Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 27 April 2010

ombak dalam perut.

pehhh.
time-time ni jugak perut nak buat hal macam cirit birit dan sebagainya.
komeng aaaaa. komeng aaaaa.

doakan aku selamat menjawab exam.


sakit perut, rasa macam ada ombak dalam perut.
boleh bayangkan??


pesananringkas : good luck kepada semua yang menduduki final exam. doa sama-sama.  :')

kenapa kelkatu ada bila pasang lampu?

esok merupakan exam bagi paper genetics. cuak di situ.
bila dah cuak, mulalah rasa macam baca apa pun eh apa ni eh apa tuu. gelabaaaahhh.

bila bagitau ibu cuak sebab nak exam,
ibu mesti cakap,
"ha.. doa banyak-banyak. sebab cuak tu lah nanti tak boleh nak jawab lah apa lah.."

ok fineee..
lepas tu setiap kali masuk dewan, atau waktu on the way nak pergi exam, mesti kena call ibu mintak suruh doa. kang kalau tak call mula lah rasa macam tak best time jawab exam. serius.
lepas tu, ibu yang macam lebih gabra pulak. tiba-tiba aku rasa aku cepat gelabah sebab genetic. kuikuikui

eh, salah simpang pulak fatin ni.
tajuk pasal kelkatu, tapi ape jadahnya cerita pasal exam. 
tapi kata tengah exam, selingan pasal exam tu haruslah ada supaya aku macam tak lupa diri sekarang tengah exam. haa... gituuu..

setelah sekian lama berpanas, hari ni hujan yey!
dari malam semalam hujan bagai tak berhenti, ok..
jadi, semalam dapatlah aku tidur berselimut dengan nyenyak.. hihi
bukan semalam sajo, sampai satu hari ni pun banyak tidur je kerjanya.. (eh, sebelum ni macam lah kurang tidur. ekekeeke)
tapi, time-time ni jugak nak banyak kelkatu kan?
dalam toilet tu tak payah cakap lah.. memaaaang banyak. yang dah mati lah. nasib baik lah ada toilet yang lampu rosak, so, tak adalah sangat benda alah tu nak terbang sana sini. kang tak pasal-pasal aku tak tenang nak melabur.

tengah sibuk-sibuk cakap pasal kelkatu,
roommate aku, ida, pun memulakan hikayat mengenai kenapa kelkatu ni suka lampu terang-terang..
katanya, cerita orang dulu kala.. tapi ni lah first time aku dengar..

begini ceritanya.. 

kelkatu ni mempunyai impian yang sangat besar, iaitu dorang nak sangat naik ke langit..
tapi kau tengoklah sayap nya macam mana.. mudah tanggal kan?
dan cuba kau kira jarak antara busut tempat dorang tinggal dengan langit, agak-agak dengan keadaan sayapnya yang mudah tanggal, boleh sampai tak ke langit nun?
sebab tu la.. bila dorang nampak lampu je, terus pergi ke lampu tu sebab dorang fikirkan dah sampai langit dan bulan serta bintang, rupanya lampu sajoo..

haaa.. macam tu lah kisahnya..
sadis jugak.. tapi nak buat macam mana.. impian masih belum menjadi nyata..
sebab tu lah malam-malam, bila bukak lampu, bayak je kelkatu, tapi bila tutup lampu, yilek, tiada satu ekor pun.. haa.. itu lah logiknya..

kot-kot siapa-siapa ada cerita lain pasal kelkatu ni??


tiba-tiba teringat dulu waktu kecik-kecik, time kelkatu ada banyak kat lampu, ayah mesti gantung lada dekat lampu tu, lama-lama kelkatu tak ada. pedas barangkali??

orang kata, kelkatu bagi petanda rezeki murah??

haih, macam-macam.




ini je yang dapat snap.
:D

pesananringkas : tiba-tiba rasa macam nak makan kfc. siapa-siapa mahu belanja? ngehehehe.



Ahad, 25 April 2010

wani punya pasal, aku asyik ulang tengok kak buyah audition.

seperti tajuk, aku dah jadi semacam minat kak buyah.
mana taknya, tiap kali jumpa wani, nama kak buyah yang asyik disebut.
lagu kak buyah yang asyik didengar, lama-lama siapa yang tak terdengar sekali. aku pun semacam kena dengar jugak.

siapa kak buyah?
kau jangan main-main, kak buyah femes penah masuk surat khabar, cipta lirik sendiri dan boleh nyanyi, ok.
ok jomsss layansss tengok kak buyah nyanyi.



apa yang aku suka tengok kak buyah ni, dia sangat yakin.
eh, kejap kejap.
tapi macam semua orang yang pergi audition tu, yakin-yakin belaka je.
ada ke yang tak yakin. ok, maybe ada la jugak yang gabra dan nervous lebih sebab jumpa artis yang dorang suka.
cuma, kadang-kadang, ada yang terlebih yakin sampai nak mengamuk bila tak terpilih.

ok dah, aku nak tengok kak buyah lagi.
layansss.


pesananringkas : entry di pagi hari. bangun awal hari ni sebab semalam tidur awal, cuak selasa ada paper.

pesananringkaslagi : sebab sekarang minggu exam, jejak blog kunjung balas tertunggak. hadoi. bagi aku setel lagi 3 paper je. jangan lupa doakan aku. :')
good luck kepada semua yang menduduki final exam juga. :)

Jumaat, 23 April 2010

jangan!!

fatin ni, tiba-tiba nak cakap pasal politik apa hal?
mimpi apa ni??

aku bukanlah jenis yang suka nak cakap pasal politik.
sebab, pengetahuan aku dalam politik. yilek. zero.
kalau ada pun, setakat dengar-dengar dari orang lain, dan baca dekat mana-mana media massa.
tapi, boleh percaya ke dengan media semua?
kompom-kompom ada yang tersembunyikan. siapa nak pecah belang weh, kang tak pasal-pasal periuk nasi kau ditutup.
jadi, aku tak ambil tau pasal politik, dan minat ke arahnya tidak terpupuk. titik.
jadi, senang cerita, aku tak sokong mana-mana. (boleh ke macam tu??)

minggu exam ni, minggu yang memang men-tension-kan jiwa.
memang minggu yang mana aku belajar sampai aku pun dah tak tau nak belajar apa. (ye laa.. kata study last minit)
memang minggu yang buat aku rasa nak tidur memanjang. kata otak letih sebab terlalu banyak digunakan untuk hafal semua.

dan semestinya minggu yang buat aku rasa macam, apa kata relax sebentar, kita ber-blogwalking dahulu.
dan bila dah blogwalking, macam-macam blog aku jumpa.
dan salah satunya blog pasal politik.

politik bagi aku,
tidak aman pada penglihatan aku.
tidak aman dalam jiwanya, para pemimpin itu.
dan sepeti biasa, yang menjadi mangsa, rakyat nya.

aku taknak komen lain.
tapi aku cukup tertarik dengan komen yang ni yang aku jumpa dekat che det.

klik kepada sesiapa yang tak boleh nak baca, untuk besarkan image berkenaan.
dah tu, kalau aku letak pendapat aku dalam blog, pastu kalau ada orang lepas geram kat luar blog macam mana??

konklusinya, setiap manusia itu, wujud emosi dalam jiwanya. lelaki mahupun perempuan, kerana manusia itu sama sifatnya. cuma yang membezakan, negatif atau positif emosi tersebut. kalau tak kerana emosi, takkan ada rasa bersalah, takkan ada rasa sedih, takkan ada rasa marah, takkan ada rasa gembira. jiwang dan gila kuasa itu juga emosikah? erkk.



pesananringkas : dulu kala kecik-kecik time tak tau pape, pernah verangan nak jadi ahli politik. verangan je lebihhhh.... kehkehkeh

pesananringkaslagi : aku pun tak faham apa motif aku tulis entry ni. haih.

Rabu, 21 April 2010

malas dan rajin, biasalah, selalunya malas yang menang.

tajuk memang macam sadis nak nak makan pelempang gituu.
maaf, ya. aku tak ada niat nak tujukan kepada siapa-siapa. kata blog ni blog aku, aku tulis je lah apa yang aku nak tulis, dan selalunya apa yang aku tulis adalah dari hati aku dan selalunya dari pengalaman sepanjang hidup aku.. gituuu..
explain bukan main.. ye lah.. kang kalau ada yang terasa tak ke naya..

ok, tak perlu nak melancong melencong, fatin.
ok, fineee.. dah lama tak melencong tiba-tiba rasa nak melalut.
bukan lah apa, kata tengah minggu exam, sebab tu otak kadang-kadang ter-piangpiung sekejap.

ok, skip.
entry sekarang macam melalut meraban.
sebab bagai nasi tidak dimasak dek kehabisan beras, macam tu lah keadaan aku sekarang, nak buat entry baru tapi tak ada idea. lepas tu, refer tajuk, kemalasan nak ber-entry. ececece.

kenapa heh, bila tiba je malas, terus malas nak buat keje lain.
nak-nak bila dah tiba minggu exam ni, semua kerja rasa macam malas nak buat.
kunun-kunun takut berlaku pembaziran masa nak study sampai rasa macam tak sempat nak basuh baju, nak makan, nak minum, nak tidur. ok statement itu agak pentipu dan bagai memohon diberi pelempang gituu.

ok lah, tia-tiba dah tak tau nak melalut pasal apa.
jadi kita biarkan entry tergantung untuk kali ini. (eceh, pernah ke entry aku tak tergantung? ok, sila abaikan.)


pesananringkas : 3 paper lagi. yeaahhhh. ( eceh, macam dah well prepared gila. padahal dah tergigil-gigil sebab 3 subjek tu semua macam wuaaaaa macam mana ni semua susah... - macam biasalah, gelabah tu dah sinonim)



pesananlagi : perasaan adalah seperti rumit untuk dimengertikan. (tiba-tiba berjiwa pulak daahhh. exam, fatin. focus! focus!)


Isnin, 19 April 2010

hambaNya dan ujianNya. setiap orang menghadapi dugaan yang tersendiri.

setiap orang, setiap hambaNya, pasti akan teruji.
sama ada melalui senangnya, mahupun susah dan peritnya.
kata peribahasa, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. dan kita yang memandang, haruslah bukan sekadar memandang kosong, tapi iringi dengan doa dan bantuan..

dan yang pasti, setiap apa yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersembunyi.
setiap yang pahit maung yang dirasai itu, pasti ada manisnya..

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. 
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. 
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. 
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. 
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. 
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. 
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. 
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. 
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. 
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. 
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAHagar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. 
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada sayarozex_3056@yahoo.com.my<http://us.mc761.mail.yahoo.com/mc/compose?to=rozex_3056@yahoo.com.my> . Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya. 
Solat Hajat 
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x. 
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan. 
Ayat Kursi 
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim



Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah. 


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut. 


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU. 



Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.
Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.
Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin 



semoga adik hana cepat sembuh.
='(




pesananringkas : teringat adik arip, amar, still dalam wad sebab demam panas sampai kena tahan kat icu. tapi sekarang dah ada kat wad kanak-kanak. aku baru tau semalam, ok. arip, semoga adik ko cepat sembuh.


pesananrinkaslagi : aku baca dan copy paste entry ni dekat sini.

semua orang duk cakap pasal buffered earning, habis tu, metered earning pula macam mana? [tulun saya!!!]

saya adalah seorang budak yang baru belajar. *ececece*
dulu waktu mula-mula daftar nuffnang pun sekadar suka-suki. tengok orang lain daftar pun, aku nak daftar sama. lepas tu mula lah nak menggelupur waaaa apa ni aku tak fahammmmm.
x ada lah niat nak buat side income pun. even sekarang aku tengah tunggu cek yang pertama pun, aku still tak faham dengan nuffnang ni. aku just melayankan aje. hari-hari tengok meter, weekly tengok berapa menaik. itu sajo. lain-lain, aku abaikan sajo. tang nak join event-event nuffnang semua, memang harapan lah kan, sebab event tu kat mana, aku ni jauh nak prgi sana walaupun macam dah terkinja-kinja nak join sama. tapi still dalam angan dan sedar. kuikuikui

hajat di hati nak bertanya pun, tak tertanya-tanya. kunun-kunun macam waaah fatin bz nya kau. konon-konon sahaja, ya.
aku cuba jugak cari, nak faham lah konon-konon, tapi tak faham-faham jugak. ha, camno??
siapa-siapa bolh tulun? tulun! tulun!!

metered earning tu macam mana heh? berdasarkan apa?
benda alah ni pun ku baru perasan dia wujud dalam account aku. 
bila semua orang duk sibuk-sibuk pungpangpungpang cakap pasal buffered earning, aku pun check lah account aku kot-kot dapat buffered earning jugak (mimpi dan harapan itu perlu ya walaupun memang harapan  setinggi gunung gituu sebab tak tau lah bila aku boleh dapat buffered earning), last-last aku nampak macam yang kat atas tu, bukan buffered earning. 
tang buffered earning pun aku tak faham. haih.



hah, yang ni pun lagi satu, aku memang tak faham jugak.
aku tak faham star tu meningkat berdasarkan apa untuk 3 ciri yang ada tu.
haisyoo.

boleh siapa-siapa tolong fahamkan yang memang tak faham tang benda alah ni semua??
pssst, dan dan sekarang pun buat entry pasal nuffnang. salah satu nya sebab kecewa jugak tak dapat rm20 tang my fav sport hari tu. sobsobsob

pesananringkas : hari ni tak ada paper, esok baru 2nd paper. asas keusahawanan pulak tu. berbelit-belit nak faham tang financial plan punya part. 

pesananringkas : tak sabar nak cutiiiiiiiiii. fullstop.




Ahad, 18 April 2010

awaken by maher zain.

bila musim exam je, terus macam tension sikit ( eh, sikit ke? ) lalu bermulanya sesi mendengar nasyid dan yang sewaktu gituuu.



We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying

Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Del Sol
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power

We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?

Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves 


lepas ni tiap-tiap hari pun dengar maher zain.
:')


pesananringkas : takziah buat achik spin bola-bola api. alfatihah.

doakan aku. :)

seminggu dah berlalu, makan baerakhirlah minggu study aku yang tak begitu terisi. 
maka, hari ni dah start final exam untuk sem ni.

aku taknak tulis panjang-panjang, takut tak sempat nak bersiap semua. 
tapi gatal gedik jugak nak membelog gituu.
ya lah.. kata blog ni salah satu tempat dan cara aku nak release tension semua bagai, dan sekarang aku konon-konon guna speed 200km/s untuk type. kuikuikui.

ok, final exam kali ni dimulakan dengan subjek bahasa inggeris.
ya, pagi ni lah tu. pukul 9 nanti.


doakan aku.
:')


pesananringkas : tiap kali nak exam mesti cuak, dan bila cuak taktau nak letak pesanan apa sebab tiba-tiba rasa macam tak boleh nak berfikir selain exam exam exam. ceeeyyyy. 

spek kawan-kawan saya memnag terbaik gituu.


tiba-tiba teringat abang kawan aku yang memang tak suka english,
sampai tulis "benci bahasa penjajah" kat muka depan kamus.
erkkk.

Sabtu, 17 April 2010

[Gambar] tengoklah kalau dah rasa macam berani pastu tak geli. tapi macam biasalah, unsur 18++ tetap ada. (ini version yang sama. tapi cara yang lain.)(???????)

entry ini adalah macam repeat seperti yang di bawah. tapi entry yang kat bawah tu tak boleh nak view gambar pulak.
my bad, sebab aku malas untuk save gambar dan upload, maka aku copy paste sajo, tak tau lak orang lain tak boleh nak view. hadoi.
aku malas nak copy paste. tapi macam rajin nak buat post baru la pulak kan?


jom kita layan gambar.
tqah forwarkan email kat aku. ok, finee... aku yang terdik-gedik suruh tqah forward email kat aku.

zassssss.






















siapa-siapa yang teringin makan sup tulang?
ini ada tulang baik punya..
ada siapa-siapa mahu???



pesananringkas : manusia sekarang memang kejam, tak ada hati perut dan rasa kesian agaknya. cuba kalau terjadi kat diri sendiri.. 

pesananringkaslagi : geli tak? apa-apa rasa, tanggung sendiri. :p
pesananmaaf : maaf ya kawan-kawan. entry sebelum ni tak boleh nak view gambar. my bad, aku yang malas nak save picture lalu copy paste sajo. mana aku tau sampai tak boleh nak view..  tapi no worries, aku dah rajin save dan upload semua gambar, dan boleh tangok dah kan kan?? hehe


Jumaat, 16 April 2010

haramnya rokok. ada darah babi rupanya.


sebab hari ni hari jumaat, entry haruslah sedikit berinformasi dan berguna, di samping sopan dan berhemah.
tapi, penggunaan babi di atas bukan sebab mencarut, ya. dah memang nama dia babi, nak buat macam mana. dan sejak akhir-akhir ni kecoh cerita pasal filter rokok yang agak sinonim dengan darah babi ni.

ok, finee.. aku macam lambat tau pasal ni. aku tau pasal ni pun time pergi kenduri tahlil arwah atuk saudara aku time balik rumah hari tu.

malas pulak nak cerita panjang-panjang.
baca kat sini je lah.

oleh yang demikian, saya menyeru agak perokok-perokok tegar sekalian agar berhentilah merokok. ustaz ustazah dulu-dulu ajar apa hukumnya yang berkaitan dengan babi? haram... pandai.. :p

pesananringkasuntukadik : tak payah nak tunggu umur 40 tahun baru nak berhenti merokok. aku takut kang tak sempat 40 tahun macam mano? rentetan cerita 40 tahun;

adik : ibu, dulu ayah pernah hisap rokok kan?
ibu : ya..
adik : dulu, ayah berhenti merokok time ibu ngandungkan adik kan?
ibu : ya.. kenapa nya?
adik : waktu tu ayah umur berapa?
ibu : nak masuk 40tahun gitu lah.. kenapa?
adik : kalau macam tu, umur 40 tahun baru adik berhenti merokok.

aku paangggg jugak kang adik aku sorang ni. hadoi. sekarang umur 19, maknanya lagi 21 tahun ko nak merokok la ye? haih.


pesananringkas : makin dekat nak exam, makin tak tau nak belajar apa, tak tau nak belajar yang mana satu dah.. biasa lah.. hormon gelabaaaah berlebih-lebih.

pesananlagi : teringat dulu kala.. time kelas agama islam.. ustaz pernah cakap.. "sian babi.. kamu gaduh ngan kawan ke, langgar meja ke, panggil kawan ke, tersadung ke.. semua babi yang kena.. padahal babi tak bersalah pun.. tak kacau hidup kamu pun.."

kuikuikui

babi jugak yang untung, tak merokok, gigi putih bersih. 
perokok tegar yang mana dalam filter nya ada darah babi, gigi memang berbeza.

ok, sekarang cuba bandingkan. 

apa yang bestnya merokok ni heh?
aku yang bau asap rokok pun dah pening. haih.

Selasa, 13 April 2010

study week=minggu nescafe+cirit birit

bilamana tiba nya minggu belajar, yang mana bahasa omputihnya study week, maka akan terlihatlah semua orang pun nak mengadap buku. semua pulun tidur lambat.
yang tak biasa minum nescafe macam aku ni pun sedaya upaya beli nescafe sebab kunun-kunun boleh tahankan mata untuk stay up sampai selewatyang mungkin.
padahal sebelum ni, bukan tak pernah tidur lambat. tapi kau faham-faham aje lah kan, bila ngadap buku je, kepala tiba-tiba jadi berat.
bila ngadap buku je, tiba-tiba rasa tak sedap badan.
bila ngadap buku je, tiba-tia rasa macam huh penat sungguh hari ni.

kemudian, apa lagi, terus bungbang terbaring atas katil. lalu zzzzzzz.

sebab tu, pengambilan nescafe difikirkan agak membantu dalam bab-bab nak stay up ni semua.
kang kalau tak ada nascafe maunya tidur awal tiap-tiap malam. oh, cannot be, cannot be. mau nya nanti bangun lalu menyesal sampai huaaaargggg kenapa aku tidur lama sangat. padahal selama ni tidur kemain lama  jugak, tapi sebab dah namanya study week, minggu belajar, maka kalau tidur lebih rasa macam nak menendang. lepas tu, mula lah rasa macam omaigod, omaigod, macam mana ni banyak lagi tak ulangkaji sempat ke ni lama-lama semput jugakk. ahhaha.

jenis aku ni, aku tak ajar sangat kalau nak stay up minum nescafe. sekarang je lah..
sebab nya, pernah jugak dua tiga kali aku minum nescafe kadang-kadang sampai fening-fening loya-loya gituu. lepas tu sakit perut semua. beberapa kali lah jugak, tapi tak insap-insap, tapi lama-lama tension lah jugak sebab macam tak boleh nak menikmati hidup sepenuhnya bila sakit-sakit ni. memang lah sakit ni ada hikmahnya, tapi bila sakit tu kita yang cari pasal macam mana pulak kaedahnya? kemudian, bila dah banyak kali sangat minum nescafe, kang lama-lama dah terimune kat badan aku, langsung tak berkesan untuk aku nak stay up pastu minum nescafe. membazir tenaga buat nescafe satu hal, meng-dehydrate-kan air dalam badan aku satu hal. lepas tu, tetap mengantuk langsung tak sempat nak stay up, tapi siap boleh tidur kekenyangan.

tapi bila datangnya minggu belajar ni, aku beli lah nescafe. cadang-cadang kalau tak boleh tahan ngantuk, boleh layan nescafe sekejap. dengan harapan boleh segarkan minda, pastu bolehlah aku stay up study sampai jauh malam. dah kata minum nescafe(kafein) boleh dehydratekan badan, pagi-pagi terus bergegas ke toilet labur saham. kalau sekali tu tak pe lah, ini kalau lebih dari sekali untuk aku berkejar ke tandas, macam tak ada kerja lain nak buat dah.

sebenarnya, keseluruhannya, aku nak kata yang hari ni aku kena cirit-birit sebab minum nescafe semalam. :D


pesananringkas : tak ada.
saya rindu ibu saya.




pesananringkas : entry sebegini seperti sudah menjadi rutin setiap kali selepas balik dari rumah.  :'(

Isnin, 12 April 2010

perempuan haid boleh berwuduk?

aku tengah tengok rancangan tanyalah ustaz.
hajat hati nak study bersempena study week di rumah, tapi tengah study, ibu pasang tv tengok tanyalah ustaz, sambil study sambil dengar lah. :)

tiba-tiba ada penonton yang call tanya ustaz.

soalan : bolehkah perempuan yang sedang haid berwuduk? misalnya saya berwuduk untuk menghilangan marah.

jawab ustaz : menurut hadis (tak pun melalui ulama', aku lupa), wuduk terhadap perempuan/wanita yang sedang haid ni tak bagi apa-apa kesan disebabkan haid yang sedang dialami (ye la, haid ni kan keadaan kita-perempuan sahaja, tengah kotor). jadi, kalau nak hilangkan marah, cuba buat perkara lain yang boleh menghilangkan marah seperti;
1) kalau sedang berdiri, duduk
2) kalau sedang duduk, baring
3) kalau ada kat tempat kejadian, beredar sebentar.

ataupun, boleh juga basuh muka. supaya lebih sejuk. sebab, menurut kajian, suhu orang yang sedang marah adalah tinggi. tak caya? cuba tengok orang yang sedang marah, kau tengok telinga dia, takpun muka dia je lah. pasti merah, kan? suhu dia automatik naik. haa.

tapi, aku rasa tak salah pun kalau nak ambil wuduk.. kan?

itu lah setakat yang aku dengar dan aku faham. wallahualam.
renung-renungkan, dan selamat beramal.
kalau ada salah atau silap, tolong tegur dan betulkan aku. :)

pesananringkas : agak-aak berinfomasi tak entry aku kali ni? sharing is caring.

pesananringkaslagitapitakdelahringkasmanapun : esok dah balik. wuaaaa. tapi nasib baik ayah hantar. ok, boleh relax-relax lagi. tak perlu gopoh gapah packing barang. huhuhu


kenapa sekarang ni aku rasa aku dah tambah warna kegemaran aku, hijau pucuk pisang, eh?
tapi janganlah menrisau, warna pink tetap disukai sepanjang masa. 
oh ya, tambah lagi warna merah dan putih. :)


Ahad, 11 April 2010

my favourite sport, bermaksud sukan kesukaan saya lah kan??

aku memang minat sukan.
tapi tak ada lah sampai lepas lahir je terus zzuuuupppppppp lari sana, zzuuuuppppppp lari sini.
tak ada lah jugak sampai aku berlari time keluar dari perut ibu.
kalau lah aku macam tu, sekarang ni aku dah berbangga gila-gila dapat catat rekod dunia. paling tidak pun, aku mungkin akan berbangga, kecil-kecil keluar dari perut ibu, berjaya mempengsankan semua jururawat dan juga doktor-doktor yang terlibat yang nak sambut aku keluar melihat dunia.
ok, fineee.. aku dah start merepek, kemudian ada yang tak fahamm....

dalam banyak-banyak sukan, aku paling suka sukan basketball, badminton, dan olahraga. pastu, tang sukan pingpong tu, kira aku suka lah jugak.
aku bersyukur sebab ayah ngan ibu hantar aku masuk sekolah cina waktu sekolah rendah dulu kala. itu pun sampai darjah 4 sajo. masuk darjah 5, aku dah dicabutkan masuk sekolah biasa. haih. sedih ok time tu kena tinggalkan kekasih ai. ok, pentipu di situ. ai sedih sebab terpaksa tinggalkan jejaka yang ai admire.
berbalik pada sukan yang aku suka, maksud aku, paling suka.. basketball.. kalau ibu ayah tak hantar aku masuk sekolah cina, maka dalam mimpi pun aku tak akan berminat nak main basketball. apatah lagi kat sini sukan basketball memang langsung tak femes, lagi lah aku takkan berminat. terima kasih ibu dan ayah sebab hantar acik masuk sekolah cina walaupun tak sempat nak bercinta.

walaupun tak berapa nak pandai main basketball, tapi bila tengok orang main, aku faham lah. tak macam bola sepak. aku langsung tak faham, ok. sampai aku tak faham kenapa lah orang sampai sanggup nak berperang pungpangpungpang sebab bola sepak. maksud aku peminat fanatik ya. bukan pemainnya.
tang pemain bergaduh tumbuk sepak dalam padang tu, aku faham lah. *eceh, macam pernah alami je??*

selain basketball, aku jugak suka badminton, dan juga olahraga. tidak lupa jugak pingpong, ya..
badminton, olahraga ngan pingpong juga aku start aktif since sekolah rendah. dan waktu tu jugak lah boleh kata waktu aku start nak tonjolkan bakat yang agak-agak malu-malu kucing nak timbul.
masuk sekolah menengah, terus zzuuussss zzaaassss zaaaasssss bersukan sana sini. kemudian injured itu ini.
ibu banyak kali bebel,ok. tapi apakan daya, aku ini anak yang jarang mendengar kata, kata gila sukaaannn...
waktu form5, ibu marah aku bersukan sebab waktu form4 aku banyak kali injured time olahraga. tapi aku gian nak bersukan, ok. dan badan macam terkinja-kinja terlompat-lompat nak bersukan. lalu aku bersukan senyap-senyap. nasib baik aku duduk asrama. kesudahannya, lepas kalah badminton ngan olahraga peringkat negeri dan dah injured sana sini dan sebab dah tak tahan sakit, baru aku bagitau ibu. bila ibu dah tau, kau faham-faham sendiri lah macam mana seksanya aku menahan telinga mendengar tarbiyah. huh.

tapi nak buat macam mana, ibu.. anakmu ini tidak serik dan tidak mendengar kata..
sukan FASA hari tu, aku masuk basketball senyap-senyap. dan tak sangka pula ada tragedi. itulah, tak dapat restu ibu..
*sampai hari ni pun ibu taktau aku masuk basketball. jangan bagitau ibu. aku dah cover lebam-lebam kat lutut baik punyaaa*



gambar ni aje aku ada. 
gambar lain tiba-tiba tak ada.
video tu ada, tapi taktau kenapa tak boleh upload pulak. grrrr.

 akhir kata, project alpha siri 2 dibawa oleh adidas action 3 dan disokong oleh P1 dan MAS atau dalam bahasa omputihnya Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. 

pesananringkas : 1st time buat entry project alpha walaupun macam faham tak faham sajo.


Sabtu, 10 April 2010

rumahku syurgaku.

saje je nak kecoh aku balik rumah. wuwuwuwu.
ok, itu sajo.


kenapa mood nak hapdate makin lama makin tiado eh?
nak nak lepas privatekan sebentar hari tu.
ggrrrr. tiba-tiba nak menyampah selagi mampu.
oh, tidak boleh, tidak boleh.

final sudah dekat,
kena sucikan hati, bersihkan jiwa.


pesananringkas : sampai rumah je, terus wuaaaa bestnyaaaa.


notaktakpanjangtunotapendeklahkan? : malam ni pergi kenduri arwah atuk saudara aku. alfatihah untuk arwah.

sedap tak makan tomyam yang aku ngan farah masakkan khas untuk kau tadi?

eceh.
tajuk taknak panjang lagi kan?

ok ok.
entry ini khas ditujukan buat kawan saya yang bernama nurul farhana bt. md. nordin.

selamat hari lahir yang ke-7300 hari!
kau dah tak payah nak berlagak muda dengan aku eh.
kau dah sama dengan aku dah, 20 tahun sama-sama.
tu pun, still muka aku nampak muda baby face gituuu.. pastu semua orang ingat kau kakak.. sikit-sikit tanya aku.. eh tu kakak kau ke, fatin? eh, itu makcik kau ke, fatin? penat aku nak jawab explain kepada setiap orang.. bukan lah.. itu kawan aku.. sama umur dengan aku.. dan letih aku nak dengar dorang jawab balik.. oh... nape aku tengok dia macam dah tua.. aku ingatkan siapa lah tadi. tak macam 20tahun pun. ekekeke

bukan main susah eh nak panggil kau turun bawah pergi kat bilik study.
nasib baik last-last kau turun jugak.
fadan muka kena telur busuk.
best kan? best kan?
ahahaha

oh ya, kawan-kawan.
begini cerita si kawan saya yang bernama ana ni.

hari ni, 10 april, hari lahir dia yang ke 20..
tepat jam 12 malam, kami nyanyi ucapan selamat hari lahir untuk dia.
akan tetapi, itu hanya satu agenda untuk menutup plan yang saya dan rakan-rakan yang lain rancangkan.

masuk jam 12.30 malam, aku ngan farah tunggu kat bilik study..
mula-mula, farah mesej ana.
farah : datanglah bilik study.. aku ada masakkan tomyam untuk kau.
ana : taknak lah, senggugut, tengok cerita pun best jugak.

punya lah lama aku tunggu kat tangga tapi tak turun-turun.
pastu aku call pungpangpungpang bebel itu ini sikit-sikit,
terus turun, kauuuu.....
bila dah turun, aku dah standby kat tepi pintu.
bila minah tu turun je, ters pangggg hamik kau kena baling telur baik  punyaa.
bila balik bilik pulak, kena tabur bedak lagi.. sian kau ana.. sadis sungguh. :p

tapi lepas tu, macam biasa lah.
aktiviti menambah berat badan. itu biasa.. common je. eceh

hadoi,
tiba-tiba tak ada idea nak tulis apa.
well, skarang ni study week. faham-faham, ya.
*fuhh.. nasib baik ada study week, ada jugak alasan nak cover malas* kuikuikui

oleh itu saya simpulkan di sini..
kepada nurul farhana, 

selamat hari lahir.

semoga murah rezeki, panjang umur.
semoga kita kawan sampai mati.
semoga diet kau menjadi.
semoga aku kawin awal, kaya dulu dari kau. ahahaha
semoga kita sama-sama berjaya dunia akhirat.




ini lah kawan saya,
si birthday woman.


pesananringkas : esok balik yey!

pesananringkaslagi : bila hati terapuhkan...

Khamis, 8 April 2010

bunuh sajo.

apa kau cari sebenarnya?
daripada kau cari kat blog aku, pastu perasan aku tulis pasal kau,
baik kau study. final dah dekat.
dalam blog aku tak ada notes, ya. apakan lagi jawapan final. mustahil sama sekali.
harap maklum.


pesananringkastapiringkaske? : aku tak tulis pasal kau pun. tak payah lah kau perasan. aku tak ada masa nak fikir pasal kau. baik aku fikir pasal hal lain yang tak menyemak minda. kan aku dah kata, mulut manusia tak boleh nak tutup, mulut tempayan tu boleh la jugak kalau nak tutup pun. tapi, manusia punya mulut ni, tak boleh nak ditutup. macam kes aku hari tu, apa yang berlaku lain, tapi cerita yang tersebar macam-macam. biarkan sajo, last-last kau jugak yang dapat pahala, orang tu dapat dosa sebab dah fitnah dah pun. bukankah bunuh itu lagi baik dari fitnah? kau sakitlah hati sorang-sorang. aku gelakkan sajo. haahahahaha.
mengapa bila mana sebelum kau miliki akan sesuatu iu
kau kejarkan ia sampai terdapatkan
sampai benar-benar menjadi milik kau

mengapa bila mana kau telah miliki apa yang kau hendakkan
kau abaikan begitu sahaja?
tapi mengapa tidak kau jagakan ia?

maka bila mana sesuatu itu hilang dari genggaman,
bila sesuatu itu kabur dari pandangan,
maka harus disalahkan siapa?
sesuatu itu atau kau?


pesananringkas : kau jangan main-main, entry aku sejak dua menjak ni agak berjiwa tak agak-agak. kuikuikui

dah lama tak tempek gambar. 
dan semestinya gambar haruslah tidak berkaitan gituu.

:p

Rabu, 7 April 2010

apa mungkin?

apa mungkin perasaan yang aku sedang rasakan sekarang bisa kekal?
apa mungkin kalau suatu hari nanti berdarah hancur luluh? oh, itu terluka namanya.

apa ke poyo benor bunyinya.
eceh.

sesungguhnya keikhlasan itu tidak dapat diukur, waima dilihat sekalipun.
tapi, harapnya, hati sentiasa ikhlas untuk berdekat.
hati sentiasa ikhlas untuk mengenal.
hati sentiasa ikhlas untuk mendalami.

eceh.
macam dah jiwang gila dah.
tiba-tiba berjiwa-jiwang pulak sekarang apa hal kan?

oh, final sudah dekat.
tapi study hancur hampir melebur.
oh tidak!!!


pesananringkasseringkasringkasnya : macam mimpi pulak. :)

Selasa, 6 April 2010

blog kembali normal.

kalau sebelum ni berdiam dan diprivatekan seketika,
tapi kini sudah kembali normal, macam biasa.
kang kalau aku duk privatekan, habis la nuff aku. eceh.

itu sajo untuk entry kali ini.
zasssss.

pesananringkas : minggu ni je lagi.

notatakberapanakringkas : alasan apa aku nak bagi kat ibu kalau kantoi bersukan ni. hadoi.

Sabtu, 3 April 2010

benar, kawan.

kawan,
kita sama kena kuat.
kita sama kena rasa,
kita sama biar sabar.

bukan semua suara yang sikit itu salah,
dan juga bukan semua suara yang banyak itu betul kedudukannya.

Allah itu Maha Mengetahui.
:')
Ya Rabbi, ku mohon petunjukMu.. :')

pesananringkas : stand your right.

pesananringkas : siapa-siapa mahu belanja aku burger king??? tak sabar mahu pulang ke rumah.. wuwuwwu

romantik itu...

tiba-tiba nak buat entry pasal romantik semua bagai. apahal, kan?
agak-agak hilang macho tak? eceh.

dah lama tak blogwalking tau.
dan sejak ada masa sekarang ni, baru lah macam berpeluang nak blogwalking semua bagai.

aku ada jumpa satu blog ni,
dan memang menarik.

ayat-ayat ini juga,
memang menarik, terus aku copy paste.
mintak halal, ya! ngeee


1) Bilaku sakit ditanyakan, bila waktu sihat, bila waktu ubat, bila waktu kuat dan bila waktu beristihirat...

2) Bila mau tidurku, akan ada walau sebaris ayat ucap salam...salam selamat malam.

3) Bila ulit tidurku, lengannmu kau kias menjadi dakap bantal teman lenaku...

4) Bila sajak ku tulis menjadi teman bicara dan penunjuk suka siang dan malam...

5) Bila hatiku susah, hati kamu lebih parah dengan susahku...

6) Bilaku sampaikan warkah, kamu membalas tanpa jemu...

7) Bilaku bercerita...tiada langsung kamu ragu, dimanakah aku, siapa kawanku...

8) Bilaku jauh, kamu masih terhidu harum diriku

9) Bila ketika solatmu, kau panjangkan doa baik untuk diriku..

10) Bilaku sedih, kamu rasakan kesedihan dalam diriku...



dan aku jumpa ini dekat sini.

pesananringkas : setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada manisnya di sebalik pahit yang tertelan. :')

tiada tajuk.

pesananawal : maaf, belog ini tiba-tiba di-privarte-kan dan akan berdiam seketika. ini yang lebih baik, barangkali?

banyak yang berlaku lately,
memang menduga.
memang menguji.

tapi dalam masa yang sama,
ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.
mungkin aku yang tersilap, mungkin juga aku yang bersalah.

tapi,
walau apa pun,
dengan berlakunya hal yang macam ni,
kita sedar siapa kawan, siapa lawan sebenarnya.

:')

dan selepas ini,
berhati-hati lah memilih kawan,
jangan sesekali percaya kawan sendiri sebabnya,
kawan bila-bila masa sahaja akan ngap kawan sendiri.
lawak bukan?
ok, tragis dan sadis sebenarnya.

terima kasih, member-member gua sekalian.
lu tak kisah ada kawan macam wa, kan?
lu tau wa macam mana, kan?
wa harap kita member sampai bila-bila.

*ceh. ayat tak nak rempit lagi, padahal buruk beno bunyinye. ahahahaha*


ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui, tetapkanlah hatiku, kuatkanlah hatiku, berikanlah aku petunjukMu agar aku tidak leka.. :')



pesananringkas : insyaAllah, aku tak lupa semua kebaikan yang kau lakukan, tapi buat masa sekarang, perasaan rasa dikhianati itu lebih dalam bisa nya. lebih sakit rasa nya. tapi walau macam mana pun, budi kau tetap aku kenang sampai bila-bila. insyaAllah aku tak lupa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...