Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Selasa, 7 Februari 2012

pedih-malu-cuak

sekiranya mampu, dalam kepala saya, perancangan saya, nak update panjang-panjang sebenarnya. tp apakan daya, pergerakan jari saya agak terbatas. (eh, sedap pulak guna saya saya. :P)

saya terkena pisau maghrib tadi. dalam proses nak masak spageti guna resipi baru.
lepas dah buang kulit udang semua, terlintas dalam fikiran, letak sosej sekali lah. kalau letak udang saje macam sikit sangat bahannya. tamak and kuat makan, as always. :P.
lalu sosej pun dikeluarkan dari freezer. yang keras gila itu. lalu saya pun letak di bawah laluan air, supaya ais cepat cair. ahhh, lambat lah ais nak cair, perut haku ni dah lapar. kenapa lambat sangat ais cair??

lalu ambik pisau lah, cungkil biar senang sikit sosej terpisah.
cungkilan pertama gagal. ah, fatin kau tak boleh gagal.
cungkilan kedua, zaaappp. lalu terjerit-jeritlah saya sambil terlompat-lompat.
jerit-jerit tu biasa lah. perempuan. lompat-lompat tu tindakan tiba-tiba. aku pun tak paham. eh, saya lah.
tapi serius pedih, aku tau luka tu dalam. darah susah nak stop. ibu dalam bilik air pun panik.
aku lagi lah panik, terbayang kalau jari kena potong macam mana? kalau jari putus macam mana?
sebab time terhiris tadi serius rasa penih tu sampai ke tulang.
ibu letak minyak gamat berharap darah stop bleeding. tapi tidak. makin banyak ada lah.
lepas tu abang aku bawak pegi klinik. aku taknak pegi sebenarnya, tapi sebab dah takut, pegi lah jugak.

kat klinik tu aku dah malu dah time nak register.
aku mintak nak masuk bilik rawatan aku cakap lah pasal jari aku ni.
staff tu tanya, luka kena apa? lalu aku berbisik pisau. MAJOR MALU okkkk. rasa macam fail duk kat dapur.
beberapa minit kemudian, doc datang tengok jari yang luka tu.
memula doc tanya, kena apa? pisau ye? cuba cerita kena macam mana. tapi belum tengok luka lagi.
aku cakap la, tercucuk pisau sikit. lalu tersenyum kerang. eh, kerang handal senyum ke?
doc tengok je, doc cakap ok ini ini bukan tercucuk, ini nama dia slice. so kena jahit.
aku macam memula tu ok lagi. tanya sakit tak? bla bla bla.
pastu doc kata nak cucuk bius. aku tanya lagi, sakit tak? sakit sikit katanya.
ah sudah.
memula aku setuju lah nak jahit. tapi setiap saat berlalu, imagination aku semakin jauh.
ye lah dia bius, tapi aku still boleh rasa yang jarum tu bergerak-gerak segala.
pastu aku tanya ada cara lain lagi tak? doc kata kalau aku takut, dia gam je lah luka tu. tapi dengan syarat, aku tak boleh gerakkan jari aku.
aku tanya mana lagi cepat baik? beza dua-dua ni macam mana. mesti lah doc kata dia lagi prefer jahit. sebab lagi cepat baik biasanya. ah aku tetap dengan pilihanku. gam sahaja.

tapi sebelum gam tu dia cuci luka ni dulu kan tak ada bius, pedih diaaa pehhhh.
kalau jahit tu biasa lah, tapi kalau gam ni.
luka tu dia cuci dulu, lepas tu tunggu kering semua, dia letak gam tapi tak ada lah kat keseluruhan luka, dia ada tinggalkan 1lubang kecik tak letak gam supaya darah boleh flow keluar. tapi tak ada lah banyak sangat darah keluar pun. dah balut semua, then dia sendal kayu yang check dalam mulut tu kat jari aku balut skali supaya jari aku tak gerak.
sebab kaedah gam ni, kalau kau gerak sikit luka kau yang boleh buat luka tu terbuka, maksudnya kaedah gam tu tak menjadi ye. daging susah nak bercantum.
so setakat ni paham awak-awak?

maka sekarang ni dah nampak jari aku macam patah, padahal luka je. hiks.
so selepas 3 hari baru aku boleh bukak balutan ni. hmmm.
yes! tak payah cuci pinggan, tak payah masuk dapur yey! (dasarrr pemalassss).
maka lepas ni makin lah aku bosan tak boleh nak buat kerja sangat. tapi alhamdulillah kena tangan kanan, sebab aku ni kidal. kalau kena tangan kiri?? tak ke haruuu.

ibu kata tadi, lepas ni dah kena pantang makan macam ibu lahhh.
ah, ibu sakit ape je ibu tak pantang. pffffft.

tapi yang luka ni kena kat jari telunjuk je,
walaupun cerita kat atas tu macam kena lima-lima jari. hiks.

semoga dengan kesakitan yang tertanggung ini, dapat menghapuskan dosa-dosa kecilku.

dah rasa berdenyut lenguh pedih segala, yang mana aku rasa haruslah aku tido sekarang.


eh, tadi rasanya nak taip pendek je???


psssst : tolong doakan saya, supaya cepat sihat. saya sangat mengharapkan luka saya cepat sembuh. :')

psssst psssst : cet, adik nganjing aku nangis tadi. fineeeee.

pssst pssst pssssst : dengar kata esok result keluar. MAJOR CUAK.

Tiada ulasan: