Coach Fatin di Instagram! #TeamSuriKurus

Jumaat, 30 Disember 2011

kritikal

lusa dah start exam, jangan risau this entry won't be long. ngeh
aku tau aku sepatutnya study sekarang. dah lah banyakbanyakbanyak sangat chapter yang still belum cover sepenuhnya. aaaaa. how? how?
lepas tu dalam minggu ni jugak banyak perkara nak kena sedaya upaya di-setel-kan. semoga segala perkara yang terlibat tu habis cepat, so that aku boleh nak jawab exam dengan aman. dan otak ni tak berapa nak kusut dan serabut nak kena fikir pasal tu. 
i am doing fine, insyaAllah. 

semester ni banyak dugaan, banyak benda nak kena fikir, walaupun kadang benda tu macam tak perlu sangat pun nak kena fikir, tapi entah. terfikir sendiri jugak. errrr. 
dan kebanyakan benda-benda tu, walaupun kalau tengok efek terus dia, maksudnya sebaik sahaja berlaku, boleh la dikatakan boleh bikin down, tapi kalau dah kau filter balik, fikir balik, sebenarnya boleh naikkan semangat. dan harapnya semoga semnagat tu boleh buat aku lebih bersemangat nak jawab exam ni and lebih yakin. insyaAllah.

aku kena kena kena kena stop sekarang. 
dan sebelum tu, 

saya mohon mohon mohon mohon doa doa doa kalian. doakan saya dapat jawab exam kali ni dengan tenang, dengan baik, dengan lancar. please please please please. 
terima kasih orang-punya-hati-baik. :)




pssst : all the best kepada those yang gonna sit for final exam too. :)

pssst psssst : mimpi ngeri semalam. semoga dijauhkan dari betul-betul jadi macam tu. aku nak jadi lebih baik dari keadaan sekarang, dan sedang berusaha ke arah itu. 

pssst pssst psssst : hati sedang kritikal sekarang yang mana cuak sudah datang. 

Khamis, 29 Disember 2011

sabar tak sabar

tak sabar nak tunggu cuti.
tak sabar nak habis exam.

tapi sekarang, hati tolong bersabar atas setiap yang berlaku.
pasti ada hikmah.
dan tolong lah jugak bersabar wahai diri, tunggu exam habis dulu dan sebelum tu, buat yang terbaik time jawab exam nanti.
belajar dari kesilapan selain daripada menyesal.
menyesal saje tak guna beb. yang penting usaha dan tekad untuk tak ulangi kesilapan yang lalu.
so fatin. tolong ye.

dan lagi satu, PMS sila bagi kerjasama sikit.
benda kecik pun nak rasa macam dah besar sangat dah.
kamonnnn.


psssst : next target - level 3, 20 minutes.

pssst pssst : rezeki ada di mana-mana. yang penting jangan berhenti berusaha, jangan pernah putus asa. :)

Isnin, 26 Disember 2011

swear.

baru sampai hostel pukul10.30 tadi selepas satu peristiwa yang agak memalukan berlaku tadi.
aku tak tau lah dengan aku ni, messy kot. mana-mana akan ada je peristiwa yang memalukan.
be it terlepas cakap ke, tersilap langkah ke, akan ada.
bak kata kawan aku, wan, dulu,

kau ni fatin, bila je tak ada buat perkara yang memalukan?


fine.
tang kejadian yang memalukan tadi, tunggu lah aku bersedia dulu.
kalau dah sedia kang, kot-kot la aku rajin plus ada masa sikit kang, aku cite. kalau tak, biarlah peristiwa itew bermain dalam ingatanku dan ingatan orang-orang yang terlibat sahaja. aaaaaaaa, why tadi? why?

macam biasa lah, tiap kali balik hostel lepas balik rumah, homesick tu tak boleh nak buang.sal tak sudah lepas je hantar paper kat pengawas exam nanti, i better be at hostel and study.
tapi aku tak ada jalan lain. sebab kalau stay kat rumah seminggu untuk study week ni, memang sah-sah tak study. atau, kalau study pun, macam main-main. so, untuk elakkan aku daripada menye
oh, dan selain dari peristiwa yang memalukan tadi, ada jugak peristiwa lain. which is better for me keep it alone.
yang pasti, itu boleh jadi salah satu pembakar semangat though kalau fikir-fikir sangat pun boleh jadi down jugak. setiap orang ada anggapan masing-masing. hak masing-masing, kan?

kalau dulu, tiap kali  aku rasa macam down and have any problems in my studies, even till now, aku akan cakap,

takpe fatin. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 


tapi sekarang, mesti kena atasi homesick ni. or else, aku susah nak focus.
lagi-lagi bila dengar a few scary punya stories. aaaaaaa.
dan sekarang, i have to tell myself,

berkorbanlah sekarang untuk elakkan penyesalan akan datang. biar menyesal sekarang, jangan menyesal depan-depan. kau pernah jatuh tersungkur dulu. nak rasa tersungkur lagi ke? nak rasa lagi ke perasaan pedih dan sakitnya bila jatuh dulu? 


aku buat banyak kesilapan dulu. pilih jalan yang salah. dan sekarang, aku akan berusaha pastikan aku tak ulangi kesilapan yang lama dulu lagi.

dan janganlah berhenti berdoa dapat jodoh seperti yang diimpikan. amiiin.
eh?


psssst : i miss them so much. i swear it's true.

Sabtu, 24 Disember 2011

kawin non-malay?



seriously this adorable kid comel sangat-sangat, kan? aaaaaaaaaa.
siti aminah, i'm your no.1 fan. hiks
lately suka pulak tengok kids yang mix. tak kisah lah, melayu-europe ke, melayu-cina ke, melayu-india ke. lepas tu boleh cakap melayu. aaaa, comelss.
lepas tu kalau tambah boleh mengaji al-quran skali, peh lagi super duper comel.

adakah ini tandanya aku pun bakal kawin dengan non-malay?
dush, stop berangan dulu.
study for final duluuu. hihik.


pssssst: mulut orang kita tak leh nak tutup. buat baik orang cakap belakang, buat jahat pun orang cakap belakang. yang penting, kau buat apa yang kau rasa betul, ikut syariat Islam. insyaAllah.

Jumaat, 23 Disember 2011

niat

niat dalam hati hari tu taknak balik rumah, due to several reasons.
tapi yang pasti, yakni alasan paling kukuh yang dibuat sebab tak nak balik adalah; nak stay hostel study for final exam.
alasan yang seterusnya, macam biasa lah. isu kewangan. lain-lain?
ah, sebenarnya niat sebetulnya tak nak balik adalah sebab nak study. itu je. sebab aim aku semester ni, nak score better than previous one.
tapi, tapi, tapi.
alasan tinggal alasan je. niat tinggal niat je.
ni aku dah ada kat rumah. bukan study bukan apa. bermalas-malasan. yang mana aku tau if i keep doing malas macam ni, aku akan menyesal right after answering the exam papers. serius.
tadi cousins datang, ajak pergi mesra mall. at first, aku taknak pergi. tapi adik pun pergi skali, and bila lagi nak keluar ramai-ramai among cousins macam ni. so we went out.
tak boleh jadi, aku kena study sekarang.

STUDY, fatin!



psssst : kalau kawan aku tau pasal ni ngan ni, mesti dia pegi. dia die hard fan siti ngan yuna okkk.

pssst psssst: i have my own reason for acting that way.

pssst psssst psssst: nak jadi sihat, kalau rasa by consuming any food supplement tak de efek mana, which lagi yakin dengan amalkan hidup sihat, jaga makan dan rajin exercise adalah salah satu cara. selain dari tu, 10000 langkah setiap hari may help too sebab dengan berjalan 10k setiap hari, dapat bakar 300 kalori! yang penting, diet sihat, dan selalu exercise!

rindu nak naik gunung/masuk hutan lagii. :(


Khamis, 22 Disember 2011

jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.



apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini, merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan, namun masih tak sedarkah kita tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar?

bukan salah untuk mengharapkan yang belum ada, tetapi jangan lupa yang telah ada.

....syukur kadang kala lebih tinggi makamnya dairpada sabar. ramai orang terpaksa sabar, tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur..

- Dr MAZA

Allahuakbar. :')


pssst : i'm home! :)

Selasa, 20 Disember 2011

balik

study week minggu depan
most of the classes dah habis dalam minggu lepas lagi
thus, banyak kelas yang dah habis
kiranya sebelum final exam, esok last day ada kelas
oleh sebab itu, ramai yang balik
balik, siapa tak suke? hello~
buat masa sekarang, plan aku untuk tak balik still utuh
jangan lah tiba-tiba decide nak balik
bukan sebab aku tak suka balik
padahal balik untuk kali ni buat aku rasa tak sabar. ada lah sebab nya kenapa. heh
tapi
ish
tak boleh. nanti aku tak study
banyak gilaa lagi yang masih belum study
tak balik tak balik
tapi

ibu asyik tanya
bila nak balik?
aaaa,
duit dah kering sebenarnya
macam mana nak balik?

ah,
baik aku study sekarang
esok ada test
open-book test
calculation skali


pssst : tadi pergi gym. lepas balik dari gym workout sume, tido. ah, tido adalah lagi baik dari aku makan. kalau makan kang, sia-sia jek workout. nak perut ada six pack kataaa. six pack dalam mimpi mung! :P

Ahad, 18 Disember 2011

final

final exam will be in two weeks come. tapi apa pun preparation tak ada. 
just reading the notes sebelum tido, lepas tu tido lepas tu bangun lambat. arggg, lempang diri sendiri. wake up, fatin! wake up! 
nampaknya mulai malam ni, biological clock akan diubah. 
aku lagi prefer study malam malam. lepas isyak ke atas lah kiranya. mungkin sebab malam-malam suasana dia tenang sikit, kot? kot. 
tapi kalau dah ngantuk tu, tido tetap tido. tak payah tunggu malam pun boleh tido. 
same goes konsep makan, makan tetap makan. impian nak diet tu bebila boleh hancus. dush!

for now, aku hanya mampu control makan malam-malam je. malam-malam tak makan, kalau lapar aku minum air je. hiks
orang kata, fatin kau dah kurus lahh. bla bla bla. it's not that aku nak berat aku sampai 35-38kg gitu. gilak ah tu. aku cuma tak nak berat aku terlalu berat sebab as for now pun, naik turun tangga pun dah mengah. jalan jauh sikit dah mengah. aku tak nak tu sebab bila jadi macam tu, aku jadi tak selesa. itu je. 

kalau dulu, time sekolah, ye lah aku jaga berat sebab takut nanti akan affect aku punya stamina nak lari bersukan semua. tapi sekarang pun kena jaga sebab aku dah slowly stop melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti macam tu. maka, kemungkinan untuk berat badan naik mendadak adalah tinggi. kebanyakan kawan-kawan aku macam tu. T___T

lagi 13hari, dah nak masuk tahun 2012. rasa macam cepat gila masa berlalu. 
banyak yang berlaku dalam tahun 2011 ni. 
yang happy, yang sebaliknya.
ada yang betul-betul menduga. 
tapi Allah knows best. 
kepadaNya kita berharap, sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui. 

so, here we go. my final exam schedule.
1 januari; 
9-11 a.m  - usk1032
2.30-5pm - bpt3163
11 januari; 9-11.30am - bnt3143
15 januari; 9-11.30am - bpe3223
16 januari; 9-11.30am - bnt3133
18 januari; 2.30-5pm   - bkt3083

gap dah nampak macam jauh la jugak, kalau tak belajar betul-betul dapat pointer cantik-cantik tak tau lah. errrr. 
jangan lupa doakan kejayaan saya. :)


then, bila tengok balik folder gambar lama, rasa macam errrr. 

2009 dush!

pssst : knape asyik lah mengantukkkkkk. 

Sabtu, 17 Disember 2011

why talking?

sekejap je masa berlalu, sekarang dah tahun tiga. sem depan dah LI. tup tup, insyaAllah kalau tak ada yang tersangkut, tak ada aral, grad. lepas tu? (ok, boleh rujuk aim untuk jangka masa panjang. i wouldn't tell mine sebab kalau boleh biarlah tercapai dulu. hiks)

tapi dalam banyak- banyak soalan yang paling diingat bila one of my classmates, non-Muslim, asked,

kenapa bha time azan korang bercakap? kat tempat aku time azan semua nya senyap.


ouch.
terasa okk. nak menjawab apa pun tak tau. last-last kitorang senyap.
by the time dia tanya tu, malu tu takyah cakap. cuma hanya mampu bercakap-cakap dalam hati.
dan even sampai sekarang pun, bila kitorang tengah borak-borak ke apa, then masuk waktu azan, dia yang akan senyap dulu. itu tunjukkan yang dia hormat agama kita. tapi bila ada antara kitorang yang berborak time tu, dia pun borak sekali la gitu. tapi tak ada lah lebat borak nya.

aku ada lah cari pasal hukum bercakap ketika azan as in aku pun banyak tak tau pasal hukum hakam.
tak ada hadis yang sahih yang menyebut pasal larangan bercakap waktu azan. tapi why not kalau kita respect azan yang dilaungkan? kita start with small effort, semoga effort kita semakin hari semakin menuju ke arah kebaikan dan jadi a better muslim berterusan. insyaAllah. :)
just my 2 cents.

she respects our religion,
why don't us?


psssst : pergi Borneo night semalam buat aku rasa macam nak pergi borneo betul-betul. even hadiah untuk luckydraw pun grand gilaa okk. siapa tak nak hadiah pakej diving dengan stay hotel free? tapi aku lah antara orang yang tidak bertuah itew. sob sob.

pssst pssst : pasal gambar berpurdah kat entri sebelum, itu pinjam kawan punya aje. try rasa macam mana pakai. hihi.

psssst pssst pssst : dalam hati ada keinginan nak beli ini, tapi kewangan tidak memberi kerjasama. apa kata buat derma kilat untuk ai sekarang? :P

Rabu, 14 Disember 2011

#wordless wednesday #1



pssst : buat report dulu. ok bye. 

wish

kalau nak ikutkan wishlist aku,
banyak gila nak list kan.
dan antara nya adalah;

1. backpack travel
yang ni serius nak. baru-baru ni aku dengan kawan-kawan and also cousins ada lah plan nak pegi somewhere. tapi it's just plan lah. kelulusan dari ibu tu belum tau lagi.
yang penting, poket kena ada isi, beb. habis tu kang nanti nak makan ape??

2. bungee jumping and any other adventurous punya aktiviti
yang ni kalau nak pergi bungee tu memang tak dapat lah kan. kat mesia ni ada ke?
haven't search yet. tapi tau yang dekat sunway tu lah ada bungey jumping which ketinggian tu tak tinggi sangat. but its ok pun.

3. beli henfon.
yes, henfon. kalau ikutkan aku bukanlah jenis yang suka gadget sangat. yang macam keluar fon jenis baru sikit, nak beli. memang lah tidak ye. makan pun nak kena ikat perut, ini kan nak beli henfon. henfon sekarang pun boleh kata masih baru walaupun idok ler touch screen bagai. cuma cover keypad tu ada tertanggal sikit. errrrr. not my fault anyway. blame it on my jeans. asyik sangkut kat poket jeans sampai tercabut. :

tapi aku tak tau kenapa macam berminat sangat dengan samsung. mungkin sebab sekarang ni trend kot. dan harga murah sikit to compare with i phone n such. tapi bila tengok  ini, mintak-mintak taun depan harga dia turun jadi murah sikit so that aku mampu beli. please.


pssst : having quality time with cousin for past 2 days make me to miss them so much.

pssst pssst : in love life, spare some love for yourself too, so that in future u'll not that frust if he suddenly betray you.

Ahad, 11 Disember 2011

forgive


forgive yourself for your faults and your mistakes and move on. 
- Oprah



sakit gigi oi! 


moga lepas ni boleh kurus macam dulu. 
hiks. 

deactivate

atas sebab-sebab tertentu yang mana alasannya dianggap agak kukuh,
akaun facebook telah di-deactivate-kan buat sementara waktu.
untuk setakat ini, hanya alasan je yang kukuh kiranya tidak gentar,
tapi kita lihat sama ada usaha ini kukuh tidak gentar ataupun sekadar hangat-hangat maggi.

ah sudah lah.
sekarang sudah jam 4 pagi.
rasanya adalah elok saya tido.
kerana esok mahu bangun awal. nak masak-masak.
sebab masak adalah satu langkah yang bijak untuk kurangkan perbelanjaan seharian. lagi tepat, duit poket sudah nipis-nipis sahaja kelihatannya. sebab tu, tengah malas ke rajin ke, masak is the last choice. usahlah ditanya apa menu nya, kerana ia agak menyedihkan. (ewah, macam ada orang kisah pulak makan sedih ke tak. :P)

i need to sleep now.
sebab gigi semakin sakit.
hadoi.

salam perantau.*tetiba*

Jumaat, 9 Disember 2011

fed up.

dulu aku pernah post pasal kredit fon aku sekarang banyak kali kena sedut. tapi untuk aku letak link tu kat sini adalah tidak, ye. sebabnye line wifi kat sini sangaaaaaaat menduga kesabaran. itu block, ini block. even aku nak google untuk siapkan kerja aku puunn berzaman nak kena tunggu ngan reload balik tunggu sampai dia tak block. aku baru je berazam nak kurangkan makian dan carutan sempena tahun baru hijrah ni.
sambung balik pasal kredit fon tadi, baru je topup, tak guna tak apa, tiba-tiba nak call orang dapat notification kata baki tak cukup untuk make call.
apa hal tak guna, kalau guna pun biasanya tak sampai singgit pun, tup tup kredit habis. dulu ada lah aku topup banyak, tapi bila dah asyik kena sedut tu, koserr aku nak topup banyak dah. apa ingat aku cop duit asyik nak kena topup je manjang.
sakit hati tu usah dikira lah.
report kat talian khidmat tu dah banyak kali jugak. tapi macam takde efek pun.

aku nak tau jugak sistem dalam talian mudah alih yang hal-hal berkaitan dengan kredit semua ni.
duluuuu first-first aku report pasal ni, operator kata tu kata tak tau. and dorang tak boleh buat apa.
sekejap lepas aku report tu ok lah. tapi lepas tu jadi balik, kredit free free kena telan.

lepas tu dalam bulan lepas, banyak kali la jugak aku kena, so aku call lagi report. maybe sebab ramai kot yang tanya pasal ni report pasal kredit kena telan ke apa, dorang ada lah siasat punca semua.

so, operator tu kata akaun no aku ni kena hack dengan 3rd party. pastu dorang tanya aku kot-kot aku ada langgan pape tak. aku nak langgan pape? memang tak laa. sebab aku tak berminat nak langgan. operator tu suruh aku hantar mesej stop application ke nombor yang hack akaun ni. 39*** aku lupa lah exact number.
so, lepas tu aku ingat dah ok lah setel semua benda. tapi rupanya, ingat tinggal ingat aje lah.

lepas tu aku rase macam makin kerap aku kena tarik. setiap kali topup, mesti ada yang kena tarik.
dah lah sekarang duit aku just cukup-cukup makan je sampai habis sem ni. jadi, aku adalah menjadi sangat berkira ye. even seposen, pun, sori. sebab seposen pun dah jadi sangat berharga.
hello. kerana tak cukup seposen dalam akaun, kemungkinan tak cukup rm1 juta tu ada okkk. (dan dan sekarang semua benda nak berkira)
so, beberapa hari lepas aku ada call lagi report pasal ni. dan aku pun malas nak topup.
tak ada bajet untuk topup, satu hal. bengang kredit kena sedut satu hal. (memang duit aku hanya untuk topup je.)

so, sekarang, aku ada jalan yang lagi satu.
dengan harapan, dapat lah kurangkan makian, cacian segala.
aku guna nombor lain. nombor tu still ada, cuma aku dah malas nak topup. kalau topup pun just cukup-cukup untuk reply mesej je.
so, memandangkan ramai orang kata happy tu murah dan jimat, so aku cuba lah guna. so far sekarang ok lah. jimat. rate dia sama macam celcom u pax punya rate. and sebab aku pun tak ada lah contact orang mana, just call ibu, contact classmates update any infos, kiranya aku rasa ok lah.
tapi sebab utama aku beli nombor lagi satu adalah sebab fed up kredit kena sedut manjang.
 aku ingat nak tukar je nombor terus, tapi memandangkan aku fikir nombor lama tu dah ramai orang tau dan senang ibu ngan kawan-kawan lain nak contact sebab most of them guna celcom, so tak kisah lah. aku guna nombor lagi satu. buat sementara ni, aku pinjam henfon tini dulu.

dari aku duk sakit hati kredit kena sedut je, baik aku guna nombor lain.
kekdah dia sama je dengan,
dari aku duk sakit hati boifren kaki pompuan, baik aku break aje. eh.


psssst : minggu ni kena berusaha sedaya upaya siapkan assignments yang ada.

psssst psssst : tak sabar nak cuti semester!

Khamis, 8 Disember 2011

mana mata?


i seriously miss this kid. a lot. 
named zaem. (kot ye lah spelling nama dia macam tu. zaim? zaem? as long as bunyi sama. :P)

mungkin lah naluri keibuan tu dah wujud dalam diri aku. 
sampaikan bila nampak baby comel je, rasa nak culik. nampak baby comel je, rasa macam tak sabar nak ada baby sendiri. *gatal* :P

first time jumpa dengan zaem time wedding sepupu aku minggu lepas. 
even abang zaem ni pun, sweet. 

aliff, zaem. 

both pun 1st time jumpa sebenarnya sebab jarang pun jumpa dorang ni. 

tapi part yang paling comel pasal zaem bila he acted comel macam aku. errrr :P
tapi budak-budak zaman sekarang pandai-pandai, kan? zaem baru 9 bulan, tapi dah kenal mata yang mana satu. cuma muka serious macam professor tu tak boleh buang ah. maybe sebab belum kenal  betul-betul kot. nak senyum tu tunggu lama sikit, mahal kannn. 

orang-orang: zaem... mana mata? mana mata?
zaem: (kelip-kelip mata) comel gilaa. sebab mata bulat, bulu mata lentiks. 


aku rasa aku kena berhenti sekarang. 
atau kerja lain terbengkalai. 



pssssst : rasa macam ada benda yang tak kena. 



Selasa, 6 Disember 2011

betul ke?

lately tetiba teringat.
dulu-dulu pernah dengar, tapi tak ingat sumber dari mana sebab time kecik-kecik dulu dah,

mayat yang kukunya diwarnakan akan dicabut time dimandikan.
anyone, betul ke?


yang ingin mengetahui.

Isnin, 5 Disember 2011

weekend.

i miss my mum, and i seriously do.
sepatutnya weekend lepas ada trip pergi johor. kekdahnya dah tiap-tiap weekend lepas cuti raya haji hari tu kitorang pergi field trip. kalau jalan-jalan saje takpe, ni kalau dah pergi trip kepala tak tenang sebab kena fikir tests dan reports dan assignments dan presentation yang beratur menunggu, apa pun tak jadik. apa pun tak boleh. lagi-lagi bila poket kering. kering tapi kuat makan.
dan beberapa hari sebelum tarikh ke trip johor, tetiba ada announcement trip was cancelled.
aku lah tu antara orang-orang yang happy bila dapat tau trip batal. sebab boleh jumpa ibu. walaupun hari tu tak dapat balik rumah pun, sebab 2 hari kat rumah macam tak cukup. kebetulan weekend lepas kenduri sambut menantu cousin aku kawin, dan ibu attend majlis tu.
hari tu, walaupun penat merewang, tapi best sebab aku suka suasana kenduri. walaupun melekit badan, tapi best. ah, emosi terganggu. *tetiba*
dan sejak-sejak sepupu aku dah ramai kawin, dan dan rasa macam tak sabar nak tunggu abang aku kawin.

tapi sayang, sepanjang hari tu fon memang tak melekat dengan aku. jadi gambar pun tiada.
dan tidak juga sempat bergambar. hanya sempat curi-curi masuk gambar pengantin. terkilan jugak sebab tak sempat bergambar dengan pengantin, means tak sempat nak curi aura pengantin sekali. hiks :P

i just loved the previous weekend.
meeting awesome babies.
jumpa sedara-sedara yang tak pernah jumpa.
dan paling penting met ibu. walaupun tak lama, tapi at least rindu terubat. kan?

though dugaan time nak balik tu punya lahhh.
tertinggal bas, okkk. nasib baik time tu ada orang teman sekali. nasi baik tu sebab time tu duit dalam purse ada 3 ringgit je untuk beli tiket baru. kalau nak cucuk pun tak sempat lah sebab atm pun jauh. itu pun at first dah give up nak beli tiket baru lepas terlepas bas pertama tu. tapi time tengah nak mencari teksi tu tetiba ada konduktor bas duk laung 'ganu, ganu', harapan mulai bersinar kembali. alhamdulillah ada rezeki jugak nak balik, seat bas time tu banyak gilaa kosong.

jumpa ibu claim duit.
ngeh ngeh.  :P




pssst : waiting for photo with zaem to be uploaded.

psssst pssst : banyak yang tidak terluahkan dan kadang-kadang adalah lebih baik ia tersimpan rapi dengan hanya Dia yang tahu.

pssst pssst pssst : hati tolong bersabar. marah dan sakit hati tolong pergi. (astaghfirullahaladzim..)

tiba-tiba

rasa macam sekejap je masa berlalu. 
rasa macam baru semalam hari jumaat, tup tup sekarang dah masuk isnin. kerja banyak yang belum setel. 
sepatutnya sekarang dah tido sebab mata mengantuk dan esok kena bangun awal. or else, aku akan menyesal sebab membazirkan waktu pagi yang sangat berharga kalau bangun lewat. 
tapi.. ah banyak betul tapi nye. 
rasanya sekarang kena study untuk test lusa. 
maka selamat study. 
dan tido.

dan jangan lupa doakan saya. kebaikan dan kejayaan untuk saya juga. :)


testing. 

pssst : alhamdulillah. 


Khamis, 1 Disember 2011

disember

hari ni 1 disember, alhamdulillah, bermula dengan baik. 
hari ni macam sangat kontra kalau nak dibandingkan dengan semalam. 
semalam punyaa lahh rasa macam tak tercukup masa, sampaikan nak pegi makan pun rasa bersalah. tapi apakan daya, makan tetap makan. sebab tu berat dah naik sekarang ni, tapi payah bebenor nak turunnya. dah malas dah nak cerita pasal berat. sebab mood sekarang tengah kurang baik, kang tak pasal-pasal rosak terus mood haku. errr. 

tengok lah kang kalau rajin update lagi. 
tapi layan video ni dulu. 


this video untuk assignment kenegaraan hari tu. 
group aku punya dah present. tapi tak boleh pulak nak upload video kat sini. 
tapi kalau boleh pun, macam nak letak je kann. hiks.



psssst : esok nak balik. bawak baju yang taknak pakai. nanti nak balik untuk cuti semester senang. memandangkan kali ni punya cuti kena bawak balik semuaa barang. semester depan dah kena pergi praktikal hoi. 

pssst pssst : sekarang dah bulan 12. nanti dah masuk tahun baru. usia makin hari makin tua.