waktu ni still hari kedua, 2 oktober 2010. nak tunggu bot datang adalah rasa macam aduhai mana bot tak sampai-sampai lagi ni... yang dah sampai bot tu, ada lah dalam 2 buat bot. kena lah tunggu bot lain lagi sebab nak gerak sama-sama. biasa lah kan, kali pertama naik bot, feeling dia lain macam sikit. eksaited melebih-lebih. kalau boleh loncat dalam air, mau nya dah loncat agaknya. errrr.
serius, mula-mula sebelum naik bot tu cuak lah jugak. adakah aku akan mabuk nanti? adakah aku akan muntah-muntah? siap sediakan plastik okkk. punya lah takut muntah. dan kepada siapa-siapa yang nak naik bot tu, sila pastikan kau bawak plastik yang oleh seal, ataupun yang boleh nak simpan barang yang kompem air takkan masuk. sebabnya, nanti kalau hujan tiba-tiba lebat, kau boleh masukkan barang-barang berharga contohnya camera, telefon bimbit dan sebagainya agar tak dimasuki air ketika hujan. fahamkah anda setakat ini?
tangkap gambar ramai-ramai dulu.
perasan tak waktu ni semua nak pakai tudung-yang-hanya-iman-mampu-menggoyahkan.
dah macam kumpulan nasyid dah aku rasa. semua pun nak pakai sepesen je. lagi haru, dari belakang boleh kompius siapakah itu??
bot yang sedang menunggu.
ini lah jambatan yang aku cakap tu.
waktu ni bot baru nak gerak. cuaca panas, matahari terik, tapi once bot dah jalan laju, angin dia... fuuhhh. rasa macam aircond semula jadi. serius sejuk wa cakap sama lu.
sebab tu kot aku rasa, orang yang naik bot kat sini boleh jadi burn. kulit terbakar tanpa sedar agaknya. ohhh.
waktu dalam perjalanan ni, subhanallah.. cantiknya ciptaanNya.. terpegun okk.
perjalanan dia senang cerita macam ni.. dari tasik banding kau nak sampai ke hutan belum tu, ambik masa dalam sejam jugak, jaraknya lebih dari 90km. waktu ni, kau akan nampak air dan hutan dan rumah orang asli semata-mata. itu pun kau akan nampak rumah orang asli bila dah masuk dalam lagi. baru lah jumpa.
awal perjalanan, kalau kau rasa tiba-tiba nak terkencing ke, terberak ke, bot akan erhenti di jeti awam. itu je satu-satunya jeti yang ada sebelum kau sampai ke hutan belum. kalau tetiba kau rasa nak ter ter ter, haaa kau tahan lah seketika sampai kau tiba ke hutan belum nanti. dan bukan semudah yang disangka kau nak masuk hutan ni, sebab kau kena ada permit untuk masuk ke hutan belum. jadi, dalam perjalanan tu, bila dah masuk ke kawasan huta tu, bot akan berhenti kat kem askar, kat situ, hantar list nama, dapatlah permit nak masuk hutan belum. kat kem ni, tsebarang tangkapan gambar adalah TIDAK dibenarkan. maka, kat tempat ni, kau simpanlah dulu kamera godang kau ke, kamera canggih kau ke. kalau terkantoi, habislah kamera kau kena format. hilanglah smua gambar. sadis tak? itu lebih baik daripada kamera kau kena tembak. ye tak?
pengalaman naik bot kat tengah tasik dikelilingi hutan ni, tak tergambar perasaan tak tau macam mana nak describe. the only word, SUBHANALLAH. cantik yang amat. dan udara dia, tak payah cakap lah. nyamannyaa... tambah pulak bila naik bot, dapat rasa aircond semula jadi. sejuk wa cakap sama lu. sampai menggigil. itu time tengah hari, belum pagi lagi. kalau pagi macam mana punya sejuk lah gamaknya ya?tambah menduga lagi, bila dah dekat nak sampai, 10minit macam tu sebelum sampai, tiba-tiba hujan lebat. arah yang bertentangan pulak tu. sejuk dia tak payah nak cakap, menggigil tu, sampai gigi berlaga-laga. tapu seronok, at leat, boleh rasa hujan di dalam perjalanan. sampai-sampai ke hutan belum, berkumpul, dan masing-masing buat eksperiment untuk populasi organism ikut kumpulan masing-masing. tapi sori lah ya. tak ada gambar pulak bahagian tu.
selesai buat experimen.
hai, saya bukan joyah.
selesai semuanya, makan-makan, terus gerak balik. masa tak banyak untuk spend kat hutan belum lama-lama. dalam 3 jam macam tu, terus gerak pulang. siapa-siapa kalau ada bajet lebih, nak menghayati keindahan alam dengan lebih lama, boleh ambik pakej untuk stay kat campsite kat hutan belum. bajet dia mahal sikit, tapi kemudahan tandas yang paling penting, tak perlu risau sebab tandas bersih, ada plug nak cas hp walaupun tak ada coverage, air tandas laju dan sejuk. memang seronok. dicadangkan ambik pakej untuk stay kat campsite, lagi menyeronokkan.
aktiviti seterusnya, melawat orang asli!!! pertama kali bersua muka dengan orang asli, live. mula-mula, cuak ya Rabbi. macam mana nanti penerimaan dorang, tambahan pulak, dari atas bot lagi, nampak anjing tengah tunggu kat tebing. orang asing, kan. waktu tu, ishh takut sampai nak nangis. cuba bayangkan kalau tiba-tiba anjing tu terkam kau. mana kau nak lari. terjun dalam tasik? errrrr. tapi sebenarnya anjing tu jinak je, tak sambar kau pun. aku je perasan lebih anjing tu nak terkam sebab cun. haha.
perkampungan orang asli dari atas bot
sebenarnya banyak lagi perkampungan orang asli yang lain. tapi kitorang pergi kat perkampungan ni sebab ni antara yang memang still berada di tapuk yang lama, tak ada kemodenan. sebab, ada jugak perkampungan orang asli yang lain yang dah terima kemodenan contoh dari segi binaan rumah lah. dan setiap perkampungan ni berbeza bahasa kalau tak silap aku. menarik kan?
lagi menarik bila kau nampak anak-anak dorang yang macam baru umur 8tahun macam tu, dah berakit kat tasik. macam hellloooo dalam okk tasik tu. dorang selamba badak tak pakai life jaket.
sebelum pergi sana, kitorang bawak la makanan ringan sikit-sikit. tapi aku tak bawak pape sebab errr aku tak tau nak bawak apa. dan, kalau kau pergi sana, time nak bahagikan makanan, jangan kau bagi kat budak-budak je, kau orang tua pun kau bagi lah jugak walaupun gula-gula.
yang menariknya orang asli ni, baby umur dua bulan pun dorang dah kendong belakang tau. kalau kita still berbedung tu. dan nak lagi menarik? dorang namakan anak dorang sempena ayat pertama yang keluar daripada mulutnya. contoh kalau dia sebut makan, haa makan lah namanya.
budak kecik seluar merah ni takut apasal ramai sangat orang niii. terus nangiss.
sambil nangis, kopek-kopekkan plastik nak makan lolipop tapi tak reti. haha comell.
makcik tua tu nenek dia. kat atas kepala dia ada pisau lipat, mungkin ikut kepercayaan nenek moyang dia kot. nenek dia ramah dan pandai berbahasa melayu.
ini tempat jemur baju.
nak balik dahhh..
destinasi seterusnya pula adalah ke air terjun. waktu ni lah baru aku diserang pacat. kalau sebelum ni, alhamdulillah, bersih daripada pacat. tapi tu lah kan, kata hutan, kalau tak ada pacat, bukan hutan lah. kan?
air terjun ni nama nya air terjun sauk kalau tak silap. tapi yang pasti, air terjun.
dari tebing tasik nak ke air terjun, kena jalan dalam 10minit jugak. waktu ni memang menguji mental fizikal sebab baru lepas hujan, tanah licin, pacat membiak-biak. abang guide pulak jalan laju gila taktoleh belakang langsung, dengan kawasan yang berbukit dan licin, kalau tak berhati-hati boleh jatuh. tambah pulak, waktu tu nak cepat sebab dah hampir dengan waktu kecederaan. mendarat je kat tebing, terus jumpa tapak kaki 'fumakila' (gajah lah tu).
ni baru awal perjalanan, separuh jalan, aku dah simpan henfon.
kang kalau jatuh, rosak, kau nak gantikan yang baru ke??
sesampai kat air terjun, kaki terasa pedih semacam. bukak kasut, menjerit pacat kauuu. padahal, sebelum masuk hutan, dah prepare mental fizikal kot-kot kena gigit pacat, cover macho je. tapi still belum terlatih lagi. menjerit jugak, tunggu pengsan je. errr. tak.
balik dari air terjun, jerit kat atas bot pulak. dari mana datangnya pacat pun aku tak tau, pacat membiak-biak. terus aku yang kena tuduh sebab tadi dah kena pacat, siap ada kat atas tudung. well, darah manis kan. errr.
feeling macam dalam cerita lagenda budak setan, duduk kat depan bot.
lagi menariknarik, kau akan nampak kat permukaan air ni macam berasap. asap sejuk, barangkali?
dan ini pula aktiviti pada malamnya.
sebelum campfire, kitorang ada night trekking masuk hutan yang dekat pulau ni je. tapi disebabkan pada pertengahan jalan, ada pokok tumbang. maka, sekejap je lah kat dalam tu. selamat lah, takpaerlu nak risau ada pacat lagi. oh ya, waktu mandi, baru aku perasan kena gigit pacat kat bahu. menjerit kauu kat dalam toilet sorang-sorang. terus gelabah suruh orang lain chek kot-kot ada pacat kat tempat lain lagi. gila kau kot kot ada lagi tengah hisap darah kat tempat lain ke. eeeee.
takperlu pakai blusher.
2 hb oktober 2010.
hari ni hari last, tak banyak aktiviti pun. makan pagi dan water confidence sahaja. water confidence tu tak diwajibkan untuk semua orang pun, dan aku pilih tak join. still pening-pening lalat rasa macam terumbang-ambing naik bot lagi. sampai balik sini pun, untuk malam pertama, aku still rasa macam halahaiii aku kat atas bot lagi kah??
kat tasik banding.
gerak balik pun dah pukul 12 tgh hari. kat dalam bas semua tido keletihan, tapi best. pengalaman yang berharga. entah bila lagi aku nak sampai ke tempat ni kan?
mengenai orang asli : kaum wanita dorang agak pemalu. so, kalau kau pergi sana, tapi kau tanya orang perempuan dorang, dorang pulak macam nak tak nak je jawab soalan korang bukan sebab dorang sombong, tapi sebenarnya dorang pemalu. so, guys, work harder. haha.
mengenai tasik banding : kedalaman tasik tu adalah sedalam 124 kaki. errr. aku tak sanggup nak bayangkan kalau tiba-tiba bot terbalik.
all in all, best gila!
gila jeles..mau jugak..wa..tak aci lorh....huhuhu..next time stokin tu pakai yg panjang then letak kat luar..biar kaki seluar dalam stokin...baru la xnaik sampai atas...huhuhu...ala babe..biarkan diowg isap...darah kotor kuar..huhuhu..aku siap main enjit2 g ngan pacat kowt...da lali da kena gigit..
BalasPadam