Selasa, 5 Oktober 2010

field trip ke hutan belum.


first thing first, sebelum aku start nak membebel menunjuk macam hoii aku sorang je yang dah pergi ke hutan belum, kau belum pergi lagi jadi sila jeles laju-laju sekarang. itu perumpamaannya lah sebab aku nak kata kat sini, kepada siapa-siapa yang nak buat fotografi ke, nak menghayati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T, pergi lah dan sila lah ke hutan belum kat gerik perak. wa cakap sama lu, memang terindah!

betul lah kata orang kan. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. bukan bererti apa yang kita tak suka tu bermaksud benda tu memang tak berguna langsung. padahal, ada je hikmah yang tersirat yang terselindung di sebaliknya sungguhpun kita tak suka. sebaliknya, kita kena redha dan berdoa supaya kita dapat harungi dengan baik.
dapat tawaran ke universiti bukan yang dalam pilihan berserta jurusan yang kau sendiri pun tak tau depan-depan nanti dapat keje apa? keje macam mana? bla bla bla. pendek kata, perasaan tu semacam kau sendiri blurr dengan masa depan kau nanti. rasa macam apa nak jadi ni.. orangkah? manusiakah? begitu lah ibaratnya. tapi lepas ada ceramah yang berkaitan dengan jurusan aku hari tu, kira rasa macam ohh nampak lah sikit apa yang bakal dilalui. insyaAllah, doakan aku berjaya. :')

weekend lepas ada rasa macam abaikan blog sendiri sebab kena pergi field trip ke hutan belum. HUTAN BELUM wa cakap sama lu. at first, aku tak tau pun kata mana hutan belum, macam mana tempatnya, yang aku tau, hutan belum is virgin forest. atau kau nak kenal nama femes dia, ROYAL BELUM. sama je nama dia, asal ada nama belum tu, ye lah dia. budak jurusan aku semua wajib pergi trip ni sebab trip ni dianjurkan under subjek ecology. kiranya, pergi sana buat research sekali. tak ada lah research mana, saje nak buat gempak biar kau rasa uiisshh budak ni saintis ke apa. dah macam saintis mat saleh dalam discovery chanel aku tengok. haha. tak ada lah. sebenarnya, aktiviti dia lebih kurang macam gantikan lab lah, dan dalam masa yang sama kau kena observe tempat tu dan kaitkan dengan subjek yang kau belajar dalam kelas sebelum ni. dan jangan lupa, balik tu jangan buat-buat hilang ingatan ke apa, report jangan lupa buat dan hantar.

30hb september 2010.
sebab aku belajar kat kelantan, maka weekdays adalah start dari hari ahadm sampai lah hari khamis. sebab tu lah aku gerak hari khamis. tapi dugaan sebelum gerak pergi sana ni, memang menduga keimanan dan kesabaran. dalam jadual sepatutnya gerak pukul 2.30 petang. punya lah gelabah aku siap-siap, packing-packing, tapi kaedahnya 1jam kemudian baru bas sampai, masuk-masukkan barang semua, baru gerak. itu pun bas banyak berhenti, isi minyak ambik driver extra semua and so on. pulak tu, bas jalan slowwwww yang sangat-sangat sampai kau tidur, bangun tidur, dan kemudian bangun semula pun, still tak sampai-sampai jugak. bayangkanlah betapa kebasnya vontot montok ai.
tapi sebenarnya bukanlah salah bas tu, yang berada di pihak yang salah sebenarnya pihak UMK. tapi malas lah nak cerita, kang kalau aku cerita, satu entry ni pasal UMK je, kang mana pulak aku nak cerita pasal trip ni.

lebih kurang dalam pukul 9 lebih macam tu, baru sampai ke pulau banding. nak ke pulau banding ni senang je. kalau kau larat, jalan kaki pun boleh, sebab pulau ni dah connected dengan jalan raya yang berhampiran dengan jambatan panjang tu. kalau kau biasa lalu kat jalan gerik-kelantan, jumpa lah kot jambatan ni. sampai-sampai sana, hujan renyai-renyai. so, sebelum masuk hutan, pastikan bawak baju hujan dan lampu suluh. kitorang tak camping, maksud aku, bukan semua yang tidur dalam khemah. kitorang ambik pakej untuk ke hutan belum. so, memang pakej tu termasuk sekali dengan tempat tinggal dan makanan berserta aktiviti yang sempadan dengan bayaran. sepatutnya, aktiviti malam tu adalah night trekking, tapi disebabkan kelewatan yan tidak dapat dielakkan, maka, aktiviti tersebut terpaksa dibatalkan dan diganti pula pada keesokan malamnya. tempat tinggal yang disediakan, kau boleh pilih sama ada nak tidur dalam khemah mahupun dalam rumah panjang. yang pasti, ciri-ciri binaan chalet tu adalah berkonsepkan orang asli. tapi jangan risau, khemah dan bed yang macam askar dan juga sleeping bag disediakan. at least, kau selesa lah jugak dan tak ada lah kau nak kena tidur beralaskan buluh, kan? tapi, best apa. sejuk je kat sana. mungkin dalam hutan, barangkali?
sebab perut lapar menggila. sampai-sampai, lepas dengar taklimat sikit-sikit, simpan-simpan barang, terus makan nasik sampai kau abaikan je lah diet kau tu.

semangat perlu ada denngan membawa banyak baju-baju.

dalam bas. di awal perjalanan, muka harus masih berseri..

sampai-sampai, terus makan ni.. nmpak biasa, tapi sedap nikmat gila, walaupun makcik tu lupa bawak garam.


1hb oktober
hari ni pun dugaan jugak. dah semangat bawak beg galas, berbotol air bagai. berat wa cakap sama lu. tapi beg aku je lah yang berat sebab aku ni jenis semua barang pun nak bawak sebab rasa macam semua barang pun penting untuk dibawak. ohhh. pagi tu pun berdugaan jugak sebab bot untuk ke hutan belum ada yang rosak bla bla bla, malas nak cerita sebab berat yang tertanggung oleh bahu ni lenguh hingga hari ini. sila percaya bulat-bulat.
lepas breakfast, terus tunggu bot di tepi tebing.
berkonsepkan rumah panjang.

walaupun tak konfiden pakai tudung ni nampak makcik-makcik,
tapi kupakai jua sebab mudah okk. kau, kalau nak masuk air ke hutan ke ape ke.. pakai lah tudung ni, senang kott. dan yang pasti, kau tak perlu nak betulkan tudung dek kerana tiupan angin ke, apa ke, kerana hanya iman yang bisa menggoyahkan kekerasan depan tudung kau tu.
tempat memasak.
pandangan dari bawah.


bersambung..


(line ngan blogspot memang menguji kesabaran)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan