Sabtu, 30 April 2011

italian masquerade full part.

kesinambungan dari entry ini, saje je nak buat suspen. errr, masalahnya, suspen ke? :P

entry ni should be published lama dulu, sepatutnya. ater, gua bz ok time tengah semester tu. field trip itu, assignment ini. padah buat kerja last minit, memang kalut. jadi, adik-adik, sila lah jangan mencontohi kakak kau ini (tak ada lah kakak pun, muka still baby face. :P)
cara aku, senang nak rasa bersalah kalau buat kerja lain dalam masa yang sepatutnya aku siapkan kerja lain. err, faham tak? tak kisah lah macam mana, dipendekkan ayat tadi, hati aku kadang-kadang hati puding, pejal tapi cepat rasa bersalah. (tapi puding pejal sangat ke? errr)



play this video first. jangan risau, ini bukan video luc** dato' sri anwar yang digembar gemburkan itu. koserrr gua nak layan.

amacam bact? dapat tak hint gua yang tadi sebenarnya? cuba pause yang dekat timeline 2:23. ngeeeee. gua malas nak kata apa, welll~

it was one of the sweet moments yang aku lalui sepanjang semester 4. remember i told u in this entry, pasal semester 4 antara semester yang paling banyak kenangan (so, here u go, one of the moments that i'll share with u). lagi banyak kenangan yang aku lalui waktu semester 2, walaupun time semester 2 aku ada kenangan abadi memang first time ever in my life, aku tertumbuk orang time dalam game. opsss, agak-agak ada tak orang nak masuk meminang aku bila aku confess ni?? haih. my bad.

aku cedera dalam game,
aku jatuh time match basketball,
bukan kerana nama.
waima, i'm not looking for this award at all.
sebab aku join those games,
because i love to take part in sports.


serius, aku tak sangka untuk dapat award ni. yeah, ramai kott yang terer. apakah sebab parut yang ada ini, maka parut ini membawa tuah? (maka adik-adik, sila lah tinggalkan parut di mana-mana time bersukan. :P) ok tak. gurau je. ngeee.

errr, tiba-tiba malas nak taip. jom lah kita layan gambar je. sebab kadang-kadang gambar pun boleh bercerita pot pet pot pet, tahu??

u see the parut? itu bukan jerawat ye. itu parut.
aku dah banyak kali pergi jumpa doktor, and dia kata parut tu takkan hilang sepenuhnya, sebab waktu luka kan tercucuk gigi. jadi parut dia macam lain sikit kulit dia even warna almost sama macam kulit biasa.



 serius suka gilaa gambar candid macam ni. :)











thank u so much anna sebab;
kau tau pasal ni sebab tu tanya aku macam-macam sebab dorang suruh untuk butir peribadi aku. 
kau jadi perunding imej, kau kata baju ni nampak sweet la sampai  aku tak jadi nak jual baju ni. 
terima kasih jugak sebab selama 4 semester ni kau kawan dengan aku, aku tau kadang-kadang bila mood swing aku datang, kaedah dia macam nak mintak pelempang, tapi kau tak lempang aku. 
aku injured darah-darah, aku tak sihat muntah-muntah, kau teman aku pergi klinik, etc.
and also, 
terima kasih banyak-banyak zaty sebab selalu jadi tukang urut aku. 
selalu kasi chance aku pau makanan kau.
terima kasih sebab still nak jadik roommate aku even kat jeli nanti.
terima kasih sebab layan je mood aku kadang-kadang swing.
terima kasih sebab jaga aku time aku masuk wad dulu, and teman pergi klinik. etc.

terima kasih kepada kawan-kawan yang lain jugak. :')
eh, sepatutnya entry ni pasal masquerade night je. :P
oh, btw, both zaty and anna are still single. suka lah tu, suka lah tuuuuuuuu. 


terima kasih sebab calonkan aku untuk award ni, dan menang sekali. :')


pssst : tetiba time malam tu aku reti make up okk. make up pun sendiri. vangga. :P

pssst pssst : baru dapat tau kawan time sekolah rendah dulu excident, dia naik motor langgar lori. semoga cepat-cepat sembuh der. kalau tak ada apa-apa halangan, esok gua pergi lawat lu. 
 

ok, sekian sahaja entry banyak gambar daripada biasa dari saya. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan