Isnin, 18 Januari 2010

tudung! tudung!

kita ulang tajuk entry lagi.
tudung! tudung!
promosi ni.
mari! mari woi!

tudung baru dan fresh lagi baik punyaaaaa..

makin hari makin banyak design tudung yang keluar ok.
yang boom kebaboom gitu kan.
ada yang suka pakai tudung ekin, ada yang pakai tudung syria, shawl, selendang dan lain-lain lagi kan.
aku tak nak cakap banyak.
lagipun kebanyakannya aku pakai tudung biasa macam tudung ikan haruan. eh bukan bukan. salah salah. cubit pipi sebab salah cakap.
ok, tudung bawal.
kat bawah ada tudung bawal design dan jenis agak baru punyaa.
kualiti kain?
jangan risau, aku ni jenis agak cerewet dalam bab-bab memilih baju ke.. kain ke.. tudung ke.. lebih-lebih lagi tudung kan.. kang kalau tak jadi berbentuk cantik-cantik, kau jugak yang tension kan. kang tak pasal-pasal tudung tu yang dimakihamunnya. huh. jadinya, insyaAllah, kainnya aku pilih memuaskan hati.



tudung tali kasut.
RM50
warna : cream, sesuai dipakai dengan baju apa sahaja.
#1

sold out



ini coraknya..



kenapa nama tudung ni tali kasut?
sebab, cara dia sulam kat belakang tudung ni macam ikat tali kasut.
see? unik dan cantik.



RM25.00
warna : cream, juga boleh dipadankan dengan mana-mana baju.
bunga pink, nampak fresh dan sweet feeewwwiittt gitu.
#2


simple yet sweet.



lupa nama. tapi ini latest punya.
kualiti kain baik punyaa. dan batu-batu manik kat tepi dia cantik ngelip-ngelip. nanti kau pergi jalan-jalan sampai orang silau walla walla tengok kau.
RM50.00
warna : medium grey. sesuai pakai dengan mana-mana baju jugak.
jangan lupa, batu-batu manik kat tepi tudung tu warna warni.
#3

sold out


trust me, cantik.


untuk penghantaran pos, RM5.00 dikenakan.
boleh hubungi saya di farah_aquarius90@yahoo.co.uk
sila tinggalkan nama dan juga no. telefon. itu yang penting. :)
dan juga, alamat dan tudung yang tersuka.

terima kasih.



Sabtu, 16 Januari 2010

hari keluarga siswi part 2.


eh eh. apa ni tiba-tiba gambar pegang straw ni?..
ok ok.
anda dinasihatkan supaya scroll ke bawah dan hayati cerita hari keluarga siswi part 1. eceh. bajet sungguh. alaa.. tak apa la.. bila lagi.. eheh

tak payah la nak bebel mengarut banyak-banyak. sambung lah cerita. sambung laa..
ok fineee.

kan penyelia tak kisah kalau AJK nak main kan.
aku pun apa lagi, bila yan kata ok sekarang permainan kita isi ar dalam botol guna straw..
aku kan control control macho gitu. tak main lagi.
bila zarith tanya, fatin kamu nak main tak? tapi kamu bukan satu aras dengan kita kan?
aku : nak! nak! tak pe lah kalau tak satu aras pun..
zarith : ok. ok. jom jom.

time tu zarith tak cukup pemain, lagi sorang je, aku pun apa lagi.
habis tu orang dah offer aku apa lagi berdesup zaaass join jugak. eceh.
disebabkan time tu student lain pun dah ramai turun dan nak main game ni, maka nya ada 2 pusingan. aku pusingan pertama. 3 pemenang setiap pusingan akan masuk final dan pemenang sebenar ditentukan masa psingan final lah kan.
game ni macam ni, satu kumpulan 4 orang dan satu kumpulan dibekalkan 2 straw yang masih belum digunakan. dan empat orang ni akan gilir-gilir sedut air dalam baldi lepas tu lari lari comel dan letakkan air tersebut dalam botol yang disediakan dalam tempoh masa yang ditetapkan. kitorang dapar no.2 ok time tu. so, makanya beta nak bangga yang group kami dapat masuk final gituu.. ceaa ceaa..

ini group aku.
zarith yang bertudung hitam itu classmate aku.



masa ni tengah tunggu turn untuk game final mula gituu..


yang sebelum pengadil kata mula!
dan akhirnya kami juga menduduki tempat ke-2.. malam ni dapat hadiah yey!



ini pula acara untuk anak-anak staff.
sepatutnya game isi air dalam botol guna span dan straw tadi game untuk dorang.
tapi cuba ko tengok, kalau setakat empat orang je yang ada, tak vervaloi gituuu..
jadinya, kami kasi can kat dorang main cari gula-gula dalam tepung sajo.
cara permainannya macam biasa, tiup-tiup, kutip gula-gula.
tapi disebabkan dorang tak tahan tepung masuk dalam mata, kutip dengan tangan sajo.
yang kelakarnya, dorang muka serius tak bersalah sajo. yang lebih nya penyokong-penykong dorang kat tepi ni haa.. ahaha



cuaca makin panas ok time ni.
sekarang pun muka dah burn gituu..
sekarang ni aku dah tak cover macho macam dulu dah.. sedaya upaya tunduk tak nak kena pancaran terus dari matahari. padahal, kena jugak. haih.
game ni pula, namanya blind ball.
macam mana cara permainannya?
satu kumpulan mestilah terdiri daripada 3 orang yangg mana pemain 1 dan pemain 3 hendaklah ditutup matanya dengan apa-apa kain. manakala, pemain 2 yangg mana tidak ditutup matanya hendaklah memberi arahan kepada pemain 1 dan 3. ok ok ke kiri ke kanan ke belakang gol!! gitu lah lebih kurang nya.
pemain 1 dikehendaki pass bola kepada pemain 3 dan pemain 3 dikehendaki menggolkan bola. selagi kau tak golkan bola tersebut, kau patah balik dan golkan bola. masa diperuntukkan, dan siapa yang gol dulu dialah yang menjadi pemenangnya..


tengok muka anna, dah nampak burn dah.








dan ini pula pertandingan menganyam ketupat.
siap pasang lagu raya ok time ni. macam dah raya dah.
masa diperuntukkan dan barangsiapa dapat buat ketupat paling banyak dalam tempoh masa tersebut, makan kena jerit raya wey rayaaaaa!
ok pentipu. tak perlu. siapa dapat buat ketupat paling banyak group itulah pemenangnya.
perlu disematkan dalam fikiran. hanya ketupat yang kemas dan cantik sahaja yang akan dikira. ketupat longgar dan tak cantik disqualified.
macam ada satu group yang aku jaga ni, dorang tak puas hati suruh aku kira banyak-banyak kali ketupatt yang diorang buat sebab nak seri dengan kumpulan yang menang. satu je pun wey. dan aku bukan judge dengan tidak adil, aku dah kira betul ok. yang lagi satu aku tolak tepi sebab tak kemas dan tak cantik atau dengan bahasa yang letih difahaminya, tak layak untuk dikira. kau faham??? lagipun, time tu bukan aku sorang je yang kira ok, pengadil yang lain pun kira dan dorang kata tak payah ambik ketupat tu sebab tak cantik.
alaa... tak apa lah kan.. korang still dapat nombor dua. still dapat hadiah.



dan game ni agak mencabar lah jugak. biasanya kita main dan dengar game ikat 2 kaki kan?
tapi tidak untuk kali ini. tak mencabar lah wey kalau ikat 2 kaki je. lari pun boleh. game ni melibatkan 4 orang satu group, maknanya, kena ikat 4 kaki dan jalan pergi dan balik. siapa yang sampai dulu boleh lah jerit yey pengadil tanda nama aku cepat aku menang!
ini jugak ada dua pusingan. time ni memang sah-sah la aku jadi pengadil jugak kan sebab ada kau nampak aku join dorang main sekali ke?. lalala
tengokdorang main sangat lawak. aku dengan anna dah bantai gelak tapi belum guling-guling gituu..


untuk game yang keseterusnya, ini namanya baling-baling belon.  tapi dalam belon ni ada air.
satu kumpulan ada empat orang. kena beratur dan passkan belon tu ke belakang sehingga orang yang terakhir. belon siapa yang paling banyak dan paling cepat sampai, maka diaboleh lah melompat-lompat jerit sambil menari ballet teruja sebab menang. huah.
dan kalau group tu dia seri, contoh, 2 group boleh kumpul 2 belon, pemenang akan dikira melalui belon yang ke-2 kumpulan siapa yang sampai dulu. bukan kumpulan siapa yang sampai dulu. ingat ya.. belon yang ke-2 siapa yang sampai dulu. belon yang ke-2 siapa yang sampai dulu. hafal cepat.
ini lagi satu kes, group yang aku jaga tadi tak puas hati, memang la group kau yang sampai dulu daripada group sebelah. tapiii.. belon yang ke-2 kau tu, lembab sangat. sampai lambat dari group sebelah. kau paham tak ni?? kalau paham, apahal nak pandang tak puas hati kat aku.. i suka lah cara you all pandang i tadi.. i rasa i sangat hot gituuu.. tapi jangan laa pandang lama-lama. ai maluuu... awwww. lalala
bukan aku yang tak adil ok, cara dorang main memang macam tu.
tapi kira ok lah kan.. korang masuk final dan dapat nombor satu ke dua eh?
hebat lah tu.. teruja aku tau. huah.



eh ini game apa pulak?
ok ok. ini dah game yang ke-dua last.
namanya blind box.
namanya blind, tapi tak payah tutup mata pun.
cara dia sama je macam nak main music chair. cuma bezanya, kena berebut tempat duduk atas kotak. dan vontot masing-masing WAJIB cecah kotak tersebut. vontot siapa yang tak cecah, hendaklah lari-lari sambil mengangis kata wuaaa saya kena keluar. oh bukan sedemikian. vontot siapa yang tak cecah, kena keluar dan kotak akan dikeluarkan. kau bayangkan sajo guna kerusi tapi sekarang guna kotak.
mula-mula aku main tau. tapi yn tak boleh blaa nya, kena tindih oh. sakit wey. aku keluar tak main. hanya gelak-gelak tengok dorang main sajo. ganas ok dorang main, siap ada yang kena hantar pergi hospital sebab terseliuh. aduuhhh.
aku sebenarnya ambik video, tapi tak boleh nak upload pulak dah.
last-last kotak kecik je tau, yang muat 3 vontot kecik sajo. ahaha.
zarith menang ok.
zarith, lepas ni kau kena share hadiah kau dengan aku. tak kira. tak kira.



dan ini acara last.
tarik tali hokey. tarik tali. aku masuk woi. sila kagum laju-laju. whhhooooaaaaa... ahaha
dapat no.2 wey. kau jangan main-main.
aku rasa macam aku tak bagi apa-apa fungsi pun. cuma masa final tu, aku bertungkus lumus lah jugak kan.
sampai nak terjatuh oh. kuat gila kot senior. sampai sakit lengan aku ni haa..



ini dia team tarik tali aku. tapi bukan semua lah.



balik ah. habis lah lepas ni nampak gigi sajo.



aku dapat dua hadiah yey!

sekian saja, saya melaporkan berita sukan untuk tv20. kata dah masuk tahun umur 20 tahun kan.
ohh tidak.. dah tua. tadi masa main game ingatkan baru umur 15tahun.  lalala





pesananikhlasdarihati : saya tidak kisah anda nak judge saya macam mana pun, yang penting, i do know me myself too more better than you do. saya tidak kisah dan itu hak anda. betul atau salah judgment tersebut, itu still hak anda. kalau saya kata salah dan perbetulkan keadaan sekalipun, ada anda nak percaya?





yey malam ni dapat hadiah!!



grrrr. lapar!



google atau search saya dengan nama fatin syahirah binti ibrahim atau fatinibrahim.
nak lebih mudah?
tekan sajo fatinibrahim.blogspot.com.












tadi bangun tidur, terus call ibu.

oh.
SAYA SANGAT RINDUKAN IBU SAYA!









hari keluarga siswi part 1.



ewaaahhh..
semangat gila ni aku nak update.
baru balik dari hari keluarga ni wey. penat pun tak hilang lagik tau.
tapi takpe. sebab aku suka punya pasal. i'll do everything gituuu.. ececece... tak boleh blaa gitu kan.
aku ni bukanlah AJK blok ke apa kan. tapi aku still macam nak gedik-gedik turun padang tolong-tolong gitu.. eh tak tak. anna ajak aku ngan zaty tolong dorang sebab tak cukup AJK kan.. so, kitorang yang tak ada kerj ni apa lagi ok anna, beres beres. kami ada boleh tolong! *anna, sila terharu*
malam semalam dah kena siapkan gelanggang untuk sukaneka semua bagai lah kan. kau tahu, boleh pulak orang yang lalu lalang tengok kami tertunduk-tunduk siapkan gelanggang ni, kena denda. haih. tak ada wey. apa barang setakat kena denda tertunduk-tunduk kat gelanggang pasang masking tape kat atas jalan tar bai??
huah. berlagak gila.
ok finee.. takkan muka suci macam kami kena denda? hahahaha


ini waktu pagi-pagi. ok finee. muka dah berisi. dagu macam dah nak melebar.
baik kau diam tak payah nak senyum-senyum atau aku sepak?
oppss. control ayuu.. control ayuu..

awal-awal pagi tadi kitorang dah kena terpacak kat gelanggang wey. perut tak isi lagi dah kena pergi tau sebab nak siapkan gelanggang. padahal diet. ahaha. *ececece.. padahal pukul8 baru nak turun*
aku dah agak dah wey. tak ada nya budak-budak ni nak turun awal pukul8 pagi kan. dengan tak ada annoucement secara besar-besaran lagi. banner pun baru pasang petang semalam. padahal, sukanekanya pagi tadi. tampal memo pun macam tak bersemangat gitu kan. jadi, manaa budak nak turun secara bersemangat waja gituu..



kata start pukul8, tapi hakikatnya pukul9.30 baru nak start. apa kena kan? hah. ko tengok gambar tu. tak ada orang langsung tau. yilek. tiado.
tu pun, yang datang hanya lah AJK sajo. hadiah dah ada, so siapa yang nak main kan?
so, penyelia kolej pun kata lah, "hadiah dah ada.. tapi mana orangnya? korang mainlah AJK pun."
ok. bila dah kata gitu, apa lagi. semua kata ok saya nak main! nak main! first game kitorang yang AJK ni main lah kan. tapi aku sopan ayu gitu hanyalah jadi pengadil yang adil saksama gituuu.. ewaaahhh.

mula-mula sebab tiado orang, muzik pulak tiado jadi sunyi sepi, DJ pun masih dalam perjalanan katanya,
jadinya, suasana pun agak sunyi sepi dan bosan gituu.. mula-mula pun main-main pun macam agak malu-malu anak kucing baru nak belajar jalan.



cepat lah! pengadil dah penat tunggu ni wey.
kang aku tolak markah kang baru tau. ceh. sila percaya pengadil yang nampak je lemah lembut ayu payu gitu, tapi tegas dan garang. ahaha



ok. ini game yang pertama. waktu ini masih tiada lagi jerit pekik.
hanya kedengaran CEPAT! CEPAT!
ahaha
game ni namanya, rocket mania.
nak tau cara permainannya?
satu group, berahli kumpulan seramai 3 orang.
satu group dibekalkan kertas. 2 orang buat roket, satu pegang bakul.
lepas buat roket, kena terbangkan masuk dalam bakul sampah, dan yang pegang bakul sampah tu wajib tangkap roket itu. siapa banyak masukkan roket dalam bakul dalam masa yang diperuntukkan, yey sayalah pemenangnya! haaa... begituuu..



dan ini pula nama permainannya dam gergasi.
cara mainannya? alaa.. sama macam dam haji jugak.
apa?? tak tau macam mana nak main dam haji. ok pergi balik tanya pak haji kat warung kopi.
satu group 13 orang, 12 orang sebagai buah dam, dan lagi sorang sebagai commander. 'buah-buah dam' tak boleh bersuara mahupun bergaduh di dalam kotak dam. duduk diam diam good girl sajo.  dan commander tu mestilah reti dan tahu bermain dam juga. kalau tak, macam mana nak gerak kan?
bila part kau nak makan buah pihak lawan, buah dam yang nak makan tu kena angkat tangan kata saya makan yey! dan siapa dapat makan paling banyak buah pihak lawan, dia lah pemenangnya hoyeh hoyeh!



tiada salahnya aku nak menyebok dalam gambar sendiri. lalalala



dan time ni dah start macam nak kecoh kecoh sorak sorai woooo woooo dah. sebab budak-budak lain dah start nak datang dah. tapi still DJ belum nak datang lagi.
ini macam biasalah, isi air dalam botol guna span.
lawak ok. macam macam gaya ada. best jugak jadi pengadil. eceh.
permainan ini, siapa yang dapat penuhkan botol dalam masa yang ditetapkan kami lah juara sambil lompat-lompat tangan ke atas yey kami menang! kami dulu!!



ini dia. yang lawak nya, konon-konon nak cepat sampai sumbat span tu dalam botol. ahahaha



masa ni dah ramai dah.
ini main boling padang baik punya.
ko susun botol mcam pin bowling, pastu baling kelapa.
group mana yang jatuhkan botol paling banyak, hadiah milik kau. tapi still ada peruntukan masa. kalau tak ada peruntukan masa, sampai petang pun belum habis wey sebab semua pun nak menang. iye la.. hadiah lumayan wa cakap sama lu. tiket pelancongan berserta duit belanja ke negara yang diidamkan wey. pentipu. pentipu. ok fineee... hamper sajo.
nak gurau gurau manja manja pun tak boleh.



aik??
kata jadi pngadil, tapi main jugak???
































tunggu episod seterusnya!













tak guna dslr d80 pun boleh tangkap gambar cantik jugak walaupun hanyalah macam sebelah mata pun tak pandang gituuu.



pesananbaikpunyaaa : saya lapar tapi saya nak diet. lalalala


Isnin, 11 Januari 2010

mari berHIMPUN

yeaahh.
kita mulakan entry ini dengan penuh semangat waja cintakan negara.
eheh. mentang-mentang la pergi kem patriot, terus jadi bersemangat ala-ala askar-askar Tanah Melayu dulu kala pertahankan negara.. ceaaa... tak boleh blaaa...

baiklah baiklah.
kita terus kepada cerita dan pengalaman yang penting, sewaktu saya di kem patriot bermula 31disember yang lepas.
ko jangan main-main.. aku first time pergi kem campur-campur ngan orang yang aku tak kenal dan baru nak kenal ni..
jadinya.. excited dia lain sikit..
tapi, setiap kali nak pergi mana-mana atau join apa-apa aktiviti yang melibatkan orang yang aku tak kenal ni kan.. satu je yang paling aku takut.. aku takut kalau aku tak ada kawan.. nanti kat sana sorang-sorang je sunyi sepi tak ada orang nak borak-borak ke.. pastu nanti kalau pergi makan sorang-sorang.. haih. tak boleh macam tu.. tak boleh..
sebab tu la aku takut la jugak kan.. dan sebab tu jugak kalau pergi kem-kem macam tu, aku kena ada kawan.. paling tidak pun, aku kenal dulu orangnya walaupun macam taknak kenal gitu.. ahaha. boleh?  wakluuu lah kan.. panggg!
aku ni bukan apa.. kadang-kadang tak reti nak berkawan dengan orang yang aku tak kenal.. maksud aku yang lebih terperinci lagi.. aku tak tau macam mana nak mulakan sebuah perkenalan tu.. sebab tu kadang-kadang aku asyik senyum-senyum dan kalau boleh menyampuk, aku menyampuk.. konon-konon macam peramah la kan.. ahaha
emm.. ada siapa-siapa boleh bantu saya?

ok ok.
mula-mula, serius aku taktau kem ni pasal apa..
padahal dah tampal dah jadual pasal aktivitikat sana semua kan.. tapi still tak tau kem tu pasal apa..
padahal dah namanya kem patriot, sudah tentulah melibatkan semangat patriotik kan kan kan??
punya lah tak ambik tau sampai taktau kem tu pasal ape.
pakat pergi je..
sampai-sampai sana, baru lah tau yang kem tu pasal patriot-patriot ni semua..
first impression, sudah tentu nya bosan amat kan.. ye lah kan.. pasal politik dan negara sekarang pulak tu.. aku rasa macam tak nak ambik tau pasal tu semua. sebab bagi aku, politik sekarang kotor. aku tak berminat.
tapi dulu-dulu, aku ada la jugak pasang minat nak jadi ahli politik.. ceaaa.. ada jugak.
tapi ibu tak kasi..
pernah berminat nak jadi lawyer pun, ibu ngan angah tak kasi.. ceaaa..  bunyi macam redha gilaa..
tapi itu semua kisah dulu kala waktu-waktu nak matang gituu.. ecece

ok ok.
kita sambung cerita yang aku dah hampir-hampir nak lupa ini semula..
overall pergi sana, aku happy.
aku dapat pengalaman.
dan yang penting, dapat sedikit sebanyak tingkatkan keyakinan diri. serius.
alhamdulillah, boleh la jugak suarakan pendapat aku walaupun aku tau pendapat aku hanya fasi dan budak group aku je yang dengar, tapi still aku boleh suarakan pendapat aku.
at least, aku dapat suarakan pendapat aku.
at least, aku lebih berani.
at least, aku lebih berfikir.
at least, aku lebih yakin.
at least, aku lebih tahu, lebih faham tentang susah payah untuk dapatkan kemerdekaan.
at least, aku boleh berdebat sikit-sikit.
at least, aku boleh share pendapat aku dengan group members aku.
at least, blaa... bla... blaaa..

dan tentang kawan-kawan baru..
dengan group members aku je lah kan.. setakat add dekat facebook lepas tu add lepas tu tag gambar.. itu sajo..
kata aku tak reti sangat nak start-start berkawan ni.. jadi, memang susah sikit lah bab-bab kawan-kawan baru ni..
tapi tak pe.. at least, ada pengalaman, itu yang lebih penting. :')

ah sudah.
dah taktau nak merepek apa..



ini antara group aku..
adalah semestinya aku tak berapa menghafal nama-nama mereka.
sorry yo.



ini geng aku lah kan.
pergi sama-sama. makan sama-sama.
tapi biasanya sama-sama dengan anna.



group lagi.



ok. ini group penuh. semua masuk. diapit oleh fasi.
tak payah nak rasa annoyed tengok aku kat depan.
biasalah kan. bila sesi bergambar kena lah duduk depan. kalau tak, nanti orang tak nampak. eh bukan bukan. nanti tak dapat masuk gambar.
kata tinggi tak berapa nak cukup..... ahaha



haruslah ambik gambar banyak-banyak bersama group. nanti dah tak jumpa.. mana la tau kan..



ini pula roommate selama dua malam.
ada lagi 3 orang, tapi tak jumpa pulak time nak ambik gambar ni.
ambik dengan mana-mana yang sompat aje lah.



masa ni dah nak balik pun..
sementara tunggu sesi ambik gambar beramai-ramai.



gambar group lagi.
kenapa semua nak toleh belakang eh?
lupa dah.

tak tau dah nak merepek pasal apa.
serius.
sekarang tengah cuak untuk banyak perkara.
esok kuiz calculus wey!! tapi aku boleh lagi nak ngadap benda alah ni.
ok ok. kena stop. kena stop.


saya sayang negara saya.
tapi saya tidak suka semua badan politik di negara saya. boleh?
ok finee.. saya betulkan sedikit.
saya tak suka pemimpin-pemimpin politik yang bajet suci gituu.. sebab bagi saya, mereka libatkan diri dengan politik bukan exactly sebab nak bantu rakyat ke apa. tapi sebab kepentingan dan kesenangan diri pada masa hadapan. mungkin sebab kita tidak betul-betul menghayati perit getir sebelum mendapatkan kemerdekaan?
saya taknak cakap banyak, sebab saya tidak perfect. saya banyak kekurangan dan kelemahan. :')



pesananringkas : aku tak suka bila teringat kisah-kisah lama bila aku rasa aku dah mampu untuk bangkit. sebab kisah-kisah tu semua mampu jatuhkan aku. vodoh kan? ok. tahniah sebab anda menang dan saya kalah.