Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 31 Mac 2010

lawak.

ok,
serius lawak.
lega satu nafas.

*gelak guling-guling*

aku tak kisah apa yang hendak kau kata.

kau yang perasan sendiri.


kalau kau kata apa yang kau kata, kau buat itu professional dan bukan emosional, teruskan.
tiada halangan dari aku.

dan sekarang, aku mampu gelak guling-guling lagi.
:D


pesananringkas : lawak kan bila dulu kau kutuk orang tu, tapi sekarang kau buat sebijik sama macam orang yang pernah kau kutuk dulu.


pssst. sedap tak jilat ludah sendiri???

booooooo!!

Jumaat, 26 Mac 2010

padah minum mocha.

it is almost 5am and i'm still awake.
pejam mata pun, tak boleh tidur. paksa tidur pun tak boleh tidur. padahal hari ni langsung tak tidur siang.
padahal, malam lepas aku buat entry pasal the 3rd night yang aku tak boleh tidur tu, aku memang dah boleh tidur senyenyaknya dah.

padan muka, siapa suruh tadi minum mocha. dah tau mocha tu campuran choc ngan coffee, memang sah-sah lah ada kafein yang buat aku tak boleh tidur.
dah tu, tadi minum mocha blended pun dah pukul12 lebih which is during finishing bulletin punya draft untuk sukan FASA that coming so soon. sabtu ni dah start ok. dan pukul7.30 pagi nanti, kitorang kena berkumpul untuk rehearsal perarakan perasmian bla bla bla. tapi sekarang aku still tak boleh tidur, jangan esok aku collapse sudah lah. kang tak pasal-pasal buat kecoh.
anna, make sure kau sentiasa dekat ngan aku lah kan. boleh share the spotlight togethergether kan. ahahaha

oh ya. aku sekarang dah kurangkan minum coffee and nescafe dan yang seangkatan dengannya for my own good jugak. aku sebolehnya avoid ambik minuman berkafein tu semua, tapi tiba-tiba lately gatal jek nak minum mocha dan minuman berkafein macam tu.

moral of the story : fatin, epas ni jangan minum minuman berkafein lagi. kalau nak jugak, siang takpe. tapi jangan malam.

the end, thank you.

you,
thank you for the silent answer. 
i do appreciate it so much. 
:)

and now,
for the first time,
i feel so alive.


lagipengajaranhariini : jangan kau mudah meletakkan sebarang kepercayaan kepada orang lain, atau tanpa kau sedari, dalam diam, kau ditikam dalam mesra. percayalah.


takziah buat keluarga allahyarham mejar zulrihan. alfatihah buat allahyarham.

tengah aku syok duk layan youtube tengok video basketball, (basketball lagi) tiba-tiba classmate aku farah suruh tengok pasal pesawat yang buat pertunjukan kat uum terhempas.


farah : weh weh. ko tengok lah video pesawat yang buat pertunjukan kat uum terhempas. tadi kawan aku kat uum call beria-ria suruh aku tengok.
aku : ok..

aku tengok, dan sememangnya ngeri.
tiba-tiba persoalan timbul kat dalam benak fikiran.

apa yang berlaku sebenarnya kat pilot tu ye?
macam mana boleh berlaku?
apa yang dia rasa eh? nak mintak tolong ngan orang lain pun, memang orang tak dengar lah kalau jerit mintak tolong sekuat mana pun. kalau aku kat tempat allahyarham, pada Allah saja aku memohon. sudah pasti allahyarham juga begitu.
aku tak dapat bayangkan macam mana kalau aku kat tempat allahyarham.
alfatihah.. semoga allahyarham dicucuri rahmat ke atas rohnya.

kita tengok video ni dulu.



ngeri kan?

kalau aku kat tempat student uum ni pun, aku akan sorak macam tu jugak time tengok pertunjukan tu.
ye lah, aku ni jakun tak pernah nak tengok pertunjukan ni. kalau pernah pun, boleh kira dengan jari. tu pun aku dah lupa.
tapi, bila kejadian ni berlaku depan mata sendiri, memang sedih. memang menggerunkan.
tak tau nak cakap macam mana.
tapi kalau kejadian ni berlaku kat aku or any family members of mine, mesti sedih gila.

tak tau salah siapa.
kita tak tau apa yang berlaku sebenarnya.
tapi, sudah ajal, dan sudah tertulis kematiannya macam tu.
kita punya pula, macam mana? tidak diketahui. wallahualam..
takutnyaa...

ya Allah, matikanlah aku dalam iman.. amiinn..


pesananringkas : ajal maut itu di tangan Tuhan.. tidak mengira umur, darjat, jantina, ajal pasti datang.. dan setiap saat, ajal semakin mendekat..

alfatihah sekali lagi buat allahyarham dan takziah buat keluarga allahyarham..

Khamis, 25 Mac 2010

masa, pantaslah bergerak.





cepat lah wahai masa engkau berlalu.
ai tak sabar nak balik rumah ai.
nak makan banyak-banyak.
sudah kebosanan memakan di sini. 



rasa macam nak try study week kat rumah.
agak-agak menjadi tak?
aku bukab apa. cuma risau kot-kot kang tv kat rumah tu aku khatam. bukan buku ilmiah yang akan bersentuh.
study week kat rumah?
study week di sini?

study week di rumah :
- ada sumber inspirasi.
- makan free
- minum free 
- boleh jalan-jalan
- tengok tv
- tidur terlebih
- kalau tak faham pape, tak tau nak tanya siapa.

study week di kolej :
- dikhuatiri banyak tidur
- makan minum kat sini dah bosan dan mahal dan sekarang pula sedang sengkek.
- bosan kat sini nanti otak tepu
- study sampai lewat malam.
- kalau tak faham pape, boleh tanya kawan-kawan, lecturers.

tak tau dah nak list apa. 
tapi tengok lah, banyak kelebihannya study week kat rumah ni.
maknanya nak kena balik study week kat rumah ni. ecece. statement tak boleh blaa gituu.


harap-harap takkan ada halangan untuk pelang bertemu bonda.


pesananntahpape : petang yang indah. :)



secret is rahsia.

Rabu, 24 Mac 2010

manusia itu lain-lain sudah tentu hati juga lain-lain. siapa kata sama aku tendang vontot.

tiba-tiba tajuk entry panjang tak boleh bla rasa macam nak tumbuk dush dush. ok abaikan itu. kita terus ke isi entry.

aku suka ini, sudah tentu kau barangkali juga suka dan barangkali juga kau tak suka.
aku tak suka ini, boleh jadi kau tak suka ini lalu kau suka itu.
aku pandai ini, boleh jadi kau pandai tang itu.
aku biasanya jenis tak ambik serius kalau bab-bab main-main, boleh jadi kau bukan jenis yang macam tu.

baiklah, seringkasnya. 
manusia itu berbeza. 
pepatah dari dulu pun mengatakan, rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.
kita abaikan kisah bagaimana lihatnya manusia zaman sekarang yang kononnya macam urban gila sampai wah aku bangga aku minum arak. ok, itu sebenarnya peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa beringat tentang asal usul dan ke mana akan pergi nya aku nanti pada akhirat kelak, dan peringatan untuk diri sendiri juga bahawa mati itu bila-bila masa saja akan tiba. mana amalan, mana bekalan untuk hari mati nanti?

ah, melencong pula. kita berbalik pada tujuan asal entry ini kembali.
manusia itu memang tidak sempurna kejadian sifatnya. itu realitinya. itu keadaanya. 
aku tak nak kata orang lain, muhasabah diri sendiri, tengok diri sendiri sudah cukup.banyak cacat celanya. sumpah tak tipu.
dan antara yang membezakan lelaki dan perempuan itu salah satunya emosi dan akalnya.
yang mana, perempuan itu lebih beremosi. dah tahu perempuan lebih beremosi, tapi kau pelik tak kalau tiba-tiba kalau lelaki itu jauh lebih beremosi dari perempuan, waima perempuan melayu terakhir sekalipun?
ok, mungkin tak pelik tapi boleh jadi banyak kali mengundang sakit hati atau annoying barangkali?

untuk mengaku diri sendiri sempurna, itu syok sendiri namanya. atau nanti tak pasal-pasal kau kena lempang ngan siapa-siapa.
tapi, sentiasa berusaha untuk jadi yang sempurna itu, tidak salah walaupun kebarangkalian untuk berjaya itu aku sendri tak pasti sebab aku tak buat kajian pun. tapi setakat buat kajian untuk diri sendiri itu, memang tak pernah mendatangkan hasil pun. ok fine lah kan. itu aku dan semestinya bukan kau.
tapi please lah kan. 
kita hidup bermasyarakat. kena saling apa heh orang kata?
senang cerita macam ni lah. bukan kau sorang je lah yang busy, bukan kau sorang je bila mana kau rasa kau sorang je nak study, kau sorang je nak score. semua orang pun nak macam tu. tapi tak payah lah nak pentingkan diri sendiri sangat. makin kau bekerjasama, tak adalah kau nak rasa terbeban. 
dan lagi satu, tak payah lah bila kau bajet kau senior pastu kau nak let the juniors to do everything kan.
memang lah basically juniors yang macam berungkus lumus for this sukan FASA, tapi still bukan juniors yang plan for all these things, tapi admin yang dah plan semua and they just let the juniors untuk jayakan rancangan dorang. itu sahaja. ok, memang tak dapat dinafikanlah korang senior mestilah rasa ego, tapi don't blame juniors lah, tapi blame siapa-siapa yang lain. korang sendiri ke, admin ke.. opss
ok lah, pembetulan. don't blame others, just blame yourself. me is included. :)

ok, skip dulu part seniors. malas nak cakap pasal tu.

ok, berbalik pada tujuan asal lagi. tengok, asyik melencong sajo.
semester ini adalah semester yang agak pendek gituu.
tapi tang-tang ni jugak banyak gila aktiviti yang nak kena buat. 
pastu nak target terus boom kebaboom, memang macam harapan je lah buat setakat ni. 
ye lah, kau bayangkan, dengan student yang sikit gila yang mana kebanyakannya jiwanya tiada di sini, pastu dengan tak minat sukan semua, pastu kau nak paksa-paksa masuk?
memang tak dapat lah kan.
kau tak boleh nak harapkan yang semua yang kau nak mesti berjalan macam apa yang kau harapkan. jangan lah. aku takut kalau nanti kau kecewa. lepas tu nak blame others sebab usaha dan perancangan macam sia-sia. bukan semua yang berminat. bukan semua yang wow aku tak sabarnya nak bersukan time sukan FASA nanti. oh i like! 
janganlah mengharapkan sedemikian rupa.

pesananringkas : mulut manusia semestinya tak boleh ditutup. mulut tempayan at least memanglah tempayan tu tak boleh nak tutup mulutnya sendiri, tapi bila kita tutupkan, akhirnya tertutup juga. tapi mulut manusia?

pesananringkaslagi : aku tak faham.

pesananringkaslagidanlagi : aku ni memanglah jenis yang pandai cakap aje. so what?


pesananringkaslagiteruslagi : entrty ini lauhan hati sendiri. aku mintak maaf lah kalau ada yang tak berkenaan dengan entry ini, terasa tersentuh.


pesananringkastapiagakpentinglahkot : pengalaman hidup memang sangat berharga, dan semestinya cikgu terbaik bagi setiap manusia kerana dengan pengalaman, manusia lebih kenal akan hidup. dan antaranya pengajarannya, jangan kau dengar dari sebelah pihak sajo kalau ada yang berkata di hadapan kau. kalau dengar pun, kau buat derk je atau kau memang akan terpengaruh bulat-bulat. that's me. sebab terlalu percayakan kononnya kawan, akhirnya diri sendiri yang kena ngap langsung dituduh musuh dalam selimut. kita yang disuruh mencermin diri sendiri. habis tu, diri yang berkata tak perlu cermin? kelakar sungguh manusia. suka hati kau lah nak cakap apa, aku tak kisah siapa menang siapa kalah, tapi yang penting siapa betul dan siapa yang yang salah. baru aku terfikir, bila berlakunya ketidakadilan yang tidak menyenangkan hati kau, kau sedaya upaya berjuang untuk adilkannya. tapi bila berlakunya ketidakadilan yang menyenangkan hati kau, maka terus kau diamkan sajo. menurut entry aku di atas, ada mengatakan senior ego, tapi keadaan sebenarnya bukanlah sedemikian. sebenarnya, sesuatu itu tidak diletakkan di sesuatu tempat yang betul. maknanya, apa guna organisasi fakulti yang ditubuhkan tapi tidak digunakan tugasnya, tapi yang tidak berkenaan dengan organisasi tersebut pula disibuk-sibukkan? bukanlah aku nak menjeles bagai, tapi itu adalah tidak adil. jadi, apa guna tubuhkan kelab? sekadar menghabiskan kertas sijil?

ok, baik aku diam. nanti ada orang kata aku ni tak tau pape, tapi kuat komen.


cuba fikir kenapa boleh wujud parti pembangkang?

parti kerajaan takkan berjalan macam sekarang kalau tak ada parti pembangkang sebab tanpa parti pembangkang, parti kerajaan akan buat suka hati sajo sebab semua dia nak rasa betul. tapi dia tak nampak apa yang lompong-lompong.
aku tak menyokong mana-mana parti, tapi apa yang wujud itu ada fungsinya.



komeng aaaaa...

hari ini nak kata hari yang macam mana heh?
kira nya boleh tahan best lah kan sebab dah lama tak main basketball tiba-tiba hari ni turun padang main basketball walaupun aku hanya main shoot sorang-sorang eventhough ada budak laki yang main also practicing untuk basketball match waktu sukan FASA nanti.
apa kau ingat main shoot bola masuk goal ni tak letih? letih gila tau. nak nak aku yang dah lama tak bersukan ni, aduhai lagilah letih yang teramat. tapi still, aku always enjoy bila tang main basketball ni semua. 
memang lah penat semacam, tapi sebab aku memang willing to do it, maka penat-penat pun aku pendam dalam hati sajo buat setakat ni. oh ya, kata semalam nak buat latihan kan? tidaklah menjadi perancangan yang diuar-uarkan itu sebabnya terdapat sedikit kesilapan teknikal yang telah berlaku. sedih sob sob sob.

ok kita abaikan tentang aktiviti sukan petang tadi.

sekarang ni, antara rutin harian aku termasuklah masuk website gengblogger.com. 
tapi time tengah tunggu sementara loading, lama pulak nak kena tunggu.
sekali, dia mintak username ngan password. mana lah aku nak ingat yang oiii.
dah tu sekarang aku macam terkontang kanting macam mana ni nak masuk gengblogger.com. dah memang macam cacing kepanasan dah. sila percaya.
boleh tak siapa-siapa yang tahu pasal ni, maksud saya macam mana nak tahu password dan username sendiri macam mana mau bikin, tolong bagitau saya, pleasee..
macam ni lah yang berlakunya.
haih.

ok, skip cerita itu pula, kita ikuti cerita yang seterusnya.
nanti aku tension, macam biasalah rasa macam nak makan orang. muahahahaha

celcom kena sawan apa heh malam ni?
tak paham betul aku kenapa sampai tak boleh nak msg ke call ke.. grr
nak contact untuk benda yang penting-penting pun susah.
tiba-tiba rasa macam nak pakai maxis pulak. lagipun Mr. M pun pakai maxis ni. cess. dan dan pulak. ahaha
ok ok. itu iklan semata-mata. sila abaikan. lalalalala


pesananringkas : board tadi walaupun simple, tapi totap nampak waaaa cantiknya siapa yang buat ni tentu orang yang buatnya pun lagi cantik. aku lah yang buat tu. oh tidak lupa, anna ngan zaty pun turut serta. panggggg. ahahaha


Selasa, 23 Mac 2010

susah tidur.

ni adalah malam ke-3 aku tak boleh tidur.
haih.
sebab mengantuk, tapi tak boleh nak tidur bila mana mata enggan melelap.
idea terus jadi membeku.
nak buat pape pun terus macam ke laut sungguh.

dah la rasa macam panas semacam lately.
tidur pun berpeluh.
ini kan pula aku yang memang susah nak tidur, pastu panas lagi.
lagi payah nak tidur lah kan.
nak nangis pun macam dah tak larat sebab ngantuk.
tapi stilllllll tak boleh nak tidur.
haih.

award beautiful fatin. eh bukan bukan. award beautiful blogger.

bila first time dapat award,
tiba-tiba rasa macam jakun wuaaa aku dapat award.
habis kat semua kawan-kawan nak bagitau, weh aku dapat award wanita tercantik. ok pentipu. kadang-kadang kita haruslah berperasaan sendiri dan juga memuji diri sendiri. kalau bukan kita yang memuji diri sendiri, maka siapa lagi?
tapi tak payah lah kau sampai nak syok sendiri melebih-lebih kan. kang tak pasal-pasal ada orang kasi makan kasut free tak payah bayar. bagus juga, save duit makan untuk satu hari. errkk. ok fine aku gurau, aku tak nak makan kasut free, dapat kasut free aku nak. tapi kasut yang cantik je lah. ye lah, orang cantik kena lah pakai kasut cantik. fatiiinnn.. sudah, sudah. kang tak pasal-pasal dapat pelempang free pulak. kuikuikui

berbalik kepada tajuk entry hari ini.
award beautiful fatin. eh, silap lagi. award beautiful blogger yang aku dapat dari naim.
terima kasih atas awardnya. :')
tak payah cakap panjang-panjang, kang tak pasal-pasal ada lagi yang aku dapat free kang.

ini awardnya.
*angkat-angkat kening*


syarat-syarat yang aku perlu patuhi sebab dapat award ni. kalau tak patuhi apa bakal jadi eh? *garu-garu kepala*


1.THANK & LINK THE PERSON THAT GAVE YOU AWARD
2. PASS THIS AWARD ONTO 15 BLOGGER YOU'VE RECENTLY DISCOVERED AND
THINK ARE FANTASTIC
3.CONTACT SAID BLOGS AND LET THEM KNOW THEY'VE WON THE AWARD
4.STATE 7 THINGS ABOUT YOURSELF


1. terima kasih sekali lagi naim sebab kasi saya award yang sangat.. sangat.. ok, sangat bermakna ini. :')
tiba-tiba rasa macam kaku terkedu terus sampai tak tau nak bat ucapan terima kasih dengan harapan dapat award lagi. kuikuikui

2. maka, dengan ini, saya ingin meng-pass-kan award ini kepada yang tersenarai di bawah.
   - zaty
   - anna
   - farah ani
   - faizah
   - fay yeyyo
   - dancing queen
   - something is special
   - diana omar
   - sepet
   - kamu yang sedang membaca! :D

3. iyo lah. right after aku post entry ni, aku inform trus yo.

4. 7 perkara tentang diri aku ni.. apa heh? kena fikir sampai macam nak jawab exam pulak. haih.
   - nama fatin syahirah
   - suka tengok cerita hantu, tapi bila sampai part hantu keluar, tutup muka memang tak nampak hantu lah. tak pun nyorok belakang siapa-siapa.
   - cepat je marah, tapi tak lama, pastu rasa bersala tak habis-habis.
   - tak suka orang cari pasal.
   - suka gelak ( semestinya bukan time tengah moody ).
   - bosan ngan facebook, sebab tu jarang bukak facebook.
   - kadang-kadang malas, kadang-kadang rajin, kadang-kadang cantik, kadang-kadang comel.

sekian sahaja laporan dari saya, fatin syahirah binti ibrahim untuk tv20.

Isnin, 22 Mac 2010

dasat sungguh.

sukan FASA dah start minggu depan.
tapi satu habuk latihan pun belum nampak.
dan, petang ni memang dah plan siap-siap nak pergi berlatih untuk basketball.
dah lama gila tak main, ok. laammaaaa gila.
habislah pasni main macam kayu, memang kompom-kompom kalah. eceh. macam lah boleh menang. semangat itu penting ok. penting.
kang kalau kau tak ada semangat, benda yang sepatutnya kau boleh menang pun memang harapannya memang sangat tipis untuk menang lah kan. atau mungkin, kena tampar beberapa kali sampai tercabut gigi dulu, dengan harapan wake up fatin, wake up! baru boleh menang. itu pun kalau ter-wake up. lalala

disebabkan latihan pun tak terbuat.
maka, untuk mendapatkan skill, haruslah kita tengok video ya.
sekurang-kurangnya, walau tidak mendapat skill tersebut, dapat tau pun jadi la.. tak gituu?




kagum kan?
he's just 10 year old boy waktu ni.
tapi hamik kau. terer kan kan kan?

dari dulu sampai sekarang,
niger basketballers are always the best tau.


pesananringkas : keadaan tidak akan kembali seperti sedia kala.

pesananringkaslagi : petang ni ada latihan, tetap aku gigih nak pergi walaupun kurang segar seperti biasa. haih.

Ahad, 21 Mac 2010

habislah lepas ni bermata panda.

dah lama tak ada masalah dalam bab-bab nak tido ni.
tiba-tiba lately tak boleh tido. ok bukanlah tiba-tiba tetapi bersebab sebenarnya, tapi aku still macam dah agak tension tak boleh nak tido nih.
haih.
penat badan pun tak hilang lagi, kemudian, tiba pula penat mata otak jiwa hati semua. grrr.
habislah lepas ni siapa cari pasal ngan aku, aku ketuk dengan senduk terus jadi nyah. takpun, kena lempang sekali dua pun aku rasa dah berbaloi tu, cuma kena guna energy kuasa dua lah ni.

maksudnya, melalui konsep energy ini,
E = 1/2(mv2) - v itu hendaklah dikuasakan dengan dua, bukan darab dua.

maka, untuk hasil lempangan yang berbaloi, aku kena lajukan velocity lah kan?
maka, dengan satu lempangan sajo, tangan aku gigi mangsa boleh tercabut. kuikuikui

tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak aplikasikan fizik.
padahal waktu kat matrik dulu, beriya-iya menyampah ngan fizik.
ok, sini aku mahu buat confession, aku tak suka fizik. jadi, aku memang akan nampak vodoh lah bila ditanya tentang fizik. ceh. macam la subjek lain aku terer wow wow.

macam mana nak suruh mata lelap ni.
jantung ni tak habis-habis nak berdebar-debar.
rimas dengan semua ni.
nasib baik esok tak ada kelas, tapi banyak hal nak kena settle. still nasib baik ke??

tiba-tiba teringat cerita ketika cinta bertasbih part heroin dia, nama anna eh kalau tak silap, waktu dia kenakan syarat kepada furqan time laki tu pergi pinang heroin tu.
heroin tu kenakan syarat,
1. nak tinggal kat tempat parents dia pas kawin ngan laki tu.
2. laki tu tak boleh kawin dengan pompuan lain selagi dia still berupaya laksanakan tanggungjawab dia sebagai isteri. kalau tak jatuh lah talak nanti, kalau itu yang berlaku.

oh, i like syarat no. 2.
seriously, aku pun macam tu jugak. *tiba-tiba*
eh, siapa yang sanggup berkongsi. ok, mungkin ada yang sanggup tapi aku tak sanggup.
ok, tutup cerita, malas nak cerita pasal ni.
kang tetiba emosional lebih, hilang macho pulak kang. tak boleh. tak boleh.

duhai mata, cepatlah lelap.
wahai hati, tenanglah. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. ada sebabnya.
:')

Ya Allah, ya Tuhanku.. Kau berilah aku petunjukMu, tenangkanlah hatiku, berikanlah aku hidayahMu, peliharakanlah hidupku.. :')


pesananringkas : apa kau fikir aku barang mainan? aku bukan fatin yang dulu, aku kini sudah baru.

pesananringkaslagi : lupa dapat award dari naim, esok la aku update pasal award.( tiba-tiba feeling macam fuyyyoo aku dapat award.) lalalaala

Sabtu, 20 Mac 2010

tak cukup tido rasa mengantuk, makin tido pun makin mengantuk. apa mau jadi?

last-last, akhirnya, habis jugak bisnes week.
yang mana, aku kena bersengkang mata semua.
kata aku ngan group aku gigih menjalankan bisnes makanan. ececece.
bukan senang nak start up satu bisnes dan to keep it is never as easy as u makan kacang semua. 
even aku yang berjual-beli dalam kelompok students dan staff dah rasa peritnya, apatah lagi yang berjual di tempat awam semua. ye la.. kalau dalam kelompok students ni, kau dah memang kompom-kompom ada customers kan. at least, geng-geng yang sama-sama jual ngan kau akan beli sebab diorang dah bosan ngan hasil jualan diorang, tambahan pula makanan yang kami jual memang sedap wallllaaah meletup dap dap dap gituu.
tapi cuba kau bayangkan orang-orang yang jual kat tempat awam semua. kalau tempat tu memang tempat tumpuan, memang orang beli lah even kalau tak sedap sekalipun. tapi, cuba kalau tempat tu bukan kawasan tumpuan. aku rasa letih jugak lah nak menunggu sampai kedai tutup. bukan senang dan tidak mudah, ok. 
sebab tu, marketing strategy dan bisnes plan itu penting. ecece. bagus aku ni, mengaplikasi apa yang diajar. 

seminggu berjual memang meletihkan. ditambah pula dengan aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan dengan meeting yang perlu diadakan bagi memastikan event gempak berjalan dengan gempak, maka energy adalah sangat diperlukan dengan banyak supaya tidak tumbang di tengah jalan. 
sepanjang minggu ni aku rasa makan minum aku tak begitu terjaga, tapi jeans aku rasa macam makin mengetat. grrr.
ok, petang ni pergi gym work out sampai menghasilkan 6pack.
iyaah iyahh iyaaah

misi terkini : 
1. siapkan report yang semakin mereput.
2. basuh baju yang semakin membukit.
3. catch up subjek-subjek for final exam. ( ok, ini cuak )

tiba-tiba rasa macam nak pakai spek macam ni lagi.

pesananringkas : maaf, ya. entry sekarang membosankan. aku pun macam bosan-bosan ayam gituu.



wan, tetibe aku rindu kau.
T__T





pesananringkas : aku pantang kalau orang kutuk kawan-kawan yang rapat ngan aku. sebab aku know them well than u do. cuba kalau aku betray kau butuk kau sedangkan aku kenal kau better than others do, apa perasaan kau? kompom aku dah kena belasah barangkali?@#$%^&*!()



rupa baru.

nampak je rupa baru.
tapi aku rasa macam nak nangis buat benda alah ni semua. apa ni. tak macam apa yang aku nak.
kata tak reti. sebab tu sebelum ni dari awal blogging sampai tadi, guna template yang sama sajo. tiba-tiba tadi macam mnggedik nak tukar. padahal memang tak reti. wuaaaaa.
sob sob sob.
sedih gila ok.

ok sekarang aku tension, aku mahu tidur.
kalau tak tidur nanti aku mencari daging manusia untuk dimakan sekenyangnya.

grrr.

sila takut sekarang.

Jumaat, 19 Mac 2010

antara dua.

tajuk adalah tidak berkaitan dengan farah yang mana tajuk lagunya antara dua tu.
tiada kaitan ya.
cuma kaitannya, keliru antara dua perkara lah barangkali.

malas ak tulis panjang-panjang.


aku nak membebel panjang-panjang kat sini,
tapi aku mengantuk rasa macam nak tido sajo.
tiba-tiba rasa macam malas gitu.
mood pulak sekejap ada, sekejap menghilang kacau bilau gituu.
kata emosi sejak dua menjak ni tak berapa nak stabil duduk elok-elok diam-diam.
haih.

ok, aku mahu tido, lupakan semua.


pesananrigkas : kepada manusia kejam, terima kasih lah atas pemberian yang sangat bermakna dari anda. sungguh, memang takkan terbalas oleh saya. semoga Yang Satu membalasnya. :')
sungguh, sedangkan untuk memaafkan itu pun dalam tempoh kira-kira, ini kan pula untuk melupakan, takkan sesekali.

pesananlagi : sakit hati betul dengan broadband ni. sekejap putus sekejap sambung. nasib baik aku dah nak tido. kang tak pasal-pasal aku kena beli modem baru sebab modem ni kena pijak-pijak baling-baling kemudia rebusbuat sup. tentu pahit.

kejam.

percayalah,
manusia sekarang tiada sifat kemanusiaan dalam hati, dalam jiwa, meski dalam diri. tiada.

percayalah,
manusia bisa membunuh walau dalam diam, walau dalam terang, walau dalam mesra, tidak tunggu dalam marah, tidak tunggu dalam hiba.
asalkan ada hasad,
asalkan ada dendam,
bunuh tetap bunuh.
kejam tetap kejam.

masih tidak percaya?
tengok berita,
baca suratkhabar,
internet pun ada,

itu yang direport,
tentang hal bunuh-bunuhan yang didiamkan,
bagaimana?

manusia memang kejam.
dan dunia selalunya dilihatkan seperti tidak adil.

yang senang makin kaya raya,
yang susah makin daif.
haih, kejam sungguh.

asal hajat hati tertunai,
asal keinginan diperoleh,
bunuh-bunuhan, kejam-kejaman itu pasti.



pesananringkas : maaf, emosi kini sedang bergelodak, berombak-ombak. saat hati sedang menguat kenapa ada yang melemahkan. saat jiwa sedang berdendang, kenapa ada yang merosakkan?.

Rabu, 17 Mac 2010

tapi cepat-cepat.

hati menyakit.
jiwa menggelegak.
macam-macam hal berlaku sekarang.
dah besar tu, buat lah cara dah besar.
fikir panjang-pangjang.
tak payah lah kau nak dengki mendengki ngan senioratas kau.
ni first time aku nak tulis pasal senior, aku tau aku junior dan kau senior.
pastu kau nak aku buat apa?
menyembah melutut kat kaki kau?
apa kau ingat kau tuhan?
aku mungkin nampak macam bodoh, buat pun hal sendiri-sendiri je.
tak puas hati ngan junior lagi.
ini lah kot penyakit orang melayu.
pastu biar bangsa lain gelakkan melayu. bila dah kena gelak, pastu berapi. pastu nak rasa melayu ni dah besar sangat. masuk kubur nanti tak ada nya kau nak kena kebumi ikut kubur melayu ke, cina ke, india ke, mat saleh ke,
tapi ikut agama. aku ni bukanlah warak. cetek pengetahuan agama. taknak cakap lebih-lebih.



pesananingkas : entry ini gagah beremosi. nanti aku masukkan entry puncanya.

pesananringkaslagi : come on la. umk ni just a new university. bila lagi kau nak  bangunkan. bila lagi kau nak conquer. kalau tak suka, confront dan usulkan cadangan kau. bukan bila dah nak sampai ke hilir, baru kau nak bangkitkan isu. aku berasap bila benda dah nak siap, junior yang handle, dan korang nak ising-bising tak puas hati. there must be something kenapa lecturer ambik junior handle. sebab apa? sebab batch aku lebih berkaliber.

Ahad, 14 Mac 2010

sementara ada waktu.

aku adalah perlu menaip dan menceritakan dengan seringkasnya.
kata bz, kan. ( eceh. tapi memang betul ok)
lagi dekat nak final, lagi bz pulak jadinya. haih.
kang kalau result aku jahanam, aku salahkan subjek asas keusahawanan. boleh?
ye laa.. kang kalau ibu tanya kenapa result ni teruk sangat. kang kalau aku jawab malas belajar memang kompom-kompom kena potpetpotpet, kalau bagi alasan ini subjek asas keusahawanan punya pasal lah ni. mungkin potpetpotpet nya kurang lah, barangkali. atau mungkin boleh jadi sama sajo kekdahnya. kuikuikui

oleh sebab hari ni ada kelas dan malam ni pun masing-masing macam bz ada discussion dan esok pula ada kuiz genetics, maka malam ni tutup gerai. kitorang jual half day sajo. tapi, alhamdulillah, ada lah rezeki kami setakat ni sampai hari ni.
kau jangan main-main, penat gila. tambah lagi aku yang kena goreng cucur udang pastu minyak suka puppappuppap meletup-letup. memang mencabar.
dan setakat ni, sedikit sebanyak aku dapat belajar suasana orang berniaga. nanti aku buat conclusion nya. aku ada satu perkara nak share, tapi nanti-nanti lah yo.. tunggu aku macam free dulu, biar jual-jual ni habis dulu, baru aku share okeh?

kau jangan main-main,
cucur udang aku memang mendapat sambutan. ada orang kata sedap.
malu ai.. aww

ok. ini cucur udangnya.
sila terliur sampai meleh air liur sekarang.
sila sila.
kami sedia menerima tempahan.
siapa-siapa nak tempah,sila hubungi saya. eceh. 
macam sedap sangat lah pulak. kuikui


pesananringkas : malam ni ada meeting dan discussion. grrr.

pesananringkas : semalam main bola jaring tiga game tanpa warm up terlebih dahulu. hambek kau, kaki dah sakit lagi. grrr.


Jumaat, 12 Mac 2010

kalau rasa macam dah bosan nak makan, boleh makan rojak burger.

eceh.
tajuk macam nak menyelarakan gituu. tapi menyelerakan ke?
aku pun belum rasa lagi, tapi kalau kau nak diet, memang kompom-kompom jangan sesekali cuba menu baru tersebut. sebab memang sah-sah kalori tinggi oh mak kau. kata burger. faham-faham lah kan bila dah namanya burger. kang kalau kau cuba, tak pasal-pasal korek muntah balik, maka jadilah bulimia. sebab ah menyesalkan aku makan banyak tadi, kalori tinggi, lemak banyak.. habislah aku dah gemuk....

ok.
sebenarnya aku nak promot makanan gerai aku esok.
menu nya spesel da boom gituu.
1. soto (buat sendiri ok). tapi buat sendiri esok ngan ahad sajo lah. hari lain, adalah mak arip yang buat.
2. cucur udang. ini memang kompom-kompom buat sendiri.
3. murtabak meggi. tiba-tiba rindu zaman sekolah dulu kala.
4. popia.
5. nama kampung, rojak burger. nama bandar, aku tak tau. ekeke
6. air strawberi ngan mango.

sila-sila datang. tak nyesal punyaa.



penat ok tunggu nasik himpit untuk esok tak masak-masak.
dengan keadaan gigi dan gusi yang berdenyut bagai.
haih. dah rasa macam raya lah pulak.
teringat dulu time kecik-kecik, walaupun benda tak settle lagi, tapi tetap tidur awal. lepas tu, bangun esok, tengok-tengok semua dah settle sebab ada ibu ngan ayah yang settlekan.
tapi bila dah besar cantik ni, tak ada maknanya kau nak verangan macam tu bagai.
kau mengharap dunia cepat berputar pun, memang harapanlah semua perkara yang kau nak settle siap sepenuhnya kan.
dan sekarang aku mahu tidurrrrrrrrrr. tapi kalau gusi denyut-denyut nyunyutnyut nak buat macam mana?


pesananringkas : penatnya hari ni.

pesananringkaslagi : aku mintak maaf yang terbanyak sebab tidak termampu untuk membuat blogwalking sejak akhir-akhir ni. nanti aku terjah zaasss, bila semua dah flow molek-molek nanti.

Khamis, 11 Mac 2010

dan setelah sekian lama.,

selamat pagi dan salam sejahtera.. *eceh. macam saje je nak ucap selamat pagi di awal pagi sebab nak kata aku bangun awal tapi tak tidur dah. kuikuikui. oi oi oi. bukan senang ok. selama ni aku tidur balik sebab kepnatan gituu sebab siangnya bizi memanjang.* - padahl sekarang pun macam nak tersengguk-sengguk gituu. boleh? kuikui
tiba-tiba je mukadimah nak panjang-pangjang, explain-explain gituu. lalala

lama gila kot tak update. gila ke?
ok. kira macam lama gila lah sebab sebelum ni aku macam agak rajin meng-update gitu.. lepas tu tiba-tiba tup tup tak update. sampai aku pun macam tak ada idea nak update pasal apa. walaupun dah banyak kali tekan new post, tapi tak tulis apa-apa. semangat itu penting yo. walaupun kaedahnya macam tak ada hasil lanjutan. ahaha

apa kata sementara menunggu entry panas dari aku, aku overview dulu apa yang berlaku dalam tempoh sepanjang minggu ni terlebih dahulu.

tarik nafas.
ok mula.

kalau ikutkan, minggu ni english week kat campus.
dan sepanjang minggu ni, aku adalah join satu game ni nama apa eh? ok nama moden dia,  charade, tapi nama kampung dia, halimah tak jongang. ok itu pentipu sajo. name kampung dia, aku tak adalah nak tau sangat.
tapi cara main dia, sama je dengan macam kau main regu. ingat tak rancangan tv nama regu dulu kala.
ala.. yang kau kena buat gaya, sampai group kau boleh teka apa perkataan atau klu yang kau gayakan.
malam tu, setiap group kena ada 4 orang. dan dalam masa dua minit yang diberi, kau kena tulis atas empat kertas tentang apa-apa sajo pasal idiom ke, song title ke, tajuk buku ke, filem ke.. apa-apa je, tapi tak terlalu panjang dan tak terlalu susah. kang kalau susah, kau kena tuka tajuk lain. 
lepas dua minit berlalu, nanti pengadil akan ambik kertas-kertas tu, dan group yang lagi satu akan gayakan ku yang kau tulis. oh ya. dalam setiap stage, dua group akan bertanding. maksudnya, salah sorang dari group kau gayakan klu yang dorang tulis, dan begitu juga sebaliknya.
bukan senang ok nak gayakan dan yang penting nak make suree orang paham apa yang kau gayakan. dalam masa yang sama. mulut adalah di-stapple-kan. ok pentipu lagi booo. tak boleh bukak mulut bisik-bisik kat group kau pastu kata, eh, jawapan dia 'fatin is beutiful yet pretty' lah. ok itu contoh.

tengok. punya lah aku bersemangat kan.
sampai terkangkangkangkang kau.
oh ya. saya tidak lupa. 
time ni adalah time final.
kau jangan main-main.
group aku juara weh.
JUARAAAA.
ahaha. seboleh-bolehnya nak caps lock gituu. rasa macam nak pang pun ada. boleh?


ni dah settle dah. tapi tunggu lagi satu group course aku masuk final game taboo.
game taboo macam lebih kurang sama juga kaedahnya.
cuma yang ni, kau boleh berkata-kata tapi tak boleh sebut perkataan yang diharamkan waktu bagi klu kat group kau.

dan kedua-dua game ni diberi masa selama dua minit untuk digayakan.


fuhh. 
lepas satu nafas.

minggu ni jugak ada test calculus yang memang susah gila.
sampai kau sendiri pun tak faham apa yang kau jawab. haa. macam tu lah kaedahnya.
ok, tak nak cerita pasal test panjang-panjang, nanti aku tension, aku makan orang.

kemudian, 
minggu ni adalah aku kena macam kcing jatuh anak sikit-sikit.
terkejar-kejar fikir mana nak settlekan pasal pertndingan bola jaring yang kitorang kena anjurkan sabtu ni ( yelaa. kata aku ni setiausaha. banyak itu ini nak kena buat dan bakal buat).. mana nak fikir pasal minggu keusahawanan, kitorang kena jual-jual start esok sampai khamis depan. grrr.
oh ya. jemptlah datang beli kat gerai aku.
ada soto buat sendiri, murtabak megi, cucur udang, popia, rojak burger.. tak menyesal punya.. kitorang masak semua sedap-sedap baik punyaa.. tak rugi oh.

ok.
lepas nafas yang ketiga.

lagi apa yang berlaku dalam minggu ni eh?
ok. aku rasa itu sajo kot.
alaa.. kalau tiba-tiba ada orang masam muka ngan kau tapi kau sendiri pun tak tau sebab apa tu, biasa lah kan.
aku malas nak tulis panjang-pangjang pasal tu. haa. lu pikir lah sendiri.

alamak.
dah lambat.
ok aku kena siap-siap sekarang.
nak keluar pergi beli barang untuk jualan.

zassssss.


pesananringkas : kau tak puas hati cakap la weh. aku tak rugi, kau yang rugi. 


eh eh. fatin dah pandai pakai shawl lah.
lalalala


Ahad, 7 Mac 2010

oh energy.





aku sangat memerlukan energy untuk ketika ini, paling koman cukup la sampai habis final pun.
kat rumah nanti, aku nak qada tidur puas-puas. 


kenapa sekarang asyik rasa macam tak cukup tidur je heh?
even dah tidur banyak sikit pun, still rasa macam kurang tidur.
pelik.


sekarang adalah musim panas.
dan pembelian air mineral adalah dilakukan secara pukal gitu. berperingkat gituu. 
dulu selalu minum reverse osmosis punya air. murah kan. tapi lepas dengar ceramah sains bumi hari tu, penceramah tu kata r.o water tak elok untuk badan sebab r.o water menghakis nutrien dalam badan kita. lagipun, r.o water memang tak ada nutrien katanya.
aku adalah seram sejuk gitu lalu membeli air mineral sahaja kerjanya. oh aku tak sanggup membuang nutrien dalam badan aku sebab badan aku sememangnya kekurangan nutrien sekarang selepas banyak dos dadah ubat yang dimasukkan dalam badan aku serta selepas melalui banyak x-tray dan ct scan dalam masa setahun. apa kau gila??
oleh yang demikian, segala hal yang remeh temeh harus dianggap berat gituu. *tapi kemungkinan besar kesedaran itu hanya datang seketika. boleh?*




ish. apa aku merepek ni. maaf ya. 
kata tadi macam tak cukup tidur.
bila dah tak cukup tidur, memang ini lah jadinya. lalalala
:p




pesananringkas : hidup bukan selalunya indah dan bukan juga selalunya mendung. jadi, live life to the fullest. semoga setiap detik perjalanan hidup kita diredhai oleh Nya.  :')


ok jom tido.
zzzzz








repekan sering berlaku kebelakangan ini.
harap maaf.

Jumaat, 5 Mac 2010

Gadis Hilang. Please spread the news.

I've received an email from Yuna YouthSays saying that beloved sister of one of YouthSays member gone missing last week and no news so far. I call all of us out there to give a hand of help and spread the message.

Don't stay indifferent, you never know when your family will be in a need of help! Use the power of the internet, spread the message and help to fine her! You can refer the news here: http://malaysia.youthsays.com/campaigns/43

If you have seen Siti Syakirah or you have any information please call the numbers bellow.



pesananringkas : takutnya sekarang.. macam-macam berlaku.. 

pernah tak kau rasa..

pernah tak kau rasa..
kopi tu pahit rupanya kopi tu manis sebenarnya?

ok ok.
itu macam perumpamaan pulak.

pernah tak kau rasa..
waktu kau masak, kau ingatkan kau letak gula, tapi sebenarnya letak garam.
eh itu rasa ke?
itu dah kena pergi check mata kot. kang tak pasal-pasal kau buat kuih pun, jadi masin. tak ke naya..

ok ok.
serius serius.
ini betul betul. bukan cubaan, bukan trial, bukan testing testing 1, 2, 3..

pernah tak kau rasa..
kau sebenarnya tak suka, tapi kau kena suka jugak supaya tak ada orang sekeliling kau sedih ke, terasa ke, pening-pening lalat ke, rasa macam nak pengsan ke.. ok itu sudah terlebih, tapi macam tu lah yang aku maksudkan. dengan erti kata lain, kau kena suka jugak demi menjaga hati orang sekeliling kau gituu.. tapi hati kau jangan cakap lah kan.. memang zass zuss macam kena hiris punya..

pernah tak kau rasa..
kau rasa macam nak marah sangat.. pastu kau potpetpotpet kat orang lain, cakap tak puas hati kat si polan ni, blaa.. bla.. blaa.. pastu kau pun marah lah kat si polan ni jugak kan walaupun sebenarnya kau tak tau pun apa salah kau kat si polan ni. pastu tak sampai 5 minit, kau dah lega tak marah-marah, tiba-tiba kau rasa bersalah gila. kau rasa macam ish tak patutnya aku buat macam tu, tak patutnya aku marah nanti cepat tua, tak patutnya aku buat macam ni bla blaa.. padahal dalam masa yang sama, si polan tu treat kau macam taik jugak even kau dah rasa bersalah berjuta lemon sekali pun.

pernah tak kau rasa..
kau rasa sakit hati sangat ngan si pulin ni.. bleh kata macam sentap habis lah kan. sentap maksud aku, bukan hati kau yang sensitif yang langsung tak boleh nak ajak bergurau. tapi sebab memang dia punya salah, tak pun dia fitnah kau ke, apa ke.. tapi kalau dia baik ngan kau, even dia buat baik sikit je, kau dah lupa apa yang pernah dia buat kat kau. tiba-tiba hati macam sejuk je.. dah tak sentap dah. pastu nanti dah kena macam taik balik, sentap lah balik.. dah jadi macam kitaran gituu..

pernah tak kau rasa..
kau sebenarnya tak mampu nak buat sesuatu ni, tapi kau paksakan jugak hati kau, diri kau, supaya buat jugak supaya tak ada hati yang terhancurkan, terlukakan, terbelahkan, terasakan. maksudnya, kau tak sampai hati lah nak tolak pelawaan orang lain kan. tapi bila kau dah tolak pelawaan tu, kau rasa mak datuk rasa bersalah gila tak tau nak tunggu sampai bila supaya rasa bersalah tu hilang..



kalau kau pernah rasa, ok sekarang bagi tips macam mana tak nak cepat rasa bersalah.
kata orang, kadang-kadang kena pentingkan diri sendiri jugak. kalau kau tak jaga diri kau, ambik tau pasal diri kau, jaga hati sendiri, pentingkan diri sendiri, maka siapa lagi.
kang kau jugak yang merana menyesal sorang-sorang kan?

siapa setuju dan siapa tak setuju.
sila angkat ketiak tangan. eee.. belum shave bulu ketiak... ahahahaha




gambar adalah seringkali tidak berkaitan. 
lalalala

aku ingin untuk punya hati kering
tapi aku takut kalau karma.
  nanti kalau aku kena, aku sakit hati.

akhirnya..




dek kerana jadual yang agak tidak menentu kebelakangan ini dan ditambah pula dengan kehadiran perasaan malas yang kadang-kadang menjengah, serta kesihatan yang kadang-kadang kurang mengizinkan, aku pun macam jarang sekali untuk meng-update blog. (bajet macam lebih sibuk kalah ala-ala menteri gituu)
macam-macam halangan.
dan kadang-kadang alangan itu diwujudkan sendiri. kuikui
*gila terharu kalau cikgu BM aku baca ni. ayat BM  superduper bagus extra vaganza 5 bintang oh*

test kimia sudah habis dengan jayanya. eceh. 
kau jangan main-main, punya lah gigih menjawab soalan test kimia malam tu kan. 
tengah aku kusyuk jawab soalan, tiba-tiba aku dengar bunyi tuuuuttt perlahan dan innocent je bunyi kentut. aku tak tau lah kentut siapa kan, pastu aku pandang belakang tengok member aku sebab aku suspek dia kentut. pastu kitorang gelak-gelak.
aku fikir, dia gelak sebab dia malu sebab kantoi dengan aku dia kentut, tapi rupanya dia ingat aku yang kentut. 
cess. aku adalah tidak kentut ok. yakin dan saksama.
lepas kejadian tu, kitorang jawab test sambil gelak-gelak. boleh?


dah lama tak update blog ni, tiba-tiba rasa macam dah tak reti macam mana nak tulis blog. 
ekekkee. sila percaya bulat-bulat sebab itu yang sebetulnya.
*tiba-tiba*



pesananringkas : tiada.


hihi.

pesananlagi : entry ini bosan. harap maaf. :)

Rabu, 3 Mac 2010

sedih dan rindu bercampur baur.

entry kali ini aku copy lalu aku paste kan sebijik, bijibik sejibun tanpa aku edit-edit kat sini.
serius sedih ok. sangat sedih.

aku tak nak tulis panjang-panjang. nanti ada test. nak kena buat overview sikit-sikit. ( bajet macam dah habis khatam study semua kan? kuikuikui)

kepada tuan blog yang aku copy, 
saya copy, mintak halal ok. ngeee



Assalamualaikum Mak..
> Adik rasa begitu pantas nya waktu berjalan
> Terlalu bosan rasanya bila mak tanpa disisi
> Sedar tak sedar hampir setahun mak pergi tinggalkan adik
> Terasa baru semalam adik tidur dgn mak

> Mak..
> Mak igt tak adik dr kecil smpi besar
> Suka tido dgn mak?
> Hehehe mesti mak
>  igtkan dgn perangai
> Anak bongsu mak sorang nie
>
> Disaat spt itu lah mak suka
> Bercerita dgn adik ..terutamanya
> Pengalaman mak menjaga adik dari bayi lagi
>
> Mak..
> Mak pernah cerita kat adik
> Mcm mana mak bersalin kan adik dulu
> Mak cakap adik tak cukup bulan kan ??
> Mak bersalin kan adik semasa
> Kandungan berusia 7 bulan
>
> Mak cakap mak mengalami kemalangan
> Berlanggar dengan lori sedangkan
> Mak pula ketika itu hanya
> Menaiki basikal tua tuk
> Menjual kuih..masa mak cerita tu
> Adik sedih..sedih sangat...
> Mak ingat tak?
>
> Mak ckp mak tak sedarkan diri
> Dan perlu melakukan pembedahan
> Demi menyelamatkan adik
> Tapi dengan kuasa ALLAH
> Adik selamat...
>
> Mak..
> Pada saat itu bermula lah pengorbanan mak
> Mak ingat tak mak ada cerita kat adik
> mcm mana mak menyusukan adik??
> Mak cakap, adik tak boleh menyusu mak terus
> Sebab adik kena duduk dlm
>  "kotak oksigen"
> Dan keadaan adik masa tu agak kritikal
> Sebab mak cakap berat adik tak sampai 1 kg
>
> Tapi mak tak pernah putus asa
> Mak tak bagi doctor & misi tu
> Bagi susu tepung kat adik
> Mak cakap nak guna susu mak kan ??
>
> Mak cakap dulu tak tau pasal pam2 nie
> Jadi mak perah guna tangan jer la
> Lagu pon mak kata kita tak mampu
> Nak beli pam sebab bapak pon
> Kerja sebagai tukang kebun jer
> Di jabatan kerajaan mana la nak cari duit nak
> Belikan mak pam& nak beli susu tepung
>
> Mak..
> Mak tau tak perasaaan adik masa tue???
> Rasa macam nak cium2 jer mak
> Lepas tu nak jerit mcm nie
> MAK ADIK SYGKAN MAK SGT!!!!
> Mak berkampung di hospital tu sampai sebulan
> Mak cakap kalo nak bagi susu kat adik
> Kena guna tiub yg disediakan...masa tu
> Mak kata hati mak sakit sgt bila tgk adik dlm
> keadaan
> Yg mcm tue...
>
> Lepas tu mak cerita kat adik lagi
> Mak kata
>  doctor suruh mak keluar wad
> Sebab mak terlalu kat sana & adik pulak
> Masik kena tinggal di d lm kotak oksigen tu lagi..
>
> Mak tanya doctor susu mcm mana??
> Dokator cakap guna susu dari hospital
> Mak meronta-ronta tak nak
> Mak kata mak akan hantar susu'
> Doctor tak ada pilihan melainkan
> Setuju dengan mak..
>
> Bila adik Tanya mak cm mana mak hantar susu
> Sebab hospital masa tu agak jauh...
> Mak jawab mak jalan kaki la...
>
> Mak...
> Walaupon mak jawab ngan senyuman
> Tak dapat adik bayangkan keadaan mak masa tue..
> Subuh 2 mak kuar umah jalan ke hospital
> Tak boleh naik basikal sbb kesan operate tu terasa lagi..
> Mak tunggu di hospital smpi ler maghrib..
> Mak dah perah siap2 tuk malam nnt bg nurse...
>
> Mak..
>
> Mak igt tak adik ada tanya kat mak
> Kenapa mak sanggup wat mcm tue??
> Mak jawab mak nak adik 'hidup '
> Dan sihat walaupon keadaan adik kritikal..
>
>
> Mak cakap
>  hanya guna susu mak jer
> Yang boleh bagi adik sihat
> Sebab mak cakap susu mak byk khasiat..
> Bila adik tanya mak apa khasiat nya??
> Hehehe mak senyum jer..
> mak cakap mak tak tau byk
> Cuma mak tau byk antibody jer...
>
> Tapi mak ada cakap gak..
> Apa-apa pemberian dr ALLAH
> Itu adalah yg terbaik dlm hidup manusia
> Cth nya mcm susu mak nie...
> Mak cakap tak der susu lain yg terbaik
> Selain dari susu mak kan ??
>
> Mak
> 3 bulan dah berlalu tapi mak cakap adik tak kuar lagi
> Sebab adik mengalami masalah pernafasan
> Oleh itu adik kena bergantung 'tong oksigen '
> Tapi mak kata adik dah tak dok dlm 'kotak oksigen '
> Mak gembira kan ??? walaupon mak kena bg susu
> Guna tiub tapi mak penuh sabar menjaga adik..
>
> Mak..
> Mak ada cakap selepas 2 minggu br adik kuar hospital
> Mak seronok sangat2...adik tanya kenapa??
> Mak jawab tu la pertama kali adik menghisap 'tek'
>  mak
> Hehehehe kita gelak sakan bila mak cerita kisah tue.
> Mak igt tak???
>
> Mak ...
> Bila adik dah membesar mak masih menyusukan adik kan ??
> Yong (kakak) cakap adik paling lama hisap susu mak
> Yong cakap sampi umur adik 4 tahun..
> Bila adik tanya mak naper lama sangat??
> Mak jawab mak nak adik SIHAT betol2
> mak tak nak adik sakit lagi
>
> Mak...
> Mak igt tak dari kecik sampai la adik tingkatan 2
> Hidung adik asyik berdarah jer kan ..
> Hehe anak mak nie asyik susah kan mak jer kan ??
> Tapi mak tak pernah bersungut..
>
> Mak ...
> Dah berbelas-belas tahun berlalu
> Anak bongsu mak nie masih hidup & sihat
> Anak mak ni cemerlang dlm semua bidang
> Mak tentu bangga kan ??
>
> Mak..
> Mak tau kenapa adik boleh jadi cm nie??
> Ini semua kerana penat lelah mu mak
> Kerana menyusukan ku..
> Dari hasil SUSU mu itu la adik bole jadi mcm nie..
>
> Mak...
> Mak igt tak semasa adik balik dr
>  ngaji
> Kain baju kurung adik terkoyak..
> Adik cakap kat mak adik terjatuh kat tangga surau kan ??
> Tapi sebenar nya adik jatuh dari pokok mempelam
> Belakang surau tu..mak tau kan anak mak ni suka makan
> pelam.
>
> Mak..
> Tujuan adik menipu tu tak nak bg mak marah
> Adik takut kena pukul..tapi bila malam tiba
> Adik cakap terus terang jer..
> Mak teus cium adik,adik tanya mak kenapa?
> Mak kata mak tau adik tak kan menipu mak
> Sebab nak yg minum susu ibu nya dengan baik
> Hati nya lembut dan takkan sesekali nak melukai hati ibu
> nya..
> Masa mak cakap tu adik dah nangis dah ...
>
> Mak ..
> Adik teringat mak jaga anak nyah dulu..
> Mak marah betol ngan nyah
> Sebab nyah tak bagi anak nya susu badan sepenuh nya..
> Mak cakap nyah PEMALAS...
> Mak marah betol masa tue sampai mak tak bercakap ngan
> nyah..
> Mak..
> Maafkan la nyah...tapi mak berdegil tetap ada perasaan
> marah jugak
> Mak kata kalo mak ada susu dah lama mak
>  bg kat cucu mak tue...
> Sampai mcm tu skali mak marahkan nyah..
> Akhirnya nyah akur ..nyah pam susu dan hantar kat mak..
> Baru mak senyum
>
> Mak..
> Baru adik tau kedegilan ku dapat dari sapa
> Hehehhe semestinya dari mak kan ???
> Mak degil masa nyah bg susu tepung tue..
> Mak tak bagi susu tepung tu kat cucu mak
> Malah mak tepon nyah suruh balik susukan anak
> Begiitu kuat pendirian mak..
>
> Mak..
> Sekarang adik dah besar & br start kerja
> Adik seronok sgt bila dapat gaji bagi kat mak duit..
> Mak pon mastu seronok kan ??
> Sekarang mak suruh adik bwk balik kwn adik tue
> Mak cakap mak nak kenal kan ??
>
> Adik dah bawak balik mak...
> Mak suka sgt ngan pilihan adik
> Tapi mak adik tak serius lagi masa tue...
> Mak marah adik...
>
> Mak terus cakap kat kawan adik
> Kalo betol suka kan adik
> Suruh dia ambik adik jadi isteri yg sah..
> Adik terkedu betol masa tu
> Hati adik meronta-ronta
>  tak nak kawin lagi
>
> Pada 08.02.2008 adik kahwin jugak
> Mak igt tak masa adik gi honeymoon kat langkawi
> Adik bawak mak ngan bapak sekali??
> Kita ada jumpa seorang perempuan nie
> Menyusukan anak dia guna botol..
> Mak tanya dia guna susu apa
> Perempuan tu jawab guna susu ENFALAC
> Terus jer mak tanya naper tak guna susu sendiri
> Huhuuhu perempuan tu malu2 alah jer nak jawab
> Katanya susah la..
> Aduhai...mak mengeluh panjang bila dengar jawapan tue..
>
>
> Mak
> Mak ingat tak mak berceramah panjang ngan perempuan tue
> Sampai perempuan tu pergi tempat tersorok menyusukan
> Anak nya guna susu badan nya..
> Alahai mak ku smpi mcm tu sekali pendirian mak..
>
> Mak
> Pada awal August 2008 mak dah mula sakit
> Mak cakap mak sakit pingang
> Jenuh ku dah bawak ke pakar
> Doctor ckp ada masalah saragh tunjang
> Tak lama pastu mak mula rs kebas2
> Disebelah kanan..
> Adik terus bawak mak pergi
>  hospital
> Doktor sah kan mak lumpuh separuh badan
>
> Mak..
> Mak tau tak cm mana perasaan adik masa tue??
> Rasa nya jantung adik terhenti seketika waktu tue
> Rasa nya hati ni di carik2
> Rasa nya badan nie melayang2 di udara
> Isk..isk...isk adik tak tahan mak ...
> Tak tahan tgk mak seperti itu...
>
> Mak...
> Selepas mak dikeluarkan hospital
> Kami adik beradik beli
> Semua kelengkapan mak
> Supaya mudah tuk mak
> Melakukan fisioterapi di umah
>
> Mak..
> Mak dah sebulan mak mcm nie
> Tak ada perubahan tapi adik
> Tak akan putus asa adik akan ikut
> Semangat mak cm mak susu kan adik dulu
>
> Mak..
> Mak igt tak adik mandikan mak setiap kali
> Adik balik kerja?? mak igt tak??
> Ada satu hari lepas adik mandikan mak
> Adik terus cium mak adik cakap kat mak
> Yang adik mengandungkan??
> Masa tu mak suka betol...manis betol senyuman mak
>
> Mak
> Malam tue adik nak basuh berak mak
> Mak tak bagi adik
>  dukung mak..
> Mak kata takut adik gugur lak nnt sbb mak berat
> Tapi adik nie degil jugak ..adik angkat jugak mak
> Gi toilet ngan menantu mak tue...
>
> Lepas tu adik pakai kan mak pampers
> Tapi mak menangis ...
> Mak kata tak sia2 mak SUSUkan adik
> Isk..isk..isskk adik terus peluk mak
> Sampai tertido kan ??
> Ermm anak mak ni masih suka tido ngan mak tau...
>
> Mak..
> Tak lama lagi kita nak raya..
> Abang dah belikan baju kat mak cantikkan??
> Mak senyum jer...
>
> Mak
> Lagi 2 hari nak raya ni mak...
> Pagi tu adik mintak resepi nak buat rending tok kat mak
> Sebab mak suruh adik masakkan??
> Tapi malam tu mak sesak nafas
> Abang cepat2 bawak mak gi hospital
>
> Mak..
> Sekali lagi jantung anak mak terhenti seketika
> Kali ni hati adik macm dihiris2
> Bila doctor cakap paru2 mak di jangkiti kuman
> Hampir 80% dan peluang tuk hidup amat tipis
>
> Mak..
> Ni malam raya ...mlm ni adik tak tido ngan mak
>  yer
> Adik balik nak buat rendang mak..
> Malam ni kak chik jaga mak yer..
> Subuh sok adik datang bawak rendang
> Adik datang mcm mana mak dtg antar susu kat adik dulu..
>
> Mak..
> Ari ni kita raya mak senyum jer..
> Mak suka yer anak2 mak ada kat mak
> Adik suap mak rendang adik masak
> Tapi mak ckp tak rasa apa pun
> Adik tau mak dah tak ada deria rasa
>
> Mak sekarang keadaan mak makin lemah
> Adik beraya ngan mak atas katil hospital
> Mak igt tak adik mintak ampun ngan mak
> Adik mintak mak ampunkan segala dosa adik
> Dan mintak halalkan mkn minum adik
> Tapi mak kata adik tak da dosa ngan mak
> Iskk..iskk adik terharu betul masa tue
> Pastu mak ckap mak HALALkan susu yg mak
> Berikan pada adik
> Ya allah masa tu hati adik hancur berkecai
> Adik peluk mak sampai tak nak lepas kan mak..
>
> Mak
> Hari dah malam ni nak masuk ari ke-4 kita raya
> Malam ni adik tido ngan mak kan ??
> Malam
>  ni adik nak peluk mak..
> Tapi taku nurse marah adik baring atas katil mak..
> Tapi tak per la adik peluk tangan mak jer...
> Tapi mak senyum jer...
>
> Mak..
> Malam tue mak tido lmbt mak kata mak tak boleh tido
> Adik teman mak kan ??
> Mak pesan kat adik supaya adik jaga kandungan tue..
> Mak suruh nanti asuh anak sebaik mungkin
> Mak suruh adik janji yang adik akan susukan anak adik
> Mak cakap jgn bg susu lembu...
> Mak suruh adik Janji ngan mak kan ???
> Mak igt tak??
>
> Mak
> Hari dah pagi nie.. nape mak tak bukak mata lg??
> Bila adik panggil lemah jer mak bukak mata
> Adik panggil doctor
> Doctor cakap PLS PREPARE....
> Mak jangan tinggal kan adik!!!!!!
>
> Mak...
> Hari nak malam nie...
> Keadaan mak semakin nazak
> Kami bawak mak balik umah
> Mak tau tak
> Ms dlm perjalanan nak balik tu adik bwk keta
> Dlm keadaan separuh sedar..
> Kenangan bersama berputar dlm kepala ni
> Air mata tak mampu nak
>  tahan
>
> Mak..
> Sampai di umah mak kuar dr ambulans..
> Mak kami letak atas tilam..
> Sesudah nya nurse tanggalkan oksigen
> Mak tgk anak2 & bapak
> Tak sampai 10 minit.....pukul 10.05mlm
> Isk...isk.. mak TINGGALKAN KAMI..
>
> Mak ...
> Jam 11.30 tgh hari mak dimandikan
> Anak2 mak yang mandikan mak
> Mak mesti rasa bertapa lembut nya kami gosok badan mak kan
> ..
> Adik gosok kaki ngan tangan mak...mak nmpk kan ??
> Lepas tu mak di kapan kan ..dan di bawa ke masjid tuk
> disembahyangkan
>
> Mak ..
> Mak tau tak abang yang jadi imam solat jenazah mak utk
> mak..
> Mak mesti tau kan ...
>
> Mak
> Malam tu adik kemaskan barang mak
> Adik Nampak sepucuk surat ..
> Rupa nya surat mak kepada anak2 mak...
> Mak cakap mak maaf kan semua anak2 mak
> Mak HALAL kan susu yg mengalir dlm tubuh
> Semua anak2 mak..
> Mak pesan bagi susu badan kat cucu dia
> Isk..isk masa tu nyah menangis
>  teruk
>
> Mak..
> Sejak ari tu mmg kami adik beradik
> Mmg berjanji akan bg susu badan kat anak2 kami
> Akan kami jaga anak kami mcm mak jaga kami..
>
> Mak..
> Selepas mak pergi mak dapat 4 cucu sekali gus..
> Mak tau tak...adik dapat anak lelaki
> Kalo mak ada mesti mak suka kan ??
> Adik nama kan cucu mak MUHAMMAD DANISH
>
>
> MAk..
> Adik kotakan janji adik pada mak
> Adik susukan Danish mak..
> Tapi Danish suka guna botol la mak
> Tapi susu nya tetap susu adik
> Mak jangan risau yer..
> Kalau dulu mak boleh bg susu mak dlm tiub
> Kenapa adik tak boleh bagi susu adik dlm botol kan ??
> Adik tak nak MALAS mcm nyah dulu..
> Mak tau tak sekarang dari empat ,tiga cucu baru mak tue
> Sepenuhnya menyusu badan...
> Anak kak chik tue campur sebab kak chik ada masalah skit
> Tapi kak chik pon tgh usahakan jugak
>
> Mak..
> Adik tak sempat belajar ngan mak pasal penyusuan nie
> Adik belajar ngan FORUM
>  RATU HATI...
> Mak tentu bangga kalo adik cerita kat mak pasal susu ibu
> nie'
> Tapi mak..adik tak sempat nak cerita kat mak..
> Mak tau tak kat forum nie ramai pejuang spt mak
> Pejuang utk kekalkan anak2 mereka sentiasa sihat..
> Mcm mak berjuang untuk susukan adik dulu..
>
> Mak...
> Cukuplah sampai disini dulu..
> Nanti kawan2 kat forum nie sedih pulak..
> Adik tak nak diorang sedih...
> Adik diorang baca cerita mak ni sbg pembakar semangat
> Untuk menyusu anak mereka..
>
> Mak..
> Mak jangan mara yer adik cerita kat forum nie..
> Adik nak share pengalaman mak pada semua kaum ibu
> Supaya menjadi renungan...
>
> Mak..
> Adik nak mak tau..yg ketika ini perasaan rindu tu
> Semakin menebal sehingga menusuk2 hati nie
> Terasa sakit nya mak..kerana menanggung rindu
> Tapi yg adik mampu hanya sedekah al fatihah jer..
> Adik berenti dulu yer mak... ASSALAMUALAIKUM


saya rindu ibu saya. 
:')

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...