Ceritanya hari ni (15/10/2017), saya dengan sahabat saya ke Tasik Puteri bertempat di Bukit Besi Dungun, Terengganu. Tujuannya untuk outdoor activity -- ATV ride.
Ni gambar selepas selesai laluan pakej yang kami ambil. |
Sarapan Sihat Herbalife |
Apapun, sebelum beraktiviti, sarapan sihat jangan dilupa. Saya tetap mulakan hari saya dengan Herbalife Shake sebagai sarapan sihat, tak kira awal atau lambat saya bangun hari tu. Sarapan sihat sebagai permulaan hari pun penting sangat untuk turun berat, kekal kurus & maintain tenaga. Lagi-lagi, nak bawak ATV lalu lumpur & bukit ni nak guna banyak tenaga. Bukan macam kita naik motor pegi kedai :P
Kami sewa ATV ni dengan CEAS ATV OUTDOOR TASIK PUTERI, BUKIT BESI.
KENAPA PILIH ATV?
If it scares you, it might be a good thing to try. |
Awalnya ada dua pilihan;
1. ATV ride kat Tasik Puteri
2. Day trip ke Pulau Redang, ada 5 checkpoint snorkeling.
Tak kisah mana-mana aktiviti, asalkan outdoor. End up, kami decide untuk ATV ride kat Tasik Puteri ni. Since saya tinggal kat Paka, Terengganu, Tasik Puteri ni dalam 40minit perjalanan sehala. Kami pilih Ahad & 9pagi, sebab memang tak nak clash dengan hari bekerja Terengganu. Hehe saje taknak waktu peak hour la senang cerita. Dalam masa yang sama bergantung pada availability waktu & hari yang kami nak jugak. Tu je :D
Ni snanye kali pertama kami sewa ATV & laluan trek ni. Sebelum ni pernah pun, atas jalan biasa. So, saje cabar diri untuk do something yang saya rasa tak yakin dapat buat.
"When you fear your struggles, your struggles consume you. When you face your struggles, you overcome them."
Waktu mula-mula nak start, cuak & excited la jugak. Sebab tak tau nanti cane. Takut jatuh ke. Hehe padahal "takut" tu yang kita nak buang.
Lepas habis pusing trek, BEST & SENANG jer! InsyaAllah akan repeat dengan trek yang lebih mencabar lepas ni.
Tips ATV Ride dengan Ceas ATV Outdoor Tasik Puteri, Bukit Besi
1. Hubungi pihak Ceas ATV Outdoor untuk tujuan booking.
Pakej ATV |
Awal-awal cuak sebab betul ke Pack D1 ni senang. Tapi lepas dah habis laluan trek tu, rasa menyesal pulak tak gabung dengan Pack B as suggested sebab BEST! Nasib baik dekat je, insyaAllah sure akan repeat trip lagi lalu trek lain pulak, yang lebih mencabar.
Antara soalan yang saya tanya staff dorang waktu booking;
Soalan 1: Boleh ke kalau 1 ATV tu naik 2 orang?
Jawapan: Boleh, tapi sedikit berisiko & risiko atas tanggungjawab sendiri.
Soalan 2: Harga pakej ni per pax yang join atau per ATV?
Jawapan: Harga pakej dikira berdasarkan ATV. So kalau 1 ATV naik berdua, still RM50 contohnya untuk Pack D1.
Soalan 3: Berapa lama masa diambil untuk setiap trek?
Jawapan: Bergantung pada berapa ahli kumpulan yang join dalam 1 sesi tu. Kalau 10 orang, jadi lebih lama berbanding 2 -5 orang sebab ada checkpoints yang kita kena lalu, dan nak pastikan semua orang selamat melepasi setiap checkpoints tu. Pendek kata, makin ramai dalam 1 kumpulan, makin lama masa diambil untuk lengkapkan keseluruhan checkpoints. Kami berdua ambil masa dalam sekitar 30-45minit untuk complete kan semua checkpoints & trek Pack D1.
2. Bawak pakaian extra.
Yang ni jangan kata saya tak pesan okey. Hahah. Sebab nanti baju terkena lumpur/basah waktu kat checkpoints berlumpur/sungai. Lagipun, korang boleh terus terjun kat tempat rekreasi sebelah tempat ATV tu. Ada air terjun tau!
Kredit gambar: Google |
Boleh la ber-BBQ bakar ayam sekali kat tepi tu! Alang-alang, kan. Hehe
3. Kasut boot Phua Chu Kang disediakan.
So korang tak perlu risau lagi berkenaan pemakaian kasut. Cuma kasut but yang disediakan tu saiz 7 je. Kalau kaki comel je tak muat saiz 7, boleh jer pakai kasut Crocs ke, kasut getah ke, asalkan yang selesa. Nak pakai kasut sukan pun boleh, tapi kang satu hal pulak nak sental kasut buang lumpur. #Sistakrajin HAHAH
4. Bawak air mineral/kosong dalam beg kecik.
Ni incase kalau dahaga, so boleh bekal air kosong botol kecik/besar depends la pada korang. Hydration penting ye. Lagi-lagi kalau time tengah panas. So dalam beraktiviti, jaga diri jugak okey. Boleh jugak bawak makanan untuk alas perut. Hehe
5. Ada cameraman follow!
Yang part ni best tau! So korang tak perlu pening nak fikirkan siapa pulak nak tangkap gambar ni. Kalau ada gopro/action camera, boleh la bawak kan. Tapi untuk yang takde ni jangan risau, pihak Ceas ATV Outdoor snap gambar korang beraksi. Korang tinggal nak pose je.
Ni sebelum berlumpur |
Secara keseluruhannya, boleh la cuba kalau anda berminat nak cuba. A good try! Boleh boost self motivation jugak (ni saya la, orang lain saya tak tau sebab saya memang suka outdoor activities. Hehe)
My personal experience: Serious rasa nak repeat lagi! *mata bersinar*
Selamat mencuba & enjoy your trip!!
Nak sewa ATV boleh klik sini:
Facebook page CEAS ATV OUTDOOR TASIK PUTERI, BUKIT BESI.
Web Ceas ATV Outdoor Tasik Puteri, Bukit Besi
Kalau ada apa-apa nak tanya, boleh la comment ye. Saya reply apa yang saya boleh reply. Hehe
Thank you for reading!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan