Rabu, 2 Mei 2012

kejar

cadangnya aku mahu tido awal malam ni. malam semalam tido lambat, lalu pagi tadi dah sampai ofis aku ke tandas macam biasa. dan macam biasa juga akan tengok cermin untuk perasan sendiri. lalu terperasan ahhh mata sembap. mesti orang ingat aku nangis. wahahaha.

namun, niat untuk tido awal hanya tinggal niat. kerana cubaan gagal.
kupusing kanan, kupusing kiri. tapi hampa. mata tak lelap, lalu kembali lah aku ke alam cyber. ewah.

macam biasa, on facebook. lalu terbaca status member kena kejar dek anjing. bukan lah aku ni kejam sangat nak gelakkan dorang kena kejar. tapi sebab aku tak leh nak bayangkan muka masing-masing kecut time kena kejar anjing lalu berlari pecut, itu yang aku kurang sampai nak imagine. lalu hanya ter-----gelak. (nampak tak dash tu banyak. tu tandanya tak sengaja nak tergelak). bukan apa, aku macam was-was macam mana dorang pecut, sebab sorang tu time naik bukit bauk je, mesti pancit padahal belum sampai level satu tapi drama dia terbaik. lalu apabila nak imagine dia berlari bersungguh, aku... (tak sampai hati nak sambung ayat) :P
tapi lepas kena kejar tu, main badminton tetap main.

sebab dah gelak banyak ni, yang ngantuk tadi pun dah hilang.

lalu sekarang, ayuh baca buku sampai tertido.


pssst : insyaAllah saya akan adakan booth di pantai teluk gadong, dungun, bersempena family day untuk course  admin science uitm dungun. untuk orang-orang dungun dan yang berdekatan yang berminat nak buat wellness evauation, jemput hadir! :)


ini sorang daripada mangsa tadi.
*tumpang lalu tini* :P

Tiada ulasan: