Selasa, 19 April 2011

antara dugaannya, breast cancer..


kita takkan tau apa yang akan berlaku in future, lebih-lebih pasal kesihatan kita. hari ni kita sihat, esok lusa kita tak tau kita ni sihat ke tak. tapi harapnya sihat lah kan. sebab tu kita dari awal kena jaga makan minum, jaga kesihatan. cuma aku ni reti cakap, tapi tang nak amalkan tu fail lah sikit. sikit je kekdahnye? fine, kita(?? --> aku) selagi tak sakit samai tak larat nak bangun, selagi tu tak sedar. cuma time sakit tu ada lah jugak betobat sikit tak nak makan itu ini dah bila dah baik nanti. tak nak buat itu ini dah bila dah sembuh nanti. tapi kekdahnya, aku ni jenis yang errrr. nak cakap macam mana eh? comel kot. (??) bila dah baik, lupa dah tobat sebelum ni. contoh macam, sakit-sakit badan injured lepas sakit. kalau takat sakit time tu je paling lama pun seminggu tu tak apa lah jugak kalau lupa tobat lama pun, tapi ni kalau dari dulu sakit, lpas tu sekarang kalau lasak sikit pun dah sakit macam orang tua tapi still tak sedar diri nak jugak lasak-lasak, kekdahnya macam mana tu? 

mukaddimah macam nak promot ubat. ater, bukan ye. 
i've mentioned before pasal my mum was detected to have cancer. my feeling macam mana? usah ditanya. since that, tergapai-gapai lah jugak cari maklumat itu ini. tanya itu ini. tapi itulah, macam-macam pendapat yang ada. ada yang kata itu, ada yang kata ini. siapa yang nak cancer. sampai keliru nak ikut yang mana. nak sihat punya pasal, berpantang lah apa yang dilarang. and once u've known to have cancer, all u can do just redha and usaha and doa banyak-banyak. 
ada tanya doctor, ada tanya orang yang ikhtiarkan cara traditional, even tanya orang yang sakit cancer tu sendiri. 

bila tanya doctors and doctors-to-be, some said;
1. soalan: ada ke apa-apa pantang and also makanan yang dilarang untuk pesakit cancer?
    jawapan (a): kalau diikutkan tak ada. cuma makan makanan yang berkhasiat.
    jawapan (b): jangan makan tempe,air soya sebab soya yang menyumbang kepada  
                        aestrogen which berkemungkinan hormon tu antara penyebab cancer tu. banyakkan makan 
                        sayur and makanan berkhasiat.
    ada lagi, tapi lupa. 

2. pendapat yang diberi oleh orang yang bukan doctor, maksudnya kat sini umum ye. pesakit, relatives 
    kepada pesakit, orang yang berpengalaman and so on. 
    a) jangan makan makanan manis-manis, like gula-gula ke, chocolate ke, eskem ke, sebab katanya 
        makanan manis boleh aktifkan lagi cell cancer. banyakkan makan sayur hijau sebab sayur hijau pahit. 
        lobak pulak jangan makan terlalu banyak, sebab kolestrol tinggi (dalam kalangan jenis sayur) dan gula  
        tinggi. (sucrose like that. serius gua dah lupa biology. sekarang cuma tinggal biol. :P)*
        haaa, yang ini secara logik nya pun, kita yang sihat ni pun tak elok makan makanan yang manis-manis. 

    b) jangan makan makanan yang beminyak, makan banyak sayur dan buah. 

    c) jangan makan makanan yang berasid dan jangan tension. acid juga boleh nak aktifkan lagi cell tu. and 
        also, bila tension, your body tends to be more acidic than usual.* (anyone yang tau pasal ni? betul ke 
        tidak?)
        kita berbalik semula pada logik akal, (apa guna belajar falsafah ilmu beb kalau tak guna logik akal. 
        tibatiba) especially kepada pesakit kanser, or anyone yang ada pesakit lain, no tension-tension. mental 
        dan semangat kena kuat,(and i know my mum is a strong lady :') ) which means, bukan takat kena usaha 
        melalui makan ubat ke, berpantang ke, tapi also u've to fight by your own jugak. bila semangat lemah, 
        mental tak kuat, how nak lawan? macam mana nak betul kuat. nak fikir boleh, tapi jangan terlalu fikir 
       dan salahkan  takdir. (mungkin aku boleh lah nak cakap be strong and what so ever sebab aku tak kena. 
       tapi anak mana yang nak mak sendiri sakit. ingat anak pun tak affected ke apa? kat sini jugak, everyone 
       in family members kena work together. even now, i'm trying my best tau.)

   d) jangan undergo operation sebab maybe in future, the cell will come back. 
       haaaa. yang ni, aku tak tau. no komen, sebab banyak kemungkinan kat sini. mungkin orang tu tak berapa 
       suka nak pergi hospital. mungkin ada sejarah dengan hospital which made them to assume sedemikian. 
       mungkin ada ahli keluarga yang pernah mengalami peristiwa yang melibatkan pembedahan ke apa. kita 
       tak tau kan. sebab semua ni pun bukan atas kehendak kita. anything will happen. 

setakat ini yang aku ingat, itu lah setakat yang aku tau pasal pendapat dari orang-orang sekeliling. all in all, jaga pemakanan supaya makan makanan yang berkhasiat, kuatkan semangat supaya immunity badan pun kuat naturally. 
dan setakat ni, ibu consume;

1. daun 7 duri.
    tang ni, aku tak tau apa khaisat dia secara khusus. some says, boleh nak ubatkan cancer, ataupun slow 
   down the spread of the cells. maybe yes. selagi boleh ikhtiar dan tak memudaratkan, kita cuba. lagipun, dah 
   ramai yang try, dan most of them ada positive respond. kat tempat aku macam tu lah, tapi tak tau lah kat 
   tempat orang lain. dia ada daun, bunga, and also buah. daun dia, ibu makan macam ulam, and also rebus 
   dengan air then minum macam minum air masak biasa. buah dia, tumbuk-tumbuk, potong ke, then tampal 
   kat breast area yang bengkak. dah alhamdulillah, bengkak tu dah surut dan tak keras-keras dah. bunga dia 
   pun, ada yang makan, tapi i'm not sure lah pulak either ibu makan ke tak. rasanya tak. tapi some says, kalau 
   makan bunga dia, boleh maintain awet muda uuuuu. ni gambar pokok tu;




nampak kan duri dia?

2. usana health care punya produk specialize for cancer. (ye kot. sebab ini abang aku distributor dia. anyone 
    interested to know further, boleh contact ismail.) nak tau perkembangan setakat ni pun, still baru lagi kan. 
    tak tau nak cakap macam mana pasal perkembangannye macam mana. 

3. homeopathy punya ubat-ubatan
   haaa.. yang ni pun alhamdulillah ada lah bagi improvement jugak. sebab ibu at first dapat tau ada kanser pun 
   melalui kaedah ni jugak. insyaAllah, akan ikhtiar dengan kaedah ni jugak. 

4. bijik apricot b17.
    yang ini punya produk tau pun melalui sini lepas search punya search.  try la consult dengan kak nor. dah 
    beli and dapat pun. yang buat akan rasa like senang bila diskus dengan kak nor ni sebab dia ada cerita 
    pengalaman adik dia yang sebelum ni cancer tahap 4, tapi alhamdulillah lepas try b17 bijik aprikot, 
    sekarang bertambah ok. sekarang dah sihat sikit. (yeah, aku pelupa, terlupa cerita dia hari tu). tapi setakat 
    ni tengok feedback dan testimoni lain, nampak nye macam berkesan. tadi tengok jugak ada video yang 
   dekat facebook, katanya vitamin b17 lain jugak boleh dapat selain bijik aprikot, ada jugak dekat bijik 
   anggur, bijik epal, dan lain-lain jugak. 
   dan apa yang lebih buat rasa macam apa eh nak cakap.. emmm. abaikan perkataan itu, kita pergi kepada 
   alasan kepada perkataan yang menggambarkan perasaan itu; kak nor sertakan sekali buku doa, dan apa 
   nasihat dan seangkatan apa yang pernah dilalui oleh adik dia dulu sebab waktu adik dia sakit before, kak 
   nor ni yang jaga. 

these videos are related to biji aprikot b17 tadi. 



yang penting, jangan lupa berdoa pada Allah. dugaan yang datang ni ada hikmahnya. dan, bukankah penyakit yang datang itu penghapus dosa-dosa kecil?. 
dan sesungguhnya, Allah sentiasa bersama kita, bersama orang-orang yang sabar. :) dan sesungguhnya Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. 

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia"."  ~ surah Yaasiin, ayat 82.

"Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia". "~ surah al Mu'min, ayat 68.

itu je kot buat masa ni. enyone yang reading this, doakan sekali untuk ibu so that cepat sembuh. amiin. :')

thank u. 

pssst : anyone yang nak tambah, nak share, dipersilakan sangat. or anything yang nak diperbetulkan, dialu-alukan dan sangat diperlukan. 

pssst psssst : ni yang tak suka gap untuk next paper jauh sangat ni, mood nak study pun dah kurang. duduk bilik asyik mengadap laptop. esok wajib pergi library!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan