Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 6 Januari 2011

apa perlu buat bila sakit mata (bengkak dan seumpamanya) ?

ini adalah kesinambungan daripada entry ini.
first thing first, tak lain dan tak bukan bilamana dah perasan mata sakit ke, bengkak ke, tak payah la pakai contact lens ke, titik ubat ke apa dulu. mula-mula sekali, JUMPA DOKTOR.

bila sakit mata, kondisi dia adalah;
tak selesa.
sakit nak berkelip.
boleh jadi pedih.
gatal-gatal ke.

kalau dah macam tu,macam mana nanti kau nak ushar orang?? (joking! :P)

dalam banyak-banyak organ, mata adalah salah satu daripada organ-organ tersebut yang merupakan antara organ paling penting. kalau kau kuat mana pun, sampai mana bertahan untuk tahan sakit mata tu? pergi jumpa doktor. at least kita tau apa sebab musababnya jadi macam tu dan untuk kali yang seterusnya, kita boleh elak dari sebab-sebab yang jadi punca tu supaya tak bengkak mata lagi. dan jugak, kalau kena lagi, kita tau macam mana nak handle. kan?

berdasarkan entry sebelum ni, aku pun malas nak berteka teki dngan diri sendiri kenapa boleh jadi sakit mata dan sebagainya. ambik langkah selamat, aku pergi klinik. seringkasnya doktor kata aku bukan terkena infections pada contact lens. dan dalam kes aku dia tak panggil infections, dia panggil allergic kepada certain reactions. tapi tak tau allergic kepada apa. (fuhh, selamat bukan sebab contact lens kan..) mungkin makanan ke apa lah. doktor kasi ubat allergic dan tahan sakit.
dan aku tanya lah jugak pasal apa yang aku google tadi, doktor kata, ada jugak berkaitan dengan suhu badan, cuma kebanyakannya sebab allergic lah.

yang pelik, setakat ni aku cuma tau yang aku alah dengan daging. bila makan daging, nanti gatal-gatal. makanan lain, mungkin boleh explore lepas ni. (aiseyyy. kurang lagi nikmat makannnn... :(  )

dan tak lupa, terima kasih sangat-sangat kepada alynn notnot for her comment. terima kasih. :')

"hello.

i asked a doctor about this, and she said that its because of infection. it can happen to anyone, not just because of wearing contact lenses.

let me explain it to you. kulit kita (mcm kat tangan) ada liang2 kan. liang tu kalau tersumbat, and ada bakteria infect kat bahagian tu, sbb tu jadi bengkak. sbb kulit kat eyelid pun sama ada liang jgk. 

sorry, im a microbiologist to be so mcm minat nak explain dkt u.

nasihat i, go see a doctor, and nnt akan dpt ubat sapu, and ubat telan.

but kalau doctor tu kata sebab lain, maybe jgk ade complication kat mana2. i used to have a swollen eyelid, sbb kena sengat lebah. doctor ckp im allergic to bee stings.

jaga diri! :)"


cuma yang penting, ingat akan ini;
"bersabarlah dalam menghadapi sakit, sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa."


ppsssttt : hari ni hujan sepanjang hari. kat kampus air dah naik. sekarang kita hanya perlu tunggu saatnya banjir. baju kotor pulak dah bertimbun tak berbasuh, air tak ada. nasib baik still boleh basuh yang kecik-kecik. errrrrr.

6 ulasan:

Alynn Notnot berkata...

alaaaa ssah2 je credit :')

btw take care tau. and avoid sentuh2 tmpt bengkak.

sbb kalau bengkak sbb infection, nnt terspread pulak infection kat tmpt.

get well soon!

FatinSyahirah berkata...

alynn notnot : tq dear.
u too, take care!

:')

areripe berkata...

ambik mc jowh, sakit matalah mc paling lama.
hehe!

Shahiran berkata...

Sila jaga mata, berharga. Ada 2 je mata seumur hidup.

FatinSyahirah berkata...

areripe : tak dapat mc. sob sob.

FatinSyahirah berkata...

shahiran : terima kasih. :')