Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Isnin, 20 Februari 2012

atas ke bawah?

have u had your shake today, people??

tetiba. ini semua penangan spectacular2012. it was my first time joining such big event. meeting success people, walaupun bukan dato' tak sri pun, tapi all the success and positive people. the impact till today. i feel like fully recharge. and i'm loving it! :)

pasal spectacular the amazing and awesome experiences yang mana aku jumpa ramai kawan baru yang awesome. later later i share stories.

so we go back to the topic, aku gigih ye pergi event tu.
17hb gerak pergi sri petaling, 18 ngan 19hb event, then 19hb malam gerak balik rumah. sebab pukul 8 pagi 20hb which is hari ni lah kan, aku start practical. wohoo!

so kaedah dia aku punya gelabah sesampainya kat stesen bas putra tu, aku terus cari tiket. gilaa hapee kalau tak cari tiket, nak tunggu cari tiket on the spot. kang kalau takde, mane haku nak mengagau balik.
so, time beli tu akak tu tanya awak nak seat atas ke bawah? aku dah selalu je duk seat atas, so aku pilih nak seat bawah la.

so pung pang pung pang.

dah sampai masa nak naik bas balik rumah ni. penat tu ada lah jugak, sebab terkejar-kejar. nasib sampai je kat stesen putra tu, tak payah nak kena tunggu lama-lama untuk tunggu bas. sebab duduk sekejap, then ada announcement dah boleh nak bas untuk ke destinasi aku.

dah sampai kat pakcik tu, kena tunggu turn lah pulak sebab orang lain pun nak serah tiket. aku sepatutnya seat CC. lepas dah bagi pakcik tu check, tetiba pakcik tu cakap, awak duduk kat seat 4B lah.
ok pakcik. jawabku dalam sopan dan anggun dan ayu dah lah fatin tak payah nak mengarut sangat.
aku ni pulak kadang dasar malas nak dongak-dongak cari seatt terkial-kial atas ke bawah. so aku tanya lah pakcik tu,

pakcik, seat 4B ni tingkat atas ke bawah?

orang lain pandang aku. yeah, ai tau ai gojes tak payah lah nak pandang macam tu sangat. ramah pulak tu. hek hek.
lalu pakcik tu menjawab,

dah, bas satu tingkat je, nak atas ke bawah ke macam mana.

oh, baru kusedar sebab tu orang pandang aku.
fine, pakcik. fine. *tetiba sentap sendiri*
well, level konfiden aku memang selalunya tinggi. tapi tak bertempat. pffffttt.


pssssst : my first day industrial training today was good. alhamdulillah.

psssst psssst: jom jaga akal kita sama-sama, jangan sampai dijangkiti virus negatif lagi. then, we'll success. cuma yang bezanya, lambat atau cepat. may success be with us all. insyaAllah. :)

Tiada ulasan: