe yes. selagi boleh ikhtiar dan tak memudaratkan, kita cuba. lagipun, dah 
   ramai yang try, dan most of them ada positive respond. kat tempat aku macam tu lah, tapi tak tau lah kat 
   tempat orang lain. dia ada daun, bunga, and also buah. daun dia, ibu makan macam ulam, and also rebus 
   dengan air then minum macam minum air masak biasa. buah dia, tumbuk-tumbuk, potong ke, then tampal 
   kat breast area yang bengkak. dah alhamdulillah, bengkak tu dah surut dan tak keras-keras dah. bunga dia 
   pun, ada yang makan, tapi i'm not sure lah pulak either ibu makan ke tak. rasanya tak. tapi some says, kalau 
   makan bunga dia, boleh maintain awet muda uuuuu. ni gambar pokok tu;




nampak kan duri dia?

2. usana health care punya produk specialize for cancer. (ye kot. sebab ini abang aku distributor dia. anyone 
    interested to know further, boleh contact ismail.) nak tau perkembangan setakat ni pun, still baru lagi kan. 
    tak tau nak cakap macam mana pasal perkembangannye macam mana. 

3. homeopathy punya ubat-ubatan
   haaa.. yang ni pun alhamdulillah ada lah bagi improvement jugak. sebab ibu at first dapat tau ada kanser pun 
   melalui kaedah ni jugak. insyaAllah, akan ikhtiar dengan kaedah ni jugak. 

4. bijik apricot b17.
    yang ini punya produk tau pun melalui sini lepas search punya search.  try la consult dengan kak nor. dah 
    beli and dapat pun. yang buat akan rasa like senang bila diskus dengan kak nor ni sebab dia ada cerita 
    pengalaman adik dia yang sebelum ni cancer tahap 4, tapi alhamdulillah lepas try b17 bijik aprikot, 
    sekarang bertambah ok. sekarang dah sihat sikit. (yeah, aku pelupa, terlupa cerita dia hari tu). tapi setakat 
    ni tengok feedback dan testimoni lain, nampak nye macam berkesan. tadi tengok jugak ada video yang 
   dekat facebook, katanya vitamin b17 lain jugak boleh dapat selain bijik aprikot, ada jugak dekat bijik 
   anggur, bijik epal, dan lain-lain jugak. 
   dan apa yang lebih buat rasa macam apa eh nak cakap.. emmm. abaikan perkataan itu, kita pergi kepada 
   alasan kepada perkataan yang menggambarkan perasaan itu; kak nor sertakan sekali buku doa, dan apa 
   nasihat dan seangkatan apa yang pernah dilalui oleh adik dia dulu sebab waktu adik dia sakit before, kak 
   nor ni yang jaga. 

these videos are related to biji aprikot b17 tadi. 



yang penting, jangan lupa berdoa pada Allah. dugaan yang datang ni ada hikmahnya. dan, bukankah penyakit yang datang itu penghapus dosa-dosa kecil?. 
dan sesungguhnya, Allah sentiasa bersama kita, bersama orang-orang yang sabar. :) dan sesungguhnya Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. 

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia"."  ~ surah Yaasiin, ayat 82.

"Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia". "~ surah al Mu'min, ayat 68.

itu je kot buat masa ni. enyone yang reading this, doakan sekali untuk ibu so that cepat sembuh. amiin. :')

thank u. 

pssst : anyone yang nak tambah, nak share, dipersilakan sangat. or anything yang nak diperbetulkan, dialu-alukan dan sangat diperlukan. 

pssst psssst : ni yang tak suka gap untuk next paper jauh sangat ni, mood nak study pun dah kurang. duduk bilik asyik mengadap laptop. esok wajib pergi library!


Sabtu, 16 April 2011

nikmat.

orang kata nikmat dunia, tapi tak salah kalau benda yang baik tu kita kongsi ramai-ramai.
dan bukankah ini nikmat bila dapat rezeki ini?



pssst : dah agak dah perut mesti buat hal punya. T.T

Khamis, 14 April 2011

quotes of the day.

"School is like riding a roller coaster, when it started you want to stop, but when its stopped, you want to start it again."

"When you fall, get back up again. Don't let people know you are down because some people like seeing you fall."

"Everyone comes into your life for a reason; some good, some bad. They shape, form and break us. But in the end, they make us who we are."

"Sometimes being nice isn't always the best thing because everyone knows that it's so easy to hurt nice people."

"Don’t rush into love. Because even in fairytales the happy ending takes place on the last page."


hambikkk. letak banyak sekali gus. best baca quotes sebab kadang-kadang inpiring, kadang-kadang memotivasikan kadang-kadang betul jugak, kadang-kadang sentap sendiri. aaaaaaaaaaaaa. 

taknak cakap pasal exam paper yang dah lepas atau nanti runsing sendiri. fikir itu ini kang ada yang tak boleh nak study lebih. ingat lagi dulu, pengalaman ni. dan pengajaran jugak supaya lepas exam jangan check jawapan, even tak payah nak bincang-bincang. lepas je kejadian tu dulu, lepas exam aku avoid untuk check jawapan. apa yang lepas, lepas lah. kiranya dah jawab yang terbaik, dah usaha, dah kerahkan tenaga dan akal betul-betul, dah goreng sampai hangit. errrr. lepas tu doa tawakal. apa yang dapat lepas tu, kalau puas kan hati sendiri ke, tak puas hati ke, nasib lah. kira nya kau dah tahu kemampuan kau, usaha kau takat mana. the more u work for it, the more u get. tapi kat sini, para-para genius dikecualikan. aku genius jugak, tapi genius takat nama kat email je la. kehkeh

ok sambung balik. 

ingatt lagi, lepas paper bahasa melayu time pmr dulu. semangat waja kata. sampai sebelum jawab soalan lupa baca arahan. konon lepas jawab tu konfiden habisss. tiba-tiba bincang-bincang dengan kawan, baru tau yang bahagian A untuk BM penulisan tu kena buat karangan tak lebih dari 1++ perkataan. aku ni kan eksaited terlajak, sampai lupa yang part tu kena buat less than 1++ perkataan tu. aku apa lagi, meraung gilaaa. call ibu nangis-nangis. time tu kan dah tinggal kat asrama, lagi-lagi kat sekolah tu semua budak pandai-pandai mana tak tambah tensionnn lagi. lagi-lagi bila fikir nanti aku sorang je yang slack result BM. gelabahh gila kan sampai nangis-nangis teruk jugak laaa sebenarnya. dah la itu first paper. nasib esok nya dah lupa pasal kes paper BM tu. kalau takkk, kekdahnya memang naya. 
tapi alhamdulillah, time tu dapat 8A. itu pun tak sangka sebab dah memang tak target punnn.. 

even sampai sekarang, kalau boleh aku elak untuk check jawapan, aku elak. kalau check jawapan pun, bukan boleh mintak kertas jawapan dengan lecturer betulkan balik jawapan punnnn. mengganggu perasaan ada lah. better fokus untuk next paper. yang dah lepas, let it go. ye tak?

pengajaran kat sini;

1. baca arahan sebelum jawab.
2. jangan bincang lepas jawab. 
3. dan yang penting, time jawab, jawab betul-betul. kalau boleh elakkan tinggal jawapan kosong, mana tau kot-kot ada rezeki pemeriksa murah hati. *tiba-tiba*

baiklah, itu sahaja daripada prof hari ini. class ends. *ada ciri tak? ngaaaaaaaa*




psssst : tak suka gila PMS kali ni. grrrrrrrrrrrrrrrrrr



just 2 more, baby.

dan setelah berhempas pulas culas, maka setel paper untuk minggu ni. tinggal minggu depan je lagi, lepas tuuuuu____________________. (sila isi tempat kosong berikut dan jelaskan. zzzzzzzzzzzzzz)



tadi tiba-tiba rasa nak tengok video ni. video time form 5 dulu. rindu tiba-tiba. T_T
tapi serius, dulu form 5 rasa macam gemuk. yeah, itu sudah pasti. dan tembam juga.


errr, sudah lah nak tido. hilangkan tension jawab soalan tadi. zzzzzzzzzzzzzz

Selasa, 12 April 2011

2 down, 4 to go.

setelah dua hari berlalu maka dua paper telah tumbang. tumbang dalam medan peperangan katanya. tapi yang tumbang tu mungkinkah papaer tersebut atau haku-sebab-soalan-susahhhhhhhh?
baiklah kita abaikan yang terlah berlalu. usaha sudah, jawab sudah. cuma kini hanya mampu berdoa dan bertawakal untuk paper subjek yang telah lepas. 

1. german
tiba-tiba rasa macam tinggal kat german waktu jawab paper german semalam sebab banyak jugak sebenarnya word yang tak faham maksud. lagi-lagi bila soalan suruh letakkan jantina kepada nouns yang telah diberikan dan buat juga dalam bentuk plural forms. adatlah ada yang boleh jawab ada yang tak boleh jawab. tapi semalam boleh kata first time dalam pengalaman exam lah keluar awal dari dewan. sebab sebelum ni, walau macam mana susah pun exam, aku akan stay jugak sampai habis waktu. mungkin dalam waktu tu boleh nak goreng-goreng lagi ke. tapi kekdahnya, kalau subjek bahasa asing, kalau kau dah stuck tak tau maksud ke apa, nak goreng pun tak boleh sebab kau nak goreng dalam bahasa apa lagi??
tapi sebenarnya belajar german ni best jugak. satu, sebab tak perlu nak hafal word baru sebab guna tulisan rumi abc ni jugak. dua, bunyi dia kadang-kadang kau boleh teka sebab lebih kurang macam english, cuma lebih baku. tiga, mana tau nanti-nanti calon suami orang german, boleh cakap ich liebe dich selalu. errr. empat, perkataan dia ada macam makanan. contoh: langsam. langsam macam nama laksam kalau sekali dengar, bukan? tapi malangnya, nama nya tak seindah rupa kerana langsam itu bukan laksam maksudnya, tapi lampi.

2. falsafah ilmu.
falsafah ilmu ni lebih kurang macam sejarah jugak kadang-kadang. lepas tu penggunaan bahasa dia pun boleh tahan lenggok, sampai baca pun kepala ikut terlenggok-lenggok sama tahan mengantuk. nak minum nescafe, kang muntah lagi. haa cane? kalau sekolah dulu, sejarah adalah antara subjek yang aku susah nak catch up. buku dah berseri dah penuh highlight warna kuning pink hijau, tapi stillllllll dapat C. nasib waktu pmr dengan spm dapat A. hehhh

dan lusa dan hari seterusnya akan dilalui dengan subjek yang agak mencabar. 

dan antara salah satu cabarannya sebelum jawab paper park management terutamanya, nanti dalam exam nak jawab apa? 

sebab blur lah maka sekarang, kau-sedarlah-diri-fatin-study-lah-exam-belum-habis-hoi!


fineeee. 



psssst : unpredictable. 
bukankah ini antara pengalaman yang mengujakan, menarik, menyeronokkan dan me me yang lain?
oh, btw, this 'carrie junior' named Mawar. later later i tell u about elephants yang comel, serius comel macam carie junior. :)


pssst pssst : spek dari hari tu belum jumpa lagi.... :'(

Ahad, 10 April 2011

entschuldigung, wie geht es ihnen?

maka hari ini, bermula lah peperangan antara pen, pensel dan kertas. 
perasaan cuak tu belum tiba lagi, mungkin nanti akan sampai bila dah nak masuk exam hall. errrr.
hari ni puanya paper will be starting with german language. 

dan akan diakhiri dengan paper industrial ecology, 21hb april. 

semoga perjalanan sehingga 21hb ni dipermudahkan olehNya. :')




psssst : spek tak jumpa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. :'(

Sabtu, 9 April 2011

disturbed.

sepatutnya sekarang adalah waktu study. semakin lama, semakin terasa bahang final exam. tak tau kenapa kali ni, feeling nak exam ni lain macam tak boleh nak describe macam mana. biarlah just remain deep in there, dalam hati. *poyo*
entry tajuk disturbed bukan sebab nak aplikasikan apa yang dah belajar setakat ni dalam subjek wildlife dan park management yang bilamana habitat of the animals disturbed dengan aktiviti kita-kita manusia ini untuk tujuan development dan sebagainya secara automatiknya akan mendorong untuk berlakunya kepupusan untuk spesis tersebut, lebih-lebih lagi bila spesis itu terlalu sensitif dengan keadaan sekeliling. contoh macam; microorganisms boleh dengan mudahnya terganggu bila berlaku perubahan climate, pH etc. cuma certain je lah, kita kena tengok jugak characteristics dia macam mana. paham tak setakat ni? (ok fine memang aku tulis ni sebenarnya nak mengajar. :P)

tapi sebenarnya bukan tu yang diperkatakan sebab sebenarnya nak cakap pasal mood hari ni terganggu dengan beberapa perkara yang berlaku secara tak terjangka. ater, kalau dah dijangka kaedahnya, idok ler tiba-tiba mood pun rasa macam nak makan budaakkkk. ok tak.

1. spek lupa letak kat mana.
petang tadi tiba-tia ter-rajin turun main nestball+basketball. tak ada lah basketball mana, sebab main pun kat tempat netball. main pun tak semnenggah mana sebab saje je main-main jek nak release tension keluarkan peluh dan aktifkan sikit cell cell yang dah kaku sikit. balik bilik, mandi cepat-cepat untuk siap siap pergi makan. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii........... aku lupa mana spek aku pergi. nak pakai contact lens, tapi malasss. aku rasa aku dah letak kat atas katil sebelum pergi mandi, tapi lepass tuuu, man spek? mana spekkkkkkkkkkkkkkkkk............. spek still baru lagiiiii. haih. dan ini lah yang mula menggangu lagi mood. grrrrr

2. setelah sepanjang hari waktu siang tidak makan makanan berat dek kerana dah makan roti dan macam-macam lagi makanan ringan yang dimakan secara pukal lalu kadang-kadang rasa kenyang lah pulak, jadi tiba-tiba lepas main netball-gelakgelak petang tadi, rasa macam erghhh lapar. sebenarnya sebelum tu dah start rasa lapar. cuma sebelum tu boleh tertahan lagi. tak kisahlah kalau sebelum tu rasa lapar ke tidak ke, sebab persoalan kat sini, bila nya aku rasa tak lapar? like !@#$%^ makan kuat gila gila gila sekarangg. grrrrrr. oh sambung cerita, lepas maghrib sesudah salam kedua, terus siap-siap ke kafe, dengan harapan dapat makan chicken chop rm5.50 bersama air carrot susu yang menyelerakan lah. tapi malangnya, setelah habis air satu gelas besarlah jugak, chicken chop tak sampai-sampai lagi. berbekalkan perasaan yang agak berbeku sebab air yang diperoleh tak seperti yang dijangka, hati dah panas ni mana makanan tak sampai-sampai lagi. yang lain punya makanan pun dah sampai, gua lapar ni der. beberapa minit selepas beku di dalam hati, sampailah makanan yang dah lama rasa macam nak makan. paham lah kan keadaannya bilamana kau dah lamaaa rasa macam nak makan tu, macam mana excitednya kau nak makan makanan tu.
tapi sayangnya, kuah tak rasa. ada lah rasa blackpaper., tapiiiiiiiiiiiiiiiii.............................
iye lah kan, u might say, what do u expect from nice-test chicken chop with only u pay rm5.50. memang laaa... tapi kafe sebelum ni harga sama, tapi sedaaapppp jek. nasib baik kafe tu dah tutup. kalau takkkkk. habis duir gua.
well, to tell u the truth, kalau bab-bab makanan ni, memang aku senang nak naik hottt lebih-lebih lagi bila time tu tengah lapar lapar lapar.!

3.balik bilik, dorang dah siap masak sup sayur. sampai-sampai terus makan sup sayur. paham lah kannn bila kita nak sangat makan something, lepas tu tak puas sebab ada something wrong. rasa tak macam aku rasa time tu? kenyang tapi still rasa nak makan. makan-makan, tiba-tiba rasa macam tawar lah pulak, then aku tambah la garam sikit. nasib baik dorang tinggalkan amount yang cukup untuk aku lah kan. dah tu sebab masin sangat, tiba-tiba tak selera nak makan lagi. my bad. sudahnya roommate aku yang habiskan sup tu siap batuk batuk lagi sebab masin. hahhhh. sorry kak.. hihihihi. so pengajarannya adik-adik, jangan masak waktu hati sedang tidak ikhlas. kalau malas masak, marah lah sebelum masak, nanti otometik hati tak ikhlas, kemudian, kalau memang malas nak masak hari-hari, marah lah hari hari lepas tu muka pun cepat kedut. haaa mana kau nak? malas masak ke muka cepat kedutt? (fatin lepas ni sila rajin masak. hehh)

4. mintak roommate belikan teh ais. sebab rasa macam nakkkk sangat minum air teh ais. sebab dah lamaaa tak minum teh ais. beberapa minit selepas tunggu, tiba-tiba yey zaty dah balik! tiba-tiba bukak bukak, ini teh o aissss!! tapi time dah redho lah lepas bagi orang makan sup masin. hikssss. ini pun dah kali kedua order teh ais dapat teh o ais. fine, hari ni banyak dugaan. bukan hari, tapi malam. iskk.

tak kisah lah sebab sekarang dah okk pun lepas jiran bilik sebelah bawak makanan dari rumah dia masak sendiri pehhh sedap gila gua cakap sama lu. terima kasih terima kasih terima kasih. :')

maka dengan itu, tibalah masa untuk saya tidur sambil menghafal notes german. kihkih



pssssst : spek mana spekkkkk??

pssst pssst : hadiah apa yang sesai untuk birthday?

Khamis, 7 April 2011

Resipi: mi goreng tomyam special, khusus untuk yang tinggal di hostel.

salah satu cara untuk hilangkan bosan asyik makan yang sama kat luar, dan juga pening fikir nak order apa setiap kali keluar makan sebab semua dah bosan, dan juga tak lupa juga sebab yang paling penting yang mana biasanya berlaku tiap kali hujung sem, POKAI, adalah dengan cara;

1. makan roti sahaja untuk seminggu. satu bingkus roti untuk satu minggu. 
2. makan biskut sahaja untuk seminggu. satu bungkus besar biskut untuk satu minggu. 

tapi sebenarnya bukan itu yang ingin disampaikan, silap-silap hari bulan boleh terkena gastrik pula. 

ini ada penyelesainnya! (haha, ok dah boleh masuk iklan sekarang. :P)
tak susah, asalkan rajin dan bersemangat. itu yang penting. mudah sahaja, tak susah. 

cari kawan-kawan yang juga ingin berjimat, kumpul duit untuk menghasilkan ini;

dah half makan, baru nak snap gambar. 
sedap sangat sampai terlupa nak snap awal-awal. :P

dalam ni memang lah nampak macam kurang berselera. bukan DiSeLaR kata.. kamera hp cabuk biasa je. tapi itu tak penting, yang penting sedap. dan daripada kau makan megi yang susah nak hadam, baik makan mi kan? dan yang penting, kos tak mahal pun. ni share 4 orang pun just bayar rm2.80 je sorang. kenyang tu tak payah cakap lah, 2 kali makan pun rasa macam tak luak. dari petang, sampai malam baru habis. jimat gila sebab banyak banyak banyak! tapi sila pastikan kau ada cooker. itu yang penting. kalau tak, celah mana nak masakkan. errrr. 

dipendekkan cerita, ini dia bahan-bahannya;

1. satu bungkus mee kuning.
2. bawang merah, bawang putih.
3. satu perencah tomyam adabi.
4. garam, cili boh, secukup rasa (suka hati kau lah yang kau rasa sedap.)
5. bebola/sosej/isi keta/suka hati

cara buat:
1. tumis bawang macam biasa agak-agak sampai dah naik bau.
2. letakkan cili boh dan perencah tomyam. biar kan je sampai dah rasa masak sikit. 
3. letakkan bebola/cucuk-cucuk thingy tu sampai empuk sikit. masukkan lah air sikit supaya tak kering sangat.
4. last but not least, masukkan mee dan secukup rasa. 

kacau sampai rata. tak lama lepas tu. siap.
tapi serius, rasa macam berbaloi. 
sebab;

1. kadang-kadang makan kat kedai rasa tak cukup nak-nak time lapar. 
2. kadang-kadang hangin jugak sebab pergi kedai tunggu punyaa lah lama tapi dapat order salah.
3. kadang-kadang rasa teraniaya sebab kejap kejap harga makanan kat kedai tu murah, kejap kejap mahal. padahal makanan yang sama je punnnnnn. 
4. kadang-kadang malas nak keluar cari makanan. itu yang penting.

eh, rasanya masakan tadi dah siap. 

jom makan!

untuk orang yang terer masak, mungkin mi goreng tak semenggah ni nampak tak menyelerakan. atau mungkin jugak salah gambar ni sebab nampak tak menyelerakan. tapi untuk orang yang sedang pokai macam aku di hujung sem, yang cepat bosan nak makan apa, yang konon nak jimat masa untuk study so tak nak keluar makan, ini sangaaaat sedap. dan for sure lah benda alah mi goreng ni sangat menyelerakan dekat hostel, kalau dekat rumah, tiada apa yang lebih menyelerakan selain masakan ibu. :')

sekali makan rasa mi goreng tomyam, dua kali makan rasa nak tambah lagi. :P

tulat dah start exam week. 
mintak-mintak dapat jawab dengan baik. amiin.. :)


pssst : tak nak minum nescafe lagi!


Selasa, 5 April 2011

pengajaran hari ini

niat di hati, balik uni awal-awal sebab nak study. tapi manusia hanya merancang. tiba-tiba balik sini, sakit. tak ada lah sakit teruk sampai terlantar 24 jam. tapi buat diri jadi tak selesa lah. first first sampai hari tu dah rasa ta sedap badan. dalam bas dah rasa mabuk-mabuk, nak muntah tapi tahan. sampai stesen bas, ingatkan dah ok, lepas tu ada la pergi jalan-jalan kejap. tup tup sampai bilik, muntah.

fine.

lepas tu je, tiap kali makan, rasa nak muntah. abaikan je lah. selagi boleh tahan muntah, tahan.

semalam, pagi-pagi dah minum nescafe. waktu perut tengah kosong. dah tu, akibatnya, perut masuk angin lagi. kali ni memang dah tak tahan, makan je, muntah, makan je muntah. like tekak aku ni memang untuk muntah je ke ape? hehhh

kaedahnya, hari ni baru nak start study. semalam pun sempat study habiskan satu chapter. wth baru 1 chapter?? tapi ok lah sebab kepala pusing, daripada tak boleh nak fokus bazirkan masa ulang ayat yang sama tapi tak masuk masuk, baik rehat. ye tak?

dah lamaaa kot tak kena perut masuk angin macam sekarang. last time kena waktu semester lepas kot. aku pun dah lupa semester bila. biasanya, akan kena macam ni bila dah lama tak minum nescafe, lepas tu start minum balik. akan jadi lah kadaan macam ni. lepas tu, ada lah insaf sekejap, cakap tak nak minum lah apa lah, tapi lama-lama minum jugak.

eh, apa pengajarannye?

pengajarannya, kalau dah rasa tak boleh nak minum nescafe, jangan nak gatal-gatal p teguk nescafe tu. nak-nak time perut kosong.

so far, aku just mampu minum air panas, mandi air panas, sapu minyak panas supaya angin keluar. memang dah HOT pun sekaranggg... ngehhhh



psssst : kalau nak kurus pun, tak nak cara yang macam ni. seksa gilaaa. tapi, time kita sakit, dosa-dosa kecil terhapus. kena sabar. SABAR!

Isnin, 4 April 2011

tahniah abang sam.

pehh, dan dan abang sam. hik hik.
tahniah lah shaheizy sam. boleh lah kita share hadiah sama-sama. u love me so strong kan? :P


awal-awal abph macam biasa je. tapi tiba-tiba jadi best bila abu dengan anak sedara pak jabit keluar. haha. satu dewan angkat tangan ramai-ramai. tapi aku tak lah, tengok macam biasa je.
tang paling lawak bila, aku tengok part-part akhir time dorang nak announce bintang paling popular tu dekat bilik farah. dah habis semua tu, tiba-tiba dengan yakin farah cakap,

farah : aku nak try drag benda alah ni, tengok kita boleh tengok balik tak part yang sebelum ni.
aku : eh, tu bukan volume ke??
farah : ...

kah kah. tak boleh lah nak tahan-tahan gelak. gelak kat situ jugak. apa lu hingat benda alah ni sama macam gom yang lu tengok movie tu ke boleh nak forward ke backward ke apa. haha. sila cuba lagi ye farah.

nota : farah bukan nama sebenar.

psssst : nasib baik esok cancel pertandingan catur bestari. jimat masa. yang penting jimat duit rm10. dah boleh  cover makan untuk 2 hari. yeah yeah!

Ahad, 3 April 2011

sepatutnya malam ni nak siapkan kerja yang lagi sikiiiiiit je. tapi baru teringat oh malam ni ada ABPH. dah alang-alang mata mengantuk sebab tadi makan nasik lauk ikan patin masak tempoyak farah bawak balik dari pahang, pehhh, layan gila makan nasik tak hingat gua cakap sama lu. sepatutnya sekarang tengah berdiet, tapi apakan daya. tak boleh nak dihalang rasa nak makan tu. nampaknya lepas ni kena google lagi tips untuk mengawal makan yang berkesan. yang tak berkesan sangat tu boleh tolak tepi. (eh, nak salahkan tips pulak padahal diri tak sendiri tak berdisiplin tak boleh nak control makan)

seperti yang telah tertulis pada entry yang lepas lepas, aku tengah study week. nama je minggu belajar, tapi belum start belajar lagi sebab, fokus sekarang nak siapkan kerja malam niiii jugak! at least malam ni dah boleh start belajar jugak! (tanda seru tu maksudnya semangat waja habiss!)
ok kita rehatkan minda sekejap. sambil buat keje, sambil dengar tengok live abph kat tv3.my. dengar je, tengok tu jarang, tengok time anugerah yang ada je. tak tengok time iklan. (apa beza??)
eh, tadi cakap pasal study week. oh tunggang langgang sungguh. ok kembali pada ayat study week tadi. sebab sekarang study week, boleh kata ramai lah jugak yang balik. sampaikan tiba-tiba malam ni boleh tengok live abph kat tv3.my. kalau tak, pukul 2, 3 pagi kangg baru boleh nak online guna wifiii. kagum tak kagum tak?

oh, dah lah. nak pergi latihan catur bestari kejap, esok ada pertandingan.
ok bye.

telan.

makin lama, makin rasa nak tukar pakai maxis ke, digi ke sekarang ni, instead of celcom prepaid.
mana gua tak bengang, topup rm10, tak guna pun, tiba-tiba check baki tinggal rm2 lebih-lebih sikit. itu kira ok lagi. kadang-kadang topup rm5, check balik semula tengok balance tinggal berapa posen jek. jadahnya aku tak guna tapi tiba-tiba kredit berkurang.
tahun lepas, aku pernah lah jugak kena macam ni. lepas tu terus call celcom service tanya kenapa jadik macam ni even tak guna pun padahal. dorang jawab itu berlaku sebab sistem ke apa ke benda entah, aku pun dah lupa. sebab jenis aku, marah sekejap, nanti dah elok, terus lupa. lepas tu ada lah tak berlaku kejadian tu, tapi lately tiba-tiba makin menjadi-jadi pulak. sebab tu sekarang, aku dah jarang nak topup. sebab fedap asyik kdit kena telan tak  sudah-sudah. so faham-faham lah kalau mesej tak berbalas ke, call tiba-tiba putus ke. sadis sungguh.

ye lah kan. duit yang aku ada ni memang untuk topup je pun. asal ada duit je, topup, asal ada duit je topup. lepas tu memang ternanti-nantiii sangat supaya kdit kena telan supaya nanti aku boleh topup lagi. *mata ke atas, tangan ke dada*
ni lah kekdahnya yang dikatakan yang miskin makin papa, yang kaya makin kaya.

hehhh.