Selasa, 12 November 2019

Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang ke Negeri Pahang untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak

Bismillah.

It's my 1st time experience that I participated & invited to event as blogger, and it's from Ayam Brand. Sebenarnya event ni bulan lepas, tapi hari ni baru post tentang hari kejadian. #latepost 😅

Tema Suku-suku Separuh


Kempen Penyayang Komuniti Ayam Brand™ 2019 Bawa Mesej Nutrisi Seimbang Ke Negeri Pahang untuk Menangani Masalah Obesiti dalam Kalangan Kanak-Kanak
Menyokong Empat Buah Rumah Kebajikan Kanak-kanak dengan 50,040 Hidangan Sihat



Adakah hidangan terakhir anda ialah sepinggan 3S makanan Malaysia yang Sihat? 3S adalah singkatan kepada Suku-suku Separuh. Suku-suku Separuh menggalakkan pembahagian makanan di atas pinggan melibatkan suku protein, suku karbohidrat kompleks serta separuh buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pinggan Sihat 3S Malaysia mungkin kedengaran asing bagi kebanyakan daripada kita, lantas menjadi punca kepada epidemik obesiti dalam kalangan golongan dewasa serta kanak-kanak. Menurut Laporan Menangani Obesiti di ASEAN oleh Unit Risikan Ekonomi, kadar obesiti di Malaysia adalah 13.3% iaitu tertinggi dalam Asia Tenggara. Malaysia juga merupakan antara tiga negara peneraju di Asia yang mempunyai peratusan tinggi, iaitu 11.5% kanak-kanak obes berusia enam bulan hingga 12 tahun.   

Ayam Brand™, jenama tempatan yang terkenal dengan rangkaian makanan dalam tin berkualiti tinggi, tanpa bahan pengawet, tiada MSG tambahan, sihat dan mudah. Jenama ini berusaha untuk menangani isu besar iaitu masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia dengan memperkenalkan konsep Pinggan Sihat 3S Malaysia ke dalam program Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR) yang akan dijalankan. Tahun ini, Ayam Brand berjaya mengembangkan program CSR kepada murid-murid sekolah rendah. 

Tema kempen pada tahun ini ialah ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’. Kempen ini bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak dari 10 buah negeri dengan maklumat untuk mengenal pasti pilihan makanan yang sihat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran dalam menyediakan hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia. Program ini terbuka kepada kanak-kanak berusia lapan tahun dan ke atas. 


Di Pahang, seramai 32 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, Pertubuhan Anak Yatim dan Kebajikan Nurul Izzah, Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom, Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Sekolah Kebangsaan Assunta Convent, SJK (C) Chung Ching 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau dan Sekolah Kebangsaan Kempadang mengambil bahagian dalam kempen ‘Ayam Brand™ Community Care Campaign 2019, Get Healthy Malaysia, Start Now’ yang mencabar dan menyeronokkan ini. 

Acara ini dimulakan dengan pengenalan interaktif mengenai konsep #sukusukuseparuh. Diikuti oleh pembahagian kepada lapan pasukan yang terdiri daripada empat orang kanak-kanak untuk menyediakan hidangan berdasarkan prinsip 3S. Mereka perlu menyiapkan hidangan dalam masa 30 minit dengan bantuan daripada orang dewasa dan menggunakan resepi yang disarankan oleh pakar. 
Sepanjang pertandingan penyediaan makanan menggunakan produk Ayam Brand berlangsung.

Pelajar sekolah menggunakan kreativiti dalam menyediakan makanan mengikut tema. 

Sementara menunggu hidangan Pinggan Sihat 3S Malaysia dinilai, kanak-kanak itu kemudian dicabar dengan permainan yang memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk mengingat apa yang telah dipelajari tentang nutrisi yang baik. 




Menurut Pengurus Pemasaran Ayam Brand™, Nathan Deverre, kempen yang kini sudah memasuki tahun ke-12 telah menyumbang 1.76 juta hidangan sihat bagi tujuan kebajikan, menyediakan makanan berkhasiat kepada lebih 20,000 orang dari 482 buah rumah kebajikan dan NGO. 

“Sebagai peneraju dalam industri makanan di Malaysia selama lebih 100 tahun, Ayam Brand™ sangat bimbang dengan penularan masalah obesiti di negara ini dan ingin tampil ke hadapan untuk memberi bantuan. Bermula dengan kanak-kanak kerana mereka merupakan golongan yang paling mudah diajar dan didekati. Kami membangunkan program Get Healthy Malaysia, Start Now dengan harapan agar dapat membantu mengurangkan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak, menerusi pemberian pengetahuan serta kemahiran untuk memilih, membuat dan menyediakan makanan yang lebih berkhasiat,” kata Nathan Deverre. 

“Kami telah menjalankan kempen CSR selama 12 tahun. Sudah tiba masanya untuk kami mengembangkannya demi memberi manfaat kepada lebih ramai kanak-kanak dengan menyampaikan mesej 3S melalui cara yang lebih mudah difahami. Di samping tip-tip yang dapat peserta manfaatkan di rumah, mereka juga dapat berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan ahli keluarga,” katanya lagi. 

“Hari ini saya belajar bahawa saya perlu makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan protein. Selain perlu mengurangkan pengambilan nasi dan roti yang saya sangat gemari. Makanan yang saya buat hari ini cukup sedap dan sihat. Saya akan cuba untuk makan hidangan yang seimbang setiap hari untuk jadi lebih sihat dan akan lebih banyak bersenam,” kata salah seorang peserta. 

Ayam Brand™ membawakan kempen ini secara dalam talian dan menghebahkannya menerusi media sosial dengan pengaktifan peraduan Show Us Your Healthy Plate, selain berkongsi kemas kini program secara langsung. 

Empat buah rumah kebajikan akan menerima bekalan produk Ayam Brand™ selama dua bulan yang bersamaan dengan 50,040 hidangan sihat untuk 278 orang penghuni.





“Ayam Brand™ telah menyokong NGO selama bertahun-tahun, rumah-rumah kebajikan sentiasa ingin dipilih kerana sumbangan produk mereka dilihat penting terutama ketika kekurangan sumbangan dari orang awam. Terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana konsisten dalam mengambil berat terhadap komuniti,” kata wakil dari Rumah Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsom.

Mahu membantu komuniti di negeri anda? Sila layari Ayam Brand™ e-charity di https://www.ayambrand.com.my/e-charity.html dan beli produk Ayam Brand untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan pilihan. Ayam Brand™ e-charity menawarkan potongan sebanyak 15% daripada harga runcit dan perkhidmatan penghantaran percuma untuk memudahkan dan menjadikan Malaysia yang lebih sihat, Mulakan Sekarang.  

Tentang Ayam Brand

Ayam Brand merupakan rangkaian produk di Malaysia dan Asia selama 127 tahun yang terkenal dengan makanan bertin yang berkualiti dan sihat serta tidak mengandungi pengawet dan MSG tambahan. Produk Ayam Brand diproses di fasiliti yang professional yang mendapat pengiktirafan tertinggi di peringkat antarabangsa dan telah memperoleh sijil yang diiktiraf dunia (HACCP, ISO 9001) serta dijamin Halal. Untuk tahun keempat berturut-turut daripada 2013 hingga 2016, Ayam Brand merupakan salah satu peneraju sebagai pilihan utama rakyat Malaysia dalam lingkungan jenama FMCG, menurut Kajian Jejak Jenama Kantar Worldpanel.

Untuk sebarang maklumat lanjut tentang Ayam Brand, sila layari www.ayambrand.com.my atau  https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia

Khamis, 22 Ogos 2019

Cara Turun 30KG Tanpa Berlapar

"Kurus 30kg dalam sebulan."
"Kurus 10kg dalam seminggu."
"Kurus 20kg dalam sebulan."

Ni antara yang ramai orang cari. To lose weight fast is okay. But how fast is fast? Apa pun, kena tahu selaju mana pun turun berat, TAKDE CARA YANG SIHAT TURUN 10KG SEMINGGU, APATAH LAGI 20-30KG SEBULAN. 

Nak turun laju sekalipun, jangan sampai abaikan kesihatan diri k. Tahu tak, penurunan berat yang sihat adalah estimated dalam lingkungan 0.5-1kg seminggu. so bila nak kurus & turun berat, always make sure bila nak turun berat tu, berdasarkan fakta & knowledge. Bukan ikut-ikutan je sebab tengok orang kurus k. 😘

Kurus 30kg dengan Suri Kurus Online Coaching


Untuk turun 5-30kg, memerlukan guideline & mealplan yang berbeza mengikut keperluan individu. Secara asasnya, orang yang perlu turun 30kg boleh makan lebih banyak berbanding orang yang nak turun 5kg. Dan bila anda kurus under coaching program saya, saya akan sediakan personalised mealplan mengikut keperluan badan setiap individu.  Apa pun, insyaAllah anda #pastikurus tanpa berlapar dengan Herbalife SuriKurus coaching.

*Produk tidak bertujuan untuk mencegah/mengubati apa-apa penyakit*

Cara & Tips Turun 30kg dengan Suri Kurus Online Coaching


#1 : Pastikan anda mulakan produk Herbalife anda dengan Herbalife Coach. Kenapa pentingnya coach?


Saya sebagai coach akan sediakan guideline & mealplan khas ikut keperluan setiap individu. Untuk pengetahuan anda, keperluan badan setiap orang berbeza & mungkin berbeza walaupun nak turun 30kg yang sama.

Sebagai contoh,
Individu A nak turun 30kg, dengan ketinggian 155cm.
Individu B nak turun 30kg, dengan ketinggian 165cm dan bersenam.

Walaupun kedua individu di atas perlu turun 30kg yang sama, mealplan, keperluan badan & guideline keduanya adalah BERBEZA.

Dan sebagai Herbalife coach, saya sediakan mealplan yang berbeza mengikut keperluan keduanya. Tapi keduanya tetap boleh turun berat dalam keadaan yang sama, tetap tanpa berlapar, mudah dan berkesan.

#2 : Elakkan berlapar & jangan biarkan diri berlapar


Makan terlalu kurang & berlapar bukan lah jalan yang sihat untuk turun berat. Tahukah anda, apabila anda biarkan diri berlapar, badan anda kehilangan otot lebih banyak berbanding lemak? Dan kesan jangka masa panjang dari tu, berat anda senang naik, rebound & yo-yo. Makan sikit je, tapi berat cepat mengembang & menggemuk.

Tapi jangan risau! Dengan Suri Kurus Coaching bersama saya, anda boleh turun berat dan kekalkan penurunan berat badan dengan lebih mudah. Dah tentu anda nak kekal kurus sampai bila-bila once dah ideal nanti kan? Kuncinya adalah makan dengan lebih sihat, seimbang dan betul!



Ni antara menu client saya yang turun 31kg dengan menggunakan Herbalife di bawah coaching saya.
Beli kat kedai je.
Boleh makan nasi putih & ikan goreng
Tak wajib eat clean
yang penting boleh ambil sambal belacan sekali 😋

MUDAH kan?

#3 : Anda tidak perlukan semua produk Herbalife untuk turun 30kg 


Untuk turun berat berkesan dengan Herbalife adalah dengan mealplan & guideline yang betul dari Coach Herbalife yang komited. Untuk pengetahuan anda, anda tetap boleh kurus walau hanya dengan penggunaan produk Formula 1 Herbalife sahaja! Tentang penggunaan dan pemilihan produk Herbalife Malaysia untuk kurus ni, anda boleh pilih ikut kesesuaian budget. Yang penting tetap menjimatkan, memudahkan & pasti kurus dengan Suri Kurus Coaching.


Testimoni Clients yang dah Turun 30KG ke atas dengan Suri Kurus Online Coaching. 


1. Kak Sue, turun 37.3kg (https://www.facebook.com/harison.abdullah.961)
Mak anak 2.
Surirumah.
Berusia lewat 40an.
Makan nasi setiap hari.
Tidak consistent exercise. Mula exercise selepas dah turun 30kg untuk challenge diri mula exercise.
Lokasi : Petaling Jaya, Selangor

*Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu*

2. Kak Marjan, turun 33kg (https://www.facebook.com/marjan.zakaria)
Working mom & homebaker.
Makan nasi setiap hari.
Tak konsisten exercise.
No strict diet.
Lokasi: Johor Bharu, Johor

*Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu*

3. CikPah, turun 31kg (https://www.facebook.com/cikpahherbalifecoach)
Working mom
Tak masak. Makan lunch kat kedai on weekdays
Exercise hanya bila berkesempatan
Lokasi : Dungun, Terengganu.

*Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu*


4. Natylia, turun 30kg (https://www.facebook.com/profile.php?id=100009529157065)
Exercise beberapa kali seminggu
Kurus tanpa berlapar
Lokasi : Ipoh, Perak

*Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu*

*Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu*

Semua di atas ni antara clients saya yang dah turun 30kg ke atas adalah di bawah coaching saya.

Mealplan & tempoh penurunan masing-masing berbeza. Yang penting ada beberapa persamaan;

1. Kurus tanpa berlapar
2. Kurus walaupun tak exercise sangat.
3. Makan nasi setiap hari & kurus tanpa berlapar.
4. Turun 30kg & suka makan!
5. Tanpa alami plateau/berat stagnant, relax & enjoy je ikut mealplan!



SURI KURUS ONLINE COACHING 
TERBUKTI MUDAH & BERKESAN! 

Whatsapp : 0193709753






Isnin, 5 Ogos 2019

Harga Pakej Herbalife

Produk Herbalife ada banyak, tapi yang mana paling sesuai untuk pengurusan berat badan? Produk mana yang paling penting untuk manage berat dengan berkesan menggunakan produk Herbalife?
Sekiranya belum ada Coach dan berminat nak mulakan program Herbalife, boleh whatsapp di 0193709753.

*Produk tidak bertujuan untuk mencegah/megubati apa-apa penyakit*

Produk Herbalife untuk Weight Management 


Yes, Herbalife ada banyak jenis dan kategori produk. Ada Formula 1, ada teamix, Concentrated aloe, TC Formula, Omega 3 Fish Oil, dan banyak lagi. Tapi tahukah anda, anda tak perlukan semua produk Herbalife untuk turun berat? Hanya dengan Formula 1 sahaja pun, anda boleh dapat hasil yg terbaik.

Untuk penggunaan yang berkesan guna produk Herbalife ni bukanlah bergantung kepada seberapa banyak produk Herbalife yang anda guna, tapi dengan GUIDELINE, MEALPLAN & COACHING yang betul.

Dan untuk tahu sama ada mealplan anda guna Herbalife betul ataupun tidak adalah ditentukan oleh COACH HERBALIFE, tidak boleh di sama ratakan dengan semua orang, sbb keperluan badan setiap orang berbeza-beza. So berapa banyak yang setiap individu perlu makan dalam setiap hari pun berbeza-beza. Tapi dalam perbezaan ni, semua orang tetap boleh kurus dengan MUDAH & BERKESAN bersama penggunaan produk Herbalife dan Suri Kurus Coaching. Sebab tu, pastikan anda dapatkan produk Herbalife dari Coach Herbalife untuk penggunaan produk Herbalife yang betul, jimat dan berkesan.


Pilihan Produk Herbalife 


Tentang pemilihan dan penggunaan produk Herbalife, secara asasnya mengikut keperluan setiap individu.

Ada beberapa pilihan pakej yang anda boleh buat untuk mula produk Herbalife dan pilihan tersebut boleh dibuat berdasarkan berapa budget anda. Yang pasti nya, dengan Coaching Herbalife saya, anda boleh dapat hasil yg terbaik dengan JIMAT, MUDAH & BERKESAN. Anda tak perlu belanjakan sehingga ribuan ringgit untuk bermula.

*Produk tidak bertujuan untuk mencegah/mengubati apa-apa penyakit*




PROGRAM KURUS 30 HARI 
START TODAY!
Instagram: @fatinsyaibrahim_hlf 



Klik sini tentang Program Kurus 30 Hari : 

https://fatinibrahim.blogspot.com/2016/10/program-turun-berat-badan-dengan.html








Jom realisasikan azam Kurus 2020 anda dengan SuriKurus ONLINE coaching 😍 Jarak bukan lagi halangan untuk anda turun berat dengan berkesan. Kini semua di hujung jari, termasuklah Program Kurus Herbalife SuriKurus coaching ni pun. Program terbukti MUDAH & BERKESAN! . Nak turun berapa kg dalam 2020 ni? Meh pm tepi & make it happen! ====================================== KURUS 30 HARI SURIKURUS ONLINE COACHING 📲0193709753 ✔️ Turun Berat 5-50kg ✔️ Group Coaching Wanita sahaja ✔️ Mealplan PERSONALIZE MUDAH ✔️ Coaching Group yang supportive ✔️ Kelas Kurus Online ✔️ Food Diary Checking, HomeWork ✔️ Recognitions and Reward ✔️ 100% ONLINE & EFFECTIVE 💯 turun berat bagi yg ikut guideline . . TENTANG PROGRAM KAMI ❌ Kurus Tanpa stress ❌ Tak wajib masak/eat clean ❌ Tak wajib bersenam ❌ Kurus Tanpa Berlapar 🍚 Boleh makan NASI setiap hari ✔️ Boleh makan masakan Melayu . . Start Now 📲0193709753 30 DAYS TRIAL AVAILABLE. ⚫️ Herbalife Coach ⚫️ ONLINE Weight Loss Coaching, MUDAH & BERKESAN #TeamSuriKurus #ProgramKurus30Hari #CoachKurusOnline #HerbalifeMalaysia #herbalifecoachmalaysia
A post shared by HERBALIFE COACH KURUS (@fatinsyaibrahim_hlf) on

Rabu, 3 Julai 2019

Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras, Kuala Nerus, Terengganu

Bismillah.

So 30 June 2019 baru-baru ni saya merasai pengalaman Paragliding buat kali pertama dalam hidup. Waktu mula-mula tu, tak payah kata la. Memang cuak habis! Dia punya cuak tu macam tak boleh bawak bincang. Malam tu dah berdebar-debar sampai tak boleh tidur sangat HAHAH. Waktu sebelum terbang & dah pakai tandem siap-siap tu pulak sampai gigil kaki. HAHAH lawak bila ingat balik.

Sebenarnya saya pun tak pasti apa yang saya nervous sangat. Saya takde lah sorang yang gayat sangat pun. I've experience parasailing, flying fox & zipline. Rasa biasa je. Tapi kali ni nervous betul. Atau sebenarnya excited? I don't know. Tapi the ending dia serious best, sampai rasa macam tak boleh nak move on lagi. Sampai macam tu skali tau 😂

Tandem Paragliding Bukit Maras, Terengganu


Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras



So macam mana saya tahu tentang Open Fly Paragliding ni? Sejujurnya saya pun tak sangka & terkejut ada paragliding kat Terengganu ni? SERIOUSLY?! (baca dalam nada terkejut tapi excited k.)
Being me yang suka sukan lasak, of course saya excited. Saya tahu ni sebab kebetulan ternampak kawan facebook saya share pasal article invitation Open Fun Fly Paragliding tu. Lepas baca & tengok tarikh, saya terus contact organizer untuk booking.

So ni serba sedikit details tentang Tandem Paragliding yang saya pergi hari tu;
Fee: RM150 (saya dengar hari tu ni promotional fee. Normal fee dalam RM200-250 macam tu. untuk confirmation boleh contact organizer). Boleh triplet fly, just incase nak bawak anak fly sama-sama, ada disediakan carrier & tambah RM50.
Fee termasuk: Equipment, fly bersama licensed pilot, action camera. Bagi saya harga dia berbaloi. 
Jarak terbang: Yang ni saya tak pasti, tapi tempoh berapa lama terbang tu dalam sekitar 5-10 minit, bergantung pada cuaca & keadaan angin. Doa la waktu korang pergi tu, berangin elok je, so boleh la fly lagi tinggi & lagi lama. Hehe
Organizer: En Anuar Ngah, 0122956302
FB Page : Bukit Maras Paragliding and Recreational Park (klik untuk direct link ke FB page)

My 1st Paragliding Experience


So pada hari kejadian, saya bertolak 2 jam awal dari rumah dan tiba di Bukit Maras ngam-ngam jam 12 tengah hari. Pagi tu we were informed yang start terbang jam 12 tengah hari sebab keadaan start berangin dan sesuai untuk terbang waktu tu. 

Setibanya di kaki bukit Bukit Maras, kami tunggu ada kenderaan pacuan 4 roda dari team organizer yang akan pick up peserta untuk naik ke puncak bukit. Saya ni nama je orang Terengganu, tapi tu adalah kali pertama saya jejakkan kaki ke Bukit Maras, padahal punya la famous bukit tu among rakyat Ganu. So bila sampai je kat puncak Bukit Maras, terpegun masyaAllah tengok view dari atas. CANTIK & menenangkan. Bayangkan kat atas dunia ni pun kita dah terpegun tengok keindahan ciptaan الله kat, apatah lagi di syurga. Huhu



Saya pergi hari tu, Ahad. Ahad orang tempatan dah start kerja. So alhamdulillah tak ramai sangat & tak lama sangat tunggu turn. Lagipun ramai pilot yang berpengalaman yang akan bawak korang terbang. 

So sementara menunggu, kita pekena teamix & aloe Herbalife dulu untuk tenaga dan body hydration. 
Dalam kurang dari 20 minit macam tu, tiba lah giliran saya untuk "terbang". Saya guna term terbang je lah ye. korang faham-faham sendiri k 😜



Waktu tunggu tu punya excited tak sabar-sabar nak sampai giliran saya. Tapi bila dah pakai bean bag dia ni, terus nervous sampai lutut gigil 😆



so masa ni dah start prepare. Crew yang bertugas start pegang payung semua. Since Open Fun Fly Paragliding hari tu 1st time dibuat dan ada penyertaan 10 buah negara lain kt Bukit Maras, ramai jugak pihak wartawan & radio datang. So merasa la sis di interview masuk radio RTM Terengganu. Pun boleh la hahah. 

Few minutes later, tiba la masanya yang ditunggu-tunggu, masa untuk terbang! 



Waktu ni kebetulan ada salah sorang team media dari harian metro ke RTM yang record. waktu nak terbang tu la kasut tertanggal sebelah! HAHAHA
"Lari! Lari! Jangan duduk!" dorang akan guide all the way dari nak mula fly tu. so kalau korang yang baru 1st time nak cuba, jangan risau k. It's exciting, trust me!

Saya ada post full version of video sepanjang saya terbang. yang dah edited. tapi tak boleh post kat sini pulak. Boleh refer kat IG Highlight saya ye, saya ada post dalam story highlight. 



"Best tak Paragliding tu? Apa yang best?"


Kalau tanya saya as a 1st timer ni & penggemar sukan lasak, of course best.
Apa yang best?
Perasaan seronok, boleh tengok view cantik yang subhanallah!
Bayangkan dia punya best tu kan. Awal-awal naik tu cuak, nervous semua ada. Bila dah terbang tu rasa taknak turun! Sampai rasa macam nak ambik lesen tau. Boleh la berangan sambil-sambil letak dalam bucket list. insyaAllah suatu hari nanti, i'll make it happen. 

Oh ye. Paragliding activity dekat Bukit Maras ni takde hari-hari. Dengar kata next Open Fly Paragliding Bukit Maras yg dibuka untuk orang awam ada bulan September 2019 pulak. Ni untuk Bukit Maras je la ye. Negeri lain ada je, tak silap saya ada di Kuala Kubu Bharu. Boleh search nanti k. ENJOY & HAVE FUN!! 

For more updates tentang Open Fun Fly Paragliding Bukit Maras, boleh follow; 


Tapi kalau nak kurus dengan Herbalife, boleh Whatsapp 0193709753. 
Follow Instagram @fatinsyaibrahim_hlf untuk latest update. 

Selasa, 19 Mac 2019

Review Mangala Resort & Spa, Gambang Pahang [Part 1]

Lepas Chinese New Year hari tu, tiba-tiba rasa macam nak buat short escape pergi mana-mana, untuk relax & santai. Lagi pulak tengok orang cuti. Kita yang kerja sendiri & work from home ni pun teringin nak bercuti. Tapi sabar jap, kita tunggu dan bagi chance orang lain cuti-cuti dulu, then dah habis musim cuti, jalan raya pun dah lengang sikit, baru kita pulak yg cuti. Hehe. Saje cari waktu weekdays & habis cuti, sebab tak nak ramai orang, nak santai-santai, me time dan alang-alang tu birthday retreat skali. Bonusnya, harga hotel lagi murah dari biasa hihi. (Siapa selalu buat camni jugak? Sep sikittt)

Sebelum decide untuk book kat Mangala Resort & Spa, saya snanye dah survey-survey untuk stay kat Hyatt Regency Kuantan Resort. Ada dalam seminggu jugak, duk survey & fikir-fikir. Punya la lama fikir kan 😂
Sampai la waktu tengah duk survey tu, kakak ipar saya bagitau, "Kenapa cari kat tepi pantai jugak? Kan dah memang duk kat pantai. Cari la kat tempat lain sikit."
Dalam hati saya waktu tu, "eh ye takye jugak."

Hence, long story short, tawakkal je lah book Mangala Resort & Spa. Antara sebab saya pilih Mangala Resort & Spa ni sebab;
- Bilik & view cantik
- Rating kat booking.com & Agoda pun tinggi.
- Harga pun within budget & hampir sama dgn Hyatt Regency Kuantan Resort, so pejam mata je lah book Mangala Resort & Spa ni.

Nak tahu tak? Since dari hari saya book tu, sampai la esoknya nak check in, hari-hari saya search pasal Mangala Resort & Spa ni. Baik kat google, kat Facebook, kat Instagram, semua saya search! HAHAH. Padahal dah bayar & takleh cancel booking tu. 😆 Perasaan waktu tu antara excited  nervous takut tak berbaloi bayar. Doa je lah mintak الله berkati.


1st Day di Mangala Resort & Spa


So dah tiba harinya. Macam hotel lain, check in kul3pm, check out 12pm. Perjalanan dari Paka ke Gambang thru highway dekat je dalam 1 jam 30 minit hingga 2 jam camtu. So kami gerak dari rumah dalam jam 1pm, alhamdulillah sampai ke Mangala Resort & Spa tu 10 minutes before check in.


Ni waktu check in. Staff yang akan attend kita kat meja, sambil dihidangkan jus kedondong. Buah kedondong yang dihasilkan jus tu Mangala Resort & Spa tanam sendiri tau! 

Selesai check in, staff lain bawak kita ke bilik naik buggy. Sambil-sambil tu, dibawak view sekitar resort & sambil introduce setiap laluan.

Waktu kami check in, tak ramai visitor. Rasanya staff dia bagitau hari tu, dalam 12 bilik je yang ada orang book & stay. So keadaan hari tu memang relax & santai. Tambah pulak suasana kat resort ni chill je. Sesuai la dengan niat nak rehat & reset tu. Heheh

Saya check in di Water Villa/Jala Villa. Dari luar villa nampak macam biasa-biasa je. 1st impression jejak masuk bilik -- cantik! Boleh tengok detail kat sini (Water/Jala Villa).


Ni complimentary. 
Dan tak dilupakan, mesti lah ada my HERBALIFE corner sekali  :D
*Produk tidak bertujuan untuk mencegah/mengubati apa-apa penyakit*

Sampai bilik lepas settle semua, perut pun mintak diisi since kami memang belum lunch. So apa lagi,  call room service je kita order & try makanan.

Sedap! Dan setiap hari, ni lah port lepak, membawang & makan kitorang. One word: menenangkan!

Our 1st meal kat Mangala Resort & Spa, nasi goreng (tak ingat nama dia). Siapa kata bila consume Herbalife tak boleh enjoy makan sedap? Kalau nak tahu, sebab ada Herbalife lah lagi boleh enjoy makan sedap tanpa perlu risau badan mengembang. TC Formula & Herbal Aloe Herbalife sebagai peneman setia. Lepas makan, kita ambik TC Formula & Herbal Aloe untuk healthy digestion.

Basically tentang makan, kami dah memang plan untuk tak nak keluar. Betul-betul nak rehat, refresh & reset. So, sepanjang 3 hari 2 malam tu, just stay in the resort, tak explore pergi cari makan kat mana-mana. Malas nak drive mencari pun ye jugak HAHAH. Syukur ada Herbalife, sebab breakfast & dinner dah tak perlu fikir nak makan apa. Hehe

Petang tu kami ronda-ronda sekeliling villa je. Lagipun dah petang, banyak activity yang dah tutup. So jalan-jalan sekitar Villa je. 

Basically 2nd day & 3rd day pun rutin lebih kurang sama. Kerja coaching bantu wanita untuk kurus dengan MUDAH & BERKESAN DGN Suri Kurus coaching pun tetap berjalan macam biasa. Working view & environment je berubah. Heheh

Ni lah ofis saya sepanjang 3 Hari 2 Malam di Mangala Resort & Spa tu.

Untuk next post, saya post tentang aktivity & breakfast di Mangala Resort & Spa k. Yang bestnya siap ada surprise hari ke 2 tu! Stay tuned! semoga saya pun lebih rajin HAHAH.


NAK KURUS SEBELUM RAYA? SERTAI SEKARANG!



KLIK sini untuk Program Kurus MUDAH & BERKESAN dengan SuriKurus Coaching:


Tentang Herbalife Online. KLIK SINI:


Follow INSTAGRAM saya untuk Update Terkini! 

Selasa, 8 Januari 2019

Tips Kurus Tanpa Diet Ketat

Bismillah.

Ada banyak cara untuk kurus dalam dunia ni, tapi kenapa saya pilih Herbalife untuk maintain kurus & dalam masa yang sama bantu ramai ladies untuk jaga makan dengan Herbalife
Sejujurnya saya pilih & jual Herbalife ni bukan sebab Herbalife adalah produk terbaik, tapi saya pilih Herbalife sebab produk Herbalife ni terbaik dengan apa yang saya nak.


Mudahnya Jaga Makan & Diet dengan Herbalife. Bagaimana Herbalife membantu? 


Ramai yang fikir Herbalife ni ubat kurus sebab ramai yang boleh kurus dengan berkesan. Tapi tahu tak, Herbalife ni sebenarnya BUKAN UBAT KURUS, tapi makanan meal replacement. Secara asasnya, Herbalife shake ni makanan, sama je dengan makanan lain. Bezanya shake Herbalife ni tinggi nutrisi & rendah kalori. Pendek kata, Herbalife ni smart food, sama macam smart phone yang banyak sangat memudahkan kita.

So, macam mana Suri Kurus Online Coaching ni bantu kawal berat dengan MUDAH & BERKESAN. Dan kalau nak tahu, coaching kami 100% ONLINE & saya tak pernah jumpa kebanyakan clients, tapi clients BOLEH turun berat dengan efektif walaupun tinggal berjauhan. Thanks to technology! Oke so hari ni saya nak share tips kurus tanpa diet ketat.

TIPS KURUS BERKESAN


Berminat nak guna produk Herbalife untuk kurus, tapi takut tak berkesan. Siapa pernah rasa macam ni? Kalau pernah rasa, normal je jangan risau. So boleh ikut tips ni ya :)

1. Dapatkan produk Herbalife dari Herbalife Coach. 



Kenapa perlu dapatkan produk Herbalife dari coach Herbalife/pengedar Herbalife?

Secara asasnya penggunaan produk Herbalife dengan berkesan adalah dengan ikut keperluan individu. Sama seperti mealplan/jadual makan untuk kurus, berbeza mengikut keperluan setiap orang. 
Ada yang boleh makan banyak
Ada yang boleh makan sederhana. 

Apa pun, masing-masing boleh turun berat dengan berkesan & tanpa berlapar. 

Macam mana nak tahu keperluan masing-masing ni? Haa yang ni lah tugas Herbalife Coach. Coach Herbalife ni yang akan bagi mealplan, yang akan guide & coach sampai anda kurus. You'll get full service by Herbalife coach for FREE!! 

Bayangkan anda hanya dapatkan products dari Herbalife coach, dalam masa yang sama anda dapat personal coaching & service tanpa bayaran tambahan. SERVIS PERCUMA dan banyaakk lagi manfaat lain yang anda boleh dapat. So pastikan anda dapatkan produk Herbalife melalui Coach!


2. Mealplan yang mudah & berkesan. Boleh makan nasi setiap hari & kurus tanpa berlapar! 


Ni jugak salah satu sebab kenapa perlu dapatkan produk Herbalife dari Coach Herbalife Suri Kurus coaching -- mealplan kami terbukti berkesan! 

Menu Kurus tanpa Berlapar

Ni antara menu lunch coachee dalam coaching saya. Bayangkan dengan menu macam ni, ada yang dah turun 10kg, dah turun 15kg, turun 20kg, 30kg pun ada! 

Tak wajib eat clean. 
Tak wajib makan menu mat saleh.
Boleh makan ikan goreng. 
Boleh makan sambal belacan. 
Yang penting boleh makan nasi hari-hari & kurus tanpa berlapar! 

Dekat sini jugak, setiap orang akan dapat mealplan mengikut keperluan individu. So basically setiap orang ada mealplan yg berbeza khas ikut badan masing-masing. Tak kisah lah apa pun background anda, sibuk atau tak, tetap boleh kurus dengan mealplan kami. 

Kurus walaupun sibuk. 
Kurus sambil menyusu. 
Kurus walaupun tak sempat bersenam. 
Turun berat walaupun kerja shift. 

Apa pun background anda, anda boleh kurus dari rumah! 

3. Ada support group yg awesome, coaching yg fun & enjoy!


Ada banyak tips kurus, tapi berapa banyak yg kita betul-betul boleh apply & boleh kurus? Dalam Elite Coaching SuriKurus coaching ni, anda bukan je ada dapat coaching dari coach, malah support dari kawan-kawan yang sama-sama ingin kurus. Dan mostly faham dengan apa yang anda rasa. Bila ada support & motivation skali ni, kita pun tak sempat nak give up kan? 

Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu.
Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu.

Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu.

Hasil tidak tipikal, berbeza mengikut individu.

Ni antara coachees saya yang turun berat. Mostly ibu-ibu, sibuk, ada yang menyusu & ada yang tak sempat bersenam. Tapi masing-masing tetap boleh kurus. Best kan? YOU CAN DO IT TOO! 


4. Pilih produk ikut keperluan & budget anda. 


Tahukah anda, tak perlu guna semua produk Herbalife untuk pastikan anda kurus dengan berkesan guna Herbalife pun. Yes percayalah! 
Tentang produk apa yg perlu & pakej yang sesuai ikut budget, anda boleh dapatkan dari Herbalife Coach. 


Okey ni antara tips untuk anda bermula. Tips detail saya sediakan dalam group Elite Coaching bagi mereka yang join program ya! 

Dah masuk tahun 2019 ni. Anda nak turun berapa KG?
Berapa pun azam kurus anda dalam tahun 2019 ni, anda BOLEH kurus! 


Jom Realisasikan Azam Kurus 2019 anda dengan Suri Kurus Online Coaching!

Coach Fatin Syahirah
WHATSAPP: 0193709753
IG: @fatinsyaibrahim_hlf