Sabtu, 9 September 2017

Kenapa Saya Pilih Herbalife? #MyHerbalifeJourney

Bismillah.

Hari ni tiba-tiba rasa macam nak cerita tentang permulaan saya dalam Herbalife, atau yang lebih tepatnya kenapa saya pilih untuk menggunakan Herbalife awalnya?

Ada lah jugak beberapa orang yang tanya saya seperti berikut;

"Fatin dah kurus, kenapa nak guna Herbalife?"
"Dalam banyak-banyak produk, kenapa Fatin pilih dan guna Herbalife?"

Basically ni soalan yang paling banyak saya terima dari orang-orang yang terdekat, dan dari coachees jugak. Saya rasa, saya tak pernah pun cerita kat sini kenapa kan? Okey so hari saya cerita. Hehe. Semoga bermanfaat untuk anda yang membaca jugak k :)

 6 bulan menggunakan Herbalife

9 bulan menggunakan Herbalife

Saya memang kurus sejak mula menggunakan Herbalife. So asasnya, saya tidak menggunakan Herbalife untuk turun berat, tetapi untuk sarapan sihat & kekal kurus. :D


Bagaimana Permulaan Saya Menggunakan Produk Herbalife?


Dalam banyak-banyak produk kat Malaysia ni, kenapa pilih Herbalife? Ada banyak sebab sebenarnya :D
Sebelum Herbalife, saya seorang yang sangat takut gemuk. Sampai tahap takut nak makan lebih. Waktu ni saya takde proper knowledge berkenaan makan seimbang, sangka saya makan nasi & makan kerap ikut waktu boleh sebabkan kenaikan berat. 
End up, saya lebih pilih makan mee, roti, kuih, goreng-goreng, mee segera, berbanding nasi. Dan saya pernah makan hanya sekali sehari hidangan berat, tu pun tak seimbang -- makan bihun goreng hahah. 

Kesan dari tabiat makan yang tak sihat tu, badan saya berangin, masalah pembuangan, saya cepat letih, kurus tapi badan lembik. Bila diingat semula, apa la yang saya fikir waktu tu. HAHAH. Again, kat sini lah penting nya ilmu untuk pengurusan berat badan, walaupun nak kekal kurus. :)

Sampai lah, satu masa saya perlukan produk Herbalife sebagai nutrisi seimbang untuk ibu saya waktu tu banyak berpantang sehingga sebabkan badan lemah. Berpantang terlalu strict, sehingga makan tak seimbang nutrisinya. Dan waktu tu, saya pun tumpang guna Herbalife skali sebagai sarapan sihat. 

Waktu tu baru seminggu guna produk Herbalife, macam-macam yang saya rasa! 

Kesan Saya Menggunakan Produk Herbalife


Baru seminggu saya menggunakan produk Herbalife, yang paling ketara saya rasa adalah energy saya improve sangat! Saya tak cepat letih macam sebelumnya. Ni antara kesan yang saya rasa;

1. Saya kurang craving pada makanan manis & makanan segera.
Saya tak tau macam mana boleh berlaku, tanpa sedar saya boleh jaga apa yg saya makan tanpa rasa stress. Kalau dulu, suka sangat makan makanan segera & minum minuman berkafein tinggi. Kononnya untuk stay up, tapi mengantuk jugak. Bila dah start Herbalife, semua tu saya dah kurang ambil tanpa saya paksa diri saya. Enjoy sangat perasaanya & I'm sooo happy with it!

2. Saya lebih bertenaga & tak mudah lesu. 

3. Saya makan lebih sihat & teratur. 

4. Tiada lagi istilah "takut makan sebab takut gemuk!"
Yang ni snanye antara yang paling saya bahagia. Lepas Herbalife, baru saya sedar bahawa ilmu sangat penting untuk manage berat dalam masa yg sama tanpa diet ketat atau berlapar pun. Dan boleh je kekal kurus dengan enjoy makanan kegemaran waktu treat meal tu (Yes, dalam coaching saya akan ajar teknik treatmeal)

Apa yang penting untuk kekal kurus adalah makan dengan seimbang dan amalkan gaya hidup sihat. Bila kita amalkan gaya hidup sihat, apa-apa perayaan & sambutan pun, kita still boleh manage berat kita tanpa pressure! :)

5. Saya rasa lebih sihat & badan rasa lebih kuat. Currently saya sedang create new results pulak. Hehe

6. Hampir 6 tahun saya sendiri menggunakan Herbalife, I feel better & love myself even more. Tak reti nak explain & express in words macam mana. Saya rasa once awak sendiri guna produk Herbalife, awak pun akan rasa yang sama. 

7. Perbelanjaan harian saya lebih jimat dari sebelum guna Herbalife. 
Ramai orang fikir Herbalife mahal & membebankan. Ya, mahal pada awalnya. Sebab kita terus keluarkan belanja untuk sarapan & makan malam kita selama sebulan terus. Nampak mahal, tapi jauh lebih jimat bila anda menggunakan produk Herbalife berserta coaching :)

Sebelum Herbalife, saya belanja RM10 untuk beli jajan/kuih manis/makanan bergoreng/makanan segera, hanya untuk kudap-kudap. Belum masuk belanja lunch & minuman manis lagi. Selepas Herbalife, saya guna je RM10 setiap hari tu utk beli Herbalife. So sebenarnya saya hanya pindahkan budget makan harian saya kepada Herbalife. Malah, jauh lebih jimat! Thank you Herbalife! 

8. Beberapa bulan lepas, kulit saya breakout teruk kesan dari kulit sensitif terhadap kosmetik. Dah tau kulit sensitif, gatai jugak nak try kan. So terima lah padahnya. 
Kulit breakout sangat teruk sepanjang 27 tahun hidup. T____T
Takleh nak tuding jari salahkan sesiapa, mampu salahkan diri sendiri je sebab tak aware. Alhamdulillah terkini kulit saya improve banyak sangat sepenuhnya dengan produk Herbalife inner & outer nutrition. 

Awal-awal skin breakout. Sakit sangat dia duk berdenyut T____T

Beberapa minggu lepas.
Alhamdulillah sekarang hanya dalam tempoh nak bersihkan kulit dari parut jerawat pulak. 

Banyak lagi kesan saya menggunakan Herbalife sebenarnya. Dalam senarai ni lah antaranya. :)

Kenapa Saya Memilih untuk Menggunakan Produk Herbalife?


1. Herbalife adalah makanan yang mengandungi nutrisi seimbang. 
Awal-awal dengar nama Herbalife dulu, saya selalu beranggapan bahawa Herbalife ni ubat kurus. So bila tengok kawan saya guna, saya just support. Sebab saya memang dah kurus pun. 

Kemudian baru lah saya tau bahawa Herbalife ni nutrisi seimbang. Dan nak guna Herbalife ni kena beli dari Coach Herbalife sebab mealplan akan diberikan mengikut keperluan individu, bukan pukulrata. 


Tengok ni, bukan untuk turun berat je tau.


2. Herbalife diuji secara klinikal, selamat & sihat
Produk Herbalife ni exclusive tau. Dan penghasilan produk Herbalife ni sangat clean & clear. Dan di sebalik produk Herbalife ni ada saintis yang bekerja untuk kita & penghasilan kualiti produk. Malah, Herbalife ada ladang sendiri untuk setiap sumber produk bagi pastikan tiada racun & bahan-bahan merbahaya. 

Produk Herbalife yang original & asli hanya boleh didapati oleh Herbalife HQ dan Herbalife Coach tau. Untuk yang suka dapatkan Herbalife di Lazada atau 11th street, sila hati-hati sebab ada yang fake. Jangan pula disalahkan Herbalife jika ada apa-apa berlaku, sebab Herbalife tidak bertanggungjawab pada sebarang pembelian di Lazada dan 11th Street tu tau!

Ni antara barisan Saintis yang ada disebalik produk Herbalife :)

3. Herbalife menjimatkan. 

4. Produk Herbalife boleh digunakan oleh seisi keluarga. 

5. Boleh bantu kawan-kawan & keluarga untuk amalkan gaya hidup sihat dengan Herbalife juga. 

6. Pasti dapat hasil dan berkesan!

7. Ada Coach untuk pantau, soal jawab, rujukan sekiranya ada apa-apa persoalan/masalah, bagi mealplan peribadi & banyak lagi! 
Bayangkan, anda handa bayar untuk beli produk, tapi dapat servis tanpa perlu bayar Coach pun tau!  


Ni antara reason saya. Will share more later k! :)

Jom Sertai Saya dalam PROGRAM KURUS 30 HARI! 

Herbalife Coach Fatin Syahirah
Whatsapp: 0193709753
Instagram: @fatinsyaibrahim_hlf


Tiada ulasan: