Khamis, 7 Oktober 2010

hutan belum part 2.

aku ni sebenarnya taknak tau nak buat sambungan la, to be continued la, sebab aku malas nak berhutang-piutang kata nak update lah bagai. macam entry yang lepas-lepas ada lagi aku berhutang ni. tapi tu lah nak buat macam mana kan, busy mengalahkan menteri. tak payah lah susah-susah nak fikir busy macam mana kan? moh kita sambung pasal hutan belum ni lagi.
waktu ni still hari kedua, 2 oktober 2010. nak tunggu bot datang adalah rasa macam aduhai mana bot tak sampai-sampai lagi ni... yang dah sampai bot tu, ada lah dalam 2 buat bot. kena lah tunggu bot lain lagi sebab nak gerak sama-sama. biasa lah kan, kali pertama naik bot, feeling dia lain macam sikit. eksaited melebih-lebih. kalau boleh loncat dalam air, mau nya dah loncat agaknya. errrr. 
serius, mula-mula sebelum naik bot tu cuak lah jugak. adakah aku akan mabuk nanti? adakah aku akan muntah-muntah? siap sediakan plastik okkk. punya lah takut muntah. dan kepada siapa-siapa yang nak naik bot tu, sila pastikan kau bawak plastik yang oleh seal, ataupun yang boleh nak simpan barang yang kompem air takkan masuk. sebabnya, nanti kalau hujan tiba-tiba lebat, kau boleh masukkan barang-barang berharga contohnya camera, telefon bimbit dan sebagainya agar tak dimasuki air ketika hujan. fahamkah anda setakat ini?
tangkap gambar ramai-ramai dulu. 
perasan tak waktu ni semua nak pakai tudung-yang-hanya-iman-mampu-menggoyahkan.
dah macam kumpulan nasyid dah aku rasa. semua pun nak pakai sepesen je. lagi haru, dari belakang boleh kompius siapakah itu??
bot yang sedang menunggu.

ini lah jambatan yang aku cakap tu. 

waktu ni bot baru nak gerak. cuaca panas, matahari terik, tapi once bot dah jalan laju, angin dia... fuuhhh. rasa macam aircond semula jadi. serius sejuk wa cakap sama lu. 
sebab tu kot aku rasa, orang yang naik bot kat sini boleh jadi burn. kulit terbakar tanpa sedar agaknya. ohhh.


waktu dalam perjalanan ni, subhanallah.. cantiknya ciptaanNya.. terpegun okk. 
perjalanan dia senang cerita macam ni.. dari tasik banding kau nak sampai ke hutan belum tu, ambik masa dalam sejam jugak, jaraknya lebih dari 90km. waktu ni, kau akan nampak air dan hutan dan rumah orang asli semata-mata. itu pun kau akan nampak rumah orang asli bila dah masuk dalam lagi. baru lah jumpa. 
awal perjalanan, kalau kau rasa tiba-tiba nak terkencing ke, terberak ke, bot akan erhenti di jeti awam. itu je satu-satunya jeti yang ada sebelum kau sampai ke hutan belum. kalau tetiba kau rasa nak ter  ter ter, haaa kau tahan lah seketika sampai kau tiba ke hutan belum nanti. dan bukan semudah yang disangka kau nak masuk hutan ni, sebab kau kena ada permit untuk masuk ke hutan belum. jadi, dalam perjalanan tu, bila dah masuk ke kawasan huta tu, bot akan berhenti kat kem askar, kat situ, hantar list nama, dapatlah permit nak masuk hutan belum. kat kem ni, tsebarang tangkapan gambar adalah TIDAK dibenarkan. maka, kat tempat ni, kau simpanlah dulu kamera godang kau ke, kamera canggih kau ke. kalau terkantoi, habislah kamera kau kena format. hilanglah smua gambar. sadis tak? itu lebih baik daripada kamera kau kena tembak. ye tak?
pengalaman naik bot kat tengah tasik dikelilingi hutan ni, tak tergambar perasaan tak tau macam mana nak describe. the only word, SUBHANALLAH. cantik yang amat. dan udara dia, tak payah cakap lah. nyamannyaa... tambah pulak bila naik bot, dapat rasa aircond semula jadi. sejuk wa cakap sama lu. sampai menggigil. itu time tengah hari, belum pagi lagi. kalau pagi macam mana punya sejuk lah gamaknya ya?
tambah menduga lagi, bila dah dekat nak sampai, 10minit macam tu sebelum sampai, tiba-tiba hujan lebat. arah yang bertentangan pulak tu. sejuk dia tak payah nak cakap, menggigil tu, sampai gigi berlaga-laga. tapu seronok, at leat, boleh rasa hujan di dalam perjalanan. sampai-sampai ke hutan belum, berkumpul, dan masing-masing buat eksperiment untuk populasi organism ikut kumpulan masing-masing. tapi sori lah ya. tak ada gambar pulak bahagian tu.

selesai buat experimen.
hai, saya bukan joyah.

selesai semuanya, makan-makan, terus gerak balik. masa tak banyak untuk spend kat hutan belum lama-lama. dalam 3 jam macam tu, terus gerak pulang. siapa-siapa kalau ada bajet lebih, nak menghayati keindahan alam dengan lebih lama, boleh ambik pakej untuk stay kat campsite kat hutan belum. bajet dia mahal sikit, tapi kemudahan tandas yang paling penting, tak perlu risau sebab tandas bersih, ada plug nak cas hp walaupun tak ada coverage, air tandas laju dan sejuk. memang seronok. dicadangkan ambik pakej untuk stay kat campsite, lagi menyeronokkan. 

aktiviti seterusnya, melawat orang asli!!! pertama kali bersua muka dengan orang asli, live. mula-mula, cuak ya Rabbi. macam mana nanti penerimaan dorang, tambahan pulak, dari atas bot lagi, nampak anjing tengah tunggu kat tebing. orang asing, kan. waktu tu, ishh takut sampai nak nangis. cuba bayangkan kalau tiba-tiba anjing tu terkam kau. mana kau nak lari. terjun dalam tasik? errrrr. tapi sebenarnya anjing tu jinak je, tak sambar kau pun. aku je perasan lebih anjing tu nak terkam sebab cun. haha. 

perkampungan orang asli dari atas bot

sebenarnya banyak lagi perkampungan orang asli yang lain. tapi kitorang pergi kat perkampungan ni sebab ni antara yang memang still berada di tapuk yang lama, tak ada kemodenan. sebab, ada jugak perkampungan orang asli yang lain yang dah terima kemodenan contoh dari segi binaan rumah lah. dan setiap perkampungan ni berbeza bahasa kalau tak silap aku. menarik kan?
lagi menarik bila kau nampak anak-anak dorang yang macam baru umur 8tahun macam tu, dah berakit kat tasik. macam hellloooo dalam okk tasik tu. dorang selamba badak tak pakai life jaket. 
sebelum pergi sana, kitorang bawak la makanan ringan sikit-sikit. tapi aku tak bawak pape sebab errr aku tak tau nak bawak apa. dan, kalau kau pergi sana, time nak bahagikan makanan, jangan kau bagi kat budak-budak je, kau orang tua pun kau bagi lah jugak walaupun gula-gula. 
yang menariknya orang asli ni, baby umur dua bulan pun dorang dah kendong belakang tau. kalau kita still berbedung tu. dan nak lagi menarik? dorang namakan anak dorang sempena ayat pertama yang keluar daripada mulutnya. contoh kalau dia sebut makan, haa makan lah namanya. 

budak kecik seluar merah ni takut apasal ramai sangat orang niii. terus nangiss. 
sambil nangis, kopek-kopekkan plastik nak makan lolipop tapi tak reti. haha comell.
makcik tua tu nenek dia. kat atas kepala dia ada pisau lipat, mungkin ikut kepercayaan nenek moyang dia kot. nenek dia ramah dan pandai berbahasa melayu.


ini tempat jemur baju.


nak balik dahhh..
destinasi seterusnya pula adalah ke air terjun. waktu ni lah baru aku diserang pacat. kalau sebelum ni, alhamdulillah, bersih daripada pacat. tapi tu lah kan, kata hutan, kalau tak ada pacat, bukan hutan lah. kan?
air terjun ni nama nya air terjun sauk kalau tak silap. tapi yang pasti, air terjun. 
dari tebing tasik nak ke air terjun, kena jalan dalam 10minit jugak. waktu ni memang menguji mental fizikal sebab baru lepas hujan, tanah licin, pacat membiak-biak. abang guide pulak jalan laju gila taktoleh belakang langsung, dengan kawasan yang berbukit dan licin, kalau tak berhati-hati boleh jatuh. tambah pulak, waktu tu nak cepat sebab dah hampir dengan waktu kecederaan. mendarat je kat tebing, terus jumpa tapak kaki 'fumakila' (gajah lah tu). 
 
ni baru awal perjalanan, separuh jalan, aku dah simpan henfon. 
kang kalau jatuh, rosak, kau nak gantikan yang baru ke??

sesampai kat air terjun, kaki terasa pedih semacam. bukak kasut, menjerit pacat kauuu. padahal, sebelum masuk hutan, dah prepare mental fizikal kot-kot kena gigit pacat, cover macho je. tapi still belum terlatih lagi. menjerit jugak, tunggu pengsan je. errr. tak.
balik dari air terjun, jerit kat atas bot pulak. dari mana datangnya pacat pun aku tak tau, pacat membiak-biak. terus aku yang kena tuduh sebab tadi dah kena pacat, siap ada kat atas tudung. well, darah manis kan. errr.


feeling macam dalam cerita lagenda budak setan, duduk kat depan bot.

lagi menariknarik, kau akan nampak kat permukaan air ni macam berasap. asap sejuk, barangkali?


dan ini pula aktiviti pada malamnya.

sebelum campfire, kitorang ada night trekking masuk hutan yang dekat pulau ni je. tapi disebabkan pada pertengahan jalan, ada pokok tumbang. maka, sekejap je lah kat dalam tu. selamat lah, takpaerlu nak risau ada pacat lagi. oh ya, waktu mandi, baru aku perasan kena gigit pacat kat bahu. menjerit kauu kat dalam toilet sorang-sorang. terus gelabah suruh orang lain chek kot-kot ada pacat kat tempat lain lagi. gila kau kot kot ada lagi tengah hisap darah kat tempat lain ke. eeeee.

takperlu pakai blusher. 

2 hb oktober 2010.
hari ni hari last, tak banyak aktiviti pun. makan pagi dan water confidence sahaja. water confidence tu tak diwajibkan untuk semua orang pun, dan aku pilih tak join. still pening-pening lalat rasa macam terumbang-ambing naik bot lagi. sampai balik sini pun, untuk malam pertama, aku still rasa macam halahaiii aku kat atas bot lagi kah??

kat tasik banding. 

gerak balik pun dah pukul 12 tgh hari. kat dalam bas semua tido keletihan, tapi best. pengalaman yang berharga. entah bila lagi aku nak sampai ke tempat ni kan? 


mengenai orang asli : kaum wanita dorang agak pemalu. so, kalau kau pergi sana, tapi kau tanya orang perempuan dorang, dorang pulak macam nak tak nak je jawab soalan korang bukan sebab dorang sombong, tapi sebenarnya dorang pemalu. so, guys, work harder. haha.

mengenai tasik banding : kedalaman tasik tu adalah sedalam 124 kaki. errr. aku tak sanggup nak bayangkan kalau tiba-tiba bot terbalik.


all in all, best gila!



























Selasa, 5 Oktober 2010

field trip ke hutan belum.


first thing first, sebelum aku start nak membebel menunjuk macam hoii aku sorang je yang dah pergi ke hutan belum, kau belum pergi lagi jadi sila jeles laju-laju sekarang. itu perumpamaannya lah sebab aku nak kata kat sini, kepada siapa-siapa yang nak buat fotografi ke, nak menghayati keindahan alam ciptaan Allah S.W.T, pergi lah dan sila lah ke hutan belum kat gerik perak. wa cakap sama lu, memang terindah!

betul lah kata orang kan. setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. bukan bererti apa yang kita tak suka tu bermaksud benda tu memang tak berguna langsung. padahal, ada je hikmah yang tersirat yang terselindung di sebaliknya sungguhpun kita tak suka. sebaliknya, kita kena redha dan berdoa supaya kita dapat harungi dengan baik.
dapat tawaran ke universiti bukan yang dalam pilihan berserta jurusan yang kau sendiri pun tak tau depan-depan nanti dapat keje apa? keje macam mana? bla bla bla. pendek kata, perasaan tu semacam kau sendiri blurr dengan masa depan kau nanti. rasa macam apa nak jadi ni.. orangkah? manusiakah? begitu lah ibaratnya. tapi lepas ada ceramah yang berkaitan dengan jurusan aku hari tu, kira rasa macam ohh nampak lah sikit apa yang bakal dilalui. insyaAllah, doakan aku berjaya. :')

weekend lepas ada rasa macam abaikan blog sendiri sebab kena pergi field trip ke hutan belum. HUTAN BELUM wa cakap sama lu. at first, aku tak tau pun kata mana hutan belum, macam mana tempatnya, yang aku tau, hutan belum is virgin forest. atau kau nak kenal nama femes dia, ROYAL BELUM. sama je nama dia, asal ada nama belum tu, ye lah dia. budak jurusan aku semua wajib pergi trip ni sebab trip ni dianjurkan under subjek ecology. kiranya, pergi sana buat research sekali. tak ada lah research mana, saje nak buat gempak biar kau rasa uiisshh budak ni saintis ke apa. dah macam saintis mat saleh dalam discovery chanel aku tengok. haha. tak ada lah. sebenarnya, aktiviti dia lebih kurang macam gantikan lab lah, dan dalam masa yang sama kau kena observe tempat tu dan kaitkan dengan subjek yang kau belajar dalam kelas sebelum ni. dan jangan lupa, balik tu jangan buat-buat hilang ingatan ke apa, report jangan lupa buat dan hantar.

30hb september 2010.
sebab aku belajar kat kelantan, maka weekdays adalah start dari hari ahadm sampai lah hari khamis. sebab tu lah aku gerak hari khamis. tapi dugaan sebelum gerak pergi sana ni, memang menduga keimanan dan kesabaran. dalam jadual sepatutnya gerak pukul 2.30 petang. punya lah gelabah aku siap-siap, packing-packing, tapi kaedahnya 1jam kemudian baru bas sampai, masuk-masukkan barang semua, baru gerak. itu pun bas banyak berhenti, isi minyak ambik driver extra semua and so on. pulak tu, bas jalan slowwwww yang sangat-sangat sampai kau tidur, bangun tidur, dan kemudian bangun semula pun, still tak sampai-sampai jugak. bayangkanlah betapa kebasnya vontot montok ai.
tapi sebenarnya bukanlah salah bas tu, yang berada di pihak yang salah sebenarnya pihak UMK. tapi malas lah nak cerita, kang kalau aku cerita, satu entry ni pasal UMK je, kang mana pulak aku nak cerita pasal trip ni.

lebih kurang dalam pukul 9 lebih macam tu, baru sampai ke pulau banding. nak ke pulau banding ni senang je. kalau kau larat, jalan kaki pun boleh, sebab pulau ni dah connected dengan jalan raya yang berhampiran dengan jambatan panjang tu. kalau kau biasa lalu kat jalan gerik-kelantan, jumpa lah kot jambatan ni. sampai-sampai sana, hujan renyai-renyai. so, sebelum masuk hutan, pastikan bawak baju hujan dan lampu suluh. kitorang tak camping, maksud aku, bukan semua yang tidur dalam khemah. kitorang ambik pakej untuk ke hutan belum. so, memang pakej tu termasuk sekali dengan tempat tinggal dan makanan berserta aktiviti yang sempadan dengan bayaran. sepatutnya, aktiviti malam tu adalah night trekking, tapi disebabkan kelewatan yan tidak dapat dielakkan, maka, aktiviti tersebut terpaksa dibatalkan dan diganti pula pada keesokan malamnya. tempat tinggal yang disediakan, kau boleh pilih sama ada nak tidur dalam khemah mahupun dalam rumah panjang. yang pasti, ciri-ciri binaan chalet tu adalah berkonsepkan orang asli. tapi jangan risau, khemah dan bed yang macam askar dan juga sleeping bag disediakan. at least, kau selesa lah jugak dan tak ada lah kau nak kena tidur beralaskan buluh, kan? tapi, best apa. sejuk je kat sana. mungkin dalam hutan, barangkali?
sebab perut lapar menggila. sampai-sampai, lepas dengar taklimat sikit-sikit, simpan-simpan barang, terus makan nasik sampai kau abaikan je lah diet kau tu.

semangat perlu ada denngan membawa banyak baju-baju.

dalam bas. di awal perjalanan, muka harus masih berseri..

sampai-sampai, terus makan ni.. nmpak biasa, tapi sedap nikmat gila, walaupun makcik tu lupa bawak garam.


1hb oktober
hari ni pun dugaan jugak. dah semangat bawak beg galas, berbotol air bagai. berat wa cakap sama lu. tapi beg aku je lah yang berat sebab aku ni jenis semua barang pun nak bawak sebab rasa macam semua barang pun penting untuk dibawak. ohhh. pagi tu pun berdugaan jugak sebab bot untuk ke hutan belum ada yang rosak bla bla bla, malas nak cerita sebab berat yang tertanggung oleh bahu ni lenguh hingga hari ini. sila percaya bulat-bulat.
lepas breakfast, terus tunggu bot di tepi tebing.
berkonsepkan rumah panjang.

walaupun tak konfiden pakai tudung ni nampak makcik-makcik,
tapi kupakai jua sebab mudah okk. kau, kalau nak masuk air ke hutan ke ape ke.. pakai lah tudung ni, senang kott. dan yang pasti, kau tak perlu nak betulkan tudung dek kerana tiupan angin ke, apa ke, kerana hanya iman yang bisa menggoyahkan kekerasan depan tudung kau tu.
tempat memasak.
pandangan dari bawah.


bersambung..


(line ngan blogspot memang menguji kesabaran)

Sabtu, 20 Februari 2010

alkisah 4 feb hingga 5 feb. Setiu Agro Resort 2.

hari tu aku cerita pasal jungle tracking kan?
ini sambungan dia.
tiba-tiba aku macam tak ada idea nak tulis apa, macam mana.
kiranya, aku tunjuk gambar-gambar je lah sampai kau muntah, barangkali? ahaha

aktiviti sambungan lepas makan tengah hari, yakni lepas jungle tracking,
adalah water confidence, rafting dan diakhiri dengan flying.
semua aktiviti tu merupakan pengalaman yang agak pertama dalam hidup aku.
kecuali tang water confidence tu mungkin tidaklah kan.
jom kita layan gambar.
zaaaassssss!


time ni tengah tunggu mr. jungle datang.
hari tu kitorang pakai 1 baju dan 1 seluar untuk semua aktiviti pada hari tersebut. busuk tu tak payah kata lah kan. memang busuk. setiap kali orang datang dekat ngan aku, aku jauhkan diri dari dorang. takpun kalau aku malas nak gerak, aku suh dorang yang jauhkan diri dari aku.
'weh, kau jauh sikit dari aku. aku sedang busuk. aku tak selesa.'



time ni semua orang kena bersedia pakai life jacket semua. cari aku kat mana cepat!



time ni dah kat atas pondok air dia. tunggu turn kau kena tolak dalam air tanpa sedar sajo.



anna sebelm ditolak ke dalam air. 
gelak guling-guling tengok muka cuak kau, anna! ahaha



ahahaha.
tak tau nak explain apa. hanya gelak yang kedengaran.







ini semua gaya dan ragam budak-budak kelas aku bila ditolak ke dalam air. 
lawak, ok.
gambar aku adalah disorokkan. mana boleh gelakkan tokey blog ni wey.


kena bentuk bulatan ni.


time ni mr. jungle dah suruh semua naik ke tebing.
kemudian. semua kena berenang ke tebing seberang. tapi by pairs lah kan. 


aku ngan anna.
tengok kaki kami. mahal ok. 


yang ini pula untuk axtiviti rafting.
ada tiga group. 
time ni setiap group bertungkus lumus ambil kelengkapan semua dan kelam kabut nak siapkan cepat-cepat.
adalah tercabar bila nengok group lain siap dulu ok.










dah siap dah. fuhh.
kau ingat senang nak buat 1 benda alah ni?
susah woo.


time ni nak tunggu si mr. jungle tu kata start. kitorang kena drift, ok.
aku suka part drift-drift ni. ahaha






kau jangan main-main.
sungguhpun aru first time, aku terer siap bleh tukar tepat ngan orang sebelah ok.
lenguh tangan oh.
walaupun pada ketika itu aku tak ada suara sakit tekak, aku tetap turut sama join dorang jerit,
1, 2 kayuh!
kiri kayuh! kanan kayuh!
group aku menang ok. walaupun telah disabotaj oleh mr. jungle, kami tetap menang.
dia pusing rakit kitorang ok. memang kejam di situ.
tapi dah kata group terer, macam mana pun tetap menang.
ada siapa-siapa nak challenge kami ke?? :P



dan ini yang terakhir, semestinya flying fox.


dengar taklimat ringkas sikit-sikit.




tali aku terpusing pulak. 
kalau tak, dah nampak gambar depan dah. grr.

dan pada malamnya hanyalah bbq sajo.
tak ada gambar pada waktu malam, bateri kamera sudah habis.



ok, itu sahaja lah.
ada banyak lagi gambar sebenarnya. tapi tak larat lah nak letak banyak-banyak. padahal malas. kuikuikui




esok dah balik kolej..
wuaaaa. tak nak balik boleh?
aku nalk tidur sahaja kat rumah.


pesananringkas : kosong.