Isnin, 11 Januari 2010

mari berHIMPUN

yeaahh.
kita mulakan entry ini dengan penuh semangat waja cintakan negara.
eheh. mentang-mentang la pergi kem patriot, terus jadi bersemangat ala-ala askar-askar Tanah Melayu dulu kala pertahankan negara.. ceaaa... tak boleh blaaa...

baiklah baiklah.
kita terus kepada cerita dan pengalaman yang penting, sewaktu saya di kem patriot bermula 31disember yang lepas.
ko jangan main-main.. aku first time pergi kem campur-campur ngan orang yang aku tak kenal dan baru nak kenal ni..
jadinya.. excited dia lain sikit..
tapi, setiap kali nak pergi mana-mana atau join apa-apa aktiviti yang melibatkan orang yang aku tak kenal ni kan.. satu je yang paling aku takut.. aku takut kalau aku tak ada kawan.. nanti kat sana sorang-sorang je sunyi sepi tak ada orang nak borak-borak ke.. pastu nanti kalau pergi makan sorang-sorang.. haih. tak boleh macam tu.. tak boleh..
sebab tu la aku takut la jugak kan.. dan sebab tu jugak kalau pergi kem-kem macam tu, aku kena ada kawan.. paling tidak pun, aku kenal dulu orangnya walaupun macam taknak kenal gitu.. ahaha. boleh?  wakluuu lah kan.. panggg!
aku ni bukan apa.. kadang-kadang tak reti nak berkawan dengan orang yang aku tak kenal.. maksud aku yang lebih terperinci lagi.. aku tak tau macam mana nak mulakan sebuah perkenalan tu.. sebab tu kadang-kadang aku asyik senyum-senyum dan kalau boleh menyampuk, aku menyampuk.. konon-konon macam peramah la kan.. ahaha
emm.. ada siapa-siapa boleh bantu saya?

ok ok.
mula-mula, serius aku taktau kem ni pasal apa..
padahal dah tampal dah jadual pasal aktivitikat sana semua kan.. tapi still tak tau kem tu pasal apa..
padahal dah namanya kem patriot, sudah tentulah melibatkan semangat patriotik kan kan kan??
punya lah tak ambik tau sampai taktau kem tu pasal ape.
pakat pergi je..
sampai-sampai sana, baru lah tau yang kem tu pasal patriot-patriot ni semua..
first impression, sudah tentu nya bosan amat kan.. ye lah kan.. pasal politik dan negara sekarang pulak tu.. aku rasa macam tak nak ambik tau pasal tu semua. sebab bagi aku, politik sekarang kotor. aku tak berminat.
tapi dulu-dulu, aku ada la jugak pasang minat nak jadi ahli politik.. ceaaa.. ada jugak.
tapi ibu tak kasi..
pernah berminat nak jadi lawyer pun, ibu ngan angah tak kasi.. ceaaa..  bunyi macam redha gilaa..
tapi itu semua kisah dulu kala waktu-waktu nak matang gituu.. ecece

ok ok.
kita sambung cerita yang aku dah hampir-hampir nak lupa ini semula..
overall pergi sana, aku happy.
aku dapat pengalaman.
dan yang penting, dapat sedikit sebanyak tingkatkan keyakinan diri. serius.
alhamdulillah, boleh la jugak suarakan pendapat aku walaupun aku tau pendapat aku hanya fasi dan budak group aku je yang dengar, tapi still aku boleh suarakan pendapat aku.
at least, aku dapat suarakan pendapat aku.
at least, aku lebih berani.
at least, aku lebih berfikir.
at least, aku lebih yakin.
at least, aku lebih tahu, lebih faham tentang susah payah untuk dapatkan kemerdekaan.
at least, aku boleh berdebat sikit-sikit.
at least, aku boleh share pendapat aku dengan group members aku.
at least, blaa... bla... blaaa..

dan tentang kawan-kawan baru..
dengan group members aku je lah kan.. setakat add dekat facebook lepas tu add lepas tu tag gambar.. itu sajo..
kata aku tak reti sangat nak start-start berkawan ni.. jadi, memang susah sikit lah bab-bab kawan-kawan baru ni..
tapi tak pe.. at least, ada pengalaman, itu yang lebih penting. :')

ah sudah.
dah taktau nak merepek apa..



ini antara group aku..
adalah semestinya aku tak berapa menghafal nama-nama mereka.
sorry yo.



ini geng aku lah kan.
pergi sama-sama. makan sama-sama.
tapi biasanya sama-sama dengan anna.



group lagi.



ok. ini group penuh. semua masuk. diapit oleh fasi.
tak payah nak rasa annoyed tengok aku kat depan.
biasalah kan. bila sesi bergambar kena lah duduk depan. kalau tak, nanti orang tak nampak. eh bukan bukan. nanti tak dapat masuk gambar.
kata tinggi tak berapa nak cukup..... ahaha



haruslah ambik gambar banyak-banyak bersama group. nanti dah tak jumpa.. mana la tau kan..



ini pula roommate selama dua malam.
ada lagi 3 orang, tapi tak jumpa pulak time nak ambik gambar ni.
ambik dengan mana-mana yang sompat aje lah.



masa ni dah nak balik pun..
sementara tunggu sesi ambik gambar beramai-ramai.



gambar group lagi.
kenapa semua nak toleh belakang eh?
lupa dah.

tak tau dah nak merepek pasal apa.
serius.
sekarang tengah cuak untuk banyak perkara.
esok kuiz calculus wey!! tapi aku boleh lagi nak ngadap benda alah ni.
ok ok. kena stop. kena stop.


saya sayang negara saya.
tapi saya tidak suka semua badan politik di negara saya. boleh?
ok finee.. saya betulkan sedikit.
saya tak suka pemimpin-pemimpin politik yang bajet suci gituu.. sebab bagi saya, mereka libatkan diri dengan politik bukan exactly sebab nak bantu rakyat ke apa. tapi sebab kepentingan dan kesenangan diri pada masa hadapan. mungkin sebab kita tidak betul-betul menghayati perit getir sebelum mendapatkan kemerdekaan?
saya taknak cakap banyak, sebab saya tidak perfect. saya banyak kekurangan dan kelemahan. :')



pesananringkas : aku tak suka bila teringat kisah-kisah lama bila aku rasa aku dah mampu untuk bangkit. sebab kisah-kisah tu semua mampu jatuhkan aku. vodoh kan? ok. tahniah sebab anda menang dan saya kalah.


1 ulasan: