Selasa, 3 Januari 2012

#3rd page of 366

macam best pulak tengok hashtag kat twitter paging number ni.
time awal-awal tahun semangat lah, kang dah masuk 1 bulan, hampehhh. kekdah dia sama macam ada diari. semangat dia tu, belum masuk tahun baru lagi dah semangat nak beli, tapi tulisnya tidak. kalau tulis pun, berape muka surat je. aku lahh tapi nya. orang lain aku tak ambik tau pulak. tapi bila baca balik diari yang lama-lama tuu, tiba-tiba boleh blushing. malu lah konon tulis ntah pape.
antara sebab malas nak tulis diari sebab rasa macam membazir masa nak kena tulis, sedangkan masa tulis diari tu boleh diguna untuk buat benda-benda lain. tapi padahal malas je lebih sebab nanti lenguh tangan. choii.
tapi rasanya sekarang dah macam rajin sikit. rajin tido lah tapii. ngeh ngeh.

1. azam tahun baru tu ada, cuma aku takkan bagitau kat sini lah. even tulis pun tak. just sematkan dalam kepala dan hati. kiranya semangat dalaman laaa. aku tak nak tulis azam je macam eksaited, tapi efforts nak capai azam tu tak ada atau kurang atau yang sewaktu dengannya. macam tahun dulu-dulu, tulis je nak itu ini, tapi dapatnye - tidak. so since that, untuk elakkan kecewa dengan diri sendiri satu hal, aku lebih kepada ikut flow.

2. eh, sejak dua menjak ni macam banyak pulak keywords nirmala sari masuk belog sini. dah lama sebenarnya aku nak tulis pasal nirmala sari ni, well ai kan duta nirmala sari. (dalam mimpi). tapi tunggu lah nanti-nanti, time cuti ke, kalau aku rajin kangg aku tulis. kalau tak ada entri baru pasal nirmala sari tuu, haa paham-paham lahh.

3. aku tengah study sebenarnya ni. tapi sebab gap untuk next paper tu macam jauh lagi, haaa dah datang dah malas tu. tapi dalam malas-malas taik ayam ni pun, still rajin sikit lah kalau nak compare dengan sebelum ni. hiks. kalau time exam ni, paper straight hari berturut-turut tak best, paper gap jauh sangat pun tak best jugak. gap jauh tu memang lah bagus lagi-lagi untuk orang yang study last minit macam aku. semua nak cover time-time ni jugak. tapi nanti banyak melencong buat benda lagha yang lain. macamm..... sekarang ni kira lagha tak? errrr

4. banyak lagi nak kena study ni, tapi still nak tulis lagi. aku sebenarnya dalam situasi yang kena fikir banyak benda sekarang. lately aku lebih suka keep it alone. kadang elok, kadang tak elok jugak pendam sorang-sorang. tapi entah. sebenarnya banyak benda yang eloknya kita simpan sorang-sorang, kan? sesungguhnya Allah sebaik-baik tempat kita mengadu. aku noticed tu lately. dan sebab aku tak nak fikir sangat pasal tu, aku study.

5. btw, aku tengok kat feedjit tu macam ramai pulak dari sri kembangan. dah alang-alang kalau ada orang sri kembangan kat sini, tumpang tanya sekejap, kalau ada bilik yang nak disewa, maka mohon komen info pasal bilik yang boleh disewa itu di sini. area sri kembangan sahaja. terima kasih. :)


6. dah tiba masanya saya sambung study semula.


psssst : berusaha ke arah yang lebih baik. insyaAllah. :)

pssst pssst : we're different.

pssst pssst psssst : rasa macam nak tukar header baru. hmmm

psssst psssst psssst pssst : may 2012 be better than previous year. banyak kenangan, banyak memori, yang suka dan duka. semoga setiap kesilapan yang tersesalkan takkan berulang, dan belajar dari kesilapan yang lalu. semua itu mematangkan dan buat kita lebih mengerti akan erti hidup. menyesal aje tak guna, kan? learn from it. and life must go on anyway. :)

1 ulasan:

busana muslim keluarga berkata...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post