Selasa, 16 Februari 2010

alkisah 4 feb hingga 5 feb. Setiu Agro Resort 1.

haa..
untuk langkah pertama sebelum aku start membebel sikit-sikit, adalah dipersilakan kawan-kawan untuk mengkorek balik entry aku yang lepas. ada aku cerita pasal birthday seprais yang ditundakan sebab ada aktiviti. 

walaupun agak lambat sebab baru sekarang aku nak cerita, tapi aku tetap nak cerita jugak.
bukan sengaja lambat, tapi badan sakit-sakit oh. lepas tu, banyak pulak kkerja nak kena settle, lepas tu, gambar-gambar ni pun aku dapat lambat la jugak kan, sebab tu niat macam terbantut sikit, terus kata dalam hati, tak apa lah, nanti kat rumah baru buat entry pasal ni.

aku adalah sangat excited untuk pergi aktiviti-aktiviti macam ni sebabnya :
1. aku suka aktiviti yang macam lasak-lasak ni, tapi tak pernah berpeluang nak pergi. ingat lagi dulu, bila kawan aku, diana, dapat pergi PLKN, aku jeles ok sebab aku tak dapat. grrr

2. ini adalah kali pertama aku pergi untuk join aktiviti macam ni. kesian aku kan. dulu, masa pergi program HIMPUN, kali pertama jugak. tapi tak apa lah kan, at least, still ada pengalaman. macam pengalaman aku first time pergi kenduri kahwin tanpa ibu. tiba-tiba rasa macam dah patut kahwin dewasa. oh no. hampir terlupa aku dah umur 20 tahun. tapi kenapa aku rasa macam baru umur 17tahun eh? ok ok fineee. jangan pang saya, kasi la saya chance nak feeling-feeling muda.  :P

ok ok.
ayuh kita sambung ceritera cinta cerita pasal ekspidisi ni. ceaa. macam gempak gila bila sebut ekspidisi. tapi memang gempak pun. kuikuikui

kitorang gerak pergi Setiu Agro Resort malam pukul8 lebih gituu.
memang lapar gila sampai perut pun bunyi-bunyi tau sebab petang tu ada bola jaring, malam tu dah gerak, tapi tak sempat makan pun tau. nasib baik budak-budak kelas aku ni semua bawak bekal. aku adalah harus mencilok mereka punya makanan sebab bila dah nampak makanan mereka, tiba-tiba nampak biskut tiger aku tak menyelerakan. boleh? tapi waktu on the pergi Setiu, pakcik bas berhenti makan dekat satu tempat makan yang bertempat di Jerteh. tapi aku lupa nama tempat makan tu apa, tapi banyak gerai-gerai makanan meriah wow wow gituu.. aku minum air sajo. tidaklah sanggup aku makan makanan berat pada waktu malam. kang kalau aku gemuk macam mana?

layan gambar sajo lah.
tiba-tiba aku tak tau nak bebel apa sebab banyak lagi gambar yang aku nak hidangkan ni, boleh jadi sampai termuntah?

ini dia tempat makan yang aku cakap tadi.
ini wajah baru masuk 20 tahun. ececece. sempat lagi.

sebab sampai pun dah malam dalam pukul11 lebih gitu, kiranya dah tak sempat nak bergambar dekat pintu masuk setiu agro resort tu. sampai-sampai, terus bahagi-bahagi bilik, lepak-lepak dalam bilik gituu. esoknya, terus bersiap-siap untuk aktiviti esok. aktiviti kitorang dalam satu hari sajo sebab tu macam penat sikit kot nak habiskan semua aktiviti yang ditetapkan dalam satu hari sajo.




waktu ni semua macam excited bersemangat lebih.
dan fresh sajo udaranya di situ. 
dan juga, pemandangan kat situ juga menarik. :)

sebelum start aktiviti pertama, jungle tracking, kitorang diberi taklimat oleh en. conductor, mr. jungle.
setelah potpetpotpetpotpet dengar dia bagi takimat, maka bermulalah jungle tracking kami.
aku lupa apa nama hutan yang kitorang masuk ni, tapi hutan ni jugak diberi gelaran hutan ayah pin. 

ini adalah laluan/halangan pertama.
aku perempuan first yang merentasi titi ni ok. vangga ni. :P





ini nama dia gua karipap.
cuba tengok betul-betul gambar tu, tengok batu tu macam karipap kan?
ok mungkin dalam gambar ni tak nampak sangat, tapi kalau tengok live memang macam karipap.
dan sebenarnya, dekat gu karipap ni ada akar yang meliar tapi membentuk litar fomula 1. tapi gambarnya tak ada pulak.



ini dekat tengah-tengah hutan.
tempat ni temat campsite. 
rehat sebentar, tapi bukanlah bersama kitkat, tapi bersama pacat-pacat ya kawan-kawan.


ok. kau nampak tak yang mr. jungle menyelit kat tepi pokok tu?
dia memang suka mengejutkan orang ok.
tiba-tiba kau tengah menghayati keindahan alam, dah lah nak kena cuak fikir pasal eh pacat ada lompat kat baju aku tak?, tiba-tiba dengar suara konon-konon tak tau datang dari arah mana. memang terkejut ok.
ada kawan aku sampai menjerit yang memang nampak hantu betul-betul.


yang ini aku tak tau pokok apa,
tapi pokok ni dah tua. memang tinggi.


ada siapa-siapa sua pergi fish spa?
haa..
kau jangan main-main, kat dalam hutan ni pun ada tau. free punyaa.

ini aku dah lupa apa nama pokok ni.
tapi katanya, pokok ni menyala bercahay pada waktu malam.


kau nampak tak lubang kat pokok ni?
katanya, beruang tinggal dalam tu.
kalau aku tak silap lah kan.


kau ingat senang nak jalan hutan ni?
siap ada curam, licin semua.
ramai lah jugak yang jatuh.


nampak tak cendawan kat ranting pokok tu?
cendawan tu sangat berguna kepada kauum wanita untuk menubati sakit-sakit orang perempuan seperti keputihan dan sebagainya.


ini pula gua air mineral.
air mineral pure baik punya tau.
nikmaat gilaa ok. airnya sejuk dan lagi nikmat dari air mineral spritzer. dan kedudukan gua ni jugak sangat unik tau. air dia mengalir atas kepada tanah.


time ni best ok.
lepas keluar guam mineral, jumpa sungai ni.
dan haruslah disimbahkan dengan air ni.


yey dah keluar hutan!



sementara tunggu waktu makan.
makanan kat tempat tu jugak sedap yummy yummy gitu.
dan banyak jugak lebih. apa lagi, haruslah makan bertambah berpinggan pinggan. 

kitorang berada dalam hutan tu dalam 2jam lebih jugak.
sangat mencabar. lebih-lebih lagi aku yang tak pernah masuk hutan ni semua. tapi aku suka dan seronok.
pacat jangan dikira. bertimbun-timbun. kau dah pakai stoking tbal, tinggi-tinggi pun, pacat still boleh tembus masuk hisap darah kau. tapi aku bernasib baik lah kan pacat tak hisap darah aku. setakat menumpang dalam kasut aku sajo.

sepanjang laluan jungle tracking tu, kitorang lalu 4 bijik gua.
yang aku ingat, gua karipap, gua kura-kura (yang ni memang sebijik macam kura-kura, tapi versi batu lah kan), gua air mineral dan lagi satu aku lupa nama gua tu. 


dengan aktiviti ni, aku boleh lihat betapa indah dan uniknya ciptaan Allah.
dan aktiviti ni jugak boleh memupuk semangat kerjasama anatara ahli kelas aku.

kalau kau nak buat aktiviti kat sana, memang seronok. memang best. tak rugi lah.


ni baru jungle tracking. 
belum aktiviti lain lagi.
haruslah aku sambung lain kali ya. ngee




pesananringkas : blog ini akan berdiam selama tiga hari, mungkin.


pesananringkaslagi : cuaca sekarang sangat terik, harus banyak minum air masak supaya air dalam badan tidak dehydrated.


4 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

seronok kan.. dah lama tak join aktiviti macam ni...

Hati2 Penipuan Siber

Valentine Kat Hotel…. Teruknya

dancing queen♥ berkata...

wah~

banyak nye aktiviti. hidup sehat la nampaknye :D

aphids berkata...

adventorous gak fatin nih yerk! heee:)P

FatinSyahirah berkata...

sharingifoz : sangat seronok. kan best kalau boleh pergi lagi :)

dancing queen : lepas ni memang sihat lah! :D

aphids : hihi. malu ai ;)