Jumaat, 6 Mei 2011

syukran.

tadaaaa!! (tetiba tadaaa tak tentu pasal. :P)

it's fun actually buat part time kat stesen minyak. bagi aku yang tengah pokai ni lah. yeah, mungkin the salary tak ada lah like yang orang lain idamkan. but u know, the experience tu boleh tahan penting, boleh tahan best. bagi aku laa. ada yang best, ada yang tak best. adat lah. bila fikir-fikir balik, tak ada lah malu sangat pun keje kat stesen minyak, cuma tu lah, kadang-kadang aku rasa jadi malu bila the customer tu yang pandang macam hinaa je. errr.

tapi sepanjang minggu pertama ni, setakat ni aku dah rasa macam minggu orientasi time sekolah-sekolah dulu. kena buat itu ini. tapi tak kisah pun, sebab kalau duduk rumah saje-saje pun bosan jugak, dari duk melanguk camtu je, better do something kan? kalau nak harapkan blogging ni, i dun really blog for money, kecuali yang aku jual contact lens tu la. tak ada lah nak tunggu duit nuffnang je, koser pulak akuu. lagi-lagi bila kawan aku ada pertikaikan hasil duit tu kita tak tau halal ke haram. kita tak tau macam mana sistem dia, status halal haram dia. tapi itu lah, still letak lagi banner nuffnang nye. :P


Day 1 
sampai-sampai dah la lambat 4 minit, lepas tu pulak terus kena cuci toilet. i dun really mind pun kena cuci toilet. tapi aku kisah la jugak sikit-sikit bila tang kena masuk toilet laki. bau dia menyengatt. opss. at least ok apa, bila lagi nak masuk toilet laki ye tak? :P
kiranya for this week, aku kena buat keje kat semua bahagian even though aku mintak nak keje bahagian cashier. kau hingat senang nak masuk cashier terus?? nehi nehi. cuci toilet, cuci longkang, mop bahagian luar kedai (pantry), mop surau, mop toilet so that toilet always look bersih. stesen minyak yang tempat aku keje tu sangat-sangat pentingkan 3 perkara; toilet bersih, surau bersih, dan pantry bersih. mula-mula punya penat, usah dikata. aku yang susah nak berpeluh ni pun, tetiba peluh mencurah-curah. tak selesa tu usah dikata. peluh kann. tapi lama-lama ok je, bila kau dapat team yang boleh join, yang buat lawak bla bla bla.
tapi paling best hhari tu adalah time dipping(kot?), which is, kau measure berapa balance minyak dalam tangki. macam mana eh nak cakap, kalau korang perasan kan, kalau pergi stesen minyak, ada kat jalan yang depan tu ada macam lubang-lubang tangki najis. ada tak? actually, tu bukan tangki najis, tapi tangki minyak. seronok! masukkan data for receiving barang-barang jualan dalam kedai tu macam biasa lah, scan guna PDT, tapi still, bila aku tak pernah buat benda tu semua, aku jadi jakun. ngeee.

sepatutnya, that day, aku kena jaga bahagian pam jugak, belajar. tapi sayangnya, kasutku bukan berwarna hitam. maka, tidak dibenarkan keluar. aaaaaaa. di situ amat mementingkan uniform okkk. that was my first mistake lah, then the second one would be buat waffle tapi tak jadik sebab waffle melekat kat sarang dia. and what do u expect from orang gelabah macam aku would do kalau benda macam tu jadik? gelabahhhh laa. apa lagiii. :P

pasal customer, u'll see macam-macam gelagat, macam-macam kerenah. ada yang berlagak, ada yang baiik, ada yang terlalu ramah. lalalala.

so, that was how my 1st day been going through. overall, ok la. quite best. pergi pukul 8 pagi, balik pukul 5 petang. malam tu tido, bangun pagi sakit-sakit badan. badan ai manja macam baby. almaklumlaaa. :P

alhamdulillah.


Day 2
jadual kerja aku sekarang, selang seli. kalau hari ni aku kerja shift pagi, esok nya pulak akan keje shift petang pulak. kiranya 2nd day aku keje, aku keje shift petang lah. start pukul 2.30 petang, balik pukul 10.30 malam. tapi kenapa eh aku rasa keje shift pagi lagi rasa macam sekejap to compare keje shift petang? zzzzzzzzzzzzz.
dan hari kedua ni, aku start jaga bahagian pam. kaedah macam layan diri, tapi bila ada orang jaga kat pam, lagi-lagi time waktu kemuncak, ada orang jaga pam tolong isikan minyak adalah lagi cepat.
kalau diikutkan, untuk isi minyak kereta tak ada masalah bagi aku, sebab dah terbiasa kan bila kita isi minyak kereta sendiri. cuma akan jadi masalah bila kena isi full tank lah. dan masalah terbesar adalah bila kena isi minyak motor. the biggest problem lah tu. satu,sebab tak biasa. dua, memang tak tau nak agak lagi-lagi bila minyak tu tetiba nak terkeluar.
so, aku beranikan lah diri isi jugak minyak motor, kata sahut cabaran bos yang aku boleh je buat keje. sampai la, at one point ni, ada sorang pakcik ni. dia naik motor yang macam RXZ tu. tapi kau tau lah kan, kalau isi minyak motor macam tu, tak payah turun dari seat pun takpe. and pakcik ni memang tak turun pun. and aku pun angkat nozzle, tapi aku tak tau yang tnagki motor dia tu besar tak macam motor-motor biasa. aku tak ada lah masukkan nozzle tu ke dalam sangat, just sikit je lah. dan tiba-tiba minyak tu terkeluar, lalu terkena jaket dia yang mahal itu. aku time tu memang cuak gila, aku cakap sorry banyak banyak kali. and also saya mintak maaf sangat-sangat. pakcik tu marah, tapi tak ada lah sampai maki-maki aku. dia just diam, dan cakap it's ok dan dalam masa yang sama muka bengang. apa kau rasa kalau kau duduk kat tempat aku?

well, that's what we called experience. and we learn from mistakes. aku harap lepas ni tak ada lagi berlaku macam tu. :(

tapi selain kejadian tu, aku boleh kata happy je time keje. setakat ni laa. maybe baru lagi, so semangat tu still berkobar-kobar. tapi harapnya tak lah.

alhamdulillah.


Day 3
hari ni, pagi-pagi dah start gelabah, sebab aku lupa yang sepatutnya aku masuk keje pukul8 pagi. tapi macam mana entah aku boleh ingat hari ni masuk pukul 7.30 pagi. aku ni punya lah gabra takut lambat lagi 7.25 aku gerak dari rumah. perjalanan nak sampai sana ambik masa 5-6 minit  jugak naik kereta, dan sampai-sampai je sana, aku terus lari laju-laju pergi punch card, lalu frust bila tengok masa tercatat pukul7.31 pagi, lewat seminit. time tu aku tak tau lagi aku lambat. then tiba-tiba kak nurul kata, awalnya hari niii. i bet dia perli ke apa, lepas tu tiba-tiba teringat, ha ah la kakkkkkkkk. saya hari ni sepatutnya kerja pukul 8. tapi ok lah kan, better than kalau aku lewat sampai. ye tak?

alhamdulillah.


sekarang, aku dah mula faham
betapa kita perlu bersusah payah to earn money.
betapa kita perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu.
betapa kita perlu hormat orang lain.
betapa kita tidak patut untuk menyombong, membongkak membangga diri.
betapa pengalaman itu sangat berharga.
betapa kesusahan yang dilalui itu sangat manis di penghujungnya.
betapa kita yang muda ni memang patut guna sepenuhnya masa untuk mencari rezeki.


"bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah kamu seolah kamu akan mati pada esok hari"


psssst : makin keje aku sangkakan akan jadi makin kurus, tapi malangnya lapar sepanjang masa. aaaaaaaaaaaaa how? how?

psssst pssst : tension bila seluar dah bertambah 2 saiz. 

freshlook honey

4 ulasan:

  1. weh, ko keje kat stesen minyak ke weh??ape cer guardian ??teheee

    BalasPadam
  2. aah. keje kat stesen minyak, keje kat guardian xleh cuci toilet. haha. xde la, mak aku tak kasi. kalu guardian tu cm jauh sket.. dlm 15-20minit br smpai.

    BalasPadam
  3. mykhalis : hehe. lebih kurang gitu laa. di samping cari duit lebih. ngeh ngeh

    BalasPadam