Sabtu, 20 Februari 2010

alkisah 4 feb hingga 5 feb. Setiu Agro Resort 2.

hari tu aku cerita pasal jungle tracking kan?
ini sambungan dia.
tiba-tiba aku macam tak ada idea nak tulis apa, macam mana.
kiranya, aku tunjuk gambar-gambar je lah sampai kau muntah, barangkali? ahaha

aktiviti sambungan lepas makan tengah hari, yakni lepas jungle tracking,
adalah water confidence, rafting dan diakhiri dengan flying.
semua aktiviti tu merupakan pengalaman yang agak pertama dalam hidup aku.
kecuali tang water confidence tu mungkin tidaklah kan.
jom kita layan gambar.
zaaaassssss!


time ni tengah tunggu mr. jungle datang.
hari tu kitorang pakai 1 baju dan 1 seluar untuk semua aktiviti pada hari tersebut. busuk tu tak payah kata lah kan. memang busuk. setiap kali orang datang dekat ngan aku, aku jauhkan diri dari dorang. takpun kalau aku malas nak gerak, aku suh dorang yang jauhkan diri dari aku.
'weh, kau jauh sikit dari aku. aku sedang busuk. aku tak selesa.'



time ni semua orang kena bersedia pakai life jacket semua. cari aku kat mana cepat!



time ni dah kat atas pondok air dia. tunggu turn kau kena tolak dalam air tanpa sedar sajo.



anna sebelm ditolak ke dalam air. 
gelak guling-guling tengok muka cuak kau, anna! ahaha



ahahaha.
tak tau nak explain apa. hanya gelak yang kedengaran.







ini semua gaya dan ragam budak-budak kelas aku bila ditolak ke dalam air. 
lawak, ok.
gambar aku adalah disorokkan. mana boleh gelakkan tokey blog ni wey.


kena bentuk bulatan ni.


time ni mr. jungle dah suruh semua naik ke tebing.
kemudian. semua kena berenang ke tebing seberang. tapi by pairs lah kan. 


aku ngan anna.
tengok kaki kami. mahal ok. 


yang ini pula untuk axtiviti rafting.
ada tiga group. 
time ni setiap group bertungkus lumus ambil kelengkapan semua dan kelam kabut nak siapkan cepat-cepat.
adalah tercabar bila nengok group lain siap dulu ok.










dah siap dah. fuhh.
kau ingat senang nak buat 1 benda alah ni?
susah woo.


time ni nak tunggu si mr. jungle tu kata start. kitorang kena drift, ok.
aku suka part drift-drift ni. ahaha






kau jangan main-main.
sungguhpun aru first time, aku terer siap bleh tukar tepat ngan orang sebelah ok.
lenguh tangan oh.
walaupun pada ketika itu aku tak ada suara sakit tekak, aku tetap turut sama join dorang jerit,
1, 2 kayuh!
kiri kayuh! kanan kayuh!
group aku menang ok. walaupun telah disabotaj oleh mr. jungle, kami tetap menang.
dia pusing rakit kitorang ok. memang kejam di situ.
tapi dah kata group terer, macam mana pun tetap menang.
ada siapa-siapa nak challenge kami ke?? :P



dan ini yang terakhir, semestinya flying fox.


dengar taklimat ringkas sikit-sikit.




tali aku terpusing pulak. 
kalau tak, dah nampak gambar depan dah. grr.

dan pada malamnya hanyalah bbq sajo.
tak ada gambar pada waktu malam, bateri kamera sudah habis.



ok, itu sahaja lah.
ada banyak lagi gambar sebenarnya. tapi tak larat lah nak letak banyak-banyak. padahal malas. kuikuikui




esok dah balik kolej..
wuaaaa. tak nak balik boleh?
aku nalk tidur sahaja kat rumah.


pesananringkas : kosong. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan