ok ok.
anda dinasihatkan supaya scroll ke bawah dan hayati cerita hari keluarga siswi part 1. eceh. bajet sungguh. alaa.. tak apa la.. bila lagi.. eheh
tak payah la nak bebel mengarut banyak-banyak. sambung lah cerita. sambung laa..
ok fineee.
kan penyelia tak kisah kalau AJK nak main kan.
aku pun apa lagi, bila yan kata ok sekarang permainan kita isi ar dalam botol guna straw..
aku kan control control macho gitu. tak main lagi.
bila zarith tanya, fatin kamu nak main tak? tapi kamu bukan satu aras dengan kita kan?
aku : nak! nak! tak pe lah kalau tak satu aras pun..
zarith : ok. ok. jom jom.
time tu zarith tak cukup pemain, lagi sorang je, aku pun apa lagi.
habis tu orang dah offer aku apa lagi berdesup zaaass join jugak. eceh.
disebabkan time tu student lain pun dah ramai turun dan nak main game ni, maka nya ada 2 pusingan. aku pusingan pertama. 3 pemenang setiap pusingan akan masuk final dan pemenang sebenar ditentukan masa psingan final lah kan.
game ni macam ni, satu kumpulan 4 orang dan satu kumpulan dibekalkan 2 straw yang masih belum digunakan. dan empat orang ni akan gilir-gilir sedut air dalam baldi lepas tu lari lari comel dan letakkan air tersebut dalam botol yang disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. kitorang dapar no.2 ok time tu. so, makanya beta nak bangga yang group kami dapat masuk final gituu.. ceaa ceaa..
ini group aku.
zarith yang bertudung hitam itu classmate aku.
masa ni tengah tunggu turn untuk game final mula gituu..
yang sebelum pengadil kata mula!
dan akhirnya kami juga menduduki tempat ke-2.. malam ni dapat hadiah yey!
ini pula acara untuk anak-anak staff.
sepatutnya game isi air dalam botol guna span dan straw tadi game untuk dorang.
tapi cuba ko tengok, kalau setakat empat orang je yang ada, tak vervaloi gituuu..
jadinya, kami kasi can kat dorang main cari gula-gula dalam tepung sajo.
cara permainannya macam biasa, tiup-tiup, kutip gula-gula.
tapi disebabkan dorang tak tahan tepung masuk dalam mata, kutip dengan tangan sajo.
yang kelakarnya, dorang muka serius tak bersalah sajo. yang lebih nya penyokong-penykong dorang kat tepi ni haa.. ahaha
cuaca makin panas ok time ni.
sekarang pun muka dah burn gituu..
sekarang ni aku dah tak cover macho macam dulu dah.. sedaya upaya tunduk tak nak kena pancaran terus dari matahari. padahal, kena jugak. haih.
game ni pula, namanya blind ball.
macam mana cara permainannya?
satu kumpulan mestilah terdiri daripada 3 orang yangg mana pemain 1 dan pemain 3 hendaklah ditutup matanya dengan apa-apa kain. manakala, pemain 2 yangg mana tidak ditutup matanya hendaklah memberi arahan kepada pemain 1 dan 3. ok ok ke kiri ke kanan ke belakang gol!! gitu lah lebih kurang nya.
pemain 1 dikehendaki pass bola kepada pemain 3 dan pemain 3 dikehendaki menggolkan bola. selagi kau tak golkan bola tersebut, kau patah balik dan golkan bola. masa diperuntukkan, dan siapa yang gol dulu dialah yang menjadi pemenangnya..
tengok muka anna, dah nampak burn dah.
dan ini pula pertandingan menganyam ketupat.
siap pasang lagu raya ok time ni. macam dah raya dah.
masa diperuntukkan dan barangsiapa dapat buat ketupat paling banyak dalam tempoh masa tersebut, makan kena jerit raya wey rayaaaaa!
ok pentipu. tak perlu. siapa dapat buat ketupat paling banyak group itulah pemenangnya.
perlu disematkan dalam fikiran. hanya ketupat yang kemas dan cantik sahaja yang akan dikira. ketupat longgar dan tak cantik disqualified.
macam ada satu group yang aku jaga ni, dorang tak puas hati suruh aku kira banyak-banyak kali ketupatt yang diorang buat sebab nak seri dengan kumpulan yang menang. satu je pun wey. dan aku bukan judge dengan tidak adil, aku dah kira betul ok. yang lagi satu aku tolak tepi sebab tak kemas dan tak cantik atau dengan bahasa yang letih difahaminya, tak layak untuk dikira. kau faham??? lagipun, time tu bukan aku sorang je yang kira ok, pengadil yang lain pun kira dan dorang kata tak payah ambik ketupat tu sebab tak cantik.
alaa... tak apa lah kan.. korang still dapat nombor dua. still dapat hadiah.
dan game ni agak mencabar lah jugak. biasanya kita main dan dengar game ikat 2 kaki kan?
tapi tidak untuk kali ini. tak mencabar lah wey kalau ikat 2 kaki je. lari pun boleh. game ni melibatkan 4 orang satu group, maknanya, kena ikat 4 kaki dan jalan pergi dan balik. siapa yang sampai dulu boleh lah jerit yey pengadil tanda nama aku cepat aku menang!
ini jugak ada dua pusingan. time ni memang sah-sah la aku jadi pengadil jugak kan sebab ada kau nampak aku join dorang main sekali ke?. lalala
tengokdorang main sangat lawak. aku dengan anna dah bantai gelak tapi belum guling-guling gituu..
untuk game yang keseterusnya, ini namanya baling-baling belon. tapi dalam belon ni ada air.
satu kumpulan ada empat orang. kena beratur dan passkan belon tu ke belakang sehingga orang yang terakhir. belon siapa yang paling banyak dan paling cepat sampai, maka diaboleh lah melompat-lompat jerit sambil menari ballet teruja sebab menang. huah.
dan kalau group tu dia seri, contoh, 2 group boleh kumpul 2 belon, pemenang akan dikira melalui belon yang ke-2 kumpulan siapa yang sampai dulu. bukan kumpulan siapa yang sampai dulu. ingat ya.. belon yang ke-2 siapa yang sampai dulu. belon yang ke-2 siapa yang sampai dulu. hafal cepat.
ini lagi satu kes, group yang aku jaga tadi tak puas hati, memang la group kau yang sampai dulu daripada group sebelah. tapiii.. belon yang ke-2 kau tu, lembab sangat. sampai lambat dari group sebelah. kau paham tak ni?? kalau paham, apahal nak pandang tak puas hati kat aku.. i suka lah cara you all pandang i tadi.. i rasa i sangat hot gituuu.. tapi jangan laa pandang lama-lama. ai maluuu... awwww. lalala
bukan aku yang tak adil ok, cara dorang main memang macam tu.
tapi kira ok lah kan.. korang masuk final dan dapat nombor satu ke dua eh?
hebat lah tu.. teruja aku tau. huah.
eh ini game apa pulak?
ok ok. ini dah game yang ke-dua last.
namanya blind box.
namanya blind, tapi tak payah tutup mata pun.
cara dia sama je macam nak main music chair. cuma bezanya, kena berebut tempat duduk atas kotak. dan vontot masing-masing WAJIB cecah kotak tersebut. vontot siapa yang tak cecah, hendaklah lari-lari sambil mengangis kata wuaaa saya kena keluar. oh bukan sedemikian. vontot siapa yang tak cecah, kena keluar dan kotak akan dikeluarkan. kau bayangkan sajo guna kerusi tapi sekarang guna kotak.
mula-mula aku main tau. tapi yn tak boleh blaa nya, kena tindih oh. sakit wey. aku keluar tak main. hanya gelak-gelak tengok dorang main sajo. ganas ok dorang main, siap ada yang kena hantar pergi hospital sebab terseliuh. aduuhhh.
aku sebenarnya ambik video, tapi tak boleh nak upload pulak dah.
last-last kotak kecik je tau, yang muat 3 vontot kecik sajo. ahaha.
zarith menang ok.
zarith, lepas ni kau kena share hadiah kau dengan aku. tak kira. tak kira.
dan ini acara last.
tarik tali hokey. tarik tali. aku masuk woi. sila kagum laju-laju. whhhooooaaaaa... ahaha
dapat no.2 wey. kau jangan main-main.
aku rasa macam aku tak bagi apa-apa fungsi pun. cuma masa final tu, aku bertungkus lumus lah jugak kan.
sampai nak terjatuh oh. kuat gila kot senior. sampai sakit lengan aku ni haa..
ini dia team tarik tali aku. tapi bukan semua lah.
balik ah. habis lah lepas ni nampak gigi sajo.
aku dapat dua hadiah yey!
sekian saja, saya melaporkan berita sukan untuk tv20. kata dah masuk tahun umur 20 tahun kan.
ohh tidak.. dah tua. tadi masa main game ingatkan baru umur 15tahun. lalala
pesananikhlasdarihati : saya tidak kisah anda nak judge saya macam mana pun, yang penting, i do know me myself too more better than you do. saya tidak kisah dan itu hak anda. betul atau salah judgment tersebut, itu still hak anda. kalau saya kata salah dan perbetulkan keadaan sekalipun, ada anda nak percaya?
yey malam ni dapat hadiah!!
grrrr. lapar!
google atau search saya dengan nama fatin syahirah binti ibrahim atau fatinibrahim.
nak lebih mudah?
tekan sajo fatinibrahim.blogspot.com.
tadi bangun tidur, terus call ibu.
oh.
SAYA SANGAT RINDUKAN IBU SAYA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan