Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Ahad, 27 Februari 2011

nak beli lens?

perhatian kepada siapa-siapa yang berminat nak beli lens, penghantaran untuk minggu ini dah diawalkan atas sebab test-yang-sangat-memeningkan-lagi-melambak dan jugak field trip yang memakan hari jugak(dan ada excuse kelas jugak. errr, yey!). jadik, untuk penghantaran seterusnya adalah minggu depan, which means, siapa yang order start hari hari ni dan seterusnya, korang akan dapan lens korang insyaAllah minggu depan lah. k?


ok tu je.
nanti ada test lagi. ok bai.

terima kassssey!  (macam alleycat)



psst : sorry tak sempat nak update lain.

Selasa, 22 Februari 2011

test untuk hari ni cancel, yey!

Isnin, 21 Februari 2011

Italian masquerade.





ce teka, ce teka. :P

nak update sebenarnya, banyaakkkk nak cerita, tapi sayang, esok lusa tulat ada testttttt tessttttt tesssstttttt. sebab test tiga hari berturut-turut, terus tension pun kuasa tiga. errr, atau mungkin lebih..
even tension pun, stilll nak update. well, ai saje je sebab feeling excited dapat award waktu malam penutup sukan semalam still terasa. errrr

pssstt : tolong doakan saya dapat jawab exam dengan tenang dan baik. moga-moga test kali ni tak mengecewakan sebagaimana test sebelum ni. oh tak nak ingat nanti down. 


Sabtu, 19 Februari 2011

apakah?






siapa tengah berpuasa ganti lalu sedang mengidam nak makan pizza ke, kek ke.. ha nasib lah. tak pun, kaedahnya siapa yang sedang mengidam nak makan kek birtday tapi tak nak beli kek sendiri nak jugak makan kek birthday orang lain macam aku mengidam nak makan nasik minyak orang kawin taknak makan nasik minyak beli, sila lah terliur dengan kek yang terhidang sekarang. 

peh, keji tak ayat? 

teka teki gambar hari ini,
apakah putih-putih yang terdapat di atas kek itu? kenapa?
siapa dapat jawab dapat,....



rasa diri pandai lebih sikit hari ni. :P (joking!)



eh, jangan lah pandang ai lama-lama. malu lewwww. :P

ok dah lah. nak kena pergi dengar talk. 


pssst : nervous lahhhh. 




Khamis, 17 Februari 2011

test test test.

alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang diberi sehingga ke hari ini. :')

dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.

"barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakannya jalan keluar. dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan pada tiap-tiap sesuatu."


nak berblog sebenarnya, banyak yang nak catatkan di belog sendiri sebagai kenangan dan ingatan pada masa depan-depan. sebab kalau nak harapkan diari memang harapannnn sangat-sangat lah. awal-awal tahun je semangat beli diari sebab tengok orang semangat beli diari dan mungkin jugak sebab terpengaruh tengok banyak sangat diari yang dijual kat kedai-kedai buku. (pehh, teringat dulu dulu nak date pun port paling best kat kedai buku jek. tak boleh blah langsung. budak skema kataaaa.)

tapi tak boleh lagi nak luangkan masa betul-betul untuk belog sebab lusa ada test. tapi banyak gilaaa lagi yang belum baca, tapi boleh lagi nak onlineee. macam mana tu kaedahnya?

ok dah. nak tidur, harap-harap malam ni boleh tidur setelah beberapa malam mengalami masalah susah nak tidur. memang hazab kan bilamana kau dah memang mengantuk. mengantuk yang sangat-sangat, tapi tak boleh nak lelap. pehh, rasa macam nak makan orang perasaan dia.

ehh, tadi plan nak tulis 2 3 baris jek, tapi apahal boleh sampai 2 3 perenggan ni???


psst : doakan aku dapat jawab test dengan baik, pleaseeee. tq. :')

Selasa, 15 Februari 2011

salam maulidur rasul.

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

semoga pengorbanan besar oleh manusia agung dan mulia, Rasulullah, terus dihayati. :')





luangkan sedikit masa untuk berselawat ke atasnya.
menyanyi lama-lama boleh, selawat sekejap mesti lagi boleh, kan? :)

semoga kita sama-sama diberi syafaat di dunia dan di akhirat kelak. amin..


"Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda"
hadis riwayat Muslim



pssst : rindu perarakan waktu sambutan maulidur rasul zaman kecik-kecik dulu.. 

Isnin, 14 Februari 2011

cantik! cantik! cantik!!

sticky post sehingga 14 feb 2011. :)

rasa nak beli baju baru?
nak hadiahkan awek, nak buat surpriseee!! tiba-tiba ada baju baru sampai kat rumah awek??
dah lah, scroll je ke bawah, kalau berminat, boleh email aku. 
:)
CUN 1
Length : 133cm
RM34

CUN 2
length : 137cm
RM33
SOLD!

CUN 3
RM29

 CUN 4
RM40
(yang ni serius cantik)

 CUN 5
RM35

dan harga baju yang tersenarai adalah tidak termasuk pos ye.
untuk penghantaran di semenanjung malaysia adalah rm7, dan sila tambah RM2 untuk Sabah, Sarawak. :)


berminat?
sila email laju-laju ke, farah_aquarius90@yahoo.co.uk

terima kasih! :)

pssst : kalau nak mata cantik, sila klik di sini.

twit twit wiwiiiit!!

maka dengan ini, boleh lah rajin rajin untuk kamu-kamu tak kisah lah yang bernama ramu dan sebagainya,  meng-klik di sini dan memeriahkan lagi suasana twitter saya yang baru sahaja saya pelajari dan saya rasa saya dah mampu untuk sekadar tweet tweet orang-orang dan mungkin juga termasuk kamu kamu. (sila lah membaca dengan hanya satu nafas  :P )

boleh klik sini, terus ke profile saya, memang hambar, jangan bosan dulu. :P

memang tak reti tweet tweet ni sebenarnya, tapi tu lah, kena belajar. tapi sekarang dah dekat nak test, macam mana nak belajar ni sebab sibuk kena baca banyaaaaakkk law. banyaaaaak notes. *pening*


oh ya,
tahniah buat kak pja merahjamboo gojes atas kelahiran babyboy yang comel pada 12 feb, iaitu 8 hari selepas tarikh hari lahir saya. maka selepas ini, boleh lah celebrate birthday sama-sama. (eh, apa kena mengena?  :P)




pssst : memang geligeleman dengan mamat yang tiba-tiba jadi ulat bulu lepas tu nak panjat naik daun. ewww ewwww.

Sabtu, 12 Februari 2011

salingsapa.com vs facebook.

adakah untuk men-create website seperti facebook itu adalah sesuatu perkara yang mudah?
sehinggakan budak form 1 pun boleh create satu web yang macam tu jugak?


salingsapa.com, klik je situ, akan terus di-direct ke page admin.

selamat ber-sign up!
PMS tolongggg lah jangan macam-macam kali ni. aku ada banyak banyak kerja nak kena setelkan, banyak-banyak chaptersss nak kena study untuk test minggu depan.
tolongggg lah berbaik dengan saya wahai hormon-hormon sekalian.

ok dah,
mood melayang lagiii. ishh.

Khamis, 10 Februari 2011

kucingmu bukan kucingku.

even since aku kecik, aku tak tau kenapa takutt sangat dengan kucing. geli pun ya jugak. kiranya macam complete tahap tak suka kucing. aku tak tau kenapa, mungkin kah ada fobia atas sebab kejadian kena cakar dengan kucing ke apa, still tak ingat. mungkin jugak seab geli tahap paling tinggi sebab kan bila pegang kucing akan rasa tulang tulang badan tu. atau sebenarnya dah memang dasar penakut kannnnn.... errrr.

even dari dulu sampai sekarang pun, tengah makan dekat kedai makan pun, bila nampak kucing pun dah tak tenang hidup, selera terbantut semacam. kaedahnya bila dah sekali nampak kucing, bila kucing ada kat belakang pun rasa selalu nak toleh toleh sebab tahap imagination pasal kucing ni adalah kritikal iaitu aku akan terfikir semacam kucing tu berlari-lari ke arah aku lalu nak terkam aku macam harimau terkam mangsa. selalu je nak elak imagination macam tu, tapi stillllllllllll imagine jugak.

dulu even until now, bila tengok kawan-kawan bermanja dengan kucing ke apa, ada lah jugak perasaan nak belai-belai kucing jugak. tapi setakat gosok kat atas kepala guna dua tiga jari je tu punnnn dah cuak. tambah lagi bila dorang agah-agah kucing dekat aku, lagiiiiii lah haru. rasa macam nak tercabut jantung kadang-kadang. kiranya kalau tiba-tiba ada orang snap candid picture aku waktu tu, memang akan menang contest. yeah, contest candid paling buruk dan menjadi.

still ingat lagi, waktu sekolah form 4 dengan form 5 dulu, dewan selera sekolah aku memang kaya. yeah, kaya dengan kucing. kalau kucing jinak-jinak tu boleh consider lagi, tapi kalau dah kucing tu pun dah sama level dengan apa yang aku imagine-kan, cuba bayangkan perasaan aku time makan macam mana.
pernah ada satu hari ni, lepas beratur ambik makanan, macam biasalah akan emninjau-ninjau mencari tempat duduk untuk makan. time tu dah la lapar, lepas tu kena cover-cover lagi, kot kot ada secret admire ushar dari jauh (ada ke?? memang tak laaa.), tiba-tiba aku dah nampak kucing-kucing dari jauh. mula-mula aku buat dek je lah. tapi tiba-tiba time aku lalu kat kucing-kucing tu jugakk lahh, tiba-tiba kucing tu cakar-cakar nak panjat kain aku. scaryyyyyyyyy. tak lain dan tak bukan, solution nya adalah menjerit. tak heran dah orang pandang ke apa, nasik macam mana, yang penting hoiii ko nampak tak ada kucing tengah cakar kain aku niiiiiiii. lepas tu, makan pun ala-ala je. dan jugak laju-laju.

lagi ada satu kes ni, kat dewan selera jugak lah. dulu tak sabar nak habis kelas cepat-cepat waktu period akhir sebab taknak beratur panjang-panjang time nak ambik makanan. lagi-lagi kalau hari tu menu lauk best, lagi tak nak kalah. kalau time tu balik sekali ramai-ramai dengan budak kelas lain pun,, sanggup maraton jalan laju-laju supaya sampai dulu. lepas tu cop barisan untuk budak-budak kelas sekali. haha.
hari tu lapar gilaaa. nasik ayam pulak tu. baru start makan, tiba-tiba ada sekor kucing ni melompat atas peha aku, dan seperti biasa, solutionnya ada hanya dengan menjerit, dan sebab kucing tu kat atas peha, apa lagi, bangun lahhh. dan dan time time tu jugak selera makan terbantut. nasik yang tak berapa nak luak pun aku buang terus balik bilik.
see, aku pun tak faham kenapa. perangai macam tu otometik tau. tapi aku tak ada lah sampai nak aniaya kucing pukul-pukul kucing semua. just avoiding cats.

itu pun nasib baiik aku tak kena birthday prank macam kawan aku. tiba-tiba ada kucing bawah meja dia keluar ramai-ramai waktu tengah belajar. kalau kena kat aku, aku tak tau apa yang akan berlaku, dan yang penting, macam mana muka aku waktu tu, ngeri nak imagine.

tapi itu lah, tiba-tiba rasa nak cerita pasal kucing, sebab siang tadi tidur mimpi mengaruttt gilaaa.
tengah0tengah tidur aku boleh mengigau angkat kaki dan macam tadi aku dah cakap, solution tiap kali takut dikacau kucing hanya dengan menjerit. nasib baik just roommate aku je, cuba kalau time tu aku tertidur in public dan aku mimpi dan termengigau angkat kaki menjerit macam tadi,

kaedahnya aku tak nak langsung imagine apa yang akan berlaku. sebab memang komfem komfem malu la hoiii.

dan kaedahnya, kalau kau rasa kucing tu comel gilaaaa pun, tapi still sama. aku akan tetap cuak cuak cuak bila jumpa kucing. cuma mungkin satu kucing je lah yang aku tak takut. garfield. itu pn make sure garfield tu memang bukan betul-betul kucing.


pssst : dulu sekolah sekolah bajet tak lalu makan sebab kucing, tapi stillllll gemukkkk. why eh?

Selasa, 8 Februari 2011

tips la sangat : dah penat tersedu sedu dari tadi tapi tak hilang-hilang?

setelah sekian lama tak ada tips, maka hari ini kembali kita pada tips untuk hari ni, sedu sedu. *peh, tiba-tiba rasa macam segment mari sihat*

dulu waktu kecik-kecik, antara yang paling tension adalah bila tersedu, nak ak bila lepas makan ke, lepas minum air ke.. sebab lepas tu air yang dah diminum tu akan keluar balik. (dalam kes aku la.. kes orang lain aku tak tau :P)
dan tension lagi sebab lenguhhhh dada sebab kena tahan sedu, lagi lagi bila sedu tu bunyi kuat. dah la lenguh kena tahan dada, lenguh kena tehan muka sebab malu lagi. pernah rasa tak? pernah rasa tak?

dulu, bila sedu je, orang tua-tua kata kaedahnya salah satu sebabnya berlaku sebab nak membesar. tak tau lah besar yang macam mana, tinggi kah? melebar kah? tapi dulu sebab angan-angan nak tinggi, bila sedu je, redha... lagi keji bila tengok kawan sedu, tapi aku tak sedu, jeles habis sebab rasa tak akan jadi tinggi. cuba kalau dulu dalam mind set kata bila sedu akan jadi melebar, mau meroyann... err, tapi dulu mana tau istilah gemuk ke hape. asal boleh makan, ngapp je lah. ehh

dan lagi satu, ada jugak yang kata, bila sedu ni sebab kurang minum air. so, sebab tu antara solution untuk hilangkan sedu dengan minum air. atau mungkin sebab solutin untuk hilangkan sedu adalah dengan meminum air, maka, dikaitkan sedu adalah berpunca dari kurang minum air. 

atau, ada siapa-siapa yang tau kenapa kita tersedu?? share lah. :)

eh, tadi nak cakap pasal tips nak hilangkan sedu sedu huk huk kan?

dah common dengar bila sedu je, minum air bila sedu je minum air banyak-banyak. tapi pernah tak, kau dah minum air banyak gilaaa, tapi stillll sedu sedu. 
ok, lepas ni mari kita cuba dengan cara ni pula. 

MARAH orang yang sedanng sedu tu secara tiba-tiba. (serius aku dah pernah kena dan aku pun dah pernah buat kat orang lain, dan kaedahnya macam tak mengecawakan lah setakat ni.)

dulu aku tuisyen untuk english subject dengan jiran aku nih. indian. kitorang panggil dia aunty chitra. 
macam mana entah, hari tu kaedahnya hari sedu tersedu agaknya sampai aunty tu pun tension dengar aku sedu sedu. kalau sedu biasa tu tak kisah lah kaedahnya, tapi kalau dah sampai bunyi kuat huk huk tu, bukan setakat kau je yang tension, orang yang dengar tu pun tension sekali. mengganggu keadaan lah jugak. 
tengah mengajar, tiba-tiba aunty tu cakap ok kita rehat dulu. 
aku ni dah kata rehat, dah memang masa ditunggu-tunggu kan, rehat lah dekat sofa kat ruang tamu. (dasar kan, rumah orang boleh buat macam rumah sendiri. :P) aunty tu pun ada sekali, waktu tu aunty tu baik je, tanya-tanya pasal sekolah.. tak lama lepas tu, tiba-tiba dia marah aku tapi aku tak rasa buat salah pun. memang tak buat salah pape. tapi tak ada lah sampai tengking, kan. marah yanng just ala-ala boleh buat kau terkejut je. 
dan dan time time tu jugak dah tak sedu. serius. tak lama lepas tu, aunty tu cakap lah yang dia saje marah aku sebab nak suruh hilang sedu tu je. waktu kejadian ni aku darjah 2 kalau tak silap. ke darjah 3. 
mungkin sebab terkejut sedu tu hilang, atau mungkin atas sebab-sebab yang lain jugak.

tapi kaedahnya, kau tak payah lah sampai beria marah orang yang tersedu tuh tengking-tengking bagai, tak pasal-pasal malu plak kang orang tuu. light-light je. 

pssst : kaedah ni mungkin tidak sesuai untuk orang yang mempunyai penyakit jantung tegar, pen-sensitif tegar dan tegar-tegar lain yang berkaitan. errrrr


pssst pssst : atau, korang ada pengalaman lain ke, tips lain ke, share lah! :)


Sabtu, 5 Februari 2011

siri malu part 2

sejak bila entah aku buat part-part. entry sebelum ni yang sepatutnya ada part pun still belum ter-update.
katanya banyak kerja, tapi hari ni sahaja dah up 3 entry. tapi takpe ini salah satu cara untuk kuruskan jari yang semakin mengembang tak hingat. taknak fikir pasal berat badan, nanti makin down. hehh.

kita sambung part malu memalukan diri ni lagi. ingat lagi, dulu wakktu sekolah rendah, ada budak laki kelas aku ni macam pemalu sikit. tapi sekarang tak tau sebab memang tak contact pun. konon macam missed in action lah kiranya. supaya nanti kalau suatu hari nanti buat reunion ke, bila nampak aku terus terpegun wahhh cunnyaaa. (memang tak laa!)
sebab dia pemalu, bila orang usik-usik dia ke, kemudian gelakkan dia pulak, dia jadi tak tentu arah. nasib baik ada cikgu, tak ada lah diusikkan oleh kawan-kawan sangat. lalu, cikgu berkata, 'sudah lah.. tengok dia sudah kemaluan.'.. memang lagi malu lah budak tuuuu sebab kitorang bantai gelak lagi dan lagi.

memalukan diri adalah salah satu cara yang dapat meningkatkan keyakinan diri
-syaimaa garau. opsss. :P

agak-agak boleh guna pakai ke quotes tu?

malu 1 :
sabtu bertarikh 29hb telah berlangsungnya perkahwinan kakak member aku since form 1, diana, dekat kemaman. sebab jarak pun tak ada lah jauh mana, dan dia pun selalu datang rumah, takkan tak pergi  undangan tu. niat nak pergi pagi naik bas, tapi tiba-tiba rasa macam nak hold dulu. tak cukup tidur lagi pun ye. kakaknye sanding pukul 3, lepas zohor sempat lah aku gerak tunggu bas kat depan. nak drive, sebab nak tidur sana, tambah pulak ibu nak guna kereta, terpaksa lah redha naik bas. 
tunggu punya tunggu, dah 1 jam, tapi bas stilllll tak datang. aku dah cuak ni, kang tak sempat kangg nak tengok orang sanding. tak lama lepas tu, kawan diana call kata nak datang ambik. terus lega. tapi aku bukan kenal sangat pun kawan dia, pernah lah jumpa sekali dua, mana nak ingat muka. 

tunggu.

tak lama lepas tu, tiba-tiba ada sebuah kereta ni berhenti depan aku. aku dah la tengah gabra, lagi pulak kawan diana ni tak sampai-sampai lagi. tiba-tiba macam mana entah aku terpandang kat kereta tu. kat tempat seat co-driver tu ada lah sorang laki ni. tiba-tiba dia lambai aku. aku pulak macam mana entah boleh ter-react macam 'ehh, ni kawan diana rasanya..' lalu senyum lepas tu buat muka like, 'hhaaa, kau sampai pun' (boleh imagine tak macam mana?). lalu aku berdiri konon-konon nak pergi kat kereta tu la kan. tapi kepala hotak haku akhirnya berfungsi seperti sedia kala, ehhh, ni bukann sebab aku baru perasan yang driver kereta tuh turun pergi beli surat khabar. malu tu tak payah cakap lahhhh. aku yang tiba-tiba berdiri tuh just boleh cover bangun dari tempat duduk-turn right untuk pastikan kawan diana dah sampai ke belum. tapi dalam cover-cover tu akustill nampak lah yang mamat tuh gelakkan aku baik punya. 

kalau kau kat tempat aku waktu tu, kau buat apa??


malu 2 : 

waktu cuti kalau tak berjalan memang tak sah. sebab bila dah balik uni, bukan lah tak berjalan langsung, cuma kalau nak berjalan ttu kena fikir dua tiga kali jugak tang kewangan yang adaa. 
jadi, kan dulu aku pernah cakap pasal renew ic, kan? then hari tu aku sepatutnya nak pergi ambik ic baru lah. tapi malangnya, aku tak bawak ic lama untuk return balik. sama ada aku nak ambik ic baru tapi dengan syarat kena bayar rm100, atau balik rumah dulu ambik ic lama, lepastu baru ambik ic baru. untuk aku nak bayar rm100 tu memang tak la. banyak pulak duit hakuuuuu. jadinya, aku decide nanti-nanti lah pulak aku balik ambik ic baru sebab dari rumah aku nak ke tempat tu 20 minit lah jugak. lagipun, kalau kereta isi air pun boleh jalan, aku sanggup je patah balik. tapi minyak pun dah naik harga, hingat haku sanggup nak patah balik?? memang tak laaa!

dah alang-alang dekat dungun, aku pun pergi dengan jiran aku, so cari lah barang sekali. sebelum balik, dia ajak pergi watsons nak beli lens solution. 
tiba-tiba time nak bayar, cashier tu tanya jiran aku. aku pun memang lah dengar sebab aku duk sebelah dia je. 

cashier : bla bla bla..
jiran aku : tak ada. 
aku (dengan gelabag for sure) : ada, ada.. jap jap.

at the moment, 2 cashierss, jiran aku, dengan lagi sorang yang nak bayar were looking and waiting for me. aku cari lah laju-laju duit syiling. sekali, orang cashier tu tanya lagi,

cashier : ada kad watsons tak??
aku : ohh, takde. hehe


dem, kenapa aku dengar duit syiling?????

dan, kau pun boleh bayangkan macam mana reaksi dorang, 
gelak laaa! apa lagiiiiiiii...
dan kalau kau kat tempat aku waktu tu, kau buat apa????



haih, kenapa lah hidup aku messy semacam. 


pssst : rasa macam nak makan nasik minyak orang kawin lah. siapa-siapa area kelantan yang nak kawin, jemput lahhh akuuuu.. :P

kenapa? kenapa?

aku betul-betul tak faham apa yang tak kena dengan aku sekarang nih.
sekarang, cepat betul rasa,

lapar.

lapar.

lapar.

lapar.

lapar.

lapar.

dan bila dah lapar, memang kompem lah makan. tapi sayangnya bukan hanya sekali makan, tapi

makan.
makan.
makan.
makan.
makan.
makan.


dan akhirnya end up dengan

LAPAR.


ya, still lapar.


why eh?

4 februari 2011.

waktu sekolah dulu kala, setiap kali cikgu suruh eja bula feb je, komfius antara nak eja febuari ke februari. even sampai sekarangg pun still komfius. sebab tu kalau tulis tarikh untuk hantar kerja sekolah, just tulis 4.2, 4/2, 4th feb tu macam jarang jarang batang hidung je nak nampak.
lepas tu, lagi satu, kalau pergi sekolah hari tu 4 feb, mesti bersemangatt habis. perasan akan ada orang ingat hari ni besday aku woiii. lepas tu sampai jek sekolah terus tengok bawah meja kot-kot ada surprise ke, ada hadiah ke, tapi sayangnya sebab kecik-kecik pun dah materialistik, harapan tinggal harapan hadiah tak ada. bukan sebab tak diingati, tapi sebab nanti kawan-kawan akan datang rumah nak celebrate. alahai, tapi tahun paling akhir jemput kawan-kawan datang rumah pun waktu darjah 6.

pejam celik pejam celik sekarang dah berumur 21 tahun pun saya.
alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur, segala nikmat yang dicurahkan, alhamdulillah syukur.
malah untuk setiap pengajaran yang telah dilalui, semoga lebih mematangkan dan membaikkan. :')

rasa macam sekejap. yeahh, the feeling melalui detik-detik hari lahir kat rumah memang syahdu. tapi dalam kesyahduan tu, tak sempat nak rasa syahdu lama-lama sebab petangnya dah gerak balik kelantan, tapi pagi tu dah gerak pergi kuala terengganu. dalam perjalanan ke kuala terengganu pun dah rasa homesick, tapi macho tetap macho. sampai-sampai bilik, sebab kena tidur sorang je, trus rasa macam alahaiii~


dalam kereta, dalam perjalanan ke kuala terengganu. 
sepatutnya naik bas, tapi tiba-tiba adik nak hantar, kan.. memang tak perlu tolak lah.. :P
ohh, sila abaikan 'taik lalat' itu. :P


dah lah, 
tengah lapar. idea yang ada pun, terus tak ada diatasi rasa lapar. haihhh. 


pssst : nanti baru update betul-betul punya. hihi

pssst psstt : apa lagi, sila lah pos hadiahhhh. lalalala~

Khamis, 3 Februari 2011

cuti ya cuti..

dan di sini, saya ingin mengucapkan,

gong xi fa cai kepada kawan-kawan chinese yang menyambut CNY,
hong bau mana hong bau? :P


dan selamat bercuti kepada yang bercuti,
sila berhati-hati semasa memandu pergi bercuti.
tadi pergi kuala terengganu, pehhh sesakkkkk. macam mana esok nak balik ni???


dannn,
cuba teka esok hari apa?? jeng jeng jeng.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...