Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Rabu, 1 Februari 2012

sekejap

sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah februari. sekejap sangat, padahal rasa macam baru je masuk tahun baru.
banyak pulak perkara yang berlaku in life lately. dan agak banyak lah jugak yang ter-plan untuk life ahead. insyaAllah, semoga dipermudahkan segalanya. aku mampu plan, dan usaha, seterusnya bertawakkal, semoga hasil yang diperoleh setimpal dengan usaha yang dibuat. :)

1. bila dah masuk bulan februari maksudnya birthday aku dah dekat. sekaligus menunjukkan aku dah semakin menua. walaupun secara basic nya semakin hari sebenarnya kita semakin tua, yet setiap saat, ajal semakin menghampiri. tapi maybe sebab dah mind set kot, masuk tahun baru, masuk birthday baru rasa makin tua. lepas ni dah kena ingatkan diri, setiap saat, ajal semakin menghampiri. bagaimana amal saya? bagaimana usaha saya?

2. 5hb nanti kawan aku nak kawin. hari tu dah plan nak pergi ramai-ramai, tapi keadaan tak mengizinkan, ramai pulak yang tak dapat pergi. hanya mampu doa dari kejauhan. T___T (baru ingat nak ambik berkat pengantin. errrr)

3. LI dah dekat. cuak pulak rasa ni. tak tipu serius.

4. makcik aku tetiba masuk wad hari tu, sebab diabetes. dan mostly yang ada dalam wad tu pun sebab diabetes. ramai malaysian yang sakit diabetes rupanya. kita-kita still kurang kesedaran dalam kepentingan menjaga kesihatan diri, alam sekitar, etc, kan? and rata-rata elders selalunya prefer untuk ikhtiar thru perubatan tradisional rather than seing doctors. ibu selalu kena bebel ngan aku sebab takut sangat jumpa doc. bagi aku, nak try traditional medication tu boleh, tapi jumpa lah doc jugak.

5. tetiba rasa macam tak reti nak bina ayat. lalu merasa belog sendiri bosan. heeeee


pssssst : usaha, usaha, usaha. yakin, yakin, yakin. insyaAllah boleh!

pssst pssst : sekarang ni still ada orang sihir menyihir ke? zaman dah moden kottt. nauzubillah

Tiada ulasan: