Selasa, 10 Mac 2020

Pengalaman 3H2M di Taman Negara Pahang, Malaysia.



Bismillah.

Alkisahnya, 6-8 March yang lepas, saya dengan kawan-kawan pergi ke Taman Negara Pahang. Plan tu tetiba je, waktu rasa nak keluar dari rutin harian biasa. Rasa nak back to nature, kebetulan waktu scroll Twitter, ada article pasal Taman Negara, terus tanya my travel buddies waktu tu,
"Nak pergi Taman Negara tak? Jom pegi nak?"

Nak kata last minute tu, takde la last minute sangat. Tapi boleh la. HAHAH. Nak jugak tu. So dalam post ni saya nak share review tentang pengalaman saya ke Taman Negara Pahang from A to Z, since ramai yang tanya. So saya share sini terus, semoga bermanfaat dan membantu korang yang ada plan nak ke Taman Negara tu.

So bila memasing kata nak, saya terus book. Saya book pakej dan bilik berasingan dari agent. Pakej Taman Negara tu boleh kata Pakej DIY. Book untuk tour guide dan service, bilik book sendiri. Saya akan detailkan kos keseluruhan kat bawah skali ye.



Taman Negara, Hutan Tertua di Malaysia dan di dunia


Serba sedikit tentang Taman Negara, Taman Negara Malaysia ni berusia 130++ juta tahun. Dan salah satu hutan tertua di dunia. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikan Taman Negara ni sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia. Ada pelbagai species haiwan dan tumbuhan, pelbagai kaum orang Asli jugak yang tinggal dalam Taman Negara. Taman Negara ni terletak dalam daerah Jerantut Pahang.

Untuk sampai ke Taman Negara ni, boleh pergi melalui naik bot dari Sungai Tembeling, atau naik kereta/kenderaan darat. Bas pun ada, cuma saya tak pasti macam mana. Kalau naik kereta, kat highway tu exit Temerloh, pastu ke Jerantut. Dan jangan risau, senang je nak sampai ke Taman Negara sebab signboard merata-rata. Hehe. Nak guna waze pun ok. Perjalanan dari Bandar Jerantut ke Taman Negara tu ambik masa lebih kurang 1 jam. Haaa yang ni mencabar sikit. Jalan dia tu, berbukit bukit, kalau tak tahan, mabuk jugak la 😂. So kalau jenis tak tahan mabuk macam naik Cameron tu, boleh la makan ubat tahan mabuk siap-siap.

Hari Pertama: Arrival, Night Walk 


Kami pergi berempat, 2 bertolak dari KL, 2 bertolak dari Paka, Terengganu. Both groups ni drive ke Taman Negara. Saya dan Mira bertolak dari Paka, perjalanan ambik masa dalam 4jam lebih camtu untuk sampai ke Taman Negara. Saya bertolak 8.30am, sampai dalam jam 1.30pm.


Ada tempat parking khas kat area perkampungan sebelah Taman Negara ni. Saya park kereta kat sini. Ada bayaran, RM10 utk 1 hari. So total parking hari tu RM20. 

Saya check in di Mutiara Taman Negara. Mutiara Taman Negara ni satu-satunya hotel/tempat penginapan yang ada dalam kawasan Taman Negara. Lain-lain tu di area perkampungan sebelah Taman Negara, yg dipisahkan oleh sungai Hulu Tembeling je. 



So untuk sampai ke Mutiara Taman Negara tu, kena naik bot kat jeti ni. Nampak tak atap banyak-banyak kat seberang sungai tu? Haa tu la Mutiara Taman Negara. Untuk naik bot ke Taman Negara tu, RM1/way. Kat area jeti ni jugak ada beberapa restoren terapung. Jangan risau, banyak je pilihan makanan & kedai runcit kat area kampung ni. 

Dah sampai Taman Negara, tak sah kalau tak ambik gambar kat sini kan. HEHE

Ni waktu check in kat Mutiara Taman Negara. Staff bagi air asam jawa sejuk & kain basah. Memang perlu sangat. Berpeluh gak nak jalan dari tempat parking nak sampai ke bilik!


Untuk view bilik, boleh tengok link ni untuk video room tour : 

Aktiviti kat Taman Negara mula malam. So sepanjang waktu sampai tu, aktiviti sendiri. Saya ambik peluang buatkan permit terus, since kaunter buat permit masuk Taman Negara kat dalam kawasan Mutiara Taman Negara ni jugak.


yang penting produk Herbalife tetap ada dibawak bersama k! 

Night Walk 


Aktivity night walk kat dalam trek hutan bermula jam 8.45pm camtu. Kami meet up dengan guide (Din) kat Lobby hotel je. Everything went well alhamdulillah. Boleh kenal haiwan, boleh kenal jenis tumbuhan waktu malam, boleh experience masuk hutan waktu malam camtu, walaupun sejujurnya nervous jugak takut la tiber ular lalu kat kaki ke, ada haiwan lompat kat atas kepala ke kan. Saya suka nature, tapi still takut (or geli?) haiwan 😆

Ulat gonggok terbesar di Malaysia. dalam gambar ni tak nampak besar sangat, tapi memang besar k! 

Night walk ni dalam 45minit camtu je. so ni la dia my chalet mate utk 3h2m sepanjang kat Taman Negara. 

HARI KEDUA : Lawatan ke Perkampungan Orang Asli, Boat Shooting & Jungle Trekking. 


Sepatutnya pagi tu bermula dengan jungle trekking & naik canopy walk, tapi sebab pagi tu hujan lebat, guide kitorang tukar plan. Pergi ke perkampungan orang asli & boat shooting waktu pagi, petang tu baru jungle trekking naik ke Bukit Terisek & tengok kat canopy walk. Tapi takde rezeki pulak nak naik ke Canopy walk tu. Canopy walk ditutup atas faktor safety, sebab hujan lebat hari tu. Sedih la jugak snanye, sebab dah datang jauh-jauh, takde rezeki nak naik canopy walk. Tapi Din ada bagitau, kalau esoknya tak hujan, boleh je naik. 

Lawatan ke Perkampungan Orang Asli & Boat Shooting


Waktu ni tengah tunggu bot sampai. 

 pagi-pagi naik bot bermandi hujan, kena pulak simbah dengan air sungai waktu kat atas bot. Sejuk sampai menggigil tapi fun!

First stop naik boat ni, tour guide kami, Din bawak ke perkampungan orang Asli dulu. Kat sana belajar cara hidupkan api manual guna buluh, menyumpit, dengar kisah dan salasilah orang asli. Boleh la bawak makanan ringan ke, hadiah simple-simple untuk anak-anak orang asli ni.

Lepas lawatan ke kampung orang Asli ni, tour guide bawak untuk activity boat shooting. Memang basah kat atas bot je sampai tertelan air. Dah takpayah mandi sungai dah 😂

Lepas bot shooting, mintak boatman drop ke restoren terapung untuk lunch. Aktiviti jungle trekking sambung waktu petang pulak. Anggaran makanan dalam RM10-15 sorg, bergantung pada order masing-masing.



Ni makanan yang kami order untuk 4 orang. ikan sweet sour tu ada 3 ekor.  Total RM88. 

Jungle Trekking ke Bukit Terisek


Lepas dah rehat dan solat zohor lepas lunch tu, aktiviti bersambung ke Jungle Trekking pulak. Should be sekali dgn Canopy Walk, tapi Canopy walk pulak tutup. Tapiii jungle trekking tu memang semput jugak la! Make sure bawak choc untuk energy, dan air kosong untuk body hydration k. 

Kat puncak Bukit Terisek skali dengan tour guide. Belakang tu background beberapa gunung, tak pasti termasuk Gunung Tahan ke tak. 

On the way turun dari Bukit Terisek ke bilik, Din bawak ke tempat Canopy Walk. Tak dapat naik, dapat tengok dari luar pun jadi la. Sob sob. 

Entrance Canopy Walk. Kalau pintu ni berkunci, maksudnya tutup la tu.  Kalau buka, ada staff Perhilitan yang jaga kaunter kat bawah khemah untuk tiket. 

Singgah kejap je kat Canopy Walk ni. Lepas tu terus turun & guide hantar ke bilik terus. Oh ye, tour guide memang pick up & hantar terus ke area bilik ye. Rasa selamat la jugak sebab monyet banyak. like BANYAK SANGAT! Maka berakhirlah activity pakej yang kami ambik tu. Malam tu aktiviti sendiri, esoknya waktu hari ketiga pun aktiviti sendiri. 


HARI KETIGA : Aktiviti sendiri, naik Canopy Walk!


Hari ketiga ni dah aktiviti sendiri. Since malam semalamnya dan pagi hari ketiga ni tak hujan, maka kami terus ke Canopy Walk sebaik sahaja lepas breakfast. Alhamdulillah ada rezeki jugak naik canopy walk ni! Rasa tak lengkap pergi ke Taman Negara tapi tak naik Canopy Walk. 
Tiket masuk ke Canopy Walk : RM5 per person. 

Kat Canopy Walk exit. Air dalam botol tu Teamix + Herbalife Aloe tau.

Canopy Walk Taman Negara, checked. 

Dah selesai semua, turun ke bilik dan bersiap untuk checkout. 


Maka berakhirlah short getaway kami. One of best memories created. Memasing keluar perangai gila-gila eh HAHAHA. 

Kos Keseluruhan Ke Taman Negara Pahang


So cost saya dan kawan-kawan ke Taman Negara Pahang baru-baru ni:
Bilik book di Mutiara Taman Negara, through Agoda (termasuk breakfast and dinner for 4 person) : RM1481.40
Pakej tour guide (pakej DIY sebab exclude bilik) : RM160/pax.

Total cost per pax : RM530.

Cost ni tidak termasuk permit masuk ke Taman Negara dan permit camera.
Permit masuk ke Taman Negara : RM1 per person
Permit camera (tak kisah camera biasa atau phone) : RM5 per camera.
Makan sendiri. Waktu lunch je sebab breakfast & dinner dah kat hotel.

Kos lain-lain
Parking : RM10 sehari.
Bot dari jeti perkampungan ke Taman Negara : RM1 sehala.


Tentang Pakej Tour Guide, saya ambik pakej 3Hari 2malam dengan TamanNegara4u . Boleh klik link ni : http://www.tamannegara4u.com

Atau boleh contact agent terus, En Joe 0175223518.

Kat sana nanti ada tour guide yang bertugas untuk bawak korang. Boleh request Din (guide yang bawak kitorang hari tu), sempoi je tak kekok, sangat membantu. Guide pick up dan drop kat depan bilik terus. 10 years experience guide orang masuk Taman Negara.


TIPS KE TAMAN NEGARA UNTUK YANG PERTAMA KALI


Kat Taman Negara ada banyak aktiviti sebenarnya. Tapi yang paling asas macam apa yang kitorg buat. Dah ok sangat untuk yang memang nak bercuti sambil nak menikmati alam semulajadi. Ada yang lagi mencabar untuk yang suka nak masuk gua, stay kat gua, etc.

1. Survey apa anda nak.

2. Perjalanan dari simpang nak masuk ke Taman Negara tu ambik masa lebih kurang 1 jam. Jalan dia pulak berbukit macam nak pegi Cameron, cuma takde la berpusing-pusing macam tu. Cuma kalau ada yang tak tahan, mungkin mabuk. Macam saya 😂. So kalau jenis yang tak tahan mabuk jalan camtu, boleh la makan ubat tahan mabuk.

3. Makanan banyak kat sana, so tak perlu risau.

4. Kalau stay kat Mutiara Taman Negara, monyet banyak sangat. So elakkan bawak makanan sambil jalan menuju ke bilik. Kalau tak, memang kenduri la monyet tu datang ramai-ramai nak rebut makanan. Elakkan feed haiwan dengan makanan korang tau.

5. Pastikan bawak cash cukup. Takde mesin atm kat sana.


Rasanya tu je la tips untuk first timer. Lain-lain tu macam biasa la travel memana pun. Hehe.


========================================================================

Ok done share tentang trip Taman Negara Pahang baru-baru ni.

For more pictures, boleh tengok kat album Facebook saya ni:
https://www.facebook.com/fatin.syahirah.142/media_set?set=a.3111896135499273&type=3


Yang paling best, keinginan nak pergi ke Taman Negara ni dari zaman sekolah lagi. Akhirnya dapat jugak jejakkan kaki ke sana dalam tahun 2020 ni 😍

Personally sebagai rakyat Malaysia, rasa macam sayang pulak kalau tak pergi sana, hutan tertua. Pelancong luar negara punya appreciate hutan kita, kita seharusnya kena lagi appreciate! Hehe

Akhir kata, kalau nak pergi Taman Negara, boleh cari kat TamanNegara4u ni. 

Kalau nak kurus dengan Herbalife SuriKurus coaching, 100% ONLINE, MUDAH DAN BERKESAN, boleh whatsapp saya terus di 0193709753 k! 


ENJOY YOUR TRIP!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan