Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 30 Jun 2011

kuruslah.

lots of things to share. tapi katanya penat, lagi-lagi bila hidung pulak rasa macam sakit yang macam nak tumbuh jerawat kat dalam hidung. lagi-lagi bila tiap-tiap malam plan nak puasa sunat keesokan harinya tapi at last end up sebaliknya. T__T. lagi-lagi sekarang rasa macam-macam, rasa rindu nak masuk hutan, rindu nak enjoy the nature. lagi-lagi sekarang makin gemuk. itu yang paling utama. tapi apa kaitan gemuk dengan tak update?

kaedah dia senang sahaja, bila malas, kemungkinan untuk tido adalah lagi tinggi. tido bangun makan tido balik, lalu terjadilah isu ini, lagi-lagi bila makan tak hingat macam tak cukup-cukup. errr.

oleh kerana sekarang makin gemuk, maka tak boleh jadi. aku harus mendisiplinkan diri untuk terus kurus.
1. TAK BOLEH makan waktu malam.
2. KURANGKAN minum air bersusu manis. oh teh ais. T__T
3. BANYAKKAN minum air masak.
4. KURANGKAN minum ais.

setakat ni itu je yang mampu control diri sendiri. dan dengan harapan, aku berjaya. amiinn.


aaa, tension bila tengok diri sendiri dalam cermin. sobs sobssss.

Selasa, 28 Jun 2011

tegar.

sekarang adalah tengah kerja, dan macam biasa, bila dah boring mengantuk tapi dah tak boleh nak tido sebab tak boleh (?) terus tengok draft lama-lama.
dan hasilnya terjumpa lah pasal entry tak-sempat-nak-habis ini. errr.

----------------------------------------------------------------------------------------tettt. :P

dah lama tak cerita ceritu pasal kerja, tiba-tiba rasa nak cerita. hiks.
hari ni rasa macam hari malas sedunia. tapi dunia aku je lah. nak buat apa pun malas. nak keluar malas, nak makan malas, nak mandi malas, so we just name it as malasism. :P

macam yang kita tau, kempen macam mana pun pasal rokok tu bahaya hoi, boleh bawak kanser hoi, bla bla bla, tapi stillll orangg beli. stilll orang smoking. even gambar letak tak boleh nak geli ke? still orang nak beli jugak kann. and also, dan seharusnya dorang pembeli-bembeli dan penghisap penghisap rokok tegar yang jenis geli bila tengok gambar seram sikit ini bersyukur kerana dengan adanya still ada gambar janin. u wanna know why?

aku ni tak ada lah ramah pun sebenarnya. tapi buat-buat berani tanya, sebab penakut kann. tapi perasaan nak tau tu macam banyak sikit, itu yang tanya jugak. being cashier, yang mana orang nak beli rokok dan tempat letak rokok adalah dalam kaunter, maka, nak tak nak, haku kenaa jugak hafal rokok nama apa, jenis apa. cuma rasa je belum. ehh.
lepas tu, as in budak skema ada lah jugak tanya dorang pembeli-pembeli rokok ni, kenapa still nak hisap rokok padahal gambar dah seram macam ni?

responden pertama : ada haku kesah?
responden kedua : alaa, tipu je tu.
responden seterusnya : jawapan setiapnya hampir sama seperti yang pertama dan kedua.


kalu angpa perasan, gambar-gambar yang macam kat atas tu ada kat kotak rokok kann. tapi dalam banyak-banyak gambar kat atas tu, ada certain customers request untuk beli rokok yang ada gambar keguguran janin je. mula-mula aku ok lagi. tapi bila dah ramai customer request asyik nak mintak kotak gambar janin je, gua tanya lah. dorang geli rupanya dengan gambar kotak lain. gambar janin tu je yang least geli nya. 

hehh. kadang-kadang aku wonder, apa yang best sangat dengan merokok ni sampai orang sanggup berhabis duit untuk rokok. 

APA RASA EH?

cuba cut duit rokok tu, dan kumpul dalam akaun tabung haji, silap-silap haribulan 5tahun kemudian dah boleh jejak kaki ke tanah suci. :)


pssst : i'm wondering who are u actually eh? 

pssst pssst : human makes mistakes. who are we to simply judge? 

Sabtu, 25 Jun 2011

rindu

dan sesungguhnya perasaan rindu yang membuak-buak yang hampir memecah ruang dada.



bila akan tibanya waktu untuk ke sana lagi?
ya Allah, murahkan rezeki untukku. aminn. :')



Ahad, 19 Jun 2011

harapan.

dengan harapan oreo cheesecake yang sedang dalam oven itu menjadi.


mengharap.


mengharap.



mengharap.


harapan.





aaa, tapi kenapa ada gelembung gelembung?





down.


:(

Sabtu, 18 Jun 2011

comel comel.



bukankah ini sangat-sangat double triple comels? aaaaaaaaaaa COMEL sangattttttttttttttttttttt.

Selasa, 14 Jun 2011

naiktarikh. read: update. :P

i wanna update. namun, setiap kali niat tu ada, tiba-tiba malas pulak datang. hakikatnya, malas itu sentiasa ada. lagi-lagi bila demam tak sihat macam sekarang, lagi tiada mampu untuk update. idea ada pun, kaedahnya macam tersumbat tersekat. cuma apa yang termampu sekarang adalah searching for oreo cheesecake and pavlova recipes. terliur habissss.






bukankah ini ini semua sangat SANGAT sangat menyelerakan??

credit: google

tunggu my version of those cakes pulak. see, sejak dua menjak ni tiba-tiba suka nak baking cakes pulak. though jadik ke tidak tu tak tau lagi, yang mana possibilities untuk tidak menjadi tu adalah tinggi daripada biasa. like aku dah banyak kali buat cheesecakes before, tapi everytime keluar dari oven, cake tak jadi tak nak keluar dari loyang. mana tak tensi. elok-elok nak membangga boleh buat cheesecake, terus tak jadi. hati-hati niat tu penting, kalau kekdah dia nak show off riak membangga segala, memang susah nak jadi. errrr. 
tapi sekarang dah tau kot macam mana supaya kek menjadi, thanks diana nasib lu keje kedai kek, wa boleh tanya tips sikit-sikit. ngeh ngeh.

baiklah, saya rasa saya perlu tido sekarang. mintak-mintak esok bangun tido segalanya pulih seperti biasa. i am the one yang hard to get demam ke apa. so, bila semalam demam, sakit badan hanya Allah yang tau. dan bila hari ni mc tak masuk kerja, rasa pelik and also semestinya bosan. cannot imagine how it would be kalau nanti dalam tempoh pantang bersalin bosan dia macam mana. ehh. 



psssst : perfect life huh?

pssst pssst : anna nordin, sila make sure plan kita berjalan dengan lancarrrrrrr. 

Isnin, 6 Jun 2011

ulser.

lately lidah rasa macam tak selesa. tiba-tiba semalam tergerak hati nak tengok. tengok cermin, rupa-rupanya ada ulser. mula-mula tak ada lah rasa sakit sangat, tapi hari ni tiba-tiba nak makan pun tak selesa. nasib kena dekat tepi lidah belah kanan, belah kiri still ada untuk kunyah makanan walaupun kadang-kadang tengah-tengah kunyah makanan, tiba-tiba rasa pedih lepas tu baru teringat ouch pedih. maka, hari ni nanti pergi kerja kemungkinan untuk senyap adalah tinggi. tapi mampu ke? errrr.

bila kena ulser macam ni pun dah sakit tak boleh nak makan sesuka hati macam sebelum ni, tiba-tiba terbayang kesakitan yang kawan ibu yang kitorang lawat semalam rasa macam mana. dia pengidap kanser lidah. lidahh okk. within alomost 1 year, dia lost weight 30kg. sekarang leher membengkak, semua pun membiru. tapi dia still kuat like still masak-masak untuk her family kadang-kadang bila ada kudrat. and sure lah, bila dorang talk about how they feel, aku tak boleh nak in. hanya mereka yang merasai kesakitan itu yang faham macam mana sakitnya. katanya badan selalu rasa panas selalu berpeluh. kita yang melihat pun rasa macam dah tak terbayang rasa sakitnya macam mana, mesti sakit. apatah lagi yang menanggung.
sekarang kawan ibu pun dah tak makan ke apa, tebuk wayar dekat perut untuk kasi susu khas untuk pesakit kanser which is not cheap okk. u kniow, sekarang ni dah kena menabung slow-slow. kalau kau dah berada hidup senang ok lah, tapi if one day tak terduga tiba-tiba perlukan duit, mana nak korek. lagi-lagi kalau dah sakit.

semoga kita-kita dieri kesihatan yang baik olehNya. amiin. :')

Ahad, 5 Jun 2011

random.

memikirkan, merasakan apa yang berlaku kini, 
hati semakin risau akan kemungkinan yang akan mungkin berlaku.




being me is not easy. semua pun akan cakap macam tu. yeah, setiap orang ada dugaan masing-masing. cubaan hidup masing-masing. ada yang dugaannya sentiasa senang, which bila selalu senang, kita sesenang jugak nak lupa Dia yang Satu. nauzubillah. ada jugak dugaannya selalu susah, which at the end, kadang-kadang ada yang give up ada yang semakin bersemangat untuk teruskan hidup. ada yang mula-mula susah, dan senang di kemudian harinya. hidup ibarat roda, kadang-kadang di atas kadang-kadan di bawah, remember? ada yang mula-mula senang, dan susah di kemudian harinya. mintak dijauhkan akan setiap kesusahan atau kesusahan yang akan end up susah juga di akhirat nanti. nauzubillah.

my life is getting better. alhamdulillah.

1. move on.
people come and go. move on adalah sangat perlu.

2. alhamdulillah, ibu is getting better.
even still, she won't go to see doctors, cuba ikhtiar cara lain selain going hospital, alhamdulillah, syukur to her now. not macam lemah anymore, can bake cakes already, buat kuih-kuih then sekarang boleh jadi makin gemuk nampaknya. :P. tapi, belum lagi menggagahkan diri untuk drive so on. thus, i'm still be her driver, a professional driver yang boleh drift bagai. peofessional kata kauuu.

3. gaji dah dapat yey!
after one month berpenat lelah merasai pengalaman, akhirnya, dapat rasa imbuhan hasil titik peluh sendiri. and also, first time bagi duit to parent. time nak balik kerja baru gaji, balik terus singgah cimb, withdraw duit, first thing first terus kasi ibu. then baru belanja untuk diri sendiri. perasaan bila kasi duit kat ibu macam mana nak cakap eh, lagi-lagi bila ibu cakap, 'semoga dimurahkan rezeki.' :')

4. sabtu is your day without plastics.
seems hari ni hari sabtu, teringat nak cerita about kejadian previous sabtu yang berlaku. bila hari sabtu, kempen no plastic bag day berlangsung. which only be on hari sabtu. ada sorang lecturer aku pernah cakap, yang kempen tu tak akan dapat sambutan sangat. time dia cakap tu, aku tak ada lah setuju sangat, but then bila sekarang my myself lalui the experiences with customers, setuju lah pulak. hiks.
stesen ni pun even tak lah macam hypermarket tesco, giant etc, tapi still tak salah kalau nak run the campaign. at least ada lah effort to save the earth. tapi itu lah, secara keseluruhannya, we malaysians are still lack of knowledge pasal eco-eco thingy ni, lagi-lagi bila products of eco friendly ni kebanyakannya mahal. aku sendiri pun berkira nak belii bila dah mahal macam tu. so, support the-no-plastic-day is one of the effort, kau tak perlu keluarkan duit pun, unless kau sanggup bayar untuk dapatkan the plastic sebab barang beli banyak sangat.

kamu ni bukan mall, tak payahlah nak ada kan hari tanpa plastik.
yes, pakcik. tapi bukankah melentur buluh biarlah dari rebungnya? bukan semua orang yang pergi mall. dari yang bukan mall ni lah kita nak mula, nanti pergi mall tak ada lah macam terkejut sangat haa apa ni tak boleh guna plastik beg? :P

u said that today is no plastic bag day, thus it should be no plastic bag at all. ni kena bayar, still guna jugak plastik tu. it should cannot be like that.
yes aunty, saya setuju dengan itu. sebelum ni pun saya ada terfikir akan hal yang sama, which is people still could consume the plastic on no plastic day by paying 10/20 cents. kaedahnya sama je macam hari-hari sebelum ni cuma beza dia, plastik kena beli. tapi kalau setakat seposen ke dua posen ke, tak ada pun orang nak berkira sangat. even mulut bebel marah pun, still beli jugak plastiknya. nampak tak? kaedahnya kempen ni tak akan berlangsung secara  smooth bila  kesedaran dari dalam diri sendiri tu tak ada. sama macam perkara yang wajib jugak, bila orang tu taknak solat. bebellah, suruh lah, marah lah macam mana pun, kalau dah diri sendiri tu taknak, tak solat jugak even dia dah tau solat tu tiang agama, perkara yang pertama yang akan dihisab nanti. tapi kita yang dekat-dekat dengan dia ni still macam slow-slow nasihat suruh solat kan?
tapi ini kempen, basically to educate people. information kurang. kaedah dia macam, kempen berjalan, tapi cuma sekadar nak ikut je, tapi tak tau kenapa. bukanlah semua orang macam tu, tapi ada yang dalam golongan tu. kan?

tapi tak ada lah haku nak menjawab macam tu kat dorang yang complain pasal ni. diam sudeyyy. malas nak melayan. cuma sekarang je rasa nak fikir. errr.

tapi basically, bila tengok sekarang, plastic tu macam kemudahan. kau beli barang banyak-banyak tak cukup tangan nak bawak, then ada plastik sebagai penyelamat. tadaaa.
plastik adalah sangat diperlukan oleh peniaga-peniaga makanan. don't u think so?
sebab tu kedai-kedai makan pada aku adalah sangat tidak sesuai untuk menjalankan kempen ini.

kejap, sekarang aku sendiri pun dah kompius ayat sendiri. tak kisahlah, what do u expect bila dah hampir pukul4 pagi macam ni. update belog sebab nak elakkan mengantuk last-last ayat dan pendapat ntah pape. ?


ok dah.

*love this pic*

pssst : errrr. 

Khamis, 2 Jun 2011

kematian itu pasti datang
yang pasti menanti sampai tibanya ajal yang datang
yang tiada pasti akan tibanya waktu itu
yang tiada diketahui bila masanya kan tiba
yang tiada dapat dikecapi dek akal bagaimana cara dan keadaannya saatnya malaikat maut tiba menarik nyawa

semoga taubatku diterima, mati dalam taubat
semoga diri ini dipilihNya untuk merasa nikmat hidayah seperti insan-insan yang terpilih
semoga diri ini tetap teguh dalam menghadapi ujian dan dugaanNya.

terima taubatku, ya Allah. amiin.