Isnin, 25 April 2011

kenangan.

sebenarnya, banyakkk yang aku nak tulis, nak coretkan kat sini to make the stories remain as memories. nanti dah beranak pinak, dah tua, even kalau aku dah tak ada. kenangan still ada. :)

sekarang dah start cuti semester. banyak yang nak kena re-arrange. nak nak bila cuti semester ni lama sangat. 4 bulan kot. even cuti time SPM dulu lagi lama, tapi consider lah sikit kalau nak dibandingkan dengan sekarang. kalau dulu, banyak yang tak perlu kena fikir sangat. to compare dengan sekarang, banyak benda nak kena fikir, banyak benda nak kena uruskan. tapi tak pe, aku suka nak kena lalui benda ni semua. lagipun, bukankah bila kita makin dewasa, maka akan jadi makin cantik. errr, ok fine, tak. makin banyak tanggungjawab.

ok, maka kita berbalik pada kenangan. pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. padahal rasa macam baru je daftar masuk uni, tapi tup tup, sekarang dah semester 4. tinggal lagi 2 taun, maka boleh grad. (insyaAllah, mintak-mintak tak ada yang sangkut, grad ikut masa. amiin)
tapi serius, semester 4 antara semester yang paling fun walaupun banyak duit keluar macam airrrrrrrrrr. fuhhh.
belanjawan untuk semester 4 macam jenuh la jugak kena fikir mana nak korek duit. padahal, untuk certain things boleh je jimat duit, tapi kan aku dasar yang suka cari penyakit, nah kau, berapa kali mau kena pergi klinikk daaa...

tak tau lah apa nasib semester ni, aku rasa doctor umk ke, doctor klinik yang dekat tu ke, dah cam kot muka aku ni.

1. jatuh main basketball.
yang nii, memang tak boleh nak lupa, lagi-lagi bila parut kekal ada. memang memori habiss. refer to these entries, fatin cantik1, fatin cantik2, fatin cantik3, fatin cantik4, fatin cantik5, fatin cantik6, dan fatin cantik7. (7 kali kau doakan aku cantik? aminnn... :P)
tapi tak ada lah aku tension sangat dengan luka tu, mungkin parut dia sekarang tak nampak sangat kot. cuba kalau sebelah pipi yang luka? eeeeee. mintak dijauhkan. nauzubillah. cuma sebab luka tu tertembus gigi, jadi parut dia memang takkan hilang. parut dia jadi macam gelembung sikiiiiiit je, jadi macam parut orang yang patah tangan tuu. haa, gituu.

2. mata kena infection
haa, time ni memang aku gelabah like !@#$%. first time okkk kena infection pakai contact lens. sebab time tu dah over limit kot pakai dari pukul 8pagi sebelum pergi kelas, bukak dah pukul1 pagi jugak. gilaa tak. (jangan tiru aksi itu.) nasib baik mata merah je, tak ada gatal-gatal ke apa. tapi stilllllllllllll, mata kotttt. if anything happen kat mata kau, siapa nak jawabbbb. tak pasal-pasal contact lens yang baru je pakai 2 minggu kena buang macam tu je, sebab doktor tu kata, better untuk precautions, takut infections tu datang dari lens tu ke, better buang lens tu, pakai lens baru. tapi make sure, puasakan mata anda dari memakai contact lens untuk seminggu atau lebih.

3. kutu babi
ini pengalaman yang paling best tapi hazab jugak lahhh. tak pernah pernah terfikir nak kena kutu babi time masuk hutan, tup tup tiba-tiba kena. padahal, perkara yang pertama sekali aku fikir sebelum masuk hutan adalah pacat. pacat ye. tapi since dah kena kutu babi, aku dah konfiden dengan diri sendiri yang aku lagi prefer kena pacat daripada kena kutu babi. nak cari satu hal, nak tahan gatal satu hal, nak hadap parut-parut bintik-bintik macam kena chicken pox ni pun berhal-halll.
kalau kena kutu babi yang sekor tu tak pe lagi, ni kalau dah kekdahnya kat perut banyak, kat peha banyak, kat lengan banyak, lagi mana lagi. padahal pakai baju memang sedaya upaya tutup semua takut pacat lompat masuk tu, tup tup kutu babi yang masuk. even dah dua bulan, sampai sekarang still rasa gatal-gatal dia okk. bak kata coursemate aku, 'no wonder monkeys garu-garu perut dorang macam ni (sambil garu perut dia)'

4. injured kaki
yang ini pun satu hal lagi. aku, kalau tang sukan ni, memang nampak macam ta ksayang diri sendiri. asal larat je, bantai join game. kaedahnya feeling olimpik. angan-angan semataa. tak pe, at least, badan keluar peluh sihat dan kuat! :P

setakat ni ini je yang mampu di-list kan. yang lain-lain hal orang perempuan, orang laki apa tau? (tetiba emo.)

next, bajet untuk field trip sem ni pun macam dah tercungap jugak. tapi takpe, serius pengalaman pergi field trip, memang best gila. nak-nak waktu pergi gunung stong hari tu. aaaaaaaaaaaa, tiba-tiba rindu. T_T

later will story pasal gunung stong. siapa-siapa yang sukakan aktiviti lasak, panjat-panjat gunung, love environment, should go ke gunung stong. :)


psssst : alhamdulillah... :)

Tiada ulasan: