Khamis, 7 April 2011

Resipi: mi goreng tomyam special, khusus untuk yang tinggal di hostel.

salah satu cara untuk hilangkan bosan asyik makan yang sama kat luar, dan juga pening fikir nak order apa setiap kali keluar makan sebab semua dah bosan, dan juga tak lupa juga sebab yang paling penting yang mana biasanya berlaku tiap kali hujung sem, POKAI, adalah dengan cara;

1. makan roti sahaja untuk seminggu. satu bingkus roti untuk satu minggu. 
2. makan biskut sahaja untuk seminggu. satu bungkus besar biskut untuk satu minggu. 

tapi sebenarnya bukan itu yang ingin disampaikan, silap-silap hari bulan boleh terkena gastrik pula. 

ini ada penyelesainnya! (haha, ok dah boleh masuk iklan sekarang. :P)
tak susah, asalkan rajin dan bersemangat. itu yang penting. mudah sahaja, tak susah. 

cari kawan-kawan yang juga ingin berjimat, kumpul duit untuk menghasilkan ini;

dah half makan, baru nak snap gambar. 
sedap sangat sampai terlupa nak snap awal-awal. :P

dalam ni memang lah nampak macam kurang berselera. bukan DiSeLaR kata.. kamera hp cabuk biasa je. tapi itu tak penting, yang penting sedap. dan daripada kau makan megi yang susah nak hadam, baik makan mi kan? dan yang penting, kos tak mahal pun. ni share 4 orang pun just bayar rm2.80 je sorang. kenyang tu tak payah cakap lah, 2 kali makan pun rasa macam tak luak. dari petang, sampai malam baru habis. jimat gila sebab banyak banyak banyak! tapi sila pastikan kau ada cooker. itu yang penting. kalau tak, celah mana nak masakkan. errrr. 

dipendekkan cerita, ini dia bahan-bahannya;

1. satu bungkus mee kuning.
2. bawang merah, bawang putih.
3. satu perencah tomyam adabi.
4. garam, cili boh, secukup rasa (suka hati kau lah yang kau rasa sedap.)
5. bebola/sosej/isi keta/suka hati

cara buat:
1. tumis bawang macam biasa agak-agak sampai dah naik bau.
2. letakkan cili boh dan perencah tomyam. biar kan je sampai dah rasa masak sikit. 
3. letakkan bebola/cucuk-cucuk thingy tu sampai empuk sikit. masukkan lah air sikit supaya tak kering sangat.
4. last but not least, masukkan mee dan secukup rasa. 

kacau sampai rata. tak lama lepas tu. siap.
tapi serius, rasa macam berbaloi. 
sebab;

1. kadang-kadang makan kat kedai rasa tak cukup nak-nak time lapar. 
2. kadang-kadang hangin jugak sebab pergi kedai tunggu punyaa lah lama tapi dapat order salah.
3. kadang-kadang rasa teraniaya sebab kejap kejap harga makanan kat kedai tu murah, kejap kejap mahal. padahal makanan yang sama je punnnnnn. 
4. kadang-kadang malas nak keluar cari makanan. itu yang penting.

eh, rasanya masakan tadi dah siap. 

jom makan!

untuk orang yang terer masak, mungkin mi goreng tak semenggah ni nampak tak menyelerakan. atau mungkin jugak salah gambar ni sebab nampak tak menyelerakan. tapi untuk orang yang sedang pokai macam aku di hujung sem, yang cepat bosan nak makan apa, yang konon nak jimat masa untuk study so tak nak keluar makan, ini sangaaaat sedap. dan for sure lah benda alah mi goreng ni sangat menyelerakan dekat hostel, kalau dekat rumah, tiada apa yang lebih menyelerakan selain masakan ibu. :')

sekali makan rasa mi goreng tomyam, dua kali makan rasa nak tambah lagi. :P

tulat dah start exam week. 
mintak-mintak dapat jawab dengan baik. amiin.. :)


pssst : tak nak minum nescafe lagi!


1 ulasan: