Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Jumaat, 13 Januari 2012

kenangan.

dulu time sekolah rendah, dari darjah 1 sampai darjah 4 aku sekolah kat sekolah cina. dan sistem kat sekolah tu, sebab satu darjah punjust satu kelas, kiranya sekolah tu hanya ada 6 kelas je lah. darjah 1, satu kelas, darjah 2, dua kelas, dan seterusnya.
sebab student kat situ pun sikit, tak de maknanya dia nak buat sistem sesi sekolah pagi, sesi sekolah petang.
time tu, ramai je jiran-jiran yang sebaya yang sekolah kebangsaan lain, ada sesi sekolah pagi. so kadang-kadang timbul rasa jeles dorang boleh bangun lambat. tapi kadang rasa best jugak, petang-petang boleh tengok cite katun. boleh ikut ibu pegi mana-mana, ayah boleh bawak pegi mandi kolam.

sebab dulu pun, aku suka tido lambat jugak. mula lah pagi-pagi cari alasan itu ini tak nak pegi sekolah. mengantuk la apa la. kalau dulu, ayah suka renjis air time kitorang tido. lepas tu dia beli jam loceng yang gedabak besar kalau bunyi kriiingggg tu memang rasa nak baling ke dinding. tapi sayang, memang tak dapat baling ke dinding sebab jam tu ayah akan pegang dan bila time kena bangun, dia akan bunyikan loceng jam tu lalu letak dekat bantal kitorang. pehhhh, bernanah la jugak telinga tu.

tapi dalam banyak-banyak cara, arwah tok aku yang paling berkesan. even till now pun, aku selalu nya guna konsep dia. alaaa, rindu tok :'(

tok: acik, bangun. g skoloh. lambat kekgi...


acik comel(aku lettew): ngatukkkk. takmboh g skolohhh...


tok: bangung laaa. g skoloh dulu, karang balik sambung tido pulok. 


tok cakap lembut je. tak de lah kasar mana. tapi tangan tu ada lah kadang tepuk ke, cubit sikit ke kalau aku dah liat sangat.
lepas je tok cakap camtu, aku terus bangun mandi siap segala, dalam otak dah set, ok balik sekolah kang aku nak sambung tido lama-lama. sampai kat sekolah pun rasa macam tak sabar nak balik rumah sambung tido balik. even kalau tetiba ngantuk kat sekolah, aku cakap kat diri sendiri, 'balik nanti tido balik nanti baru tido'.
gila ke nak tido kat dalam kelas, cikgu-cikgu garang kottt.

tapi dah balik sekolah tu tak ada nye aku tido balik. keje sekolah banyak, lepas tu kena pegi mengaji quran lagi. petang tu memang lah tak tido, pegi main-main mana boleh tinggal.
so macam tu lah hari aku tiap kali mood malas nak pegi sekolah tu datang.

sama macam time sekolah menengah pun sama. tapi sebab duduk asrama, kan. so tak adalah susah nak bangun tido sangat. cuma mengantuk pagi-pagi tu memang tak boleh nak elak lah.

1. aku guna pesan arwah tok, balik sekolah kang boleh tido.
yang ni aku memang apply betul-betul. even kat dalam kelas sementara nak tunggu cikgu masuk pun, aku tido je sekejap even 5 minit pun. lepas tu balik sekolah pun nak balik sampai bilik cepat-cepat. satu, sebab nak line depan time ambik makanan. dua, tido ah, apa lagi. even 5 minit pun tak kisah. pejam mata saje pun takpe. dasar kuat tidoo.

2. aku bangun siap awal-awal. lepas tu aku baring elok2, sementara tunggu rumet aku yang lain bersiap semua. kang dorang dah siap aku suruh kejut. ngeh ngeh. keji la jugak, dah siap-siap semua boleh tido balik sekejap. tapi sebab dah pakar kann, baju pun tak renyuk. untuk elakkan baju dari renyuk ni, kau kena betul-betul pastikan baju tu straight je sebelum kau baring. bab macam tu pakar aje. cuba suruh buat soalan fizik tengok macam mana. thumbs down.


aaaaa, aku sebenarnya plan nak tulis pendek je. tapi kenapa tetiba terpanjang pulak.

fatin, study dulu. nanti dah habis exam, kau nak buat apa pun buat lah. tengok movie banyak-banyak pun tengok lah. tapi study dulu.
(ambik nota sekarang)

3 down, 3 more to go.
pray for me, people. thank u :)

psssst: mimpi semalam, walaupun mengarut, tapi membakar semangat.

Tiada ulasan: