Isnin, 21 Disember 2009

Kursus buat biskut, kek dan roti @ Lin Cookies 2


dah berjaman baru nak update, sambung cerita kursus lin cookies 1. kui9
ampuuunn deyh...
kan banyak halangan yang berlaku baru2 ni.. ceaa....alasan harus sentiasa terbaik dan wajib diterima. kalu tak terima, aku merajuk dan wajib pujuk.. taknak pujuk? fineeee....dah tak ada sape nak pujuk akuu....sob sob sob. (merajuk taknak cakap seminit)

ok2. kembali ke landasan yang asal..
asyik terlajak je..
apa ke hal kan..



hari pertama kursus.

first day hanya belajar buat biskut bersama tokey lin cookies. sembilan jenis kalau tak silap aku. aku pun dah ingat2 lupa. almaklum..skarang banyak nak kena fikir..tang belanjawan negara lagi, belanja kawin lagi..eh2. terlebih sudaaaa...
start pukul 8 pagi, habis pukul 5 petang.
sebelum kelas tu, aku ingatkan lama lah kan nak siapkan sampai 9jenis kuih sampai pukul 5..lama tu wey. tokey dia baru start nak berucap sikit2, mulut dah luas menguap. boleh??
ahahaha.
nasib baik aku ada bawak earphone nak dengar lagu ke hape.. orang sebelah pun ada nak bawak borak sikit2.. kang kalau ajak borak banyak2, kena sound pulak...ekekeke
sangkaku lama, rupanya sekejap je wey nak siapkan sampai 9jenis kuih..
cara dia senang sajo..
dia uli2, adun2 dulu dalam 4,5 jenis kuih, then kitorang masuk bilik lain, tekap2 bentuk2kan kuih..lepas tu,siap!! kitorang kan ramai la jugak..jadi, bila dah ramai2, sekejap lah jadinya..
apaa yag penting..kerjaasama!
dalam tempoh kitorang kat kilang dia, masa makan adalah masa yang paling ditunggu2..
biasanya, makcik2 yang satu rumah dengan aku sampai kilang paling lambat, orang dah na start baru kitorang sampai..ye laa...kata rumah kitorang antarayang paling jauh dari kilang tu.. (alasan lagii..)..tapi, kalau bab2 makan, serahkan sajo kat kitorang..cepat je lesap g makan..kui9
sebab tu badan naik kat sane..pipi pun tembam. apa boleh buat..tapi, skarang dah kurus sikit dah..ehehe
hari pertama sahaja aku gigih menangkap gambar sana sini..kalah paparazzi wey..
tapi esok harinya, aku dah malas nak tangkap gambar dah.. lebih baik aku join yang lain hias2 kuih. mana tau dalam diam2 ada yang berkenan nak ambik aku jadi menantu..awww...

mana gmbar kuih???
ehehe..kan aku guna lappy baru..gmbar2 kuih ada dalam lappy lagi satu...aku dalam proses nak sesuaikan diri dalam lappy ni..hihihihi..tak payah lah tengok gambar dulu..banyak yang tak jadi.. shaking2..hiiii...

lepas kelas belajar membuat kuih... petang tu, aku gi jalan2 tengok sekeliling kampung tu..
cantik tau..sangat cantik. cantik gila!!!!!
siyes wey..aku tak pernah tengok kampung cantik macam tu seumur hidup aku.
ko jangan main2..kampung tu dah 3 kali berturut2 jadi juara dalam pertandingan kampung tercantik peringkat kebangsaan tau..



hari kedua

hari kedua kami belajar buat kek dengan roti pulak..hari tu, cikgu lain pulak yang ajar..dia ni pulak tokey yang bukak kedai roti ngan roti semua..
kek dia boleh tahan laa...
roti pulak..em..boleh tahan jugak la...
hari tu aku belajar buat pizza jugak ok. seafood pizza sedap punyaa...tapi belum try lagi setakat ni..
time buat kek ngan roti ni, aku tak boleh nak tipu.. memang mengantuk dan bosan. mungkin sebab kitorang tak bleh nak tolong2 kot.. kalau ada pun, sikit sajo..contohnya macam penyek2kan tepung dalam bekas tart..hias2 toping kek macam tu je.. tu pun aku tolong2 penyek2kan adunan dalam bekas tart sajo..sebab tu je aku sempat buat..yang lain2, aku kasi can kat makcik2 serlahkan bakat dorang.. ceaaaaa...ayat tak boleh blaaaa... padahal malas.. ahahahaha.
cop2. cikgu tu puji aku penyek2 adunan dalam bekas tart CANTIK ok.ehehehe.
lepas penyek2kan adunan tu, aku tunjuk lah kat dia..kot2 dia tak suka ke..
pastu cikgu tu cakap..
"haa...yang ni cantik!!"..lepas tu semua yang ado pandang aku..
malu ai tau.. dorang taktau dalam2 dah koyak rabak sebab dah kembang kena puji. ahahahaahaha
resipi kek ngan roti sikit je yang die ajar..tu pun yang macam simple2.. jadi sekejap je lah..pukul 4 macam tudah siap...
petang ni..aku tak pegi jalan2 ke mana2..sebabnye..aku baru rasa letih2 sengal2 badan gituuu...ehehehe


hari ketiga ( last day)

time tu dah last day..aktiviti pun sampai pukul 12 tgh hari je..
pagi tu, kitorang sambung buat biskut raya lagi sikit..cukupkan sampai 13resipi..lepas tu, ada satu extra resipi..choc kek..senang sajo.tapi sedap nyam nyam nyam.
yang ni aku dah try.. ibu puji sedap ok.
raya haji pun aku buat lagi skali siap bagi2 kat makcik2 aku time beraya kat rumah dorang..pun kena puji..awww...ai maluuuu....
lepas siap2 semua..kitorang balik homestay masing2, kemas2 baju balik rumah..oh. aku begitu rindukan rumah saat itu tau. nak balik. nak balik. cepat laa...cepat laaa...
sebelum balik, sempat lagi shoping2 kerepek semua.. lepas tu,makcik yang balik skali ngan aku nak singgh chow kit pulak..
aku ingatkan nak beli apa sampai sanggup trun chow kit nun..
rupanya nak beli buah sajo..
kat tganu pun ada buah makcik..ehehehe (nasib baik makcik tak baca blog aku.kui9)
lepas singgah chow kit, terus balik...nasib baik time balik tu lalu jalan highway..cepat laa sampai rumah.. bila sampai rumah, terus rasa macam syurgaaa.. rumahku syurgaku...






yang ini namanya kak ayna.. ni geng anak dara ngan aku. masa last day hias2 kuih, kitorang berebut nak tekap2k kuih tau. sampai penyek adunan yang makcik tu canaikan.. last2 makcik tu yang buat pertandingan. makcik tu canaikan, lepas tu dia kira.1,2,3..siapa cepat dia kawin dulu..ehehe..aku yang ke-2 tau. lalala

ini pulak namanya kak huda..juga geng ngan aku. geng anak dara. dia ni lah yang kawin dulu nanti..(konon2 ikut pertandingan makcik tu lah).. kak huda ni sporting tau. aku stat potpetpotpet nak gosip ngan dia masa rehat kat surau. mula2 tanya asal mana..umur brapa..lepas tu terlebih sudaa sampai siap gosip2 cerahkan mataaa..
ini pulaa..namanya aku panggil kak ani.. dia tukang jahit ok. dan jahitannya sangat cantik. dia share a lot of stories ngan aku sampai tak tido tau. oh. dia satu rumah ngan aku. dan juga satu bilik. dia sangat happening tau. kalau duduk ngan dia, tak berhenti nak gelak..

yang ni pulak. makcik zaharah. dia selalu cakap kat aku anak dia hensem tau. dan suka sakat nak ambik aku jadi menantu. kui3. layankan sahaja.. oh. makcik ini jugak satu rumah dan satu bilik ngan aku. makcik siyes sikit.


dan ini pulaa...aku panggil acu.. yang ni lagi lah aku tak leh tahan nak gelak kalau duduk ngan dia.kitorang siap main teka teki tau. dan suara2 kami bergelak ketawa sentiasa pecah dalam kesepian orang ramai. dan bila orang lain pandang2, aku mula lah nak gelabah cuak takut kena marah. ahahahaha. ntah pape. bila aku kenal acu ni, siyes aku tak caye umur dia dah 40tahun. dia kecoh macam budak2 yang anak2 dara ni tau. dah ada anak sorang dah pun.. dia suka cerita pasal anak dia dajah 6, kena ngorat lah..tunjuk2 gambar suami dia..cerita2 boifren2 lama dia. ada yang lawak, sampai aku tak tahan gelak tau. sampai skarang ni pun, aku contact lagi sms ngan acu ni.kitorang share2 cerita banyak jugak. dan dia selalu nasihat2 aku. :')
dan lagi satu..dia siap kenalkan aku ngan anak tiri da jugak tau. macam macam.



pengalaman kat sana best tau. walaupun ada jugak yang tak best. tu biasalah kan.

apa yang tak boleh lupaa..
sepatutnya elaun dapat time penyampaian sijil.. kiranya aku dah set dalam kepala hotak ni akan dapat elaun lah nanti.. so, aku dah berkira2, aku tak bawak duit lebih lah kan. aku just bawak duit cukup untuk makan waktu on the way pegi sana je lah kan..
rupanya, dia tak kasi elaun dulu.. kitorang kena ambik kat pejabat risda..
aku merungut2 manja2 lah kan depan kak huda ngan acu.. yelah.. kat sana kan aku kurang kasih sayang..dengan dorang lah kan aku nak ngade2, gedik2, manja2 pun..
skali ko tau ape..
tengah aku siap2, borak2 ngan family angkat aku..
dorang kol aku,panggil aku pegi kat dorang..dalam van..
dah borak2 mintak maaf semua, aku pegi la kat dorang..

aku : kenape?...
acu : nah.ambik ni..nanti awak tak makan..tak boleh macam tu..( sambil letak duit dalam tangan aku)
aku : ya Allah..acu..tak pe lah..saya ada lagi duit ni.. tak payah lah..( aku kasi balik duit kat dorang.aku tak boleh nak terima tau. aku gedik2 ngada2 sajo)..

dorang still nak kasi duit kat aku, tapi aku still berkeras tak terima..bukan tolak rezeki ke apa..tapi aku betul2 ada lagi duit ni..atm kad pun aku bawak. kalu dah tak ada duit sangat, aku withdraw je duit kat mana2 nnti.. terharu tau. :')

penah sekali tu, dorang tanya sape name aku..aku gurau cakap nama saya anggun.
sampai hari ni pun kalau mesej2 panggil aku anggun tau. sukeeee!!!!! :))

hikhikhik


hari ni..elaun pun dah dapat.. dah habis dah pun..kuikuikui

elaun aku siap special delivery lagi tau. pegawai hantar datang rumah. lalalalalalala


ps : entry ini aku rasa macam bosan. sori sebab aku lupa sebahagiannya yang berlaku. hiii




teka-teki hari ini :

dalam banyak-banyak perbuatan, perbuatan apa bila kita buat, tuhan marah, setan pun marah??

huah huah huah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan