Jumaat, 9 Mac 2012

cikgu garang suatu kesalahan

hari tu ada terbaca kat sini pasal tugas cikgu sekarang. tajuk entry pasal anak cikgu mak bapak. 
kesasihannya wallahu'alam. tapi kalau laa betul. fuh, untung laa budak sekarang.

aku syukur cikgu aku dulu garang, lagi-lagi time sekolah cina. 
cikgu dia garang terbaik punya okkk. even time darjah 5 tu aku pindah sekolah biasa pun, aku rasa macam tak heran kena marah ngan cikgu setakat kena buang keahlian join olahraga. last-last cikgu panggil aku jugak. aku rasa antara faktor aku jadi pengawas garang time kat sekolah biasa dulu sebab aku punya pengalaman time selalu cikgu garang, kan. so, aku tak rasa pelik bila aku jadi pengawas garang. haha. lawak pulak bila ingat balik. termalu sendiri pun ye.

time sekolah cina dulu, dah la hari-hari ada homework yang mana sikit-sikit tu takde eh. banyak kott. semua subjjek untuk hari tu wajib ada homework. dan homework tu mestilah dihantar kepada ketua kumpulan keesokkan harinya pada jam 7.30 pagi. dna homework itu mestilah tidak disentuh dalam waktu sekolah. kata HOMEwork, maka sila lah buat dan siapkan kat home sweet home kau tuuu. dan homework yang gagal dihantar tu, menjawablah kau. tak menjawab pun, dirotan lah kau. kau nak nangis ke jerit ke, ada cikgu heran? tak ada nak heran heran okkk. sebab aku nangis time kena rotan cikgu tak heran. haha. kantoi nangis. 

antara kemungkinan yang kau akan dirotan oleh cikgu kat sekolah adalah sebab-sebab berikut. antaranya;

1. jawab peksa math, tapi tak jawab dalam bentuk lazim.
yang ini aku ada kena. stail cikgu aku time tu, tak kisah lah markah kau tinggi ke, rendah ke, dia mesti akan check sehelai demi sehelai gak kertas peksa kau tu. 
macam kes aku, time tu aku dapat 92 markah. pastu cikgu dah puji-puji ni aku dapat tinggi. dah kembang hidung pun time tu. tapi tetiba kantoi tang aku tak jawab soalan dalam bentuk lazim. kena rotan okkk. rotan bukan main pap cebis-cebis camtu je. ni main angkat rotan sampai nampak ketiak tu, dan terus libasan tangan berlaku. dan bukan sekali, tapi berkali-kali.
balik rumah tak berani bagitau parents takut lagi kena marah. time nak suruh parents sign kertas peksa tu, aku cakap yang gempak aje. tunjuk dapat markah tinggi tapi tang kena rotan tu tak cakap. 

2. spelling banyak salah. 
spelling ni bukan spelling english lah for sure. spelling bahasa cina. nanti cikgu sebut words tu, bagi masa berapa saat, then kita tulis dalam tulisan cina. 1 salah 1 rotan. yang ni aku tak ingat dah aku kena berapa juta kali kena rotan. hahaha. 

3. hafal sifir tak betul. 
yang ni aku tak faham sampai sekarang cikgu tu. sampai sekarang okk aku ingat cikgu tu. time tu turn aku kena hafal sifir 4. dalam bahasa cina lah. pastu time 8 x 4 aku cakap lah 32 dalam bahasa cina. tapi cikgu tu kata cikgu tu dengar 36. pastu dia rotan aku. then dia suruh aku repeat balik dari mula. aku repeat lah balik. then again dia kata dia dengar aku cakap 36. aku cakap 32 kottt. pastu rotan lagi, then dia kata esok je lah hafal balik depan dia. aku syak dia anti aku lah. sebab dia nampak aku perform sangat. PERASAN. dan cikgu tu antara cikgu yang paling garang aku pernah tau. time tu aku siap ingat keta dia macam mana, plat keta dia skali. 

4. tak pergi kelas tambahan. 
time tu da dekat nak PTS. kiranya sesape yang pergi kelas tambahan tu adalah calon yang terpilih laa untuk sape yang boleh sit for PTS. then melalui kelas tambahan tu, dorang akan tentukan pulak siapa yang layak pergi kelas tu. kiranya dorang screen dulu siapa yang betul-betul layak. 
ada satu petang tu, aku malas nak pergi. sebab apa ntah. pastu esoknya guru besar panggil. tanya kenapa bla bla. siap nak rotan ah. aku time tu cerdik bab-bab kencing ni. time aku kena soal, aku cakap, nenek saya paksa pergi mengaji. langsung guru besar tu tak rotan. haha. tapi memang betul pun aku pergi mengaji time petang aku tak pergi kelas tambahan tu. hewhew. tapi guru besar tu baik okk. dia sayang je abang aku. kurang sayang aku maybe sebab dia ajar abang aku lagi lama kott. dia siap bawak abang aku pergi rumah dia la. bukan abang aku sorang la tapi, ada lagi budak-budak lain.

5. jawab kuiz math salah
kat sekolah cina ni yang aku perasan, dorang sangat tekankan pasal math. serius. dan kebanyakannya yang aku kena rotan even sampai nangis tak keluar rehat pun sebab math je. aku rasa sebab tu kot aku terer math (dalam mimpi). yang ni la paling tragis aku rasa. 
dan cikgu math aku aku time tu serius garang dan kuat rotan gila. ada sedara aku tu, kena rotan ngan dia sampai menjerit sambil nangis panggil mak dia. aku pun pernah sekali kena rotan sebab salah tulis satu nombor je. pun kena rotan sampai tak keluar rehat pegi makan. kawan-kawan pun so sweet tak pergi rehat sama-sama. dorang tuam air kat dahi. aku pun tak tahu kenapa, sebab aku sakit kat tangan, bukan kat dahi. hahaha. 

rindu la those memories. rasa macam nak masuk sekolah balik.
walaupun kena rotan, dapat cikgu garang. tapi aku percaya, kalau cikgu aku dulu tak garang macam tu, aku takkan reti maths. aku takkan reti cakap cina sangat. tulisan cina aku pun takkan cantik macam tuannya. :P
aku tak faham kenapa sampai undang-undang cikgu sekarang sampai tak boleh nak marah pun. cikgu kena tegur murid lah. apa lah. garang tak bermaksud berkasar rasanya. dan garang cikgu macam mana lah sangat. ingat sesaje kot cikgu nak marah budak. ada certain budak ni yang jenis tegur lembut then berubah dengar cakap, ok lah. tapi kalau budak yang kena marah rotan segala baru boleh dengar cakap, macam mana? 

aku dulu ingat lagi. abang aku kena rotan ngan cikgu. tapi cikgu tu marah dia suka kadang sekeh kepala ngan tepuk belakang. so ibu pergi jumpa cikgu tu, bagitau nak rotan mana-mana pun boleh. asalkan jangan sentuh kepala ngan belakang. since then, cikgu tu memang tak sentuh kepala ngan belakang. 
sebab tu aku tak berani nak bagitau parents lepas kena rotan, takut aku kena balik kangg. 

nanti kalau aku ada anak, aku pun rasa nak hantar dia sekolah cina. kot-kot nanti dapat menantu cina? pehhh, jauh gila fikir sampai menantu segala. aku nak kawin pun tak de calon lagi. 

oh, dan aku rasa darjah satu pun aku dah start kena rotan. 
sebab tu time tukar sekolah kebangsaan dulu, setakat cikgu rotan guna pembaris tu celah gigi je. sebelum tu aku dah kena rotan guna rotan yang dah terbelah dua kat hujung dia nuh. 

kalau cikgu tak garang dulu, mungkin dulu time sekolah rendah aku just main-main je pergi sekolah. 
dan kalau dulu garang cikgu adalah satu kesalahan, mesti cikgu-cikgu kat sekolah cina tu dah miskin kena saman ngan parents. mau tak nya, parents dak-dak cina time aku dulu mostly businessman, engineer esso petronas. anak dorang kena rotan segala, tapi lek je. 
takde bunyi-bunyi pun?

aku bersyukur dulu dapat cikgu garang-garang.
*kalau cikgu aku yang garang tu baca ni mesti dia bangga* :P


baru dapat gambar ni. 
ni gambar feveret buat masa ni. 

psssst : serius aku rindu zaman aku sekolah cina dulu. sedih bila ingat balik aku tukar sekolah masuk sekolah kebangsaan. wuwuwu.

Tiada ulasan: