Isnin, 25 Jun 2012

tup tup, masa berlalu.

Bismillah.

agak lama jugak aku tak update especially update pasal diri sendiri kat belog since previous post yang berkaitan. (walaupun kutahu tiada orang kisahkan. ehek ehek)
sekejap je masa berlalu. 
tup tup aku dah habis praktikal. 
tup tup aku dah 4 bulan dalam herbalife and alhamdulillah jugak previous target achieved. 
tup tup aku dah sampai rumah dari kedah. 

oleh kerana aku pun agak blur nak update apa due to dah lama tak update, random topic for today would follow point tup tup di atas. haha. 
pernah jugak sebelum ni nak update tapi dah taip panjang-panjang, lalu ku delete balik. haha. tak pe biar jari eksersais sikit ye. :P
itu buang masa namanya. T____T

1. tamat praktikal
alhamdulillah dapat praktikal dekat la jugak dengan rumah yang mana aku tak perlu nak fikir kena sewa rumah mana, nak kena spend banyak mana untuk rumah sewa. alhamdulillah sangat-sangat.
kalau nak ingat balik kisah macam mana aku nak apply tempat praktikal banyak-banyak, yang mana sebelum aku dapat kat epemsb, banyak duit melayang print resume untuk hantar ke company tu company ni. banyak okkk. disebabkan last minit, mostly tak dapat. haha. pastu frust pening kepala sorang-sorang. 
yang dekat epemsb ni, aku hampir terlupa yang aku pernah apply kat situ time cuti semester lamaaa dulu sebelum start semester sebelum semester kitorang kena praktikal. nampak jarak masa aku apply lama mana dah sebelum tu? 
so, satu hari ni, aku almost give up. time nak apply, soalan yang aku akan tanya company tu nanti ada sediakan elaun tak? tempat tinggal ada? (haha. gila demand. macam mana tak demand hoi. dah kalau jauh dari rumah, nak kena bayar sewa lagi, transport lagi, bayar guna air liur? :P) time tu belum sayang herbalife lagi. hehe
yang pasal almost give up tu, aku nak apply kat tnb janakuasa yang dekat ngan rumah je. tapi tak ada elaun. at least ok la kan sebab dekat ngan rumah tak payah nak fikir rumah sewa dah. so aku contact en yusuf yang arrange pasal student praktikal. en yusuf kata, ok boleh hantar resume sebab ada tempat kosong. 
baru je aku nak emel resume kat en yusuf, dapat call dari epemsb bagitau aku boleh start praktikal tarikh sekian sekian. 
alhamdulillah sangat masa tu sampai tido pun senyum senyum. ehek ehek. (yeah i know i comel :P. tetiba)

a week sebelum start praktikal, aku dah cuak habis. aku siap google search kat fb pasal siapa yang pernah LI kat epemsb so that aku dapat lah random picture sikit macam mana apa semua. tapi the cuakness cannot dibuang. nasib masa tu tengah baru in love ngan herbalife, boleh la kurang sikit-sikit cuak tu.
lagi-lagi aku baru je sampai dari spectacular event masa 1st day register LI, so time tu memang tengah positive yang sangat-sangat. sampai masuk-masuk ofis yang aku attached, aku introduce diri sendiri kat tengah-tengah tu. haha. 

alhamdulillah, sepanjang aku praktikal kat sana, bekerja bersama team yang baik, supportive, best, fun, kelakar walaupun garang. haha. 
yang penting, ilmu yang aku dapat time praktikal, terlalu berharga. 


to write each moment being there, memang tak dapat la kan. bukan sebab lupa. tapi sebab terlalu banyak. sampaikan kebaikan dorang tak terbalas, hanya Allah yang mampu balas. insyaAllah. :)

apa yang aku mampu ucapkan selain mintak maaf untuk salah silap (yeah common), adalah TERIMA KASIH TAK TERHINGGA buat semua warga epemsb umumnya, warga hse khususnya. alhamdulillah. :)

2. 4 bulan with herbalife
alhamdulillah, dah 4 bulan bersama herbalife. nanti dah setahun pulak insyaAllah dan seterusnya. 
perjalanan yang sangaaaaat baru pun 4 bulan ni. terlalu banyaaaaaaaaaaaaaak yang kena belajar lagi. semoga semuanya dipermudahkan Allah. aku ada misi besar, which aku rasa i should write in new entry. sebab nak cari idea macam mana nak tulis pun satu hal. ehek ehek ehek. 

3. baru sampai rumah.
aku baru sampai rumah dari kedah pagi tadi. lepas je last day praktikal, malam nya aku terus gerak ke kedah. an awesome exprience i could say sepanjang perjalanan aku ke sana, kat sana, dan time balik. mashaAllah, setiap yang berlaku tu bukak hati dan bukak minda. 
oh ye, pergi ke kedah sorang-sorang tu adalah herbalife punya purpose. kalau tak, ibu takka pernah bagi okkk aku travel sorang-sorang. hiks. :)


ok mata dah kuyu. 
i'll share about my journey insyaAllah. cuma tak tau bila. hehe. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan