Selasa, 11 Februari 2020

10 Sebab Kenapa Berat Badan Anda Tak Turun

Dah diet, makan dah jaga dari biasa, tapi berat tetap tak turun jugak. 

Pernah tak anda alami situasi macam ni?
Jaga makan dah, exercise pun dah, tapi berat sama je takde penurunan. 
Apa puncanya? Adakah sebab badan memang jenis susah nak turun atau perlu tukar cara diet? 

Tapi nanti dulu, jangan salahkan jenis badan dulu ye. Meh saya share 10 sebab kenapa berat tak turun walaupun dah diet. Semoga membantu! 

Kenapa saya tak turun berat walaupun dah diet? 10 sebab yang mungkin berlaku 👇 


1. Turun je, cuma turun lemak. 



Tahukah anda, saiz 2kg lemak adalah lebih besar berbanding 2kg otot? Dan sebab sifat lemak yang lebih kembang dan menggunakan lebih banyak ruang dalam badan, kita cenderung untuk tak perasan penurunan yang berlaku. Sekiranya anda ada bersenam sekali dan dalam masa yang sama makan dengan seimbang, boleh jadi anda sedang mengalami peningkatan dalam jisim otot dan penurunan lemak. Maka, pengurangan kg mungkin tidak ketara, tapi jangan lupa check ukurlilit ya! Pengurangan dalam ukurlilit antara tanda anda lose fat! Tahniah sebab anda sebenarnya progressing!! 😍

Situasi ukurlilit banyak berkurang berbanding penurunan kilogram ni sebenarnya banyak sangat berlaku dalam kalangan coachee saya. Baru turun sikit, tapi baju dah mula longgar. Belum turun 5kg, dah boleh tukar saiz baju! Sampai ada yang tak percaya 😂

Tapi percayalah, itu lah situasi normal bila anda ikut mealplan yang diberikan bila berada dalam program. Bukan je boleh turun berat, malah badan mengecik dan boleh kekalkan penurunan berat sekali. Best kan?

2. Tak perasan curi sana, cuit makan sini sikit, rupanya terlebih kalori setiap hari. Ini yang paling kerap berlaku! 


Bukan nak kata, tapi ni lah dia antara yang paling kerap berlaku. 
Rasa macam dah jaga makan, rasa macam dah ikut mealplan, rasa macam.... 

Tapi dalam sehari, ada je berlaku situasi macam ni 👇
"eh sedapnya, ambik lah sikit buat rasa."
"eh ambik ni sikit pulak lah."
"takpe ni sikit je. sikittt je."

Tanpa sedar, yang kita rasakan sikit tu sebenarnya dah lebih kalori harian. Pendek katanya, kita cenderung dan mudah untuk underestimate kalori makanan yang kita cuit, dan overestimate senaman yang kita buat. 

So cuba recheck balik, jujur dengan diri sendiri, makanan yang ambil setiap hari. adakah betul-betul ikut mealplan? atau ada terlebih makan?

3. Tak cukup pengambilan protein



Tahukah anda, badan kita perlukan protein yang cukup setiap hari? Dan protein yang cukup ni bergantung kepada keperluan badan setiap orang. Secara asasnya, orang perempuan memerlukan 1g protein untuk setiap 1kg berat badan. So jangan takut pada makanan, sebab dalam setiap makanan mengandungi certain type of nutrients yang diperlukan badan untuk berfungsi dengan sihat. 

Tips dalam pemilihan makanan, pilihlah makanan yang betul dan bernutrisi dan pastikan pengambilan protein harian cukup untuk turun berat dengan effective. 

Dengan program kami, anda boleh turun berat dengan pengambilan nutrisi seimbang yang cukup, tanpa lebih lemak dan tanpa lebih kalori. Dan kalau nak tahu, protein based meal Herbalife shake yang kami gunakan proven membantu penurunan yang sangat effective, dengan pengambilan yang betul, kerana rendah lemak dan rendah kalori. Sebab tu, dengan ikut mealplan yang diberi, terbukti berkesan walaupun tak eat clean dan tak sempat exercise! 


4. Rasa macam sikit, tapi makanan anda semua "high calorie density". Jadi tak sedar sebenarnya lebih kalori jugak 😫


Ini pun sering berlaku bila anda tak aware tentang kualiti makanan. Nak turun berat sebenarnya bukan hanya tentang kalori, tapi tentang content nutrient kat dalam makanan tu sendiri. 

Ramai yang takut nak makan nasi, takut nak makan hidangan lengkap, takut nak makan buah, end up makan biskut sebab rasa macam sikit je, makan carbs loaded food, yang sebenarnya makanan tu mostly tak bernutrisi dan tinggi kalori. Ambik sikit tak kenyang, last-last ambik sampai beribu kalori kat makanan yang empty calorie.

siapa boleh relate? Hehe

5. Masih minum air manis


Tahukah anda, air manis ni tinggi kalori? Dah la tinggi kalori, tak kenyang dan tak membantu fat burning pulak tu! Antara yang saya selalu share tips kurus di Instagram, kalau baru belajar nak jaga makan, boleh mulakan dengan kurangkan pengambilan air manis. You'll be surprised to see the outcome later! 

Banyak benefit bila kurangkan pengambilan air manis/gula dalam maakanan/minuman ni. Ni antaranya 👇


Kurangkan pengambilan gula dalam diet harian bukan sahaja membantu penurunan berat badan, malah kita rasa lebih sihat secara keseluruhannya. Pendek katanya, bila nak kurus, jaga la makan untuk kurus dan rasa lebih sihat, bukan semata untuk kurus k. Indirectly pemilihan makanan harian kita pun akan lebih baik dan sihat. 

6. Terlalu banyak karbohidrat


Karbohidrat merupakan antara nutrient penting untuk keperluan badan, yang mana berfungsi sebagai sumber tenaga. Tapi pengambilan karbohidrat yang berlebihan dari keperluan badan menjadi punca kepada obesiti. Jangan pula abaikan terus sumber karbohidrat dalam makanan harian, tapi makan lah dengan cukup. Pengambilan karbohidrat yang cukup juga buat kita boleh turun berat dengan selesa. 

Untuk rasa yang lebih baik, pilihlah karbohidrat yang berkualiti, yang mempunyai kadar Glycemic Index yang rendah. Apapun, pastikan portion cukup ikut keperluan badan ya! 


Pilih complex carbo untuk rasa kenyang lebih lama ya!

7. Makan snek yang tinggi kalori 


Antara kepentingan snek bantu badan kita untuk berfungsi lebih baik, dan elakkan badan dari berlapar sepanjang hari. Tapi snek yang tinggi kalori antara punca kenapa berat tak turun dan ramai yang buat ni! Pengambilan snek sangatlah bagus untuk badan, tapi pilihlah snek yang sesuai, yang memenuhi keperluan kalori badan. Dalam masa yang sama, seperti yang saya selalu pesan kepada coachee saya, pilihlah snek yang bernutrisi, mengenyangkan dan membantu fat burning. Antara snek yang paling simple dan rendah kalori adalah buah! 

8. Tak cukup air masak


Ramai yang takut nak minum air masak dengan macam-macam sebab. Takut jadi gemuk air, takut rosak buah pinggang. Tapi minum manis tu, makan manis/masin setiap hari tu, tak takut buah pinggang rosak pulak? 😅

3L air masak setiap hari memadai dan nice untuk maintain healthy body. Banyak kepentingan minum air kosong yang cukup setiap hari. Bukan takat berat badan lebih mudah nak turun, malah badan rasa lagi sihat, kulit lagi cantik, penghadaman pun lagi lancar! Jangan risau, air kosong ni 0 kcal, minum la banyak mana pun, tidak akan menggemukkan badan. In fact, bila kurang minum air dalam sehari tu punca kepada berlakunya gemuk air tau! So pastikan minum air kosong cukup setiap hari k 😉



9. Banyak makan jajan


Untuk turun berat badan, bukan semata tentang kalori yang diambil kira, tapi jugak kualiti dan kandungan nutrisi dalam makanan. Jajan antara makanan yang tidak bernutrisi (empty calorie food). Maksudnya, kalori makanan tersebut dikira, tapi tidak berfungsi dan membantu dalam pengurusan berat badan. Tinggi garam, tidak bernutrisi yang mana antara punca utama kepada kenaikan berat dan gemuk air! Yes, walaupun anda makan dalam kalori yang betul ikut badan. 

So untuk penurunan berat yang efektif, kurangkan pengambilan jajan. Kalau boleh elak, lagi baik. Pilih makanan yang bernutrisi ya 😊

10. Makan terlalu sikit (badan starving)


Dalam banyak-banyak point, ni yang paling ramai dan selalu orang yang berdiet buat. Bila nak diet, nak turun berat badan atau kekal kurus sekalipun, makan sikit dan biarkan badan berlapar bukanlah solusi yang bijak. In fact, ianya akan lebih memudaratkan badan. Kita tak perlu berlapar untuk kurus. Dan dengan pengambilan makanan yang betul, kita boleh turun berat badan dan kekal kurus tanpa berlapar pun tau!

It's not about eating less, but EAT RIGHT. Badan kita perlukan certain amount calories and nutrients untuk berfungsi dengan sihat dan baik. Bila kita makan terlalu sikit, tenaga berkurang, malah penurunan berat badan akan jadi lebih susah! Sebab bila kita makan terlalu sikit, badan kita tak dapat nutrisi yang cukup untuk berfungsi, untuk dibakar. Dalam program coaching saya, saya sentiasa larang dan tak benarkan coachee saya berlapar. Bila berlapar, bukan je berat susah nak turun, kalaupun boleh kurus, apa yang berlaku, nak naik balik pun senang! Berganda-ganda naik pulak tu 😭

So saya nak pesan untuk yang sedang berdiet, jangan berlapar ya. 





View this post on Instagram

Checklist kenapa berat tak turun walaupun dah diet. Boleh go thru satu2. Ada yg experience ni ke? Point mana yg anda rasa puncanya? Boleh komen kat ruangan komen di bawah 😘 ====================================== KURUS 30 HARI SURIKURUS ONLINE COACHING 📲0193709753 ✔️ Turun Berat 5-50kg ✔️ Group Coaching Wanita sahaja ✔️ Mealplan PERSONALIZE MUDAH ✔️ Coaching Group yang supportive ✔️ Kelas Kurus Online ✔️ Food Diary Checking, HomeWork ✔️ Recognitions and Reward ✔️ 100% ONLINE & EFFECTIVE 💯 turun berat bagi yg ikut guideline . . TENTANG PROGRAM KAMI ❌ Kurus Tanpa stress ❌ Tak wajib masak/eat clean ❌ Tak wajib bersenam ❌ Kurus Tanpa Berlapar 🍚 Boleh makan NASI setiap hari ✔️ Boleh makan masakan Melayu . . Start Now 📲0193709753 30 DAYS TRIAL AVAILABLE. ⚫️ Herbalife Coach ⚫️ ONLINE Weight Loss Coaching, MUDAH & BERKESAN #TeamSuriKurus #ProgramKurus30Hari #CoachKurusOnline #HerbalifeMalaysia #HerbalifeCoachMalaysia
A post shared by COACH KURUS ONLINE | HERBALIFE (@fatinsyaibrahim_hlf) on


Okay tu je antara 10 checklist kenapa berat tak turun walaupun dah diet.

Apapun, bila kita nak kurus, bukan sahaja untuk fizikal yang lebih baik, apa yang lebih penting adalah kesihatan yang lebih baik. Bila dalam usaha nak kurus, jangan abaikan kesihatan. Tu yang lebih utama. Makanlah dengan seimbang. Diet, jangan sampai memudaratkan badan 😘




HERBALIFE INDEPENDENT DISTRIBUTOR MALAYSIA
SURIKURUS ONLINE COACHING & EFFECTIVE!

WHATSAPP 0193709753



Klik sini tentang Mula Produk Herbalife Malaysia Online: 


Klik sini tentang info dan testimoni terkini Herbalife Malaysia: 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan