Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Khamis, 22 Mac 2012

failures.

i need to work hard untuk masa sekarang. i have something to achieve within this short period of time. insyaAllah semoga Allah permudahkan segalanya.

banyak je nak bebel-bebel kat sini, tapi lately rasa macam tak menyempat nak update. setiap kali nak update je ada je yang terhalang. (alasan). so, banyak jugak yang berlaku sekarang, kan? dah lama tak update, tetiba rasa macam tak reti. hiks. jadi, disebabkan aku suka numbers, adalah lagi baik aku update guna numbering. errr, seriously macam stuck. dush dush dush.

1. i have to admit, badan aku macam agak letih sekarang. siang tak de masalah. memang siang akan bertenaga seperti biasa alhamdulillah. sekarang dah takde ngantuk-ngantuk pagi-pagi macam dulu. just breakfast dengan herbalife shake ngan teamix, alhamdulillah the energy remains sampai lunch hour. seriously. perut maintain sexy flat okkk. tak payah nak risau minum air masak banyak-banyak akan menyebabkan perut buncit dengan air je. sebab air tu fungsi dia nak bersihkan bahagian dalaman kita jugak, thus dah bersihkan nanti lagi senang nak buang kotoran tu semua. kita kurang minum air, itu antara salah satu penyumbang kepada potensi untuk dapat berat badan berlebihan selain dari faktor-faktor lain jugak.

2. my internship so far, alhamdulillah. still ada banyaaaak lagi nak kena study. pasal process, pasal plant, pasal  audit, pasal short form yang ada, banyaak lagi. long way to go. siapa kata, bila buat bisnes herbalife dah tak ada masa nak buat benda lain jugak? kita akan lebih menghargai masa yang kita ada. trust me.

demi masa, sesungguhnya manusia kerugian

nauzubillah, semoga kita sama-sama berusaha untuk tidak berada dalam golongan orang-orang yang rugi. insyaAllah. :)

3. SPM baru je keluar semalam. tahniah untuk yang berjaya dapat result seperti yang diimpikan. dan tahniah jugak untuk calon lain, even tak dapat result seperti yang korang target pun, itu tak bermakna korang tak boleh nak berjaya. spm is not the end of your life pun. yet semua orang ada potensi untuk berjaya, bezanya cuma, cepat atau lambat, sempat sampai ke destinasi terakhir ataupun tidak. teruskan usaha, usah mengeluh, usah berputus asa. set back your plans, and trust yourself that u can do even better after this. redha padaNya, mohon padaNya, teruskan usaha, insyaAllah kita akan sampai ke destinasi kita masing-masing. :)
i have my stories in failures ni. banyakkk, tapi bukan sekarang. insyaAllah, 1 fine day, i'll put it up. 

Orang bijak tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dialami. @santapan minda. 

tak kisah lah orang nak kata apa pun, caci maki macam mana pun, ejek macam mana pun ke atas usaha yang kita buat. teruskan usaha, letakkan kepercayaan terhadap diri sendiri. jangan jadikan diri sendiri sebagai pembunuh kepada semangat sendiri. jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama kita. :)


psssst: kejayaan kita bergantung kepada sebesar mana dugaan yang kita hadapi. jadikan dugaan yang datang sebagai pembakar semangat. 

pssst psssst: aku lebih banyak bebel dekat twiiter sekarang. sebab kat twitter takde orang nak kisah pun kalau aku twit 1 saat 1 twit.hiks :P

Rabu, 21 Mac 2012

random

terputus bekalan air adalah suatu kehilangan nikmat yang cukup terasa bagi aku.
kalau tak ada letrik tu kira ok lagi. boleh lagi. tapi tang air tuuuu. hadoiii.

ni tetiba dari petang tadi tak ada air. hari tu pun pernah jadi macam ni. tak ada notis pap tetiba tak ada air. 
aku ada lah jugak call pejabat air. katanya paip bocor. 
ni pun aku macam boleh expect jawapan yang sama akan diberi. lagi pun skang tengah giat dorang duk nak buat longkang besar sebab selalu je air bertakung kat jalan raya tiap kali hujan lebat. 

i would like to blog more sebenarnya, tapi biarlah sampai di sini dulu. hiks. 


pssssst : hari tu puasa dengan herbalife. tenaga dia awesome i tell u. alhamdulillah. siapa kata herbalife just utk diet je? 

psssst pssssst : esok result SPM keluar, aku pulak yang cuak sempena cousin dapat result. 

Ahad, 11 Mac 2012

serius

secara seriusnya, saya sangat serius dalam bisnes herbalife ni.
friends would say, alah muda lagi. alah tak reti lah bisnes. alah, tak ada modal lah. alah macam-macam alah lah.
alah bisa tegal biasa kawan-kawan. itu yang sebetulnya. *tiba-tiba masuk bab alah bisa tegal biasa*

aku sebelum herbalife adalah sangat skeptikal okk dengan MLM ni semua. sebelum orang nak terangkan, aku dah cabut mintak diri dulu. macam kes herbalife ni, lebih kurang sama lah. time tu joegrimjoe ada bukak booth kat uni aku. so, aku pegi lah kat dia. tapi bukan sebab herbalife okk. cuma sebab just nak jumpa dia. dia kan blogger femes. tapi dah alang-alang dia ada penimbang canggih, aku pun ajak kawan-kawan aku sekali.
so ada kawan aku yang try, aku cakap try lah dalam nada tak berminat. MLM kataaa.
so tak lama lepas dia guna herbalife, aku tengok eh macam berseri pulak kau sekarang. lama-lama aku rasa macam best jugak herbalife ni. so aku tanya dia apa yang dia rasa lepas herbalife ni. dia cerita cerita, tiba-tiba aku dah ada terdetik sikit dalam hati.
so aku baca lagi kat blog amalinapeter pasal ni, last-last istikharah, tiba-tiba hati terbukak nak join.

itu cerita aku macam mana aku start with herbalife.

so aku nak cerita pulak macam mana aku sebelum herbalife, yang memang tak ada impian. means just ikut flow hidup je. tak ada arah tuju. sebelum ni aku tak berani nak dream, lagi-lagi dream high, sebab dream yang sebelum-sebelum ni tak pernah nak tercapai. sebab tu aku decide nak ikut flow je.
ketahuilah, when u don't have dreams, hidup anda kurang teratur dan tidak tersusun. that's just me before.
dream aku satu je tiap-tiap kali masuk tahun baru ke, semester baru ke, nak pointer lagi baik. macam errrr, padahal ada banyak lagi yang boleh makes my life better. selain dari pointer. tapi tang pointer jugak nak aim. cemerlang akademik semata-mata tidak menjanjikan anda dapat kerja yang terbaik. skills juga sangat memainkan peranan yang penting.

lepas herbalife, semangat yang ada dalam diri aku ni lain macam. macam ada booster. naik mencanak-canak. pergi STS 1st time, dah ada rasa excited dan keinginan nak grow tu. lepas tu ibu syorkan aku join spectacular kat miecc hari tu. since then, i dare to dream so high. dreams are followed with actions. then u'll achieve your dreams. dan dalam masa yang sama jugak, trust yourself. jangan perlekehkan diri sendiri, sebab u're who u think u are. :)

that's why to grow in herbalife, pergi event adalah sangat-sangat penting. to get new ilmu, skills, etc.
so tadi aku baru balik dari customer's day, jumpa uncle allen ngan aunty asriah. time dah habis talk dorang tadi, aku jumpa aunty asriah, tak semena-mena nangis. i just don't know why. maybe sebab tadi dreams yang aku memang semat tu macam melonjak-lonjak suruh capai jugak by this year. insyaAllah, sebelum dan setelah berusaha, bergantunglah pada Allah. percayalah padaNya, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

yang penting, anything u do, buat sehabis baik. this is about serious investment, that deals with serious people who are willing to change to a better life.
selain dari bisnes, herbalife jugak insyaAllah dapat membentuk jati diri yang kuat dalam diri kita. come join us, then u'll know what i mean. :)

pssssst: dare to dream.

pssst psssst: betapa banyak masa aku terbuang begitu sahaja before i found herbalife. orang lain dalam herbalife 18 taun dah ada dreams and actions for the dreams. tapi 18taun aku lepak pikir macam mana muka buruk ni nak ada pakwe. it's so useless.

psssst psssst psssst : tapi sekarang lpeas herbalife, my skin improve much better. sampai makcik aku tanya, kalau minum ni boleh dapat kulit macam acik tak? hiks. comel je kan soalan.

Jumaat, 9 Mac 2012

cikgu garang suatu kesalahan

hari tu ada terbaca kat sini pasal tugas cikgu sekarang. tajuk entry pasal anak cikgu mak bapak. 
kesasihannya wallahu'alam. tapi kalau laa betul. fuh, untung laa budak sekarang.

aku syukur cikgu aku dulu garang, lagi-lagi time sekolah cina. 
cikgu dia garang terbaik punya okkk. even time darjah 5 tu aku pindah sekolah biasa pun, aku rasa macam tak heran kena marah ngan cikgu setakat kena buang keahlian join olahraga. last-last cikgu panggil aku jugak. aku rasa antara faktor aku jadi pengawas garang time kat sekolah biasa dulu sebab aku punya pengalaman time selalu cikgu garang, kan. so, aku tak rasa pelik bila aku jadi pengawas garang. haha. lawak pulak bila ingat balik. termalu sendiri pun ye.

time sekolah cina dulu, dah la hari-hari ada homework yang mana sikit-sikit tu takde eh. banyak kott. semua subjjek untuk hari tu wajib ada homework. dan homework tu mestilah dihantar kepada ketua kumpulan keesokkan harinya pada jam 7.30 pagi. dna homework itu mestilah tidak disentuh dalam waktu sekolah. kata HOMEwork, maka sila lah buat dan siapkan kat home sweet home kau tuuu. dan homework yang gagal dihantar tu, menjawablah kau. tak menjawab pun, dirotan lah kau. kau nak nangis ke jerit ke, ada cikgu heran? tak ada nak heran heran okkk. sebab aku nangis time kena rotan cikgu tak heran. haha. kantoi nangis. 

antara kemungkinan yang kau akan dirotan oleh cikgu kat sekolah adalah sebab-sebab berikut. antaranya;

1. jawab peksa math, tapi tak jawab dalam bentuk lazim.
yang ini aku ada kena. stail cikgu aku time tu, tak kisah lah markah kau tinggi ke, rendah ke, dia mesti akan check sehelai demi sehelai gak kertas peksa kau tu. 
macam kes aku, time tu aku dapat 92 markah. pastu cikgu dah puji-puji ni aku dapat tinggi. dah kembang hidung pun time tu. tapi tetiba kantoi tang aku tak jawab soalan dalam bentuk lazim. kena rotan okkk. rotan bukan main pap cebis-cebis camtu je. ni main angkat rotan sampai nampak ketiak tu, dan terus libasan tangan berlaku. dan bukan sekali, tapi berkali-kali.
balik rumah tak berani bagitau parents takut lagi kena marah. time nak suruh parents sign kertas peksa tu, aku cakap yang gempak aje. tunjuk dapat markah tinggi tapi tang kena rotan tu tak cakap. 

2. spelling banyak salah. 
spelling ni bukan spelling english lah for sure. spelling bahasa cina. nanti cikgu sebut words tu, bagi masa berapa saat, then kita tulis dalam tulisan cina. 1 salah 1 rotan. yang ni aku tak ingat dah aku kena berapa juta kali kena rotan. hahaha. 

3. hafal sifir tak betul. 
yang ni aku tak faham sampai sekarang cikgu tu. sampai sekarang okk aku ingat cikgu tu. time tu turn aku kena hafal sifir 4. dalam bahasa cina lah. pastu time 8 x 4 aku cakap lah 32 dalam bahasa cina. tapi cikgu tu kata cikgu tu dengar 36. pastu dia rotan aku. then dia suruh aku repeat balik dari mula. aku repeat lah balik. then again dia kata dia dengar aku cakap 36. aku cakap 32 kottt. pastu rotan lagi, then dia kata esok je lah hafal balik depan dia. aku syak dia anti aku lah. sebab dia nampak aku perform sangat. PERASAN. dan cikgu tu antara cikgu yang paling garang aku pernah tau. time tu aku siap ingat keta dia macam mana, plat keta dia skali. 

4. tak pergi kelas tambahan. 
time tu da dekat nak PTS. kiranya sesape yang pergi kelas tambahan tu adalah calon yang terpilih laa untuk sape yang boleh sit for PTS. then melalui kelas tambahan tu, dorang akan tentukan pulak siapa yang layak pergi kelas tu. kiranya dorang screen dulu siapa yang betul-betul layak. 
ada satu petang tu, aku malas nak pergi. sebab apa ntah. pastu esoknya guru besar panggil. tanya kenapa bla bla. siap nak rotan ah. aku time tu cerdik bab-bab kencing ni. time aku kena soal, aku cakap, nenek saya paksa pergi mengaji. langsung guru besar tu tak rotan. haha. tapi memang betul pun aku pergi mengaji time petang aku tak pergi kelas tambahan tu. hewhew. tapi guru besar tu baik okk. dia sayang je abang aku. kurang sayang aku maybe sebab dia ajar abang aku lagi lama kott. dia siap bawak abang aku pergi rumah dia la. bukan abang aku sorang la tapi, ada lagi budak-budak lain.

5. jawab kuiz math salah
kat sekolah cina ni yang aku perasan, dorang sangat tekankan pasal math. serius. dan kebanyakannya yang aku kena rotan even sampai nangis tak keluar rehat pun sebab math je. aku rasa sebab tu kot aku terer math (dalam mimpi). yang ni la paling tragis aku rasa. 
dan cikgu math aku aku time tu serius garang dan kuat rotan gila. ada sedara aku tu, kena rotan ngan dia sampai menjerit sambil nangis panggil mak dia. aku pun pernah sekali kena rotan sebab salah tulis satu nombor je. pun kena rotan sampai tak keluar rehat pegi makan. kawan-kawan pun so sweet tak pergi rehat sama-sama. dorang tuam air kat dahi. aku pun tak tahu kenapa, sebab aku sakit kat tangan, bukan kat dahi. hahaha. 

rindu la those memories. rasa macam nak masuk sekolah balik.
walaupun kena rotan, dapat cikgu garang. tapi aku percaya, kalau cikgu aku dulu tak garang macam tu, aku takkan reti maths. aku takkan reti cakap cina sangat. tulisan cina aku pun takkan cantik macam tuannya. :P
aku tak faham kenapa sampai undang-undang cikgu sekarang sampai tak boleh nak marah pun. cikgu kena tegur murid lah. apa lah. garang tak bermaksud berkasar rasanya. dan garang cikgu macam mana lah sangat. ingat sesaje kot cikgu nak marah budak. ada certain budak ni yang jenis tegur lembut then berubah dengar cakap, ok lah. tapi kalau budak yang kena marah rotan segala baru boleh dengar cakap, macam mana? 

aku dulu ingat lagi. abang aku kena rotan ngan cikgu. tapi cikgu tu marah dia suka kadang sekeh kepala ngan tepuk belakang. so ibu pergi jumpa cikgu tu, bagitau nak rotan mana-mana pun boleh. asalkan jangan sentuh kepala ngan belakang. since then, cikgu tu memang tak sentuh kepala ngan belakang. 
sebab tu aku tak berani nak bagitau parents lepas kena rotan, takut aku kena balik kangg. 

nanti kalau aku ada anak, aku pun rasa nak hantar dia sekolah cina. kot-kot nanti dapat menantu cina? pehhh, jauh gila fikir sampai menantu segala. aku nak kawin pun tak de calon lagi. 

oh, dan aku rasa darjah satu pun aku dah start kena rotan. 
sebab tu time tukar sekolah kebangsaan dulu, setakat cikgu rotan guna pembaris tu celah gigi je. sebelum tu aku dah kena rotan guna rotan yang dah terbelah dua kat hujung dia nuh. 

kalau cikgu tak garang dulu, mungkin dulu time sekolah rendah aku just main-main je pergi sekolah. 
dan kalau dulu garang cikgu adalah satu kesalahan, mesti cikgu-cikgu kat sekolah cina tu dah miskin kena saman ngan parents. mau tak nya, parents dak-dak cina time aku dulu mostly businessman, engineer esso petronas. anak dorang kena rotan segala, tapi lek je. 
takde bunyi-bunyi pun?

aku bersyukur dulu dapat cikgu garang-garang.
*kalau cikgu aku yang garang tu baca ni mesti dia bangga* :P


baru dapat gambar ni. 
ni gambar feveret buat masa ni. 

psssst : serius aku rindu zaman aku sekolah cina dulu. sedih bila ingat balik aku tukar sekolah masuk sekolah kebangsaan. wuwuwu.

Khamis, 8 Mac 2012

dah nak kawin?

 
gambar ini selebet ye saya tau.
tak kisah lah asalkan hati baik. *dan dan mengaku hati baik sebab dalam gambar ni muka tak cun*
pagi sebelum jungle trekking organized by department yang aku attached sekarang. 
dan program pertama aku bersama dept jugak. :)
sweet memories, i can say. 


pssst: banyak sangat nikmat yang Allah bagi, kadang tak disangka-sangka. nikmat Allah, tak semestinya perlu harta benda, nyawa dan udara yang ada sekarang pun nikmat. Allah Pemurah sangat bagi kita macam-macam nikmat. tangan mulut kaki etc. kewajipan yang Allah dah tetapkan tu, at least solat yang 5 waktu satu hari, rasa macam malu, bersalah, berdosa sangat kalau tak buat. jom kita audit solat kita macam mana. kalau tertinggal dulu-dulu, qada' jom! sama-sama melangkah ke arah yang lebih baik. 

psssst psssst: tadi jumpa ustaz. ustaz tanya umur berapa, cakap lah dah 22. tetiba ustaz cakap, ish dah tak lama dah tu. nak kawin. woah ustaz! calon pun tak ada lagi. ustaz nak kenenkan anak ustaz ngan saya ke? LARIKKKKKKKKKKK.


Ahad, 4 Mac 2012

quotes of the day

How can we focus on the future ahead, if our heads are constantly down. 
#KeepYourHeadUp -Nader

lately aku tak berapa rajin nak update belog sebab ni lah, selalu lepak kat twitter(peh, twitter dah macam kedai lepak okk :P). sebab kat twitter aku lagi banyak put my words kat situ, even tweet 1saat sekali pun tak ada orang kisah. cuba kalau aku update status 1 saat 1 status kat fb tengok? hiks
selalu lepak kat twitter kadang kalau aku tak update sangat pun, aku baca tweet orang. sebab banyak je tweet dorang yang can bring up. i mean, in term of spirits. 

adat lah, kadang down kadang tak. ups and downs tu normal dalam hidup. tak kira lah dari segi apa pun. let say,  result exams lah kan. sebab tang result ni, kalau aku down aku down bebetul. ada time result kita ok, ada time result kita tak ok. even time tu kita dah rasa dah study sungguh-sungguh dah. dah pulun habis-habis dah. but whyyyyyyyy. kenapa still dapat result down macam tu. 
then it comes to kita observe balik diri kita. filter balik tengok usaha kita mungkin ada yang kurang part ni ada yang kurang part tu. kalau tak pun, mungkin ada hikmah yang tersirat. kita tak tau. so here we go, move on dengan semangat baru. jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran. sampai bila kita nak sedih-sedih ingat result yang lalu. 

ok jom kita tngok contoh aku lagi. 
dulu SPM tak dapat straight A's. dapat 8A je. lepas tu down okk. nangis-nangis tak hingat even in public pun. nasib baik orang tak nampak. pastu terus down asyik ingat result tuuuu je sampai tak ada nak try apply untuk scholar punya program. sebab asyik ingat pasal result tu je. susah nak move on. 
sekarang bila tengok gambar kawan-kawan, kawan update pasal life kat overseas, siapa tak jealous? down tu still rasa, even rasa menyesal tak apply for SPC program dulu untuk kos engineering pun ada. memang lah dapat ke tak dapat tu tak tau lagi, tapi at least we grab the chance kan. tapi not me, aku tak grab the chance pun, yet aku lepaskan peluang yang ada depan mata. 
tapi dah lebih matang sekarang, sampai bila nak kesalkan benda dah lepas? nikmat yang ada sekarang pun sangat tak patut untuk dikesali/dilupakan. kalau bukan kerana hal yang lepas, bukan kerana rasa down yang force aku untuk lebih berusaha supaya lebih maju/berjaya, aku tak akan dapat rasa nikmat yang aku ada sekarang. Allahurabbi.

sampai bila kita nak down, sampai bila kita nak salahkan takdir tentang apa yang telah berlaku dan apa yang kita ada sekarang, sedangkan kita masih belum tau apa yang akan berlaku pada masa akan datang? usaha mulai sekarang, USAHA! 
sebab sekarang dan masa lampau lah yang boleh menentukan kita pada masa akan datang. insyaAllah. 
cuma sekarang, aku selalu beringat supaya tak ulangi kesilapan lalu. itu yang kita panggil- belajar dari kesilapan. 

sama jugak kes putus cinta, move on people. 
aku dah pernah ada kat stage tu. waktu zaman sangat jahiliah aku dulu. 
nak move on memang tak senang ye. the process of moving on tu will make u to become stronger. trust me. 
cinta manusia yang still bukan halal bagi kita, apa lah sangat. kembali pada Allah. cari cinta Dia. kau akan rasa jauh lebih baik, jauh lebih tenang. 

nak berubah tu, ya, kadang bukan mudah. 
tapi keep reminding to ourselves,

jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita. 


psssst: entri ni more kepada untuk diri sendiri. mintak diperbetul mana yang tak kena. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...