Jumaat, 29 November 2013

Untitled. :)

Bismillah. 

Dah lama rasanya tak update belog. Kalau dulu, sokmo update sebab rasanya dah memang hobi. Katanya blogger. Dulu kala, dalam waktu aku rasa hidup ni kadang bosan, kadang tiada arah tuju, tiada impian besar. Alamdulillah rupanya setiap kesusahan, kekecewaan yang dilalui dulu ada banyaakkk hikmah. 

So kisahnya, hari tu aku korek semua entry blog ni, semata-mata nak cari gambar lama. Sebab semua gambar lama ada dalam laptop lama yang mana kini dah rosak. Aku nak amik hard disc dia pun, laptop tu dan beberapa barang lain ada kat rumah my business partner kat Jeli, tak amik lagi. Bila time driving je (most of the time), ada sokmo ilham nak update life kat sini. Macam diari la konon. BIasanya waktu tu tengah keje. Dan sebab drive pun sorang-sorang, maka tahap ke-berangan-an dan koya tu lagi tinggi. Tapi lagi tinggi tahap aku berfikir waktu tu. Cuma kontra nya, sebab aku terlalu fokus berfikir, kadang boleh mengundang bahaya saat bawak kereta tu. huhu. 

Eh berbalik pada kisah korek entry lama, maka terjumpa luahan hati kat bawah ni. Aku lupa bila dan sebab apa terbitnya ilham ni Allah kasi. Rasanya time heart broken dulu kot. Ke pasal life bila ni. Serius tak ingat. Tapi tak kisahlah sebab dah lepas pun. Keep growing, and keep moving forward. Nak dapat suami soleh, aku yang kena jadi solehah dulu. Nak kawennn. haha *tetiba*. Dan tetiba rasa macam luahan ni terkesan dengan situasi aku lately. 

pada suatu ketika
di mana kau mengenang akan nasib diri
yang mana saat kau mengenang soal hidupmu, masa lampaumu
lalu hadir keluhan dalam hatimu, benakmu
mengapa aku wahai Tuhan?

lalu ketika itu
usahlah kau terus mengenang akan masa lalu
kiranya ia membuat kau terus bersedih,
andainya ia terus buat kau makin tersisih,
lalu hati terpagut resah.
sampai bila harus terus dibelenggu rasa itu?
sampai bila harus dikurungi diri dengan fikiran dan resah itu?
sampai bila?

maka saat itu,
titiplah pengajaran atas apa yang berlaku,
kenanglah ia sebagai titik tolak untuk kau teruskan perjuangan dalam hidup,
kenanglah ia sebagai langkah untuk kau perbaiki akan kesilapan yang lalu,
kenanglah ia sebagai buku untuk kau jadikan ia memori dalam hidupmu,
agar suatu hari nanti saat kau bangun,
kau akan kenang saat jatuh peritmu supaya tiada bongkak hadir dalam diri.

juga pada detik itu,
usahlah kau kenang akan malang nasibmu,
kerana harus kau ingat,
ada yang lebih malang darimu,
ada yang lebih sakit pedih jatuh darimu,
tapi mereka tetap kuat untuk bangun bendiri.

dan ingatlah jua,
atas setiap apa yang berlaku itu,
ada musababnya,
ada hikmahnya,
ada rahsianya,
maka dikau,
bangun lah,
capailah impianmu, rasai segala nikmat yang ada,
agar kau akan terus bangkit.

dan jangan kau sesekali lupa,
Dia, Allah yang Esa,
sentiasa ada.

:')

Pokoknya, pada Allah kita pohon dan serahkan segalanya. Moga Allah redho setiap usaha kita. Moga jadi lebih baik dari hari semalam. Dan istiqomah, insyaAllah. 


Jangan bersedih, Allah bersama kita.
Bangkit! :) 

ok tu je bai.



have you had your shake today? *sempat lagii hihih*


Sabtu, 2 November 2013

Setelah 4tahun.. :)

Bismillah.

Cepatnya masa berlalu, sehingga ke hari ini, masuknya bulan November. Maka tinggal lagi sebulan, maka cukuplah tahun 2013, beransur pula kita ke tahun baru 2014. Apakah kita masih orang yang sama sehingga ke tahun-tahun berikutnya, ataupun berdikit-dikit kita menjadi lebih baik?

Seriously aku nervous gila nak masuk tahun baru, sebab there's still dreams that I wanna achieve within this year. Moga Allah permudahkan segalanya, insyaAllah. How's yours btw? :)

October seems like bulan yang bagi macam-macam rasa kat aku. But mostly alhamdulillah happy. October aku ke Bangkok (lagi) for Herbalife leadership training called AWT University. Walaupun kali ni aku tak qualify and duduk luar hall, aku dapat something dengan izin Allah which makes me keep thinking and working in improving myself even more. :)

Daannn, October tu jugak bererti tamatnya perjalanan aku di UMK. I'm now officially graduated from Universiti Malaysia Kelantan alhadulillah! Talking about UMK, there's sooo much yang aku lalui, which are both sweet and bitter. Semuanya. From the lowest point of my life (so far) and also my turning point (where I met herbalife). Segala puji bagi Allah, dengan izinNya setiap apa yang berlaku maka tiada yang sia-sia. :')

 vs

Gambar kat atas ni macam dulu kini selamanya dengan Ana plak. Hahah
After 4tahun, moga ukhuwah terjalin hingga ke syurga. :')