Selasa, 18 Disember 2012

rindu. kot?

rindu la pulak. 

babe, balik mesia jangan lupa jubah ai. itu yang penting. :P




Selasa, 18 September 2012

Journey to university of life

Bismillah. 


Alhamdulillah, dah sampai Malaysia petang semalam, malam semalam terus gerak balik dari stesen bas kajang ke UMK. pengalaman yang subhanallah, tak reti nak describe macam mana. yang penting, i could feel the difference aku sebelum Herbalife University ngan aku after Herbalife University. i've graduated in university of life! :D

I wish I could upload more pictures, tapi memandangkan wifi yang teramatlah 'laju' maka, upload 1 gambar pun dah rasa macam upload 10 gambar. pehh. so, takpe, yang penting ada gambar aku depan Hong Kong Disneyland. hiks. 

aku bukan anak orang senang at all. especially sekarang yang still belajar, sebelum ni aku hanya berangan nak travel banyak negara after dah keje. keje apa tu tunggu lah lepas grad. sebab we never know apa yang kita nak tu kita akan dapat atau tak (itu namanya stay in comfort zone, and follow with the flow sahaja). university is the place yang mana kita banyak timba ilmu. tapi untuk dapat ilmu tak semestinya kita hanya kena belajar dekat university, hadap buku 24 jam, then belajar untuk dapat result tinggi so that dapat kerja bagus. maybe bukan semua students yang macam tu, tapi i used to be that way. pengalaman pun ilmu. ilmu bukan sekadar dari buku. 

travelling is one of my dream yang mana aku harap aku boleh jadikan hobi. tapi bukan anak orang senang, yang boleh travel pegi mana-mana. sebelum ni, hanya terfikir nak pergi mekah madinah je sebab memikirkan keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan, aku selalu fikir adalah lebih baik kumpul duit pergi umrah haji adalah jauh lebih baik dari travel ke negara-negara lain. padahal bumi Allah ni terlalu luas. lagi banyak kita travel, lagi terbuka minda. semoga kita-kita antara golongan muslim yang berfikir. jangan lah sampai otak tu tidur aje. 

hidup kita ni terlalu singkat sebenarnya. kita tak tau bila kita akan ke alam lain, so sebaiknya guna lah masa kita yang ada ni untuk jadikan berkualiti sepenuhnya. tak kisahlah nak buat Herbalife macam aku atau Herbalifers lain ke, nak buat apa pun, tapi bagi aku at least jangan lah stuck kan hidup hanya dengan hiburan semata. biarlah ada part of hidup kita yang memberi manfaat kepada masyarakat. 

do something good, do something that can make us better. aku tak kata aku bagus sekarang, tapi aku rasa aku improve myself than before. Alhamdulillah i met Herbalife, yang mana sangat buka hati dan minda. i wish i could share everything to everyone of you (peh, ayat macam retis siot), tapi tak tau nak explain macam mana. u've to experience it yourself. insyaAllah will never regret. sebabnya pun, aku sendiri tak pernah imagine yang aku boleh travel ke negara lain, guna duit sendiri yang earn from Herbalife pulak tu, mashaAllah, may Allah bless my journey. our journey. hehe. aku akan share, tapi tunggu line wifi tak sakitkan hati sendiri dulu. broadband please come to me. haha. :P
time kasih sponsor, Amalina Peter dan Abqari Hamid banyak tolong. hehe. 

tanggungjawab yang kian besar, Rabbi yassir wala tuassir. 
semoga memperoleh barakah. 

the biggest problem in your life is YOU. 
Jom sama-sama perbaiki diri, 
jom grow with attitude. 
:)
dengan izin Allah, nothing is impossible. jom doa! 

Selasa, 11 September 2012

Excited

Bismillah.

dah lama tak update rasa macam janggal. hehe. 
aku ta berapa nak cukup masa ni nak tulis banyak-banyak. banyak lagi barang yang belum packing. 
bukan packing nak balik uni ye, tapi NAK PERGI MACAU ngan HONGKONG for Herbalife University! hehe. 
nervous ada excited ada semua ada. 

ok nak mimpi tido best-best kat sini;


okbai. :P

Ahad, 19 Ogos 2012

salam aidilfitri


salam aidilfitri semua. i wish i could write longer. tapi ni pun curi-curi. nak siap-siap keluar beraya rumah sedara mara plak.
so, how's raya so far?

raya, raya jugak. makan, makan jugak.
tapi jangan melampau. dah sihatkan badan time bulan puasa, jangan pulak time raya dapatkan penyakit. jangan lupa cleansing and detox lepas makan banyak-banyak dengan herbalife teamix, aloe ngan omega 3.

happy eid mubarak everyone. maaf zahir batin.
semoga raya tahun ni lebih bermakna, insyaAllah! :)



Isnin, 13 Ogos 2012

stuck.

Bismillah.

dah lama tak update belog, tetiba rasa janggal. hahah. ada jugak update sebelum ni, tapi dah half way, even ada yang dah complete pun, tetiba rasa macam tak perlu untuk publish, lalu padam lah ia. :D

mashaAllah, cepatnya masa. padahal baru je rasa macam baru masuk ramadhan. rupanya sekarang kurang lagi seminggu nak raya. balik dari Nutricity school hari tu, aku excited nak raya. tapi dalam masa yang sama tak nak habis ramadhan lagi. errr.

aku tak tau macam mana nak express perasaan aku sekarang. rasa bersyukurnya lagi. semua all-in-1. digit yang stated on herbalife statement herbalife hari tu pun aku still macam tak caya. sebab sepanjang hidup aku kerja part time, memang part time yang sangat-sangat, aku dapat amount yang sebanyak itu, alhamdulillah. i just couldn't imagine my pay check macam mana nanti kalau aku kerja betul-betul ikut jadual. i'm still  new, aku ngaku itu, baru 5 bulan, so aku still kurang fasih dalam time management. insyaAllah will be improved step by step. hidup aku banyak likunya, so bila nampak amount tu, aku sangkakan hanya boleh dapat melalui loan yang aku buat tu je. rupanya in herbalife, within 1 month pun, kita boleh pilih berapa yang kita nak, depends on usaha kita, depends on berapa ramai yang kita tolong. :)

sebenarnya aku baru sampai rumah dari KL pagi tadi waktu sahur. dan nanti aku nak gerak pegi bangi pulak dalam pukul11 nanti. esok malam terus gerak balik rumah. macam kartun, tapi bila fikir komitmen dan tanggungjawab lain, kl-ganu ni aku rasa macam rumah-pasar dah. boleh tak? hahah.

like seriously tak stuck nak tulis apa dah. hahah. dari aku duk termenung depan ni baik aku pegi siap-siap.

semoga selamat pergi dan selamat pulang, insyaAllah.
perjalanan yang panjang untuk menuntut ilmu.
semoga Allah redha.


psssst : Anna jangan lupa jumpa esok! rindu membuak-buak. hiks. :D

Selasa, 24 Julai 2012

dah decide?

Bismillah.

Alhamdulillah dah masuk 4 ramadhan. macam mana ramadhan korang tahun ni? double the activities, double the bisnes, double the ibadah?
dalam banyak-banyak ramadhan, ramadhan aku yang kali ni mashaAllah, paling luar biasa! kurang tido, banyak berfikir, banyak bertindak, bertenaga, insyaAllah semoga bermanfaat untuk semua.

dah banyak cubaan aku nak update entry sebenarnya. tapi most of the time, dah halfway, aku delete pastu close page. haha. pastu fokus kat benda lain. it was like aku terpaku nak karang entry sebab i just couldn't write and just explain that way pasal apa yang aku nak cakap sebab rasa macam complicated. haha. cakap macam bullet train boleh, tapi nak fikir ngan tulis tu jadi macam tersekat. boleh? :P

since ni ramadhan pertama aku dengan herbalife, kerja sendiri dengan herbalife, manage sendiri masa bersama herbalife, i just love herbalife. nanti korang kata bosan pulak aku ni asyik lah sebut pasal herbalife. be part of us, then korang akan tau macam mana best nya bersama herbalife. hehe. at least korang consume the products pun, korang akan rasa bestnya herbalife. :)

i could say, dengan izin Allah, lepas jadi part of herbalifers, it was the turning point of my life to a better person, yang memikirkan akan hidup ni dengan lebih serius.

aku yang dulunya hanya mengikut arus kehidupan, tunggu nak habis belajar target dapat kerja best then kawin yada yada. enjoy hidup macam remaja biasa. boring je wayang, boring je mesra mall, boring je boling. boring je tengok poket dah kering. eh. waktu tu, tanpa ada sekelumit rasa pun, rasa nak berbakti kepada orang lain. nak tolong orang lain. ada tu ada lah sikit, tapi hanya dengan cara plan for the future. without any actions. tapi hanya dengan tunggu the time to come sebab masa tu fikir, macam mana aku nak tolong orang lain sedangkan aku pun tak mampu dan tak nampak jalan. so plan pun jadi lah. hehe. itu namanya takut nak keluar dari zon selesa.

kenapa perlu tunggu sedangkan boleh capai dengan cara mula usaha sekarang?
take your actions now. 

bercakap pasal zon selesa, truly speaking, aku tak de lah berada dalam zon selesa sangat pun. bukan anak orang senang, tiap kali cuti je akan buat kerja part time. tolong ibu buat kuih pastu jual, pernah jual jus jambu kat depan sekolah menengah, even dalam banyak-banyak keje yang memang aku bersungguh keje taun lepas, waktu cuti sem 4. kebetulan kerja time bulan puasa. nak dapat duit poket punya pasal. kalau tak, cane aku nak dapat baju raya hoi!
ramadhan tahun lepas, keje sebagai cashier kat stesen minyak, 12 jam. kebetulan kalau jadual keje bahagian store, ok lah jimat lah masa sikit, 8 jam je. petang tu kalau jadual aku keje, akan nampak lah muka aku kat bazar ramadhan jual kuih ibu. hehe. gigih tak gigih tak? pastu kalau siapa-siapa yang dah memang baca belog aku dari dulu, dalam masa yang sama aku jual contact lens skali. entry tu pun ada lagi. tapi aku dah stop bisnes contact lens la due to some reasons. :D

nampak tak situasi aku kat atas, aku banyak kali cari part time. just untuk tampung hidup sendiri. sampai sanggup je do anything. penat lelah. pastu end up tak de duit tabungan. sebab apa yang aku dapat just cukup-cukup untuk diri sendiri. time tu i could say, tak matang, takde proper financial management and such.  so bakal suami ai kene reti manage kewangan. 

sampai lah aku decide to involve with herbalife, masa tu aku betul-betul nak kot. sebab dah terdesak. involve dalam keadaan zero knowledge. pergi spectacular sorang-sorang, then decided kena jugak keluar dari zon selesa. sebelum tu, aku dah tau aku bukan dalam zon selesa, tapi aku nak jugak follow the flow. tak nak buat apa-apa. maybe sebab WHY herbalife aku agak kuat, so aku willing to take actions dan automatically keluar dari zon selesa.
buat roadshow sorang-sorang, bukak booth sorang-sorang, kena hambur maki, kena itu ini, kena perli, tak de masalah. tipu lah kalau aku kata tak down, tak rasa cuak, tak rasa takut. aku 1st timer dan aku ambik risiko buat sorang-sorang. end up, banyak terima rejections sebab tak tau macam mana nak buat closing. tak tau macam mana nak present products. itu tandanya lack of trainings!
alhamdulillah after almost 5 months in herbalife, banyak nikmat yang terasa.
everytime travel sorang-sorang dan rasa takut, galas lagi beg berat-berat, tiba-tiba je terfikir nak kawin awal. haha. *ibu, tumpang lalu* :P

tengok belia muda mudi sakan ber-enjoy, kadang rasa sedih. sedih sebab alangkah ruginya kalau muda mudi tahu, bila usia muda ini disiakan macam tu je, sedangkan pada waktu macam ni tenaga masih ada. otak masih cerdas.

apa yang aku boleh cakap,

be part of genH now, then korang akan tau dan segannya dengan budak umur 18tahun, 19 tahun, 20 tahun (dalam kes aku yang lagi tua lah kan) bila tengok dorang grow. lagi matang. lagi menghargai usia muda. lagi bermanfaat kepada orang lain. dah start tolong orang lain. yang tak buang masa. 
it's not all about money, tapi pasal how they developed themselves to a better person. 
kita? apa yang kita dah buat? 

i have my dreams and goals dan aku pun sedang berusaha untuk capai all of them. sebab insyaAllah bila aku dah usaha dari sekarang, i'm possible to achieve all my dreams. ada dreams tapi takde usaha tak jalan der. so start your actions now. :)

it's just about NAK ke taknak je. 

once dah decide nak, kau akan work for it. fight for it. 
insyaAllah apa-apa halangan pun, bila kita dah decide yang kita betul-betul nak, kita boleh atasi.
so, NAK ke TAKNAK?

in anything u do and work for, i wish u all the best, buddy!
keep on doing and never give up. :)
semoga usaha kita, menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik, khalifah yang lebih baik, insyaAllah. 
determine your WHY, and work for it!

first herbalife zero to hero with sideline, nisa-20tahun-utp. 

Isnin, 16 Julai 2012

bukan milikku lagi.



ini namanya entry malas, tapi nak update jugak.
just nak bagitau ni lagu feveret aku (?)

bukan malas sebenarnya. tapi hidup sekarang ni kena fokus kat realiti yang sangat-sangat.

doakan aku bertemu bahagia dengan dapat hit target! :)

Sabtu, 7 Julai 2012

kosong kepada hero.

bismillah.

it's been quite a time aku tak update belog. maybe sebab lebih sibuk nak menguruskan hidup di alam reality. hehe.
post ni akan jadi pendek sahaja. sebab sekarang pun sepatutnya aku dah kena tido, esok nak bangun awal, gerak pergi zerothero gambang!
sape yang pergi esok?? jumpa korang kat sana!
sape yang tak pergi?? rugi! melepas satu ilmu. hehe.

supposed to sleep early, tapi baju belum packing semuanya.
barang ada yang belum siap semuanya.
banyak dugaan so far. lagi-lagi untuk pergi my first zero to hero ni. hari tu dekat booth, kak fahima tanya aku, apa dugaan terbesar dalam herbalife setakat ni?
aku tak tau nak jawab apa, sebab even time nak jadi supervisor ni, aku still boleh managed the pressure, alhamdulillah.

if only kak fahima ask me later than that day, contoh hari ni ke, aku boleh list down apa dugaan terbesar aku dalam herbalife so far.kot-kot esok kak fahima tanya lagi, i'll give my answer.
tapi takpe, insyaAllah setiap dugaan yang akan dilalui, will make us stronger. as long as, jangan pernah putus asa. jangan biarkan stress terlalu membelenggu diri. haha. aku ni dah terlalu stress these few days, sampai makan banyak gila, pastu tido. buruk perangai. nasib berat still maintain. nak tau how, ask me how! :)

selain tu, dugaan dan ujian yang kita lalui ni, sedikit sebanyak boleh improve diri kita k arah yang lebih baik. cari kelemahan dan kesilapan yang kita dah buat, audit diri sendiri balik. kenapa boleh jadi macam tu. macam mana nak handle if any case jadi balik. belajar dari kesilapan. itu yang penting!

ok ada baju nak kena pack lagi.

i have lotsss of stories to share of.
insyaAllah one fine day, nanti aku update lagi.


pssst : have u renew your dreams today?

pssst psssst : semoga perjalanan zero2hero esok berjalan lancar dan selamat insyaAllah. semoga dipermudahkan semuanya. Lillahitaala. :)

Isnin, 25 Jun 2012

tup tup, masa berlalu.

Bismillah.

agak lama jugak aku tak update especially update pasal diri sendiri kat belog since previous post yang berkaitan. (walaupun kutahu tiada orang kisahkan. ehek ehek)
sekejap je masa berlalu. 
tup tup aku dah habis praktikal. 
tup tup aku dah 4 bulan dalam herbalife and alhamdulillah jugak previous target achieved. 
tup tup aku dah sampai rumah dari kedah. 

oleh kerana aku pun agak blur nak update apa due to dah lama tak update, random topic for today would follow point tup tup di atas. haha. 
pernah jugak sebelum ni nak update tapi dah taip panjang-panjang, lalu ku delete balik. haha. tak pe biar jari eksersais sikit ye. :P
itu buang masa namanya. T____T

1. tamat praktikal
alhamdulillah dapat praktikal dekat la jugak dengan rumah yang mana aku tak perlu nak fikir kena sewa rumah mana, nak kena spend banyak mana untuk rumah sewa. alhamdulillah sangat-sangat.
kalau nak ingat balik kisah macam mana aku nak apply tempat praktikal banyak-banyak, yang mana sebelum aku dapat kat epemsb, banyak duit melayang print resume untuk hantar ke company tu company ni. banyak okkk. disebabkan last minit, mostly tak dapat. haha. pastu frust pening kepala sorang-sorang. 
yang dekat epemsb ni, aku hampir terlupa yang aku pernah apply kat situ time cuti semester lamaaa dulu sebelum start semester sebelum semester kitorang kena praktikal. nampak jarak masa aku apply lama mana dah sebelum tu? 
so, satu hari ni, aku almost give up. time nak apply, soalan yang aku akan tanya company tu nanti ada sediakan elaun tak? tempat tinggal ada? (haha. gila demand. macam mana tak demand hoi. dah kalau jauh dari rumah, nak kena bayar sewa lagi, transport lagi, bayar guna air liur? :P) time tu belum sayang herbalife lagi. hehe
yang pasal almost give up tu, aku nak apply kat tnb janakuasa yang dekat ngan rumah je. tapi tak ada elaun. at least ok la kan sebab dekat ngan rumah tak payah nak fikir rumah sewa dah. so aku contact en yusuf yang arrange pasal student praktikal. en yusuf kata, ok boleh hantar resume sebab ada tempat kosong. 
baru je aku nak emel resume kat en yusuf, dapat call dari epemsb bagitau aku boleh start praktikal tarikh sekian sekian. 
alhamdulillah sangat masa tu sampai tido pun senyum senyum. ehek ehek. (yeah i know i comel :P. tetiba)

a week sebelum start praktikal, aku dah cuak habis. aku siap google search kat fb pasal siapa yang pernah LI kat epemsb so that aku dapat lah random picture sikit macam mana apa semua. tapi the cuakness cannot dibuang. nasib masa tu tengah baru in love ngan herbalife, boleh la kurang sikit-sikit cuak tu.
lagi-lagi aku baru je sampai dari spectacular event masa 1st day register LI, so time tu memang tengah positive yang sangat-sangat. sampai masuk-masuk ofis yang aku attached, aku introduce diri sendiri kat tengah-tengah tu. haha. 

alhamdulillah, sepanjang aku praktikal kat sana, bekerja bersama team yang baik, supportive, best, fun, kelakar walaupun garang. haha. 
yang penting, ilmu yang aku dapat time praktikal, terlalu berharga. 


to write each moment being there, memang tak dapat la kan. bukan sebab lupa. tapi sebab terlalu banyak. sampaikan kebaikan dorang tak terbalas, hanya Allah yang mampu balas. insyaAllah. :)

apa yang aku mampu ucapkan selain mintak maaf untuk salah silap (yeah common), adalah TERIMA KASIH TAK TERHINGGA buat semua warga epemsb umumnya, warga hse khususnya. alhamdulillah. :)

2. 4 bulan with herbalife
alhamdulillah, dah 4 bulan bersama herbalife. nanti dah setahun pulak insyaAllah dan seterusnya. 
perjalanan yang sangaaaaat baru pun 4 bulan ni. terlalu banyaaaaaaaaaaaaaak yang kena belajar lagi. semoga semuanya dipermudahkan Allah. aku ada misi besar, which aku rasa i should write in new entry. sebab nak cari idea macam mana nak tulis pun satu hal. ehek ehek ehek. 

3. baru sampai rumah.
aku baru sampai rumah dari kedah pagi tadi. lepas je last day praktikal, malam nya aku terus gerak ke kedah. an awesome exprience i could say sepanjang perjalanan aku ke sana, kat sana, dan time balik. mashaAllah, setiap yang berlaku tu bukak hati dan bukak minda. 
oh ye, pergi ke kedah sorang-sorang tu adalah herbalife punya purpose. kalau tak, ibu takka pernah bagi okkk aku travel sorang-sorang. hiks. :)


ok mata dah kuyu. 
i'll share about my journey insyaAllah. cuma tak tau bila. hehe. 

Isnin, 14 Mei 2012

macho.



dah lama tak dengar lagu ni, tetiba tadi time dalam kete dengar lagu ni. addicted ngan lagu ni balik.
sejak dua menjak ni rasa macam bz gila. tak ada lah bz sangat pun sebenarnya, buat-buat bz je pun yang sebetulnya. hiks.
kat tempat praktikal aku sekarang ada buat shutdown kat certain areas yang involved untuk tahun ni.
dari pagi aku dah menyibuk kat plant, lalu muka aku pun dah berani tunjuk belang. dah lama okkk muka tak jadi belang-belang sebab sun burn.
tak pasal-pasal teringat waktu zaman jahiliah konon tomboy habis time sekolah dulu-dulu. dulu kan involved ngan olahraga, pastu time tu seboleh-bolehnya nak berjemur tengah panas. dah la tak pakai sun block ke apa ke. dulu memang macho habis lah tu konon.
tak suka jaga muka, tak pakai sun block, seboleh-bolehnya nak berjemur di bawah terik mentari supaya burnt. siap aku sanggup jemur tangan sendiri okk. tu pasal tengok tangan itam, muka cerah sikit. rasa nak lempang diri sendiri bila teringat diri yang bajet macho dulu. pehhh.



sejak-sejak dah jarang ambik gambar sekarang ni, 
gambar ni je yang paling cantik yang aku ada. haha. 




Khamis, 3 Mei 2012

picture of the day. ke?

picture of the day. 
perhaps? 

ni namanya suam-suam kuku nak update. kalau dah namanya nak update, tapi malas tak guna jugak. zzzz

hari ni gua gangster sikit. 
perkataan dah lama yang tak sebut pun, tersebut balik. 
lalu sekarang termalu sendiri. 
ketahuilah, marah adalah memenatkan dan tidak menguntungkan. 
buat sakit hati sendiri je. 
it's been quite a time aku tak marah-marah. sangat lama dah kot aku tak marah. tapi sebab petang tadi, itu lah aku rasa marah paling teruk sebab tak boleh nak lepas betul-betul. sampai sakit kepala duk tahan marah. 
kesian telinga-telinga yang kena dengar aku pot pet tak habis-habis. 
somehow, benda tu memang patut aku marah pun. cuma nak control tu payah sebab banyak faktor. 
i hate all the negativity yang appear dalam diri. sebab most of the time sekarang, since aku ada dreams that i believe boleh achieve, optimist is my best friend now. 

ah, mata mengantuk pulak. 
marah sila reda dalam mimpi.

malam ni cuba mimpi suwit sikit, biar lupa yang pahit tadi. hiks. 
:P


pssssst : rasa macam nak pegi hiking lah. tapi mestilah nanti-nanti. aku kena achieve something dulu, then pergi hiking ke, diving ke, as the reward. insyaAllah. 

psssst psssst : day by day, my why herbalife become stronger. sabar je la ngan orang tadi. tak pasal-pasal tadi nak marah sangat aku terfikir, 'kiranya membunuh itu halal'. nauzubillah. (scary tak marah aku? wahahahaah) lepas marah reda last-last malu sendiri. 

psssst psssst psssst : bersihkan hati! 

gua tido dulu, der. 

Selasa, 24 April 2012

konfiden level tinggi

aku pernah baca dulu, antara usaha untuk menguatkan daya ingatan adalah dengan mengingati memori yang lepas-lepas. tetiba tak sure betul ke tak. hehe.
lately aku kurang gemar untuk ingat masa-masa yang lalu. maksud aku yang tak bersangkut paut. contoh yang boleh buah aku sakit hati ke, marah ke, buat aku berdendam ke. no, aku tak suka, walaupun kadang-kadang tetiba teringat. padahal betapa masa tu sangat jauh lagi berharga untuk kita fikir balik memori yang boleh buat kita lebih jadi negatif. adalah lebih baik kita guna masa tu untuk fikir ke depan, macam mana kita nak develop ourselves to be better persons. kan?
cuma kadang tu perlu ingat jugak, sebagai peringatan kepada diri sendiri supaya tak ulang balik kesilapan yang lepas.

aku suka berfikir time drive. especially time tu tengah ngatuk. yeah, aku tau tak bagus dan mengundang bahaya.  tapi dah tetiba ter-fikir. nak buat macam mana. time drive jugak nak terrr aje kann.  =.='

time dekat hostel, kitorang kalau nak keluar, lagi prefer sewa kereta instead of naik prebet ke, bas ke. sebab lagi senang. lagi-lagi kalau nak keluar lama dan ramai. dan aku lah driver nye. walaupun selalunya malas nak drive. tapi yang selalu malas nak drive tu lah yang kena selalu drive. biasanya Anna lah yang cop seat depan. co-driver konon.

so, pada suatu hari, di petang yang hening yang mana aku tengah drive dengan berhati-hati, iaitu sangat jarang pemanduan berhati-hati itu berlaku.
habit aku time drive, aku suka tengok side mirror ngan cermin yang kita boleh tengok belakang tu. aku tak tau kenapa. dah terbiasa.
tetiba Anna tanya aku;

nape ko selalu pandang aku weh?

nasib aku tak brake kereta time-time tu jugak. 

aku tengok side mirror lah hoi! hahahah. 

untuk anna;

takpe anna. sebab dulu pun aku pernah rasa macam apa yang kau rasa tu. 


dan itu apa yang kita panggil, konfiden level tinggi. bukan calang-calang. 
tapi konfiden anna lagi tinggi lah sebab dia konfiden tanya aku. 
aku dulu senyap-senyap je. HAHAHAHAHAHA. 

dia Anna,bukan nama sebenar. 

pssssst: tanpa permulaan, kita takkan ke mana-mana. 

psssst psssst : siapalah kita untuk kita downgrade orang lain. 


Ahad, 8 April 2012

nutrition label - fat.

When you’re reading nutrition labels, visualize this: every five grams of fat is a teaspoon – or one pat of butter. #HerbalifeHQ. 





pssst : nervous! hiks.