Selasa, 19 Mac 2019

Review Mangala Resort & Spa, Gambang Pahang [Part 1]

Lepas Chinese New Year hari tu, tiba-tiba rasa macam nak buat short escape pergi mana-mana, untuk relax & santai. Lagi pulak tengok orang cuti. Kita yang kerja sendiri & work from home ni pun teringin nak bercuti. Tapi sabar jap, kita tunggu dan bagi chance orang lain cuti-cuti dulu, then dah habis musim cuti, jalan raya pun dah lengang sikit, baru kita pulak yg cuti. Hehe. Saje cari waktu weekdays & habis cuti, sebab tak nak ramai orang, nak santai-santai, me time dan alang-alang tu birthday retreat skali. Bonusnya, harga hotel lagi murah dari biasa hihi. (Siapa selalu buat camni jugak? Sep sikittt)

Sebelum decide untuk book kat Mangala Resort & Spa, saya snanye dah survey-survey untuk stay kat Hyatt Regency Kuantan Resort. Ada dalam seminggu jugak, duk survey & fikir-fikir. Punya la lama fikir kan 😂
Sampai la waktu tengah duk survey tu, kakak ipar saya bagitau, "Kenapa cari kat tepi pantai jugak? Kan dah memang duk kat pantai. Cari la kat tempat lain sikit."
Dalam hati saya waktu tu, "eh ye takye jugak."

Hence, long story short, tawakkal je lah book Mangala Resort & Spa. Antara sebab saya pilih Mangala Resort & Spa ni sebab;
- Bilik & view cantik
- Rating kat booking.com & Agoda pun tinggi.
- Harga pun within budget & hampir sama dgn Hyatt Regency Kuantan Resort, so pejam mata je lah book Mangala Resort & Spa ni.

Nak tahu tak? Since dari hari saya book tu, sampai la esoknya nak check in, hari-hari saya search pasal Mangala Resort & Spa ni. Baik kat google, kat Facebook, kat Instagram, semua saya search! HAHAH. Padahal dah bayar & takleh cancel booking tu. 😆 Perasaan waktu tu antara excited  nervous takut tak berbaloi bayar. Doa je lah mintak الله berkati.


1st Day di Mangala Resort & Spa


So dah tiba harinya. Macam hotel lain, check in kul3pm, check out 12pm. Perjalanan dari Paka ke Gambang thru highway dekat je dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam camtu. So kami gerak dari rumah dalam jam 1pm, alhamdulillah sampai ke Mangala Resort & Spa tu 10 minutes before check in.


Ni waktu check in. Staff yang akan attend kita kat meja, sambil dihidangkan jus kedondong. Buah kedondong yang dihasilkan jus tu Mangala Resort & Spa tanam sendiri tau! 

Selesai check in, staff lain bawak kita ke bilik naik buggy. Sambil-sambil tu, dibawak view sekitar resort & sambil introduce setiap laluan.

Waktu kami check in, tak ramai visitor. Rasanya staff dia bagitau hari tu, dalam 12 bilik je yang ada orang book & stay. So keadaan hari tu memang relax & santai. Tambah pulak suasana kat resort ni chill je. Sesuai la dengan niat nak rehat & reset tu. Heheh

Saya check in di Water Villa/Jala Villa. Dari luar villa nampak macam biasa-biasa je. 1st impression jejak masuk bilik -- cantik! Boleh tengok detail kat sini (Water/Jala Villa).


Ni complimentary. 
Dan tak dilupakan, mesti lah ada my HERBALIFE corner sekali  :D

Sampai bilik lepas settle semua, perut pun mintak diisi since kami memang belum lunch. So apa lagi,  call room service je kita order & try makanan.

Sedap! Dan setiap hari, ni lah port lepak, membawang & makan kitorang. One word: menenangkan!

Our 1st meal kat Mangala Resort & Spa, nasi goreng (tak ingat nama dia). Siapa kata bila consume Herbalife tak boleh enjoy makan sedap? Kalau nak tahu, sebab ada Herbalife lah lagi boleh enjoy makan sedap tanpa perlu risau badan mengembang. TC Formula & Herbal Aloe Herbalife sebagai peneman setia. Lepas makan, kita ambik TC Formula & Herbal Aloe untuk burn fat & healthy digestion.

Basically tentang makan, kami dah memang plan untuk tak nak keluar. Betul-betul nak rehat, refresh & reset. So, sepanjang 3 hari 2 malam tu, just stay in the resort, tak explore pergi cari makan kat mana-mana. Malas nak drive mencari pun ye jugak HAHAH. Syukur ada Herbalife, sebab breakfast & dinner dah tak perlu fikir nak makan apa. Hehe

Petang tu kami ronda-ronda sekeliling villa je. Lagipun dah petang, banyak activity yang dah tutup. So jalan-jalan sekitar Villa je. 

Basically 2nd day & 3rd day pun rutin lebih kurang sama. Kerja coaching bantu wanita untuk kurus dengan MUDAH & BERKESAN guna Herbalife pun tetap berjalan macam biasa. Working view & environment je berubah. Heheh

Ni lah ofis saya sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mangala Resort & Spa tu.

Untuk next post, saya post tentang aktivity & breakfast di Mangala Resort & Spa k. Yang bestnya siap ada surprise hari ke 2 tu! Stay tuned! semoga saya pun lebih rajin HAHAH.


NAK KURUS SEBELUM RAYA? SERTAI SEKARANG!



KLIK sini untuk Program Kurus MUDAH & BERKESAN dengan Herbalife:


NAK beli Herbalife Online? KLIK SINI:


Follow INSTAGRAM saya untuk Update Terkini! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan