Jumaat, 29 November 2013

Untitled. :)

Bismillah. 

Dah lama rasanya tak update belog. Kalau dulu, sokmo update sebab rasanya dah memang hobi. Katanya blogger. Dulu kala, dalam waktu aku rasa hidup ni kadang bosan, kadang tiada arah tuju, tiada impian besar. Alamdulillah rupanya setiap kesusahan, kekecewaan yang dilalui dulu ada banyaakkk hikmah. 

So kisahnya, hari tu aku korek semua entry blog ni, semata-mata nak cari gambar lama. Sebab semua gambar lama ada dalam laptop lama yang mana kini dah rosak. Aku nak amik hard disc dia pun, laptop tu dan beberapa barang lain ada kat rumah my business partner kat Jeli, tak amik lagi. Bila time driving je (most of the time), ada sokmo ilham nak update life kat sini. Macam diari la konon. BIasanya waktu tu tengah keje. Dan sebab drive pun sorang-sorang, maka tahap ke-berangan-an dan koya tu lagi tinggi. Tapi lagi tinggi tahap aku berfikir waktu tu. Cuma kontra nya, sebab aku terlalu fokus berfikir, kadang boleh mengundang bahaya saat bawak kereta tu. huhu. 

Eh berbalik pada kisah korek entry lama, maka terjumpa luahan hati kat bawah ni. Aku lupa bila dan sebab apa terbitnya ilham ni Allah kasi. Rasanya time heart broken dulu kot. Ke pasal life bila ni. Serius tak ingat. Tapi tak kisahlah sebab dah lepas pun. Keep growing, and keep moving forward. Nak dapat suami soleh, aku yang kena jadi solehah dulu. Nak kawennn. haha *tetiba*. Dan tetiba rasa macam luahan ni terkesan dengan situasi aku lately. 

pada suatu ketika
di mana kau mengenang akan nasib diri
yang mana saat kau mengenang soal hidupmu, masa lampaumu
lalu hadir keluhan dalam hatimu, benakmu
mengapa aku wahai Tuhan?

lalu ketika itu
usahlah kau terus mengenang akan masa lalu
kiranya ia membuat kau terus bersedih,
andainya ia terus buat kau makin tersisih,
lalu hati terpagut resah.
sampai bila harus terus dibelenggu rasa itu?
sampai bila harus dikurungi diri dengan fikiran dan resah itu?
sampai bila?

maka saat itu,
titiplah pengajaran atas apa yang berlaku,
kenanglah ia sebagai titik tolak untuk kau teruskan perjuangan dalam hidup,
kenanglah ia sebagai langkah untuk kau perbaiki akan kesilapan yang lalu,
kenanglah ia sebagai buku untuk kau jadikan ia memori dalam hidupmu,
agar suatu hari nanti saat kau bangun,
kau akan kenang saat jatuh peritmu supaya tiada bongkak hadir dalam diri.

juga pada detik itu,
usahlah kau kenang akan malang nasibmu,
kerana harus kau ingat,
ada yang lebih malang darimu,
ada yang lebih sakit pedih jatuh darimu,
tapi mereka tetap kuat untuk bangun bendiri.

dan ingatlah jua,
atas setiap apa yang berlaku itu,
ada musababnya,
ada hikmahnya,
ada rahsianya,
maka dikau,
bangun lah,
capailah impianmu, rasai segala nikmat yang ada,
agar kau akan terus bangkit.

dan jangan kau sesekali lupa,
Dia, Allah yang Esa,
sentiasa ada.

:')

Pokoknya, pada Allah kita pohon dan serahkan segalanya. Moga Allah redho setiap usaha kita. Moga jadi lebih baik dari hari semalam. Dan istiqomah, insyaAllah. 


Jangan bersedih, Allah bersama kita.
Bangkit! :) 

ok tu je bai.



have you had your shake today? *sempat lagii hihih*


Tiada ulasan:

Catat Ulasan