Rabu, 25 Mei 2011

kanser dan rawatan al-hidayah bersama ustaz lukman dan ashraff muslim

bila tengok entry agak-baru-jugak-la kat beautifulnara pasal ashraff muslim, hati jadik angau sendiri. pehhh. idok ler. gua tau pun dia tunang orang. :P

kalau tengok dalam gambar, ishh lain rupanya ashraff ni bila kita tengok depan-depan. hengseng itu sudah semestinya. tapi kalau jumpa depan-depan putih melepak kot. tak tau la kalau time tu lampu terang sangat ke apa, tapi stilll melepak habis.

it was a week ago, bilamana aku bawak ibu pergi pusat perubatan al-hidayah (darussyifa') kat kuala terengganu. aku tak tengok nasik lemak kopi o yang dekat tv9 tu, tapi ibu selalu tengok channel tu, thus dari situ tau yang dorang datang terengganu once in few months kot, ke once in a month. tak sure lah pulak, tapi yang si ashraff muslim dengan bakal apak mertua dia ni pegi ke negeri lain jugak lah kalau tak silap aku; melaka, sabah or sarawak, and also singapore.

sebab kalau dalam area pantai timur ni, dorang datang terengganu je, maka ramai gilaa orang okk. limit untuk pesakit yang nak undergo treatment dengan dorang adalah hanya 200 orang. tapi, nak tunggu tu punya laahhhh. kalau nak book appointment, u have to call at least 2/3 hari sebelum hari yang nak pergi jumpa dorang ni. nanti dalam call tu, dorang akan kasi kau no giliran, datang lah pukul berapa, so that nanti kau tak adalah tertunggu-tunggu sangat, boleh arrange masa sendiri, etc.

time tu, ibu dapat no 139. kitorang pergi waktu zohor, tapi waktu tu baru angka giliran no 50++. lama lagi okk nak kena tunggu. lagi-lagi nak rawat sakit masing-masing tu kadang-kadang bukannya sekejap, depends on sakit apa. kalau macam sakit biasa je, ok lagi, check-check, kasi ayat al-quran apa yang perlu diamalkan, sesi tanya-tanya sikit, ok dah. tapi kalau sakit yang libatkan iblis syaitan ni, tu yang kadang-kadang ambik masa sikit. kitorang tak nak lah tunggu dulu, so kitorang pergi tempat lain dulu, lepas solat isyak, pergi sana balik. itu pun baru no 90++. takpe, tunggu dulu, last-last sebab ada yang balik dulu, mintak no lepas tu dapat no 108. kiranya awal lahh. time tu haku macam neves lah jugak nanti nak jumpa ashraff muslim ni. cane?

last-last sampai turn kitorang, ashraff yang rawat ibu. ustaz luqman tu tengah rawat pesakit lain. time tu gua control jek. tak ada lahh nampak jakun ke hape sebab jumpa artis kannn. (kalau jumpa artis biasa tu gua tak efek pun, sebab dia ni macam bagus kann, itu yang neves lain tu. :P) tapi time tu dia pun letih agak nya, seriussss okkk.

ashraff : ye puan, puan sakit apa?
ibu : cancer...
ashraff : kat mana tu?
ibu : breast cancer..
ashraff : stage berapa? dah pergi hospital? dah operate?
ibu : stage 2.. tapi tak pergi hospital pun..
ashraff : ha? tak pergi hospital? kalau tak pergi hospital macam mana boleh tau? (time ni suara dia pun macam dah serius.)
ibu : pergi chec dengan homeopathy... time tu stage dua lah..
ashraff : takpe, kita chech dulu. puan dalam hati selawat, sebuat lailaahaillallah ye..

dia pun macam scan lah, u know, yang dalam perubatan islam. cara diorang lah kiranya.
few minutes later,

ashraff : puan bukan stage 2, puan. dah stage 3 ni. puan check hari tu bila?
ibu : emm.. dalam bulan 3 hari tu.
ashraff : menurut apa yang saya check ni, cell puan, yang aggressive punya. dan bermain dengan masa ni. jadi, puan boleh jugak pergi hospital dulu supaya boleh kurangkan sakitnya. saya bukan nak takutkan puan, tapi kalau nak diikutkan, cell tu dah merebak ke kelenjar.
ibu : taknak pergi hospital.. bla bla bla ( u know when people refused to see the doctors lagi-lagi bila dorang banyak dengar cerita itu ini pasal yang takut-takut)
ashraff : ok, takpe. kalau puan taknak pergi hospital. puan boleh teruskan dengan rawatan ni, tapi puan kena yakin lah dan takes time sikit lah. sebab kita hanya guna ayat-ayat al-quran.
ibu : *angguk
ashraff : untuk next appointment, kita akan datang sini lagi bulan 10 pulak. jadi, kalau puan tak kisah, puan boleh datang gombak sana lah. insyaAllah kita boleh tolong.

tak lama lepas tu, dia ada kasi ayat al-quran apa yang kena amalkan. u no need to bring pen and notebook untuk salin itu semua sebab dorang akan bagi on a piece of paper yang macam appointment card skali. lepas tu, pasal bayaran pulak, hanya perlu bayar rm50 sahaja, tak kira lah penyakit apa pun. tapi tak tau lah kat tempat lain macam mana. tapi yang aku pergi tu macam tu lah. and also, jangan lupa bawak air mineral, lagi banyak lagi bagus, untuk air penawar.

dah nak balik, tetiba si ashraff ni senyum pulak. pehh, meltinggg. :P

so, untuk ibu, dia ada kasi surah;
1. al-mukminum ayat 91-100, dibaca selepas solat subuh.

2. huud ayat 60-80, dibaca selepas solat maghrib.

to whom yang care, terharu bila dah lama tak bukak formspring, tiba-tiba bila bukak ada anon tanya pasal ibu. :') thanks.

kalau tengok physically, ibu macam tak sakit apa pun. macam sihat. kalau kau jumpa sekali, tengok nampak macam tak ada sakit apa pun. that's why kot some people macam tak percaya. tapi sakit ni, makin kita diikutkan rasa sakit tu, makin menjadi, thus kita kena lawan mentally. the breast yang tempat sakit pun, which affected both sides, left and right, alhamdulillah tak ada pecah bernanah ke apa. cuma membengkak. tapi itu lah kadang-kadang yang kita takut sebab tak nampak apa yang berlaku kan. but then, bila tiba masa dia, the breast akan jadik panas and akan jadik ruam biru-biru. kalau sebelum ni sebelum yang pergi ustaz ni, sampai kulit pun macam ada bintik-bintik merah and also biru-biru.

*gambar adalah tidak boleh disiarkan ye. hehh*

so we back to the topic. rawatan mana-mana pun, apa-apa cara pun, apa-apa sakit pun, kita kena ikhtiar. bukankah setiap penyakit ada penawarnya? :)

macam ada sorang makcik ni. tunggu turn skali dengan kitorang lah kan. dah 2 tahun teruskan dengan rawatan ni. ada tumor dalam rahim. 2 years ago, doc dah nak operate dah pun, tapi u know oldies yang memang kita tau kebanyakannya refuse to see doctors macam mana, terus lari dari hospital. bukanlah lari yang macam kau nak masuk olimpik tu, orang dah sakit tak boleh nak bangun, macam mana nak lari kaedahnya. means, mintak discharge lah sebab tak nak operate. then, anak dia bawak pergi jumpa ustaz ni, sampai sekarang, alhamdulillah, tumor tu dah makin mengecil. kuasa Allah, tiada siapa yang mampu menghalang daripada terus berlaku. asalkan kita yakin, kita terus berusaha, ada hasilnya. ye tak?

yang pasal hospital, yes my mum never been to hospital for the cancer check up ke apa. even aku dah cakap this and that. tapi still refused to. dan sekarang, besides than pergi rawatan hidayah ni, ibu jugak try cara homeopathy, try makan b17 and jumpa sorang haji ni yang sebelum ni dah banyak tolong pesakit cancer. macam mana eh nak cakap, guna ubat jugak, cara dia pun lebih kurang homeopathy jugak lah kot. i'm pretty sure, dan tak tau macam mana nak explain. hehe.
dan alhamdulillah, sekarang dah nampak makin sihat dah boleh buat kerja sikit-sikit, baking cakes and all that. tapi tak ada lah sampai kerja yang berat-berat sangat.
dan yang pasti jugak, makan minum jugak kena jaga. i'd asked people in medic punya bidang, most of them kata tak ada pantang and all that. tapi sometimes, kita pun kena jaga-jaga, kalau dah rasa badan tak selesa bila makan itu, cuba try kurangkan. aku tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab i'm the one yang suffer untuk tanggung sakit tu, and aku tak study pasal ni. so, apa yang kita tengok, pengalaman orang lain yang kita dengar and tengok tu lah kita kena ambik tau. so that, at least kita boleh berjaga-jaga.



time ni dah pukul11 lebih. tapi still ramai orang. 
*gambar kat luar je lah yang mampu ambik. nak ambik gambar ashraff tu mmang tak dapat lah sebab kamera fon haku ni pun kepoh macam tuan dia nak bunyi tettt time snap gambar even dah silent kan pun. kalau slow takpe, ini takkk. nak kuat jugakkk.*

so, for next appointment, we gonna be in gombak lah pulak. setelah beberapa cubaan untuk buat appointment, last-last baru dapat. itu pun time 9th june kalau tak silap. ok lah daripada tak dapat langsung, sebab orang ramai okk yang nak undergo the treatment tu. 

semoga kekal berjodoh hingga ke akhir usia. :)
credit pic: beautifulnara


psssst : malam ni first time masuk kerja shift malam 12 jam. masuk keje pukul8mlm ni, balik pukul8 pagi esok. cuak ada, eksaited pun ada. wish me luck btw. :)

pssst pssst : i could say, after all the tests given by Allah till today, ibu is soooo strong. banyak dugaan, banyak ujian, she never give up. :'). lev u.

1 ulasan:

  1. hurm~cmne ngan keadaan ibu adeq skrg?da okey from cancer?dr luqman kate pe?

    BalasPadam